Wednesday, February 05, 2014

The last diagnosis on my list

What if I were to die of brain cancer?

Okay,that wasn't a nice way to say hello after a long hiatus.

I'm having this terrible headache since 1 month. And that doctor in me says something is just not right.
I know I know,I am known as a drama queen.

So..this terrible headache I'm having has been going on for 1 month already.And why is this headache bothers me a lot? Simply because I'm not used to having headache.I don't have any history of terrible headache like this,let alone migraine. The only headache I recognized of having since forever is that one I got when I'm not eating properly-getting hypoglycemic.

If this headache occur towards the end of day,I can accept it as tension headache etc.But this headache comes and go throughout the day.The pain is sharp and sudden, starting from forehead and continues to involve the sides of my head,just above the ear.Weird location.

I try to be positive and think that maybe because of the hot weather now.But Gosh!I have been surviving 5 India for 5 years without any complaints of its weather. headache because of the summer season.

Could it be because of dehydration?Yes,I don't drink much.Once at dinner time,I came to realize that it's my 2nd glass of water for the day.Oh!that happens a lot of time,in most days.So basically,my body is kind of used to it already.Come on,after 25 years of living with water deprivation,I don't think now is just the time to play game,body!

Worst thing happened so far was...the fact that even taking nap would not improve my condition.And and..I am getting many episodes of postural hypotension these days.Postural hypotesion is that dizziness you got when you stand up immediately from a lying down/sitting position.Sounds common?But remember one thing about being a physician, when a patient starts complaining of it,it's always your job to look into it thoroughly(Provided that the patient doesn't have history of mental disorder)

I am not a fan of aspirin/panadol etc.So don't bother asking me whether my headache improves with any of the medicine.I haven't taken any so far.

I don't remember getting cold/flu these few weeks.No sinus tenderness.So lets put a strike on sinusitis

I think I will have to see a physician soon..And I have bad records on that...Last time,my reluctance(and ignorance) has sent me to operation room thrice and 2 scars.I even dragged Zara Auliya as the co-victim.

Definitely not a mistake to be repeated.Anyway,the other diagnosis left on my list was related to vision.I have stopped wearing glasses/contact lenses since I started working.Maybe,hopefully,please God let that be the reason.

Cause if it isn't the one diagnosis left in my dramatic list will be....

Tuesday, September 03, 2013

Ipah Tekanan Lahhh!

Sekitar tahun 1997-99. Lokasi berbeza-beza.

Stesen Petronas Taman Anda,Ipoh,Perak
Ayah tengah isi minyak.Aku pula tengah tunggu dalam van Econovan kitorang dulu tuh. Baru semalam tajuk hadapan Utusan Malaysia umumkan harga minyak naik dalam beberapa sen. Justeru,aku yang sejak azalinya banyak celoteh terus julur kepala ikut tingkap dan tanya pada Ayah, 

"betul ke harga minyak sekarang ni dah mahal sangat?"

Ayah jawab, "memanglah mahal..tapi Ayah mampu lagilah...tak adalah rasa nak bising2 pun.kerajaan ni lagi tahu apa yang dia buat.mampu lagi,insyaAllah"

Ayah hanya berkelulusan O-Level sekolah Inggeris. SRP (standard PMR sekarang)je. He's not good in Maths at all. Tolak ketepilah kalau nak cakap pasal kewangan dan ekonomi dengan dia.Sampai Ipah adik aku yang bongsu pun tertekan (IPAH TEKANAN LAAHHH!) nak ajar ayah pasal pecahan,pengangka,penyebut.

Dan Econovan tu sangatlah berjasa ye. Sebab dulu AyahMama deal dengan PakCikSahakJPJ dan ayah Kak Syazmin untuk ambil kitorang dari sekolah.So buat turn dan gilir-gilir amik dan hantar pergi sekolah. /sekolah agama.PakCikSahak pun pakai van besar.hihi.Those values that we are lacking nowadays.

SK Tasek Ipoh
Hasrat Ayah untuk ketemu Guru Besar sekolah berjaya. Kami empat beradik berderet-deret sedang bersekolah di situ.

"Cikgu,kalau bolehlah saya nak mintalah bantuan buku teks untuk anak-anak saya ni",ujar Ayah

"Saya minta maaflah encik. Memang syaratnya kalau pendapatan keluarga lebih rm1500, kami tak dapat nak bagi"

"Saya tahu kalau dari ukuran pendapatannya memang saya tak layak. Tapi saya ni ada 4 tanggungan yang sedang bersekolah ni,tak boleh pertimbangkan ke cikgu?",hujah Ayah

"Bukan saya tak nak tolong encik. Tapi memang dah itu syaratnya"

"Tak apalah,saya faham yang itu.Cikgu pun jalankan tugas cikgu.Saya pun jalankan tugas saya.Mungkin ada lagi yang lebih berhak. Cuma kalau boleh dipertimbangkanlah,saya ucap terima kasih sangat".

Tak,tak dapat.Atau mungkin seorang saja dari kami dapat SPBT. Kalau tiba hujung tahun pun,memang Ayah Mama tak akan beli barang keperluan sekolah serentak untuk semua orang. Sikit-sikit. November sekali. Disember sekali. Kalau senarai buku kata nak 12 buku garis satu,3 buku garis tiga dan 5 buku petak,Ayah belikan setengah dari senarai tu dulu. Sebab tu rasa nak jerit bila teacher cakap nak 3 buku (Vocabulary, Grammar, Spelling), cikgu BM pun nak 3 buku (Pemahaman, Tatabahasa, Ejaan). *nangis

Rumahku Syurgaku
Balik rumah dengan excited-nya tanya Ayah,

"Ayah!!!tadi ada cikgu tanya siapa nak buat permohonan untuk RMT-Rancangan Makanan Tambahan,boleh mintak borang. Anum nak mohonlah.boleh tak?"

Tinggi suara Ayah melarang, "Aisshhh..buat apalah...banyak lagi orang susah yang berhak tu. Kamu tak usahlah nak mintak jugak. Mak Ayah nih mampu lagi nak bagi kamu makan"

Monyok,sebab tak puas hati tengok budak-budak RMT dapat makanan dalam bekas dan minum susu,macam lagi mewah. Aku duit bekal RM1. Laksa mangkuk kecik 30sen.Mangkuk besar 50sen.Air sirap segelas 20sen.Kalau mama sempat masak,dapatlah bekal makanan bubuh dalam tupperware free sebab beli kordial Blackurrant botol besar dekat FairMart Tanjung Rambutan. Nugget satu cucuk ade 3 keping RM1 tu memang tunggu Hari Kantin je lah kalau nak merasa makan. Baki duit belanja masuk dalam tabung Bumiputera Commerce (CIMB sekarang) bentuk computer yang akan keluar suara setiap kali aku masukkan duit.LOL. 

*********
Oh cakap pasal nugget juga,kadang-kadang (jarang-jarang) Mama goreng nugget untuk kitorang minum petang. Mama make sure yang semua dapat makan. Bukan saja sama jumlah, bentuk pun sama. 2 love, 2 bintang, 2 bulat, 2 petak.Lepas tu kalau Apis Gemuk nak mintak lebih semua orang akan jerit,so Mama tak akan bagi.Fair and square.HAHAHA. Those were the days.



And on a lighter note, Mama Ayah sampai sekarang pakai handphone Nokia cokia takde touch screen. 
Mama menangis teruk gila masa rumah kena masuk pencuri,habis hilang cincin risik,tunang,nikah dengan gelang donut dia.Itu je barang kemas yang dia ada.Rantai leher terselamat sebab dipakai ke mana-mana.
Lepas Ayah pencen arituh,adalah Ayah beli Ipad sebab Ayah rasa TalkingTom tu comel.Okfinebye.Haha.

Dekat rumah ada 3 kereta,Kancil yang umurnya dah 10tahun lebih dan GrandLivina. Dua-dua kereta, 1st thing Ayah akan komen "kereta ni jimat minyak!"  Kereta Saga beli masa promosi 50tahun Merdeka dulu untuk Along guna sebab Mama risau Along naik motor dekat KL. Along masih pakai kereta sama even dah setahun jadi HO. I guess the trait is passed on. (and obviously Along simpan duit nak kahwin.haha)

My husband got a call from car dealer agent (when they came to know that he's a doctor) asking why didn't he go for a "better" car instead of "just Myvi". The agent even said, "saya tak pernah jumpa lagilah doktor macam ni". So I guess the sayings that a girl will marry one who resembles her father is kinda true.

***********

Jadi malam tadi bila orang sibuk-sibuk bising pasal harga minyak naik, aku sakit kepala fikir kenapa orang susah sangat nak bersyukur,menikmati setiap sekecil-kecil perkara. 

Aku fikir lagi, apa berat sangat ke nak dapatkan sikap yang satu ni. Dan kesimpulan aku, sikap tu tak terbentuk sehari dua. 

Dan untuk kesekian kalinya, komen aku tetap sama untuk isu pilihanraya ke,minyak naik ke,PTPTN ke...the core problem is still OUR ATTITUDE=)

Korang berhak untuk tak setuju dan terus-terusan melabel diri sebagai golongan yang terbeban. Carry on...
Dan aku akan terus mensyukuri kelapangan minda,ketenangan jiwa dan kemudahan hidup aku sekarang.Sebab aku tak tahu bila Allah akan tarik balik nikmat dia.

And Zara Auliya, if you are reading this one day...Mama nak Auliya tahu yang bila kita belajar bersyukur, hidup InsyaAllah tenang,malah dimudahkan dan ditambah-tambah rezki dari Allah.Amin. Minggu ni kita pergi Chennai naik train ye sayang!!!!


Tuesday, June 18, 2013

Bercerai susu

There she was. Soundly sleeping on my lap after I fed her with the last bottle of pumped/expressed breast milk.

I looked at her. How cute she is.

And how beautiful is that feeling. To be able to contribute for her growing body.

I kissed her forehead.Long.Never enough.
And I whispered to her tiny ear "Mama minta maaf ye sayang....I have tried my best"
And her mouth just couldn't stop suckling even in sleep! Cutie!

81 wonderful days (and nights!)

I just wish I can turn back time. Coz right now I am regretting my decision.

And this tears doesn't seem like stopping.
The breast engorgement? Only Allah knows this pain I am bearing...



Saturday, June 08, 2013

Iskkk!

2 surgeries

1 month apart

Few needle aspirations in between

Doctor had adviced to say Bye Bye to breastfeeding

Since Auliya already 2 and half months old.

Nope.

She's ONLY 2 and half months old.

Help me Allah.

I don't know what to do
I don't know what is right to be done

I don't have anyone
I only have You



Friday, May 03, 2013

Anak punya pasal

Baru discharged dari hospital petang semalam.

And yes,dada ada lubang sekarang. Every day kena pergi change dressing. Sakit!Tak apa,Auliya punya pasal.

Lagi 2 minggu ke sebulan payudara akan berparut.And I'm just 24!Tak apa,Auliya punya pasal.

Lagi sanggup rasanya makan ubat tahan sakit sepanjang hidup dari sakit dressing nih.Tapi oiii...dah bernanah dekat dalam tu gila kau tak nak buang?Sebelum dia masuk ke salur susu baiklah buang siap-siap. Tak apa,Auliya punya pasal.

Pertama kali merasai pengalaman dipengsankan oleh ubat-ubatan.In fact masa doktor bagitahu procedure will be done under general anaesthesia,aku terus menangis on the spot. Balik rumah menangis lagi. Habis operation menangis lagi. Tak apa,Auliya punya pasal.

Esok dah masuk kerja. Untuk 2 bulan nih insyaAllah kerja ringan je. Sehari kerja dalam 2-3 jam je di klinik-klinik sekitar bandar.Mujur boss department Community Medicine ni aku kamcing dari zaman student lagi. Sepatutnya,sebulan kena kerja bandar sebulan kena masuk kampung. Duduk kampung banyak experience lah dapat orang kata. Tapi tak apalah,Auliya punya pasal.

Auliya Alhamdulillah sihat dan makin kuat menyusu.She's my biggest concern right now.

Untuk diri aku sendiri nih....entahlah.Ada masa rasa macam tak nak hidup dah.

Ya Allah,aku hanya ada Engkau.

Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami.Sungguh,Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun,Maha Mensyukuri" - Fathir,34

OH LUPA! Nama anak perempuan aku Zara Auliya binti Mohd Habib Hasan... maaf entri sekarang memang cacamerba turutannya,aku tahu itu..Tapi,menulis blog ni tiada undang-undang kan? Asal boleh bikin hati aku senang sekarang.

Friday, April 26, 2013

Sebenarnya

Saya okay okat aje. Memanglah ada sakit sikit. Tak apalah Allah nak bagi gugur dosa la tu. InsyaAllah.
Kena kuat,kena senyum.

Cuma bertimbun-timbun pulak hal nak jadi minggu lepas.

Auliya diagnosed with inflamed Bartholin cyst. So,she's currently on antibitiocs. Sedih. Sangat sedih bilamana kau dah bertekad nak anak kau exclusively breastfed for 6 months,dah pulak kena amik ubat.She's too small for that. Sigh!

And and and. Entah macam mana tetiba ada bengkak pulak dekat dada kanan dia.Kalau dua-dua belah tu aku tak risau sangat sebab itu normallah dia ''minum" hormon aku sekali. So,dada dia membesar sikit itu memang biasa. Tapi ini dah macam bernanah pulak. Sigh!

And aku pulak tetiba lah nak kena bengkak susu. Sakit dia kalau nak cakap,baik bersalin lagik kot? Walaupun bersalin tuh kesakitannnya diibaratkan seperti 20tulang dipatahkan serentak,tapi seriously,at this point of time,I would like to re-consider my decision not to go through labour again.Ok suami,anda mungkin boleh bergembira sebab ada peluang lah Auliya nak ada adik.(2-3 tahun lagi lah tapi) And aku pun sekarang dok telan antibiotics 2-3 jugak.Sigh!

Dan ada possibility jugak aku kena surgery sebab bengkak susu ni. Apapun kita doa yang terbaiklah. Isnin ni baru tau.Sigh!

Ayah dah balik. Tinggal dengan Mama je sekarang. Habib dah balik lama dah.Sigh!

Babysitter tak dapat lagi. Sigh!

Rabu depan dah nak mula kerja semula.Sigh!

Aku tak pernah rasa salah untuk kita mengeluh sebab itu lambang kekerdilan kita. Betapa kita ni sebenarnya tak kuat kalau tak dibantu Dia.

Maka atas semua kekucaran perasaan dan gelombang dugaan (bukan gelombang PRU-13.eceyh!) yang melanda aku sekarang ni,terhasillah "Akulah Perempuan Itu".....Bukannya satu tulisan mendabik dada. Sekadar melepaskan lelah-lelah yang bersarang di dalam sana. Supaya bila orang bertanya,aku masih mampu angkat kepala dan berkata "Aku okay!" Smile!


Saturday, April 20, 2013

Akulah Perempuan Itu



Akulah perempuan itu
Yang azamnya sedalam Mariana, sabarnya seluas Pasifik, kurdatnya sekental Kilimanjaro,
Lewat kebelakangan ini digelar uar sebagai potret seorang seorang hero

Akulah perempuan itu
Yang adiknya bangga-banggakan selalu
Kerana dalam gila-gila pun punya naluri survival dan kematangan yang jitu



Akulah perempuan itu
Yang buat sang suami senyum ke telinga
Bila sahabatnya datang berkata "aku dengki kau ada isteri sekuat dia"


Akulah perempuan itu
Yang diherdik rakan,diperli saudara kerana tidak berpantang
Walhal dalam hatinya dah jenuh mengeluh "aku teringin..tapi tak kupunya waktu dan ruang"

Akulah perempuan itu
Yang usai mandi mengurut badan sendiri, berbengkung sendiri,bertuam panas sendiri
Sambil mencemburui update rakan-rakan FB yang saban 40 harinya dilayan bagai puteri

Akulah perempuan itu,
Yang saat gembiranya mahu dia kongsi ke satu dunia,
Tapi sedih dan gusarnya biar lebih elok disorok sahaja


Akulah perempuan itu
Yang sedang menulis dalam tangis yang menderu
Kerana galau hati ini kepada siapa tak tahu nak diadu

20April2013
Kunil Park,Kaprigudda,Mangalore






                      "Bukan semudah senyum yang aku ukirkan, tapi kerana iman aku gagahkan"

Monday, April 15, 2013

290313 #1

14 April 2013 - Kalau ikut perkiraan asalnya, hari ini adalah harinya aku bakal menimang cahaya mata pertama. Tapi perancangan Allah yang terbaik itu telah menetapkan tarikh 29 Mac 2013 sebagai hari pertama untuk puteri sulung kami itu menjenguk dunia. Alhamdulillah, anak perempuan kami seberat 2.65kg selamat dilahirkan di Vijaya Clinic, Kadri,Mangalore pada pukul 10.55malam.

Banyak yang hendak diceritakan..Perancangan asalnya, pastilah banyak entri yang akan dapat ditulis memandangkan aku sekarang bercuti selama sebulan. Tapi ini sudah 2 minggu dan ini baru entri yang kedua. Masih bersilat menyesuaikan diri dengan title baru sebagai seorang ibu.

29 Mac 2013 - Mengimbau kembali rentetan peristiwa pada salah satu hari yang bermakna dalam hidup aku. Pagi itu,aku bangun lewat kira-kira pukul 7.30pagi,payah sungguh untuk bangun dari katil,bahagian pusat dan ke bawah memang rasa berat sangat. Aku keluar bilik mencari Ayah untuk mengadu "Rasanya macam tak boleh nak pergi kerja ni". Tapi aku masih berpendapat yang sakit aku ini diakibatkan oleh kerja berat pada hari sebelumnya. Malah,malam sebelumnya,aku berjalan kaki kira-kira 1km bersama Ayah untuk makan malam bersama kawan-kawan. Kasihan juga dekat Ayah yang asyik duduk di rumah saja semenjak sampai ke bumi India seminggu sebelum itu. Oh,jangan salahkan aku berjalan kaki tak sedar diri,salahkan auto yang tak kunjung mari.

Usai mandi air panas pagi itu,aku rasa kembali bertenaga lantas aku putuskan untuk pergi bekerja. Lagipun tak sampai hati nak biarkan rakan-rakan sekerja yang lagi bertiga itu untuk uruskan dewan bersalin (LT=Labour theatre) yang sentiasa penuh dengan kejutan. Aku telahpun putuskan yang selesai saja posting LT ni aku akan mula bercuti . Tinggal 3 hari saja pun lagi di wad bersalin ni.Posting wad bersalin adalah antara yang paling mencabar sebenarnya.Kerja 12 jam sehari, seminggu malam,seminggu siang.Ah Faridahanum,alah bisa, tegal biasa!

Tengah hari itu aku sempat buat antenatal check-up macam biasa..Bila ma'am tanya ada apa-apa masalah ke tak cepat je aku cakap tak. Tak terfikir pun nak cerita pasal sakit pagi tu sebab dah dua minggu pun macam tu jugak sakitnya. Aku fikir tu sebab kerja kuat sangat,berjalan banyak, berlari pun ada,terkejar sana sini,stress kena marah dengan tasan lagi.HUHU.Lagipun,madam doctor ni cikgu aku sendiri kot,tak naklah beria-ia cakap sakit tapi nanti diagnosis dia 'false labour pain' je. Malu ah!

Balik dari check-up,aku sambung kerja macam biasa. Tepat pukul 4 petang,masa aku tengah tukarkan catheter seorang makcik nih,tiba-tiba rasa contraction lain macam. Sekali contract,dia tarik sampai ke belakang sakitnya. Rileks lagi sambung kerja. Tapi mata tak lepas tengok jam,nak kira contractions.Masa tu dalam masa 10minit ada 2-3 contractions,setiap satu sakitnya dalam 15-20saat.Aku cuba duduk,sakit juga. Masuk duty doctor's room baring pulak,masih sama jugak sakit dia. Tak boleh jadi nih.Terus SMS Asma'. Sempat jugak tweet yang tak tahan tu. 


Kononnya nak buat livestreaming lah update pasal pengalaman bersalin. Tapi wassalam je lah...Tak termampu dah. Yang aku ingat orang pesan zikir "La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntum minazzolimin" setiap kali rasa sakit. Battery phone pun KO. Plus,wad bersalin tu sterile kot..selamba tok kaduk je nak bawak phone masuk eh?

Bila telefon Habib dia pun cool lagi. "False labour pain kot?Sayang B kan primi" Cehhhhh! Pergilah sambung shopping dengan Mama kat Mydin tu..Fine fine fine. Aku pun tak ada masa nak merajuk sebab dah sakit sangat. Lagipun,Habib bukan pergi shopping untuk diri sendiri, dia sibuk beli barang yang aku pesan juga sebab Mama nak datang India minggu depannya.   

Masa Asma' dengan Dian sampai dekat LT pulak kitorang boleh gaduh-gaduh lagi nak pergi klinik ke nak balik rumah dulu. Aku bertegas jugak nak balik mandi dan solat Asar dulu. Kau tahu tak banyak benda dalam kepala masa tu?? Kalau Allah takdirkan aku syahid malam tu acamne? Mana tahu itu sajalah peluang untuk aku solat untuk kali terakhir kan?At last memang diorang kena ikutkan jugaklah kedegilan aku bila aku bagi hujah "aku primi(1st timer),nih baru mula sakit ni.Ada 5-6 jam lagi kalau baby nak keluar pun"

ex-housemate kuuuuuu

Lepas tu gaduh lagi(gaduh main-main lah) sebab diorang nak aku naik wheelchair. Aku pula rasa ok je kalau nak berjalan lagi. Jenuh aku cakap,masa contraction je yang sakit.Dan sebab tak nak orang sakit nak bersalin stress banyak-banyak,diorang ikutkan jugak la sebab aku cakap "gilalah...aku tak nak jadi perhatian orang lah.malu dowh"...So,aku pun berjalanlah dengan Asma' sementara Dian pergi carikkan auto. Bila contraction je berhenti la sekejap.. Yang paling aku ingat bila aku cakap dekat Asma' aku sakit sangat,dia pujuk cakap "memang Num..sakit tu penghapus dosa. Haaa..ko ingat senang-senang ke nak gugur dosa?" HIHIHI.Asma' punya cara pujuk memang bunyi cam kasar tapi jujurnya,sepanjang aku berjuang nak lahirkan si comel ni, ada 3 je benda yang aku fikir - zikir La ila hailla anta, surah Maryam & kata-kata Asma' ni.

Bersambung.....


Wednesday, April 03, 2013

Labour Pain

What doesn't kill you, will only make you stronger.

Gave birth to a 2.65kg female baby on 29.3.2013 at 10.55pm

And now is still adapting with motherhood.

Will update in details soon.

Loads of love,
Mama Faridahanum.

Thursday, March 14, 2013

Ketiga

"Pergilah kau iblis!Jangan ganggu aku dan keturunan aku!" Sekuat hati dia laungkan. Bukan sekali dua insiden macam ni terjadi. Banyak kali.

Banyak kali semenjak dia tinggal keseorangan di teduhan yang dahulunya terisi dengan usik tawa dan gurau manjanya bersama suami. Ditambah pula dengan kedatangan peperiksaan tahun akhir perubatan, tekanan dan bebanan yang ditanggung bukanlah boleh hilang semudah ia datang.

Ketika itu,dia seorang perempuan, maka air mata adalah fitrah kejadiannya. Mana mungkin diubah penciptaan Tuhan. Dia juga seorang isteri, maka sebahagian kekuatannya adalah sang suami. Bila tidak di sisi, seolah berjalan tempang kaki. Ketiganya,dia bawa jasad bernyawa dalam rahim, maka hormonnya jadi tidak lazim. Mulalah keserabutan sepanjang musim.

Kadang-kadang bila ketabahan hilang, mata bergenang, mulalah meracau seorang. Macam orang hilang akal. Patutlah ramai yang kata dia 'pagal'(which means 'gila' in Hindi).

Gila kerana memaksa suami bergegas pulang ke tanah air. Gila kerana menempuh peperiksaan tanpa berteman. Gila kerana memilih untuk menambah isi rumah yang ketiga bukan di bumi tanah tumpah darah. Lagilah gila kerana nak bersalin pun bukan di Malaysia. Kalau di Dubai atau UK,tak apalah juga. Ini India!!!!

Tapi hakikatnya,dia manusia berprinsip. Dan biarlah kalau ada yang berkata ini prinsip gila,tak kena cara,masa dan ketika.

(OK,letih dah membahasakan diri sendiri sebagai orang ketiga)

Pertama, suamiku yang hensem lagi kacak bergaya tu telahpun menandatangani kontrak dengan JPA 3 tahun sebelum kami berkenalan, 5 tahun sebelum kami melangkah ke alam perkahwinan. Sebelum berkahwin juga beliau(aku pun terima juga) telah dikirimkan "surat keizinan beserta amaran keras" oleh pihak JPA yang antara isi kandungannya menyebut tentang perlunya mengekalkan prestasi akademik walaupun sesudah berkahwin dan peringatan yang beliau masih termaktub dan tertakluk di bawah syarat-syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani. Salah satu syaratnya - pulang melapor diri dan berkhidmat sebaik sahaja tamat pengajian. Dan kami pun bersetuju. Itu janji dan amanah yang perlu kami tepati.

Kedua, secara teknikalnya,sebaik melapor diri dengan JPA dan KKM, barulah akan dipanggil untuk kursus induksi dan ditawarkan bekerja. Kurang-kurang 2 bulan juga menganggur tanpa pendapatan. Habib lapor diri Disember lepas, Februari baru dipanggil bekerja. Kalau nak tunggu aku habis periksa hari tu, baru nak balik sama-sama, paling awal April dapat kerja, kos-kos isi rumah yang bertambah ni,gi mana deh ongkosnya? Toink! 

My husband is a very responsible person actually. He was also reluctant to leave me alone here but I myself ensured him that everything's gonna be okay. Normallah kalau nak meroyan tuh kadang-kadang. Manusia kan ada hati dan perasaan. But I told him that we have to put it this way...Soal emosi hati dan perasaan ni, InsyaAllah boleh disettlekan dengan doa,zikir,baca Al-Quran,mengadu dengan Allah,mohon kekuatan dari Dia..Tapi soal harta dan rezeki nih,Allah dah pesan suruh kita usaha. He can't just stay here and gedebuk Allah nak bagi duit macam tu je..Kena usaha,baru ada hasilnya.Itu janji Allah.

Ketiga, memang aku jujur mengaku dengan suami yang ada baiknya jugalah dia duduk jauh-jauh masa musim peperiksaan yang genting. Nasib baik dia pun memahami. Kalau tak nanti....instead of stay-up baca buku, lain pulak jadinya...  Exam ke tak exam ke,aku dah letak suami di tempat pertama. TEEETTTT!!!!

*maka inilah penjelasannya...jangan dipuji aku kuat,kerana aku cuma dipinjamkan kekuatan dariNya. Alhamdulillah...hingga ke saat ini,masih diberi pinjaman olehnya.*

oh by the way,sebab dah letak tajuk blog hari ni sebagai "ketiga", korang tahu tak saya dan suami sama-sama merupakan anak ketiga? dan oh satu lagi,untuk final MBBS exam yang baru lepas ni, saya menduduki tangga ketiga selepas Yvonne dan Bob dalam kalangan pelajar Malaysia? Tak adalah hebat manapun.. Just a small note for myself untuk dikenang-dikenang di masa depan. Eceyh!