Showing posts with label Journal Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Journal Jumaat. Show all posts

Friday, June 01, 2012

Ghaib

Ramai public figure yang kahwin lewat kebelakangan ini. Dan baton Wedding of the Year pun dah berpindah-pindah hak milik. Dari pasangan ke pasangan. Kelakar juga bila fikirkan media yang tak ada istilah lain dah nak guna. Masyarakat pula sibuk gaduh nak menangkan pasangan pilihan masing-masing.

Bazir
Tapi dalam masa yang sama, ada juga golongan yang lebih lantang menyuarakan ketidakpuasan hati atas tindakan pembaziran ataupun perbelanjaan luar biasa untuk majlis perkahwinan. Bila aku cakap majlis perkahwinan tu, it includes pre-wedding photoshoot, majlis nikah,majlis berinai lagi,majlis resepsi dengan 2 3 pasang baju, outdoor photoshoot lagi, wedding video lagi etc etc etc mengikut kehendak dan kemampuan masing-masing. Memang manusia selalu fikirkan kehendaknya dahulu,lepas tu baru dia fikir cara untuk jadikan dia berkemampuan untuk capai kehendak dia. Setuju tak? Itulah al-kisahnya majlis perkahwinan zaman sekarang. Mungkin bukan semua,tapi kebanyakannya. (Mungkin aku juga ikut terselit sama,tapi yang pasti bukan dalam semua perkaralah)

Arbitrary
Pada pendapat akulah, pembaziran ni satu hal yang sangat arbitrary. Tak ada satu nilaian yang tetap. Threshold untuk seseorang dianggap membazir jadi berbeza dengan berbezanya latar belakang kehidupan seseorang. Latar belakang itu mungkin dari segi taraf pendidikan, pekerjaan, kapasiti tanggungjawab etc etc. Contoh mudah, kalau ada dua orang lelaki ni,seorang businessman,seorang lagi office boy, kalau 2 orang ni pakai Blackberry, aku tak akan kata yang businessman tu membazir. Seorang guru anak 7 orang nak pakai Avanza dengan seorang doktor anak 7 orang ada satu Viva dengan 1 Harley Davidson, siapa yang akan korang kata telah membazir?

GoogleImage. Gila terliur tengok motor ni. Dunia!Dunia!


Benchmark
Threshold tu bukan saja berbeza ikut siapa yang dinilai, threshold tu juga bergantung pada si penilai. Bila kita lihat orang kaya / hidup mewah, cuba fikir semula apa batu aras(benchmark) kita nak meletakkan yang dia adalah golongan orang kaya. Kita tak buat kiraan matematik pun. Habis apa yang kita buat? Yes,we compare! And to whom we compare? Yes,to ourselves! Especially if we belong to the class what people call as middle/moderate/pendapatan sederhana.  Cuba fikir sejenak, kita tak pernah jadi kaya macam orang yang kita tengok tu, tak pernah sekali pun ada kat tempat orang tu, jadi macam mana kita nak kata apa yang dia buat tu membazir,menghabiskan duit etc etc? It is totally definitely obviously unfair.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah Berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh,Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan" - al-Qashash,77

Anugerah Allah macam-macam atas dunia nih. Rupa cantik, banyak harta, keturunan terhormat, otak bijak etc etc. Cuma insan yang beroleh anugerah itu yang kena tahu dan mahu untuk gunakannya ke arah akhirat tanpa melupakan nikmat-nikmat yang diperoleh di dunia juga. Ingat,apapun akhirat dulu, baru dunia. Dunia ada nyata depan mata sementara akhirat adalah soal ghaib.

Ghaib
Dan pada aku,sebab akhirat tu ghaib, aku sangat-sangat yakin ramai juga orang yang buat "perkara-perkara ghaib" untuk mengejarnya. Ada yang berinfak hartanya, ada orang yang memberi tuisyen percuma kepada anak yatim, ada yang menaja program-program agama tanpa pengetahuan orang lain(sebab tu aku kata ghaib,  orang tak nampak pun dia buat tapi Allah tahu). Prinsip aku senang, kalau nak cakap yang buruk cakap apa yang  nampak di mata sahaja, kalau tak nampak...anggaplah yang baik-baik sahaja. Jagalah hati kita ye kawan-kawan.Itu sangatlah penting. Buruk hati,buruklah seluruh anggota (Hadith Arbain Iman Nawawi No. 6)

GoogleImage. Watak ex-CIA hitman tu mengingatkan aku pada Hilman dalam novel A.D.A.M

Kita bukannya tahu seluruh aktiviti dan geraklaku seseorang macam cerita Person Of Interest tu.Jadi adalah lebih bagus kalau kita bersangka baik sahaja.Manalah tahu juga... boleh jadi orang-orang ini adalah golongan yang Allah sebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 274,

"Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi tuhanNya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

Itulah...kadang-kadang golongan bernama dan ternama ni bukannya tak tahu masyarakat mengutuk diorang boros etc etc, tapi mungkin sebenarnya dia lebih tahu apa yang telah dia buat dengan harta dia kot?  
 
Constructive 
Kalaupun mahu menegur bagaimana cara-cara seseorang menggunakan Anugerah Allah kepada dia atau nak kongsi idea bagaimana nak guna Anugerah Allah itu secara maksimum,silakan... be a gentleman, berilah teguran yang constructive sebab harta itu hak dia(assuming dia dah sempurnakan hak-hak Allah dan hak-hak manusia yang dipertanggungjawabkan kepada dia). 

Bukti
Lainlah kalau memang TERBUKTI dia ambil hak orang lain, ataupun TERBUKTI ada "sistem yang cerdik yang telah memindahkan hak orang lain menjadi hak dia".Itu dah salah. Dan kemungkaran kena ditegah hatta dengan desis hati sekalipun. Kalau lebih mampu,suarakan secara lisan apa yang kita tahu tidak sejajar dengan tuntutan agama.(bukan yang tak enak di pandangan mata kita semata-mata).. Dan kalau lebih mampu lagi,tegahlah melalui perbuatan - itu bagaimana? 

Itu......kamu fikir-fikirkanlah =))

Eh,bila aku cakap terbukti tu biar sebenar-benar bukti yang nanti boleh digunakan di Mahkamah Allah. Bukan bukti yang ayat pemulanya berbunyi, "Ayah saya/si fulan/tokoh politik A/ramai kata..." atau "Ala..boleh agak dah..." atau "Kroni/kerabat dia memang macam tu..." Come on laaahhhh! Guna otak betul-betul boleh tak?

Saturday, October 22, 2011

Semangat Muda

Assalamualaikum..tertangguh-tangguh penulisan Jurnal Jumaat aku ni,padahal ada saja yang aku nak kongsikan, cuma kekangan masa dan tuntutan tanggungjawab pada pelajaran perlu aku utamakan. Tapi bila aku teliti-teliti balik, rasanya ada baiknya jugalah aku rangkumkan semua ulasan/pandangan tak seberapa aku tu dalam jurnal hari ni memandangkan kesemua hal tu, pada pemikiran akulah, ada kesamaan pada pucuk pangkal kejadian. (wahhh la ayat kan?)

Steve Jobs


random Facebook photo

"Never been a fan of Apple's product but still, RIP Steve Jobs. Will always remember your incredible legacy and inspiring speeches"

I posted this on Facebook about 5 hours after his death. I'm not a gadjet savvy but his death is indeed,is felt as a great loss,at least to me. We shall realize that world only have few people with such vision and drive, who's still alive (this includes Tun Dr. Mahathir). His struggle to become such a technology juggernaut is just a sample of one spectacular journey through life. Click on this speech , and get inspired like how I was the first time I heard it. In short,the reason of such status was because I respect him. Seriously,I didn't feel anything wrong with it until a Facebook's friend commented that it was haram to say RIP (Rest in Peace) and she wrote an excerpt from an article she read, "R.I.P bermaksud berehatlah dengan aman. Ia tak layak diucapkan atau didoakan oleh seorang Muslim kepada seorang kafir yang meninggal kerana ia tak akan pernah aman di alam barzakh. Itulah janji Allah kepada mereka yang menyekutukan Allah. Apakah kita dalam sedar mendoakan kebaikan seseorang kafir yang menentang Allah?"


Woow!aku tertampar dengan komen sedemikian. Pertamanya, sebab masa aku tulis status itu,tiadalah niat aku nak memenangkan orang yang menentang Allah. Aku sekadar menulis atas dasar hormatkan sesama manusia. Pada aku,kalau orang Islam kita cakap Innalillah, orang bukan Islam gunalah RIP. Orang Islam kita guna Allahyarham,orang bukan Islam kita guna mendiang. Itu sahaja.

Kedua,bagaimana yang dikatakan menentang Allah tu?Menentang Islam memang pastilah menentang Allah. Kalau menentang Allah itu dikira menentang Islam ke? Dan satu lagi soalan yang lebih tricky dari aku, orang yang tak menutup auratnya, tak menjaga solatnya, tak hormat ibubapa...itu menentang Islam atau menentang Allah? Aku belum pernah dengar Apple bersekongkol dengan Israel. Dan aku juga belum pernah terbaca Rasulullah mengabaikan golongan kafir zimmi di zaman pemerintahan baginda.Jadi bagaimana ya?

Ketiga,pada cukup pengetahuan aku, he was a nice man. Aku tak adapun di sisi dia masa dia mati. Aku pun tak tahu iktikad dia apa di saat akhir kematian dia. Yang zahir,di mata aku dia adalah seorang individu yang baik dan tidak pernah melancarkan provokasi kepada agama aku.Cukuplah itu..yang lain itu aku serahkan pada Allah. Kerana hidayah itu milik Allah juga.

Allah berfirman, "Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang beriman,hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah,kerana Dia akan Membalas sesuatu kaum sesuai dengan apa yang mereka kerjakan"  - Surah Al-Jatsiyah,ayat 14

Firman Allah lagi dalam Surah Maryam,ayat 70, "Selanjutnya Kami lebih Mengetahui siapa yang seharusnya dimasukkan ke dalam neraka"

By the way, she left a link for further reading. There's one comment said that RIP actually came from the practice of the priests, so we can't follow it. That's quite a brighter clarification though I still think,it's not enough. Obviously because I've never heard a sermon from any priest and also failed to recollect any scene from any English movies.TOINK! Atau mungkin yang sebenarnya ilmu aku masih kurang=)  Kalau ikut pemahaman aku larangan meniru perlakuan/tindakan/ucapan orang bukan Islam hanya termaktub pada perkara-perkara yang bercanggah dengan akidah,ibadah dan akhlak kita sebagai Muslim sahaja. Aku salah faham ke?

Apapun,hal ini sebenarnya mengingatkan aku tentang kontroversi perayaan April Fool yang kononnya dikatakan meraikan kejatuhan kerajaan Granada di Sepanyol walhal pengkaji sejarah pun berbalah tentang tarikh sebenar kejatuhan Andalusia. Dan yang lebih mengejutkan,aku pernah terbaca sebenarnya kisah kejatuhan kerajaan Andalusia itupun direka oleh penganut Kristian! Mereka telahpun terlebih dahulu mengkaji personaliti penganut Islam (elaboration : yang gemar melatah tak tentu pasal) dan mereka dah yakin sangat orang Islam kalau disajikan dengan cerita-cerita sebegitu pastilah mereka akan bertindak balas secara berlebihan (baca:mengharamkan perayaan April Fool). Nah,sekali tengoklah bagaimana reaksi kita!Sebijik macam yang mereka rancangkan!Dan merekapun tertawa besar mengenangkan perangkap yang menjadi dan telatah orang Islam yang betul-betul dah di-fool-kan!Amacam,sentap?


Aku setuju sangat kalau orang bising nak haramkan sambutan April Fool atas fakta yang munasabah, macam seruan hadith-hadith  ni ke..

"Sabda Rasulullah : Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau, dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran" - HR Ahmad & Al-Tabrani


"Sabda Rasulullah : Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim" - HR Abu Daud


"Sabda Rasulullah : Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya" - HR Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa'ie

Oklah...poinnya tak perlu sambutlah jugak kan? Ye memang...tapi bila kita ada penjelasan macam ni, tidaklah orang bukan Islam mentertawakan sikap kita yang takutkan bayang-bayang sendiri sampaikan sanggup mencipta cerita, mereka fitnah untuk jatuhkan agama lain dan tinggikan martabat Islam,kononnya. Tiada fitnah terbesar selain mensyirikkan Allah/mencemarkan sifatNya. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui siapa yang benar-benar ikhlas menyembahNya. Dan cukuplah Allah sahaja untukku.

Tiada bezanya orang yang berbohong untuk gurauan di hari April Fool dan orang yang berbohong atas nama menegakkan kalimah Islam. Don't tell me that the latter is lying for a more noble intention thus what he/she is doing is more accepted in Islam. Tak pernah sekalipun aku baca di mana-mana tentang tingkat bohong..Ada ke 1st degree lie, 2nd degree lie and so on? Yang bohong tetap bohong kan?

I suppose this is what preventing us to attract people to Islam. We ourselves are creating barrier as if Islam is too exclusive to be understood by others. As if,we are selected because we are born as Muslims. As if, Muslims are raised to always hate non-Muslims because of the unsettled issues from the past. As if..As if..

Lets correct all these phobic/paranoid Muslims before going all hysterical with Islamophobia issue. Boleh tak? 

Hudud di Brunei
Minggu lepas ramai teman yang berkongsi berita titah Sultan Brunei yang akan melaksanakan hukum hudud di negara makmur itu.Alhamdulillah.

Berapa ramai yang mempersoalkan tentang penangguhan perlaksaaan hudud di Malaysia? Dan dari jumlah seramai itu pula,berapa ramai yang benar-benar tahu tentang hudud (sejarah perlaksaannya di zaman Rasululullah, ciri-ciri, matlamat yang ingin dicapai bla bla) dan berapa ramai pula yang menggunakan isu ini sebagai senjata politik semata-mata? Ah,aku seboleh mungkin tak mahu menyentuh isu-isu politik secara terang-terangan dalam blog aku ni. Banyak kupasan aku tentang politik yang aku sangkutkan saja di peti draf.

Aku langsung tak berniat nak mempertikaikan niat baik mana-mana pihak yang memperjuangkan hudud. Tapi cuba banding Malaysia dan Brunei, bagaimana keadaan negara tu yang menyebabkan Sultan Brunei bertitah menyatakan yang Brunei punyai kemampuan untuk laksanakan hudud. Kenapa baru sekarang Sultan bertitah yang Brunei sudah mampu?This isn't a question of better late than never. In fact,implementing hudud shall based on all or none law - Kalau nak buat,buat betul-betul(mencakupi semua aspek perlaksanaan,tindakan dan kesan), kalau belum mampu nak buat betul-betul, jangan laksanakan lagi.(Aku tak kata jangan buat terus ok!)

Di Brunei tak ada clubs, pubs, Hard Rock Cafes mahupun kelab dangdut. Arak diharamkan penjualannya.   Kalau wujud, mungkin sebab diseludup dari Miri atau Labuan. Tak ada MAGNUM atau SPORTSTOTO. Daging ayam,lembu,kambing,kerbau dipastikan halal di mana-mana premis jualan pun. Ada dijual daging babi atau tak itu aku tak pasti. Jam 9 malam dah jadi pekan mati, tapi tak ada pulalah rasa takut nak berjalan-jalan seorang diri. Tak ada gangguan siulan-siulan sumbang.Tak ada pengemis di jalanan. Rakyat pelbagai bangsa dan agama taat dan sayangkan Sultan selaku pemerintah negara. Rakyat tak bising pun Sultan ada eskalator khas di masjid untuk ke naik ke ruang solat.Malah,Sultan pun bila Solat Jumaat bergilir-gilir di masjid-masjid seluruh negara setiap minggu. Ramai golongan muda belia dah menjejakkan kaki ke Makkah yang mana tiket penerbangannya ditaja Kerajaan Brunei. Poligami dibenarkan dengan syarat suami haruslah mengisytiharkan harta sebanyak nilai tertentu dan menyediakan sebuah rumah untuk isteri baru yang bakal dinikahi,barulah diluluskan permohonan poligaminya. Brunei bertuah sebab dianugerahkan Allah dengan kekayaan "emas hitam" dan juga pemimpin yang bijak dan saksama dalam mengatur perbendaharaan & perundangan negara mereka supaya segenap lapisan rakyat merasa kemewahan dan keadilan dalam negara tu.

Dengan itu juga,susah nak buat kesalahan yang bersangkut paut dengan hudud bila berada di Brunei. Dalam pada kerajaan Brunei nak melaksanakan hukuman tu, kerajaan Brunei sebenarnya dah pun memastikan yang tiada sebarang ruang untuk rakyatnya melakukan kesalahan yang boleh disabitkan hukuman hudud. Tak ada clubs,pubs maka tiadalah pergaulan bebas ---> kurang risiko zina. Arak, ibu segala maksiat pun diharamkan. Rakyat hidup cukup makan pakai ---> tak ada siapa nak jadi pencuri. Silap-silap haribulan, yang jadi mangsa curi pun maafkan & halalkan sahaja. Mudah,selesai luar mahkamah. TOINK! Ramai yang memperjuangkan hudud di Malaysia berfikiran menongkah arus. Maksud aku golongan yang berpendapat, "kita buat hudud,baru orang tak zina,baru tak ada kes curi, rompak,rogol dan bunuh ni". Apa anda pasti boleh kurangkan ke? Dan kalau nak laksanakan hudud sebab dah teringin sangat nak tengok orang kena potong tangan,kena sebat,kena rejam, kena pancung...maaf,terpesong sama sekali matlamat hudud tu. Dan adalah sangat zalim dan tidak adil bila anda nak hukum orang,padahal anda sendiri yang memberi ruang untuk kejahatan tu berlaku,kan?

Hudud itu Islam. Tapi Islam bukanlah hudud semata-mata. Kan? Satu hari,Malaysia juga akan mampu laksanakan hudud,InsyaAllah. Untuk permulaan, kita kena contohi apa yang Brunei lakukan. With "kita", maksud aku adalah yang mengaku Muslim, tak kiralah fahaman politik apapun kena bekerjasama. Golongan yang berkuasa jangan salah guna kuasa (baca:jangan ambil hak orang lain!Kadar miskin tegar di Malaysia masih ada kira-kira 3.1%) dan juga gunakan kuasa sebetulnya (baca:kaji balik undang-undang pasal kilang arak,premis judi dan pubs).

Yang di bawah kekuasaan pula, jangan kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar. Mustahillah untuk dapat yang sempurna, tapi pasti ada yang terbaik antara semua. Belek-beleklah sejarah, nilai-nilaikanlah tanpa amarah, luaskan pembacaan, jangan cepat percaya yang bukan-bukan. Yang paling penting, fikir tanggungjawab kita dahulu, kemudian baru menuntut hak. Tanya pada diri sudah cukupkah kita memberi sebelum persoalkan sudah cukupkah kita diberi?

Pendirian politik aku? Cukup kalau aku katakan, aku hanya memilih yang terbaik (baca:tak semestinya yang sempurna) dan yang aku yakin boleh memelihara Malaysia.Bagaimana mahu yakin? Baca, kaji, doa. Jangan hanya dengar cerita orang tua, dan jangan ikutkan sangat jiwa muda yang selalu nampak salah, tapi jarang nak  tengok punca,apa lagi nak tunjukkan cara =)

Dan oh, satu lagi,hentikanlah jadikan isu hudud ni modal politik untuk tempoh terdekat ni.

Dan akhir kalam saya untuk hari ini, kalau ada yang mahu berkongsi saya alu-alukan, kalau ada yang terasa hati, maaf saya pohonkan. Sejujurnya,sepanjang saya menulis entri ini,saya tidak henti-henti memohon Allah supaya ikhlaskan hati saya supaya saya tidak menulis atas dasar balas dendam atau nak hentam sesiapa. Saya cuma mahu berkongsi sedikit pendapat dan juga mendapatkan lebih banyak ilmu dari pembaca.Islam itu agama nasihat.

Wallahua'lam.

Saturday, October 15, 2011

Siri 40 : Suami Mithali

Assalamualaikum...sebagai menghargai beberapa pembaca aku yang bergelar suami & bapa, serta juga Kaum Adam lain yang bakal bergelar suami juga,kali ini aku kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh teman baik aku di Facebook dia. Mantap juga persediaan mental dan emosi si dia ni. 


50 Langkah Bestari Suami Mithali.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi

 suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita terma
suk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



Journal Jumaat yang di post kan pada hari Sabtu... Maaflah,macam biasa...BUSY!

Friday, September 30, 2011

Siri 39 : Raya In-Situ

Assalamualaikum..
Hari ini aku buat 2 in 1. Jurnal Jumaat dan entri tentang 1 Syawal 1432 H yang dah dijanjikan lama sangat dah. Sorrylah Mama & Ayah ye.


Dalam hadis Ummul Mukmimin Aisyah r.a,
..bahawa pada Hari Raya Eidul Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya(rumah 'Aisyah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggan Ansar pada Hari Bu'ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata "Suara syaitan!" sebanyak dua kali. Nabi s.a.w bersabda " Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguhnya ini adalah hari raya kita"

baca di sini untuk penjelasan lebih lanjut tentang nyanyian/hiburan dalam Islam.





Daripada Ibn' Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , "Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana ia adalah sebaik-baik pakaianmu dan kafanilah mayat-mayat kamu dengan kain yang berwarna putih" [Al-Tirmizi]





Daripada Umayyah ibn Makhsyiy al-Shahabi r.a, dia berkata., "Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk ada seorang lelaki yang makan tanpa menyebut nama Allah (Bismillah) sehingga makanannya tinggal hanya satu suapan sahaja. Tatkala dia mengangkat makanannya ke mulut dia berkata," Bismillahi Awwalahu Waakhirahu(Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya" Maka Nabi s.a.w tersenyum kemudian bersabda "Tidak henti-hentinya syaitan itu makan bersamanya, namun ketika dia menyebut nama Allah syaitan terus memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya" [Abu Dawud & al-Nasa'i]

Akan berpergian selama 3hari2malam untuk program Shifting Each Muslim's Paradigm tOwards Islam. Ada Ustaz Hasrizal @ Saifulislam! Mestilah aku teruja wehhh!

Friday, August 26, 2011

Siri 38 : RBC

Assalamualaikum....

Untuk penulisan aku hari ni, aku kembali kepada tema asal penulisan Journal Jumaat aku - Sains & Islam tapi dalam pendekatan  yang berbeza. Kalau sebelum-sebelum ni aku cuba menjelaskan penemuan sains dengan pembuktiannya yang tertulis dalam Al-Quran & Sunnah, hari ini apa kata kita cuba buat muhasabah diri melalui fakta-fakta sains. Tak salah pun sebab yang ditemui oleh sains itu semuanya ciptaan Allah juga. Mari kita tadabbur alam ni.

"Perhatikanlah dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi! Tidaklah bermanfaat tanda-tanda(kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman"- Surah Yunus,101


RBC adalah singkatan kepada Red Blood Cell atau nama saintifiknya Erythrocyte atau nama Melayunya Sel Darah Merah. Sel ini bertugas mengedarkan oksigen ke seluruh tisu badan dan mengangkut sisa-sisa kumbahan dari tisu-tisu untuk disingkirkan melalui pernafasan, perpeluhan dan sebagainya. Bersaiz 7.2microns dan mempunyai jangka hayat selama 120 hari sahaja. Struktur RBC terdiri dari lapisan membran yang melingkupi hemoglobin (heme+iron+globin). Hemoglobin inilah yang berfungsi untuk "mengikat" oksigen dan "membebaskan"nya bila perlu. Apabila selesai tempoh 120 hari berkhidmat, RBC ni akan dimusnahkan secara automatik oleh sistem tubuh dan heme serta globin yang dibebaskan pula akan digunakan untuk membentuk RBC yang baru pula. Manusia normal mempunyai kira-kira 4-5million RBC/cubic mm(mm^3) of blood. Sel-sel lain yang menghuni sistem peredaran darah manusia termasuklah sel darah putih(antibodi) dan platelet(membantu pembekuan darah).

Baiklah..sekarang cuba bandingkan diri kita dengan RBC tu...

"Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu turuti langakah-langkah setan...." - Al-Baqarah,208

Pertama, Allah telah mengurniakan nikmat Islam kepada kita. Agama Islam kalau dianuti dengan  sepenuhnya, sewajarnya ia mampu membezakan kita dengan orang-orang kuffar. Sama saja macam mana RBC tu mudah saja dikenali (di bawah mikroskop lah!) . Tingkah laku, pertuturan, pemakaian, perhubungan sesama makhluk, semuanya telah digariskan dengan indah oleh Islam sama ada melalui Al-Quran dan Sunnah.

Kedua, selama tempoh 120 hari RBC hidup, ia menjalankan tugasnya dengan patuh , semaksima mungkin tanpa banyak soal. Hantar pergi otak, ia bagilah oksigen ke otak. Hantar pergi jantung, hati, buah pinggang merata-rata dalam tubuh badan ia pergi. Hinggakan ke hujung-hujung jari-jari RBC komited saja buat tugas dia.Kita??? Aku yang dah 22 tahun hidup ni pun ada masa main celup-celup juga jalankan tugas aku. Kadang-kadang layan drama sampai lewatkan waktu solat. Nak nampak menarik, sanggup abaikan garis panduan yang Allah dan tetapkan. Ingat kekasih lebih dari ingat kekasih Allah. Cuba fikir balik apa alasan kita nak bagi kat Allah nanti sedangkan kita ni ciptaan terbaikNya?Aku selalu sebak bila kenangkan satu ayat dalam Al-Baqarah ayat 30

"Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi", mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, Sungguh Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Agak-agak kita punya pujian lebih pada Allah ke lebih pada Siti Nurhaliza? (aku la tuh!TOINK!)Padahal Allah sebenarnya ada menjelaskan tujuan penciptaan kita selain daripada sebagai khalifah seperti ayat di atas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" - ad-Dzariyat,56

Sejauh mana telah kita jalankan tugas kita sebagai khalifah dan beribadah kepadaNya? Setarakah kita dengan RBC? Sedang ia hanya punya 120 hari untuk membuktikan ketaatannya?Satu soalan untuk kita fikir-fikirkan.

Ketiga, dan yang aku kira paling sentap sekali...Tak tahulah korang macam mana kan.Bila RBC tu dimusnahkan..adakah ia betul-betul musnah? Tidak! Heme dan iron (zat besi) yang terbebas akan digunakan pula untuk membentuk RBC yang baru. And the same cycle goes again and again. MasyaAllah...setelah mati pun masih berbakti! Kita? Apa pula yang bakal kita tinggalkan atas dunia nanti? Dan adakah kita mampu mati untuk kebaikan makhluk lain?

Wallahua'alam.

Friday, August 12, 2011

Siri 37 : The Stirrer

A student asked his teacher ,
"If the shaytan(devil) is locked up during Ramadhan, why do people still do bad things?"

And so the teacher answered,
"What happens when you stir a cup of coffee for a long time? After you take the spoon out, the coffee continues to stir on its own,right?Shaytan is the stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away!"

p/s:credit to Shu

Sepertiga Ramadhan telah pun dilewati...apa kita masih sibuk memikirkan juadah berbanding ibadah?

Saturday, August 06, 2011

Siri 36 : Ibadah Ramadhan

Assalamualaikum sahabat,

Jarang-jarang aku bertanya "bagaimana puasa kau hari ini?"
Kerana yang aku tanyakan "bagaimana Ramadhan kau hari ini?"
Aku tak ucapkan "Selamat berpuasa!"
Tapi aku ucapkan "Selamat ber-Ramadhan"
Kenapa?

Kerana Ramadhan itu bukan semata-mata menahan diri dari lapar dan dahaga sahabatku sayang. Kita menahan diri dari banyak perkara yang membatalkan puasa itu. Kita mengelak dari melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahalanya.

Inilah bulannya kita lihat warna sebenar diri. Inilah bulannya kita belajar menjaga tingkah. Inilah bulannya kita melipatgandakan ibadah. 

Tapi sahabatku, jangan kau sempitkan pemikiranmu tentang ibadah. Ibadah bukan hanya di atas tikar sejadah. Ibadah bukan bilangan muka surat Al-Quran semata-mata.

Jangan kerana kau berjaga sehingga ke sahur untuk tarawikh dan Qiyam, Selepas subuh disambung Mathurat dan Al-Quran hingga ke fajar. Dan kemudiannya kembali ke katil, kau butuhkan rehat yang kau perlukan. Sedangkan ada kuliah pagi yang menanti di kampus kau terus abaikan.

Nanti kau terjaga untuk Dhuha pula. Kemudian kau tambahkan dengan Tafsir dan Zikir. Sedang waktu itu sepatutnya kau menjalankan kerja-kerja klinikal di hospital. Mengingati Allah itu perlu dan boleh di mana-mana saja sahabat. 

Petang nanti datanglah ke kuliah dengan muka segar bertenaga sahabat. Jangan jadikan puasa itu alasan untuk muka mencuka. Untuk tidur sewenang-wenangnya. Apa kata yang bukan Islam nanti? Puasa itu sengaja membunuh diri? Jangan tuduh mereka tak memahami, kalau kita yang salah memberi erti.

Sahabatku sayang, pernahkah kau dengar kisah Abu Darda' yang tidak tidur malam kerana mengerjakan ibadah? Lantas beliau ditegur sahabatnya bernama Salman ,"Tuhanmu ada hak ke atas kamu, badanmu ada hak ke atas kamu dan isterimu ada hak ke atas kamu. Berikan kepada semua ini haknya". Dan Rasulullah tatkala mendengarkan itu berkata, "Benarlah Salman" - Riwayat Bukhari

Ya,Ramadhan memang setahun sekali. Tapi Islam adalah selama-lamanya sebuah agama yang mementingkan produktiviti dan kualiti di semua segi. Allahua'lam.

Saturday, July 23, 2011

Siri 35 : Dilema

Assalamualaikum..Nampaknya aku mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis kembali di ruangan Jurnal Jumaat ni. Sedikit menyesali khilaf diri yang tidak pandai mencuri sedikit masa dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab dan amanah aku di sini. 


Selasa lalu,masa lepak-lepak nak menunggu kelas petang, aku sempat jugalah layan cerita Die Hard 4.0. Aku pernah tengok cerita ni masa mula di keluar wayang sekitar zaman A-Level aku dulu. Dalam cerita ni ada sekumpulan penggodam/hackers yang telah mencipta kod-kod akses kepada fail-fail sulit dan sistem keselamatan US. Aku tengok para hackers nih menaip bukan main laju lagi segala abjad dan nombor kan. Lepas selesai tekan dalam berapa ratus abjad,kat skrin akan keluar "SYSTEM DEACTIVATED" "ACCESS GAINED" etc. Dapatlah akses ke fail data yang seterusnya. Dari kefahaman aku, setiap huruf atau nombor tu ada fungsi, keperluan dan tatacara penggunaan yang tersendiri. Dengan gabungan abjad dan nombor tertentu, mereka dapat programkan atau re-programming mana-mana sahaja sistem keselamatan laman-laman web kerajaan. Sikit punya hebat ilmu yang terkumpul di minda dan jari jemari diorang ni. Jujur aku cakap,aku memang noob bab-bab IT nih. Jadi aku mintak maaf kalau ada istilah yang aku guna tadi macam salah konsep whatsoever..

Kalaulah kita andaikan proses pencerobohan tu macam hidup kita kan,rasa tak macam ada persamaan?? Berperingkat-peringkat, setingkat demi setingkat. Setiap derap langkah mungkin membawa kita setingkat lebih tinggi,atau mungkin 2 3 tingkat terus. Tapi, ada masanya, langkah kita terpijak lopak kita jadi kotor, tersadung kayu kita tersungkur, tersalah berpaut?memang mautlahhh!HAHAHA. Macam para hackers tadi, salah tekan abjad tak dapatlah akses, salah tekan nombor kantoi, salah ibu mengandung?Tak ada kaitan!!!Kalau dia tahu besar nanti kau nak jadi hackers,dah lama dia picit hidung kasi mampus terus tau!

Pemudah katanya,para hackers ni bukan calang-calanglah. Ilmu penuh dan persediaan rapi kena ada. Macam itulah juga sepatutnya dalam menjalani hidup kita. Kena ada ilmu. Segala macam cabang ilmu yang ada, hari ini aku cuma nak cakap pasal ilmu membuat pilihan. Ilmu untuk menangani keadaan "Di persimpangan dilema" bak lagu penyanyi Nora. Ditelan mati mak,diluah mati bapak.Kata orang Melayu lah. Ini biasa terjadi pada semua manusia tak kira pangkat dan usia. Selesai SPM, hati meronta-ronta nak jadi pengamal undang-undang, tapi hasrat ibu bapa nak melihat anaknya jadi doktor perubatan(sekadar contoh) Tak habis belajar,hati tergerak nak berumahtangga, tapi orang tua mahu diselesaikan dahulu pengajiannya (sekadar contoh lagi).

Islam sebenarnya awal-awal lagi dah mengajar kita bagaimana mahu membuat pilihan dalam kehidupan, yakni melalui kaedah Sunnah dan Syariah. Sunnah dilakukan terlebih dahulu,yakni melalui Solat Sunat Istikharah.

Dalam Riwayat Bukhari ; Dari Jabir r.a, dia berkata "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al-Quran. Kalau seseorang dari kamu mengkehendaki sesuatu, maka hendaklah dia solat dua rakaat kemudian berdoa,



Ya Allah,sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.Aku meminta dariMu dengan kelebihanMu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah,jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku, pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku dan elakkanlah diriku daripadanya. Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu"


Cuma satu yang aku nak tekankan di sini tentang matlamat kita beristikharah. Istikharah bermaksud "memohon pinjaman ilham dari Allah s.w.t". Kita berserah terus pada Allah supaya dilorongkan jalan yang tepat kepada kita. Kita kena berserah bulat-bulat. Tak ada bias sana sini. Memang tak acilah kalau buat istikharah tapi dalam hati sebenarnya dah ada keputusan lain. Jangan main-main dalam mencari redhaNya! Satu lagi yang aku nak ingatkan, ilham pinjaman Allah itu tak semestinya datang dari mimpi-mimpi atau petunjuk-petunjuk. Jaga-jaga,perangkap syaitan ada di mana-mana kerana syaitan itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa kecuali rupa Rasulullah s.a.w.

"Sebahagian (daripada umat manusia) diberikan olehNya petunjuk dan sebahagian lagi sepantasnya menjadi sesat, kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan sebagai pemimpin mereka selain Allah. Tetapi mereka pula mengira yang mereka berada dalam petunjuk hidayah" (Al-A'raf,ayat 30)

Selain bersolat, Syariat pula menggariskan kelebihan untuk kita pergi bertanya pada yang lebih arif dan yang kita yakini ketinggian ilmu dan pendapatnya. Jangan pula kau pergi tanya geng-geng kau saja. Kawan sehati sejiwa selalunya memanglah "I support you lahhhh!"  Mencari maklumat di zaman IT (dan hackers!) ini hanya di hujung jari sahaja. Tambah pula, ramai cendekiawan agama seperti Dr.MAZA, Ustaz Hasrizal(saifulislam), UZAR (zaharuddin.net) - sekadar menulis beberapa nama, yang menulis pelbagai isu agama di blog masing-masing. Ini juga satu contoh usaha kita dalam melunasi amanah Allah untuk menjadi hambaNya yang terbaik di sepanjang kehidupan dunia ini. Dalam Allah mentakdir, kita masih berhak untuk mentadbir. 

Tidak dinafikan,akan timbul juga rasa takut di hati memikirkan akibat keputusan kita walaupun diambil atas landasan Sunnah dan Syariah.Ye lah, lepas istikharah dan perbincangan, buat timbang tara dan perbandingan,  lepasan SPM tadi memilih untuk jadi doktor perubatan. Bila dah belajar dan rasa dah usaha sehabis daya pun,keputusan peperiksaan tak adalah sebaik mana. Dalam hati kadang-kadang rasa,kalau ambil guaman mesti sekarang hati tenang,tak ada tekanan,maklumlah ambil jurusan yang disukai kan? HAAAAA..untuk insan-insan yang melalui perasaan macam ini pula, ingatkan diri balik yang kita bukanlah hero Early Edition ke apa ke..Kita cuma menjalani hidup yang sementara ini atas Sunnah dan Syariah untuk beroleh kebahagiaan yang hakiki di akhirat yang kekal abadi. Kalaupun bermasalah di tengah jalan, ucapkan Alhamdulillah untuk pahala dan redha Allah yang tetap mengiringi kita,InsyaAllah. Kalau semalam kita tak tahu apa yang akan jadi hari ini,maka pada hari ini,kita tak akan tahu pula apa yang bakal jadi esok.Itu yang selalu aku ingatkan diri. Eh,contoh tadi ada ada kaitan dengan aku ke? TEEEEETTTTT.Sebenarnya,ada satu petikan hadis yang boleh dibuat menenangkan diri bila berdepan kegusaran macam ini,cuma periwayatnya tak silap aku macam ada kontroversi Wahabi,sesat etc...


"Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq serta bermesyuarat dengan para makhluk, serta tetap pendirian dalam keputusannya " -Ibnu Taimiyah 


Allahu a'lam..

p/a:Aku kira, penulisan ini adalah sambungan kepada tulisan Love Actually.. ini yang aku maksudkan dengan "urusan dengan Tuhan"- mohonkan ketenangan dan petunjuk hanya dari Dia.

Friday, July 01, 2011

Siri 34 : Earn After Death

8 ways to earn even after death

1) Give a copy of the Quran to someone. Everytime they read from it,you gain

2) Donate a wheelchair to hospital. Each time a sick person uses it,you gain

3) Teach soemone to recite du'a or prayer

4) Share a Quranic CD/link to Quranic website

5) Participate in building of a mosque

6) Place a water-cooler in public place

7) Plant tree.You gain whenever person or animals sit in shades or eats from it

8) Share this message with people. Even if one applies any of the above,you gain! 

Friday, May 27, 2011

Siri 33 : Aku ada kerna Kau ada

0230hrs,Mangalore,27052011

Assalamualaikum...tak tahu dari mana hendak aku mulakan tulisan hari ini.Larian jemari pun seakan masih lemah dalam esak tangis sendiri sedang diri mahu berkisah pada sekaliannya. Ini barangkali bukan tulisan jurnal untuk hari jumaat yang selalu-selalu aku tulis. Lebih pada jurnal peribadi aku hari ini.

Sewaktu entri ini ditulis,aku sepatutnya sudah lena setelah selesai ulangkaji untuk peperiksaan yang bakal berlangsung minggu hadapan. Di minggu-minggu peperiksaan ini selalunya aku tidur sejam dua selepas maghrib dan kemudian bangun untuk Isyak dan mulakan ulangkaji. Dengan limpah taufikNya, akan aku kerjakan solat-solat sunat setakat yang terdaya sebelum tidur.

Tadi....sebermula dari takbir Tahajjud,aku sudah merasa kelainannya. Selalunya,belum sudah doa iftitah pun, peluh akan mula merenik di tengkuk dan mula menitik-nitik tanpa sempat aku sudahkan Al-Fatihah pun walaupun kipas siling berputar laju atas kepala.India,di musim panas begini,biasa saja suhunya mencecah hingga 42 selsius.

Tapi malam ini...lain.Tak adalah sejuk semacam..cumanya,seolah-olah peluh-peluh pula yang tak mahu keluar..Malas nak ambil pusing,Tambah pula bila hal begini sebenarnya lebih menambahkan keselesaan untuk bersolat,jadi aku teruskan solat macam biasa. Usai Tahajjud,aku bangkit lagi untuk melanjutkan Taubat aku padaNya. Aku raup wajahku usai memberi salam dan tiba-tiba mata aku tertancap ke pemandangan malam yang sempat mencuri ruang di antara 2 helai langsir tingkap aku.

Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian aku.Kelompok-kelompok awan yang aku lihat melakari dada langit malam ini aneh tapi unik.Letak duduknya bagaikan mengintai di antara dua helai langsir tingkap aku.Macam kepul-kepul asap pun ada..Aku ingat lagi,aku diam lama tadi, tanpa sempat pun aku tadahkan tangan untuk berdoa,cuba meraih ingatan aku pada sesuatu..kerana aku kenal sangat lakaran itu....Tapi masih aku berdolak-dalik dengan tanggapan sendiri. Apa kes pulak orang macam aku nak dapat tengok benda-benda camnih?

Aku bangun lekas terus ke birai tingkap. Sekadar mahu pergi melihat lebih dekat.Tahu-tahulah bila dah rabun jauh ni kan.Aku selak sedikit langsir dan....subhanallah...aku terkaku dan terpaku...Seminit,mungkin dua minit.Entah!Aku perhatikan lagi betul-betul,mungkin aku ini berilusi atau cepat sangat membuat andaian. Macam aku cakap tadilah,apa kes pulak orang macam aku nak dapat tengok benda-benda camnih? Tapi..bila aku mendongak ke langit tinggi,aku lihat awan-awan di atas sana berkelompok-kelompok dan tebal.

Dan hanya lakaran awan yang satu ini sahaja yang berada pada paras lebih rendah.Dan kelihatan nipis juga... 

Dan.....cantik sangat awan itu melakarkan kalimah agung Alif-Lam-Lam-Ha...ALLAH...

Satu,dua,tiga....laju saja aliran yang memecahkan empangan mata aku malam ini.Lama aku berdiri di situ.Hanya diam memerhati kalimah agung. Satu saatnya,aku rasakan seolah-olah kalimah itu dan seluruh alam bagai bersatu membisikkan ke dalam minda aku sebaris kata-kata "AKU ADA DI SINI"....sayup-sayup...hinggalah kemudiannya aku tersedar bila ditampar bayu malam yang datang sekilas entah dari mana,tapi sejuk sekali. 

Subhanallah...MasyaAllah...Alhamdulillah...LailahaillAllah...

Aku gegas mahu pergi mencapai kamera.Mahu merakam momen indah itu.Indah yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.Tersangat indah.Tapi aku sendiri buntu bagaimana nak gambarkan pada semua. Tapi malangnya,saat aku menghalakan lensa...lakaran tadi telah tiada.Dan awan-awan tadi kelihatan seperti awan-awan biasa,telahpun terselindung di sebalik bangunan apartment sebelah.

mengintai di sebalik tirai kamar

Tidak berjaya terakam di lensa,tapi kekal terakam di kotak minda.....Tiada bukti untuk buat kalian percaya cerita ini.Tak mengapa...sebab aku menulis kerana aku mahu.Dan aku tahu setiap dari tulisan aku ini akan dipertanggungjawabkan kepada aku di akhirat kelak. Dan...aku menulis kerana aku mahu menulis. Tiada apa yang aku perlu buktikan pada siapa-siapa pun.

Assalamualaikum..

Saturday, May 21, 2011

Siri 32 : Hidayah dan Taufiq

Assalamualaikum...

Pernah dulu makcik aku yang seorang ini,Auntie Ana kupanggil namanya, ceritakan pada aku. Petunjuk dan hidayah itu berbeza. Begini, kalau ada yang datang khabarkan kita "Ada ceramah agama di masjid hujung minggu ini",itu petunjuk. Tapi sama ada kita akan pergi atau tidak,itu bergantung pada hidayahNya sebab Allah Maha Mengetahui "secukup" mana kita menghampirkan diri padaNya.Kedengaran payah,tapi pada aku ini teori mudah.Bila kita sentiasa usaha dan sediakan diri untuk pergi pada Dia,walau selangkah,seribu langkah Dia datang pada kita,insyaAllah. Mungkin usaha kita kecil di kaca mata manusia lain,tapi dinilai cukup di sisi Allah,lantas dia datangkan hidayah..dan hidayah lagi. Pokoknya,fitrah manusia itu jangan sekali-kali lari dari mengakui akan adanya satu kuasa yang lebih besar dari dirinya.

Yang selalu kita dengar, hidayah itu petunjuk dari Allah.Aku tak ada masalah juga dengan penyataan sedemikian. Sebab pada aku,petunjuk tu tidak perlu didefinisikan berjela-jela sebab petunjuk-petunjuk memang dah ada di sekeliling kita sejak sekian lama.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang,terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal" (2:190)

Siapakah orang yang berakal ni?

"iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia,Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka."(2:191)

ada sambungan lagi yang aku rasa menarik perhatian aku pada ayat 193 

"Ya tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman,iaitu berimanlah kamu kepada TuhanMu,maka kami pun beriman"

Hidayah Allah datang pada yang mencari.Dan jangan sekali-kali berhenti mencari atau juga berasa cukup sebab sebenar-benarnya,kita tidak akan pernah mengetahui sebanyak mana yang cukup di mata Allah s.w.t. Mungkin satu desis hati yang penuh keinsafan lahir penuh ikhlas dari seorang pemuzik terkenal sudah cukup untuk membuatkan hidayah Allah sampai padanya. Dan kemudian dibukakan lebih banyak hijab-hijab kepada petunjuk-petunjuk yang sekian lamanya telah berada di sekelilingnya. Dengan izin Allah juga,kitaran itu berterusan dan terus-terusan dia nampak petunjuk dan beroleh hidayah.Alhamdulillah.

Tapi mungkin ada juga yang sampai perlu pergi berguru,melompat ke satu demi satu laman blog agama cuba menyelesaikan kekusutan hati tapi seolah-olah gagal dan kehilangan punca.Mungkin belum cukup usahanya di sisi Allah?Wallahu'alam. Dia lebih berhak dan lebih mengetahui akan setiap kejadian hambaNya.

Selesai tentang hidayah.Bagaimana pula dengan taufiq?Kita selalu dengar sesebuah majlis ditutup dengan ungkapan "Wa billahi taufiq wal hidayah wassalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh". Taufiq kalau dari segi bahasanya ialah "guidance"-macam petunjuk jugakah?Aku lebih kira taufiq itu sebagai pertolongan. Jadi bila kita mohon taufiq dari Allah,maknanya kita mohon pertolongan Allah.Tidak ada isu kenapa kita mohon taufiq dulu baru hidayah and so on. Pertolongan Allah itu dalam macam-macam cara. Kesihatan yang baik, urusan yang dipermudahkan, lorongan ke jalan yang lebih baik, ditenangkan fikiran dalam membuat keputusan. Semua itu pertolongan. Malah hidayah juga pertolongan Allah pada hambaNya.

Untuk diringkaskan macam inilah....sedang kita lena tidur,tiba-tiba kita terjaga pukul 2 pagi. Itu petunjuk Allah,insyaAllah. Kemudian kita ucapkan syukur masih bernyawa dan terus berniat mahu bangun Qiyammullail.Bersyukurlah,sebab kita beroleh hidayah untuk sentiasa mendahulukan Allah dan mengabdikan diri padaNya. Memang bukan mudah..tambah di zaman serba moden ini,yang celik mata terus cari Facebook cari Twitter kan...itu semua bergantung kepada sejauh mana telah kita latih diri untuk dekat pada Allah.Ingat,selangkah kita pada Allah,seribu langkah Allah mampir kepada kita.Dan setelah ada niat yang baik untuk berqiyammullail itu, kekuatan diri untuk bangun pergi ambil air sembahyang dan lawan rasa mengantuk ataupun rasa rugi sebab kena korbankan waktu tidur,pada aku,itulah taufiq. Maka fahamlah aku kenapa orang selalu kata taufiq itu satu peringkat tertinggi dalam hidayah.

Setakat ini saja penulisan aku hari ni.Maaf,tak bermaksud menimbulkan kecelaruan ataupun mereka-reka tafsiran sendiri.Sekadar ingin berkongsi apa yang aku fahami serta juga membuka ruang untuk siapa-siapa yang ingin berkongsi dan memberi teguran secara hikmah. Wallahua'lam.

Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.. 

Friday, May 06, 2011

Siri 31 : Batu Hitam





KENAPA KO SEMBAH BANGUNAN YG BERKAIN HITAM ITU????

A : "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

B : "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

A : "Baitullah tu apa?"
...
B :"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

A : "Allah ada dalam tu?"

B : "Tak.."

A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

B : "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

A : "Kamu sembah apa?"

B : "Saya sembah Allah swt"

A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

B : "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

A : "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

B : "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

A : "Pernah.. selalu.."

B : "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

A : "Tengok perlawanan bola la.."

B : "Di mana?"

A : "Dalam tv la.."

B : "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

A : "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

B : "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

A : "So..?"

B : "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

A : "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

B : "Peliknya.."

A : "Sebab apa pulak pelik?"

B : "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

A : "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

B : "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

A : "Ya.. tak pelik.."

B : "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

A : "Erk.. kau betul.."







Aku senyum bila baca nota ini di Facebook. Pada penghitungan aku, ini boleh dikira sebagai satu analogi yang sangat mudah tetapi penuh kebijaksaan.


P/S:Thank You Yahoo!Images

Friday, April 15, 2011

Siri 30 : Islamnya Seorang Aku

Assalamualaikum. Hari ini,aku nak menulis tentang Islam yang aku tahu dan faham sepanjang bernafasnya aku hingga hari ini. Idea untuk menulis petang ini bila terkenangkan perbualan dengan teman rapat masa lepak-lepak minum petang,hampir setengah tahun lalu,mungkin. He knows that I'm very fascinate about scientific facts that can be found in the Holy Quran so he kinda asked me like this,

"Kalaulah satu hari kan, dengan teknologi yang makin canggih ni,kita dah boleh cipta macam-macam sama sebiji macammana yang Allah ciptakan,agak-agak Anum nak stay dengan Islam ke?"

Aku pintas dia dulu "Eh,hari tu pesan cakap Allah tak suka bila kita guna kalaulah ,kalaulah, if, if"

"Itu dalam konteks lainlah.Itu bila macam nak menyesali nasib and tak redha dengan takdir Allah,yang banyak macam dalam drama-drama Melayu tu memang tak bolehlah.Aish,sambung balik soalan tadi ni.Sekarang tengok sendirilah.Ada IVF [Bayi tabung uji]. Ada benih untuk buat awan dan hujan lagi. Kalau ikut logiknya,tak mustahil 10-20 tahun lagi lagi hebatlah kan.Kalau Anum hidup lagi masa tu,nak stay dengan Islam tak?"

JAWAB KAU JAWAB. Toink.

Logik. Memang..tak mustahil boleh jadi macam itu.Dan untuk beri jawapan "Tak akan ada yang sesempurna penciptaan Allah" pada aku adalah satu jawapan orang pemalas dan langsung tak menjawab soalan. Jujur,masa zaman kejahilan dulu,memang aku rasa jengkel bila orang bagi jawapan selamat macam tu. Tambah bila dengan sedikit ilmu yang kau ada,kau pun tahu yang bayi IVF tu cukup sempurna serba-serbi kejadiannya. Aku rasa,seorang doktor atheist yang ilmu perubatannya dah tahap tertinggi tak akan terima hujah tu. Apatah lagi pakar-pakar yang dah berjaya buat benih awan dan hujan. Kan? Jadi,aku tanya semula pada dia..

"Pernah baca tentang Tom Cruise dan Scientology?" *geleng kepala*

Scientology adalah agama yang diasaskan di US sekitar tahun 1950-an dan antara selebriti yang mengikut fahaman ini termasuklah Tom Cruise dan isteri,Katie Holmes, John Travolta dan Lisa Marie Presley. Pengasas dan penganut-penganutnya percaya bahawa manusia asalnya adalah satu bentuk kejadian roh yang kalis pada kematian(immortal) serta mempunyai dalaman suci dan baik serta keupayaan kreatif yang tidak terbatas sama sekali. Alam ini wujud bilamana roh-roh sama-sama setuju ianya wujud. Tapi pada satu ketikanya,kebergantungan roh-roh kepada alam (yang asalnya tadi wujud sebab manusia mahu ianya wujud) terlampau tinggi hingga mereka sedikit demi sedikit hilang kemurnian dan kemampuan yang tak terbatas tadi.Maka jadilah mereka satu roh yang terperangkap dalam jasad [manusia] tanpa tahu hala tujuan sebenar. Dan bila jasad itu mati, roh akan terus hidup dalam jasad yang lain pula. Para penganut Scientology percaya bahawa diorang seharusnya mempunyai kawalan penuh atas jasad manusia yang diorang tumpang ni. Dan untuk memastikan tiada noda-noda jahat yang mempengaruhi jasad tu,ada masanya diorang menghadiri sesi kaunseling dan menjalani ujian yang dinamakan E-test. Semasa E-test, cas elektrik dalam jumlah yang tidak memudaratkan akan dialirkan pada tubuh untuk mengenalpasti jumlah rintangan elektrik yang wujud dalam jasad tu.Mengikut penjelasan ilmu Sains Fizik, jasad kita memang ada cas-cas tertentu. Dan kita pun selalu dengar, you are what you eat. Sains perubatan sendiri dah jelaskan,bila kita gembira badan hasilkan sejenis bahan kimia bernama endorfin. Bila kita terkejut,sedih,marah, letih semuanya ada tindak balas kimia dalam badan yang secara tak langsung akan ubah cas-cas dalam badan kita. Jadi para penganut fahaman Scientology percayalah dengan cara menyingkirkan cas-cas tak baik ni, diorang akan capai semula kemurnian spiritual dan juga kemahiran tanpa batasan tu.

Teman dah berkerut. "Apa kaitan pulak ni?"
"Dah awak tahu pasal Scientology saya ceritalah!"
"Laaaa...tak jawab soalan langsung. Surrender je la eh?"
"Apa pulak...Poin saya mudah saja.Yang saya jelaskan tadi asas kepada fahaman Scientology. Yang bila sekali kita baca macam berbelit-belit pelik susah nak faham. Tapi penganut dia relax je percaya apa yang dia percaya macam tu. Memang tak nafikan, saya kagum gila dengan bukti-bukti saintifik yang terpampang dalam Quran. Sains ialah Islam. Tapi Islam bukan sains." 



Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah. Dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya

Bukan sains semata-mata. Asas kepada Islam bukannya ilmu sains tu. Kita ada rukun Islam,rukun Iman, Ihsan. Syahadah saya itu pegangan asas saya dalam Islam.Itu akidah aku. Kita wujud untuk beribadah. Apa yang terkandung dalam Quran tu digunakan untuk memantapkan lagi syahadah dan menggalakkan ibadah kita pada Allah.Sekadar menciptakan sesuatu yang menyamai ciptaanNya,belum cukup untuk menggugah syahadah aku,InsyaAllah.Dan kalau aku sekadar bercakap sebagai orang Sains,aku boleh kata bayi IVF dan segala macam ciptaan hebat sekarang ni memang menyamai ciptaanNya, tapi sebab aku ni Orang Muslim Sains,aku pun tak pasti ciptaan itu sama ke tidak sebab otak dan pancaindera aku yang Allah bagi ni setakat mana je lah boleh pergi dan nampak kan? *senyum*

Kembar IVF ni aku panggil kenit-kenit. Rindu aish!Jun cepatlah datang!

Dan satu aku pesan,akan sampai satu ketikanya, segala persoalan kau pada kekuasaanNya tidak mampu diperjelaskan dengan logik. Dan bila kau sampai ke titik ini,ketahuilah yang logik hanya boleh diperjelaskan oleh akal. Dan akal yang Allah anugerahkan pada kau adalah pada kadar yang terbaik dan termampu untuk kau tangani sahaja. Cukup sampai di situ,jangan pergi lebih jauh sampai nanti kau tercampak jatuh.Kadang-kadang kita tak sedar,aku faham itu. Yang aku boleh nasihatkan,perbaharuilah syahadah kalian selagi mampu. Aku pernah berdiri goyang pada titik goyah itu......

Friday, April 01, 2011

Siri 29 : Khitbah

Assalamualaikum.Lama sekali tak menulis di ruangan Journal Jumaat ni.Maaf pembaca sekalian. Alasan kekangan masa mungkin sukar untuk diterima memandangkan entri aku berderet-deret saja kebelakangan ini. Jujurnya,di ruangan ini selalunya aku kongsikan mana-mana bacaan ilmiah yang aku temui dari internet bersama sedikit kupasan pandangan aku sendiri. Jujur lagi,untuk hampir 2 bulan ini bacaan aku banyak tertumpu pada isu munakahat yakni nikah kahwin.Rasa sedikit seganlah nak kongsikan sama anda semua. Bimbang dikata gatal, tak sabar-sabar dan seumpamanya.HAHA.Bukankah itu persepsi masyarakat walaupun bila aku fikikkan kalau tengok IC umur dah nak masuk 22.Dah lama lepas umur juvenile. Kalau dari segi sains perubatan pun,umur yang hormon memang tahap aktif dan efektif.Tak salah kalau dah mula meluaskan pengetahuan di samping mempersiapkan diri kot.Ehem.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan ..

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan kerenah birokkrasi yang menyulitkan
Kursus dankhidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu Suami,Isteri,Saksi, Wali, Aqad.[SISWA]
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
Masih menuntut di kolej atau universiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumah tangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [
halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour
dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran
Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [
jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.
Disediakan Oleh
Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat

DIPEROLEH DARI BLOG PUAN SITI HAWA

Hurrmmmm..jelas sejelas-jelasnya sudah apa yang cuba disampaikan oleh artikel ni. Kalau dilihat situasi sekarang inipun,ramai rakan yang masih muda[kalau mengikut perkiraan orang -orang tua] terutamanya yang menuntut di luar negara dah pun mendirikan rumahtangga.Aish,nanti kalau aku kahwin tiba-tiba orang kata aku nak ikut trend pula.TOINK.Bukan macam itulah..Itulah kita,terlampau nak fikir apa orang kata,apa orang akan kata.ALLAH kata tak nak kira pula???Jangan ingat aku seronok-seronok letak entri Ipod pink seminggu sekali tu aku tak fikir langsung pasal dosa.Kadang-kadang aku fikir kalau aku mati hari ini dan nanti Allah tanya kenapa tak percepatkan perkara baik, aku tak sanggup nak bagi jawapan "nak habiskan belajar dulu" sebab rezeki,akal,untung aku hari ini semua datang dari Dia juga.Dan dalam setiap istighfar dan doa,aku masih pohon harapan agar semuanya dipermudahkan. Dipermudahkan oleh Allah dan dipermudahkan oleh orang-orang yang aku limpahkan taat sesudah Dia,tak lain tak bukan haruslah MamaMamaMama&Ayah.Amin.

Taat Hang Tuah pada Sultannya tidak bertepi,taat hamba pada TuhanNya tiada bertapi.

Dah April pun....Agak-agak manusia-manusia yang sebarkan cerita aku kahwin bulan Mac tu kena minta maaf dengan aku tak?