Showing posts with label HnH. Show all posts
Showing posts with label HnH. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Penawar Rindu

Assalamualaikum.

Sebenarnya banyak sangat yang jadi lewat kebelakangan ni di samping kesibukan belajar yang tak sudah sudah.Ala Faridahanum cukup-cukuplah cakap pasal sibuk belajar. Ni ada masa nak menconteng nih takkanlah sibuk jugak kan?

KMC Final Year MBBS "A" Batch

Sibuk.Sangat sibuk. Tinggal lagi 2 bulan sebelum ujian akhir semester. Dan lagi 9 bulan akan muncullah peperiksaan yang ditunggu tetapi sangat digeruni. Peperiksaan akhir ijazah perubatan.Macam tak percaya,it's no longer that far away!!!phewwww!

2 hari lepas Afdhal upload gambar Tok Ajah semasa mengerjakan umrah kira-kira 2 minggu sebelum pemergiannya. Dah 3 minggu jugak Tok Ajah meninggal. Jujurnya, sedih itu masih ada. Baru minggu lepas aku mimpikan arwah. Arwah datang pada aku. Sedih.Sedih sebab katanya aku dah lupakan dia. Astaghfirullahal'azim. Orang boleh kata mimpi itu satu permainan tidur. Tapi tidak pada aku. Apalagi yang berkait dengan Tok Ajah ni. Malah semasa arwah berada di Makkah menunaikan umrah pun aku ada termimpikan beliau. Yang sedih juga. Aku mimpikan arwah terjatuh di depan masjid.Seminggu juga mood aku tidak berapa baik.Suami pun perasan dan minta aku banyakkan istighfar. Dan kemuncaknya bila Apis SMS tengah-tengah malam bagitahu yang Tok Ajah ada dekat hospital. Selidik punya selidik, Tok Ajah dah mula demam sejak di Makkah lagi..Demam sejak terjatuh dari kerusi roda masa nak keluar masjid!! MasyaAllah,tersentap sekejap. Jadi mimpi yang baru-baru ini juga aku kira sebagai satu peringatan. Dalam kesibukan tugas harian mungkin aku ada terlepas pandang untuk mendoakan kesejahteraan beliau di sana.

Sebenarnya tak sempat kesedihan berpanjangan atas pemergian Tok Ajah pun,HubbyB pula kena masuk hospital.  Itu mungkin kena cerita di entri yang akan datang (yang entah bila lah kan!) Sekarang dah pukul 1 pagi dan aku kena pergi study. Sedap sangat tidur lepas buka puasa tadi. Adoi!

Oh,aku tahu dah tak ramai yang singgah ke sini. But I'm still writing, because it heals me =) And I couldn't care less if you don't like it pun. In fact,I tak kacau hidup u pun. KALAU I update status FB yang mushymushy mungkinlah itu akan mencemarkan Timeline FB(itupun boleh tanda pangkah tak nak update dari I). Blog ni seriously kalau u baca,itu sebab u tekan link untuk ke blog I. Faham tak?Tak baiklah emo dekat Facebook seorang diri. Sangat tidak baik untuk kesihatan. Eh,terasa? *Ada banyak sebab aku jarang update. And this is among the reasons. 

Tuesday, February 07, 2012

Sebulan Yang Lalu

Hai semua!!!!!
Hari ni nak cerita pasal hari bersanding / resepsi. Actually, bersanding pun takat duduk 6-7 minit atas pelamin orang tengok. Tak ada tepung tawar or merenjis-renjis segala bagai. Kenapa? Penat-penat aku design baju pilih warna semua,datang hari nak pakai nak main baling-baling air bunga segala bagai pulak?No way man! TEHEHEHE.



Pelamin
Dah nama entri hari bersanding. Memang kena cakap pasal pelamin lah dulu kan? Al-kisahnya untuk hari bersanding tu memang banyaklah percanggahan pendapat antara aku, ayah, mama & nenek a.k.a Tok Ajah. Rasanya boleh scrolled down sikit and read entry entitled Generation Gap. Kalau ikut aku, aku nak pengantin lelaki sampai je,kita sambut then terus pergi meja makan beradab. Instead of pelamin, nak buat photobooth sendiri je depan rumah untuk senang sahabat handai dan saudara mara yang datang nak bergambar dengan pengantin. Rumah aku tak adalah besar mana hall dia..so,kalau pelamin dalam rumah memang susahlah orang nak take turn masuk untuk bergambar.Memang crowded lah. Dan ruang yang kecil juga sedikit memberi kekangan kepada jurugambar nanti. Tapi disebabkan kalau tak ada pelamin memang alamat nak kena sekeh dengan Tok Ajah, dan Mama pula cakap tak pernah dibuat oranglah pelamin luar rumah, dan Ayah dah lama surrender tak nak masuk campur,HAHA maka jadinya tempah juga pelamin dari Butik Pengantin De'Cemara.  Cantik dan ikut citarasa aku. Puas hati. Dan disebabkan itu juga, kita buat win-win situation. Saya ikut cakap untuk ada pelamin, tapi ikut cakap saya pulak untuk tak buat renjis-renjis ni boleh tak? (^-^)

Alatan merenjis sekadar props.HAHAHA.Puas hati aku.LOL.Tirai belah kiri tuh memang spoiler sampai hujung majlis. Siapa yang gi tekan suis chandelier then tak letak tirai tu betul-betul balik huh? Grrrrr

With Ummi & Abah

Mari menghafal nama adik beradik baru & anak saudara instant & biras sekarang. GULP!

Warna tema
Theme colour bukanlah satu kewajipan ye. Tapi kalau nak buat juga,pastikan pengantin tak pakai warna yang sama dengan warna scallop khemah, alas meja etc. Silap haribulan budak kecil datang lap tangan kat baju kau dengan tanpa rasa bersalahnya sebab ingat tu alas meja.TOINK! Basically, aku nak warna biru sebab itu favourite colour lah konon(padahal dah berapa tahun asyik beli barang warna pink je). Habib pulak nak grey. Dan Mama pula rasa tak perlu nak tempah baju baru semata-mata untuk majlis. Boleh je guna baju raya tahun sudah which is Gold. So Google punya Google jumpalah combination blue-grey-gold which appears nice,so aku pun setuju aje!


Note that tirai again!-______-"

Pak Ngah and Auntie Ana also showed their supports by wearing gold. Iyolatu!Padahal semua pun tahu aku letak gambar ni sebab nak tunjuk the groom who is looking so eager to meet the bride -___-"

Banner & Pocket Calendar
There will always be a crowd during wedding (especially when it is the 1st kenduri of the family), so why don't you use it as a chance to convey something about Islam too? Hence the banner thingy! Luckily in this part, I and my mom miraculously(!) agreed with each other. No photos of the couple on the banner please! Mama tak sukalah! Saya pun tak sukalah. Habib pun tak suka. tehehehe!Senang cerita untuk hal ni. Lepas tu, aku belek-belek internet dapat pulak idea untuk bagi pocket calendar...tambah pulak dah majlis aku memang 30-31 Disember 2011 kan...Even sebenarnya pocket calendar tu tak berapa berguna untuk generasi sekarang..tapi pak cik makcik serta Ayah merasakan ianya idea yang sungguh bernas. Eh,tapi Puan Hawa cakap..."bagus bagi kalendar ni..boleh aku guna nak tanda hari period" HAHAHA! Segala macam idea dalam kepala telah di draft dan kemudiannya diterjemahkan kepada bentuk Adobe a.k.a kecanggihan teknologi oleh Senk!Yahooooo! Printing untuk banner dan pocket calendar ni aku serahkan pada Zimie from KBB Shoppe

Notice that 2 banners at the entrance?

Habib even took it to be used during reception on his side! Happy=)


Aku puas hati sangat dengan dua-dua ni except for that lupa nak gitau Senk suruh edit sikit gambar aku. Tengoklah kat pocket calendar tu....Tahun bila,dekad mana yang Habib lagi cerah dari aku? HUWAWAWA! Oh, by the way.gambar dekat pocket calendar nih Habib dengan Senk punya idea ok. Aku setuju saja...sebab haruslah aku cairrrrrr kannnnn? Cis, dengan Mama kerja nak berkelahi je. Ampun maaf dipinta Mama. =)

Khemah & Katering
Alhamdulillah sangat sebab Ayah punya banyak kenalan semasa kerja dengan Jabatan Kebudayaan dulu. Alhamdulillah juga orang-orang yang dulu Ayah dok bagi tender masih reti nak kenang budi. HAHAHA. Makanya, dapatlah Arabian Canopy idamanku dengan harga yang....ok dah janji sama tauke tak boleh kasitau sama orang lah. Mula-mula Mama cakap 2 sudahlah Arabian Canopy tuh, sebagai pemula dan penutup khemah. Tapi sebab firasat aku mengatakan yang itu sungguhlah tidak menarik, di samping dah teringin sangat nak Arabian Canopy tu..makanya berjaya juga memperolehinya. Dah lah nak pelamin ala Cinderella punya labu tuh semua rm1 800 ke atas je.Gilosssssss! Dan ternyata Mama punya pilihan katering adalah sangat-sangat tepat. Alhamdulillah....Tetamu dalam 1200 orang cukup makan semua...Dan sedap oi!! Sampai balik India nih pun, kawan-kawan still cakap pasal lauk kenduri aku. Ok, terima kasih Mama!*tabik hormat!*



Aiyark!Mama, Tok Ajah dan makcik-makcik dah pesan, kena control ayu, jangan dok renyih nampak gigi je. But..what to do, epic failed -__-"

Wedding Attire and Accessories
Akhirnya!!!!!sampai pun kat part baju kan????Tahniah atas ketabahan saudara saudari sekalian membaca dari perenggan atas.Ke ko main lompat je ke perenggan akhir ni? HEHE. Takpe,takde hal..aku pun selalu je buat camtu bila baca entri membosankan.HEHE. Aku memang bercita-cita nak pakai baju yang direka sendiri. Eceyh lah ayat kan..padahal bukannya 100% rekaan sendiri. Hanya sedikit olahan dari pencarian di internet serta juga perbincangan dengan tukang jahit. Tukang jahit tak payah cari jauh mana pun. Guna abang Rozek je untuk jahitkan coat Habib. Dan tunang kepada abang Rozek (Kak Dayah) ni tolong jahitkan baju nikah & dress aku. Kak Dayah memang sempoi. Kitorang uruskan pasal pakaian semua through phone je.Hantar gambar contoh baju pun pakai phone. Ukuran aku Rozek tolong amikkan dekat sini, contoh warna dan sampel baju aku poskan dari India. Seriau juga masa Pos India buat hal dah lebih 20 hari tak sampai juga parcel tu ke Kak Dayah arituh! Harga material sari baju nikah je dah sama dengan harga sewa rumah 2 bulan oiiiiii -_-"

Kenapa tak sewa baju butik je?
1) Sebab badan aku yang agak lain dari manusia normal ni sangatlah memerlukan pakaian yang tailor-made. Bak kata pepatah, "Alangkan shirt and slacks pergi kelas pun tailor-made, inikan pula baju kahwin!" HAHA.

2) Sebab warna yang aku nak memang warna rare! Belum jumpa lagi di mana-mana butik pengantin. Eceyh kau!

3) Sebab kalau sewa dari butik nanti, mulalah orang butik tu nak mengatur semua camne kita nak pakai tudung dia ,baju dia semua..which is a big NO for me. Excuse me, nobody can sentuh my tudung okay!

4) Sebab baju butik banyak guna material satin dan kain yang jarang. Pastu pakai inner yang t-shirt je kat dalam. Seriously sangat tidak cantik di mata aku,maaf cakaplah ye. Mama pun awal-awal dah pesan jangan guna satin sebab nanti melekat dan ingat,majlis kita bukan di hotel ye. Kalau dah berpeluh macam tempe, satin mahal pun tak berharga lagi.=p

5) Of course sebab gua rasa gua pakar jugaklah bab design2 baju ni. HIHI. Elok baju dah siap dan tinggal nak jahit manik je, aku terperasan gambar Fazura ni.
was hoping for that kind of patch lace and bead work dekat pinggang tapi Kak Dayah cakap it wasnt her forte lah. Inipun 1st time dia jahit dress ikut gambar yang aku bagi.

Sebenarnya macam-macam gaya aku teringin sebenarnya.. Asalnya macam nak pakai songket tenun tapi rasa sangat hipokrit sebab darah dalam badan suku je Melayunya. Tidak adillah untuk lagi 3 suku bangsa yang berlegar dalam salur darah. Eceyh.Pastu teringin nak pakai skirt tingkat-tingkat tetapi dengan pantasnya sedar diri tidak cukup inci,juga sedikit "ayam katik".Pasti buruk sekali kalau pakai. Ditambah pula bila baca blog Rizalman yang rekaan sebegitu adalah sungguh terkeluar dari kelompok arus fesyen semasa(atau bahasa kasarnya fesyen lama daaaa), terus cancelled.Berpengaruh besar juga Rizalman dalam hidup aku rupanya.Booo!

Tudung-tudung aku semuanya aku tempah online dari Kak Fida. Again, urusan online saja. Tak pernah jumpa. Semua through email tapi ok lah,siap macam yang aku nak except for tudung kelabu yang sepatutnya aku pakai ala-ala Hana Tajima je masa hari bersanding terlampau besar dan lari warna sikit. Tak salahkan Kak Fida langsung sebab dah expect dah benda-benda macam ni boleh jadi bila kita urus pakai internet. Lagipun, design manik dekat dress instead of pinggang dan tertukar kedudukannya ke bahagian dada. So Plan B, mari buat veil sendiri untuk cover bahagian dada supaya still nampak manik-manik tu but at the same time taklah terdedah sangat .Ayuh!!!

Tapiii....Mama suruh sewa je veil dari butik mana-mana sebab of course lah Mama tak yakin dengan aku yang selama hari ni nak lukis garis lurus pun ada 2 3 kali jugak padam,inikan pula nak menggunting kain. Tapi lepas tengok semua butik pun aku tak berkenan dan material pun jenis organza tu,maka aku nekad jugaklah nak jahit sendiri. Berlonggok je tutorial DIY Veil dekat internet ni. Boleh google ye!Tak jadi kain tingkat,dapat veil tingkat pun jadilah!HIHI..Tapi aku potong kain je lah.Itupun lagi 2 hari nak nikah baru jumpa kain.Yang jahit manik segala memang aku serah bulat-bulat pada Rozek & Team..Bersengkang mata diorang dekat hotel menjahit dalam tempoh 24jam ok. Masa aku tengah duk make-up kul 10 pagi pun veil tak siap lagi!!!HAHAHA. Alhamdulillah,keseluruhannya aku puas hati.HubbyB pun makin sayang.HAHA.Dan yang paling penting,baju sendiri dan boleh pakai lagi. Yeay!



Bila dah ada veil,kenalah ada tiara juga. Tiara/crown aku sewa sekali dengan make-up..Make-up adalah satu perkara yang sangat menggerunkan untuk orang macam aku yang rutin kecantikan harian ialah bangun pagi ,cuci muka, sapu toner,pakai lip balm terus keluar. Banyak kali kot aku tanya member yang datang make-up aku ok ke tak.Of course lah tak nak kelihatan sangat heavy. Actually, kalau muka dah tak pernah make-up,baru taruh foundation pun aku dah rasa heavy,boleh tak?HAHA. Kak Sharifah from HaifaBridal memang seorang yang pro dan cool. Sebelum make-up dia dah tanya, kening nak cukur ke tak,which is again a big NO for me! And dia suruh pilih bulu mata palsu which aku tolak jugak sebab aku tau memang akan jadi serupa pontianaklah kalau bulu mata penyapu aku ni nak tambah dengan bulu mata palsu lagi. Kak Sharifah pun masa nak taruh maskara ada cakap sepanjang karier dia inilah kali pertama dia jumpa eyelashes panjang macam aku.Aku punya lower lashes je dah sama macam orang lain punya upper lashes. Obviously it doesn't come from that quarter of Malay gene in me.HIHI. Tapi adik aku si Atifah punya lashes lagi cantik. Dan lah panjang, lentik pula tu, even cousins laki aku pun ramai je yang bulu mata lentik.Booo!-__-" Ape kah dah cerita pasal lain pulak nih?

Maka setakat itulah saja yang termampu aku karangkan tentang hari resepsi. Mungkin tulisan kali ni agak panjang. Korang pun tak akan baca semua. Tapi ada aku kisah? Aku tulis ni untuk bacaan aku dan anak-anak (eceyh,sekarang dah pandai cakap pasal anak ek?) lagi 10 tahun lah!!! Oh,apapun terima kasih pada Apis yang sponsor kasut dan juga hand bouquet itu hari.HIHI.

p/s:mesti ada yang rasa nak sepak je sebab Faridahanum ni update blog jarang-jarang dah sekarang,pastu cerita pasal kahwin dia lagi!Ahhahaha,ada aku kesah?nanti korang kawen korang tahulah macam mana dia punya hangover.TEEEETTT!

PS2 : entri ini mula ditulis pada 30Januari yang lepas. Hence the title =p

Tuesday, January 17, 2012

Separa Purnama Di Atas Awan

Entah bagaimana, entah di mana harus aku mula..Merakam kata untuk kamu sang arjuna yang sedang lena...
Kepenatan sekali gayanya..Kenapa? Itu janganlah ditanya. HAHAHA. 

Sayang....aku coret bait kata ini di atas awan. Satu rakaman penghargaan, satu tulisan kenangan, satu akuan kesetiaan.

Saat kamu lena ini....aku duduk sendiri mengenang separa purnama yang aku lalui. Siang malam berganti dengan kamu di sisi. Indah? Ah,kalaulah aku punya adjektif yang lebih gah lagi. Bagaikan mimpi?Tapi ini realiti. Bagaikan syurga? Moga-moga ikatan ini bawa kita ke sana.Amin


Ingat lagikah kamu saat Ayah genggam erat tangan kamu, sebelum ucapan penyerahan terlancar dari bibirnya beserta goncangan tangan yang mungkin ibarat gempa ditancap kamu? Ingat lagi saat kau tertegun seketika sebelum menyambut akad dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sebagai pemula? TOINK!tak pasal-pasal kena dua kali daaaa!


Sah ? Sah! Sah! Alhamdulillah...

Dan aku mencuri lihat engkau senyum seraya menghela nafas lega. Senyuman yang tidak dibuat-buat. Sebab kalau kau control,mesti tak kantoi gigi sebelah kanan yang senget ke dalam sikit tu! HAHAHA! Sayang, tahu tidak saat itu dada aku yang mahu pecah tiba-tiba jadi sejuk dan kaku? Dan saat kau duduk tepat menghadap aku untuk lafaz taklik, seluruh tubuh aku berasa pelik? Lafaz kamu tadi seperti menukar seluruh aku menjadi baru...


Dan akhirnya, momen sayu itu muncul. Satu persatu air mata meluncur. Cis, benarlah telahan kawan-kawan di Twitter dan merata-merata. Faridahanum cengeng, ratu air mata! HAHAHA. Ada aku kisah? Jujurnya sayang, dalam secebis masa itulah aku terkenang akan jalan ranjau dan lembah kemarau yang telah sama-sama kita redah untuk sampai ke hari nikah. Detik-detik lalu saat kita rasa penyokong kita hanyalah Allah.

Sayang...agak-agak kamu adakah antara mereka yang hadir tidak tertawa saat lihat gelagat kita bertukar cincin di pelaminan? Oh,mungkin ada seorang..Abah!Itu special case lah sebab memang dah fesyen muka tegas setiap masa. 

Masa itu jugalah tubuh aku nak kehabisan dopamine, terketar-ketar huluran tangan aku menunggu sarungan cincin. Yang kau pulak tiba-tiba ada rush of adrenaline entah dari mana .Tak sempat aku nak salam,apa lagi nak cium tangan, kau dah sauk kepala nak cium dahi tak sempat-sempat? HAHAHAHA!  Maaf kerana aku larikan kepala serta merta. Itu refleks bawah sedar. Siapa suruh kau tak sabar? Mujur aku ingat status aku ketika itu ialah seorang "Puan"- milik kamu yang hakiki. Kalau tak,awal lagi aku dah angkat kaki.




Sayang...maaflah kerana kita tiada destinasi bulan madu. Kita punya saudara mara hilir, hulu, sini dan *denu. Kalau tak lawat sekarang,setahunlah mereka menunggu. Lagipun, sebelum nampak bulan kita dah masuk beradu. Malam-malam bersama kamu, manisnya kalah madu. Okay,kita berhenti saja di pintu situ.HAHAHA.

Sayang...terima kasih dari aku. Seikhlas hati untuk kamu. Atas sudi kamu membalas cintaku. Atas redha kamu memilih aku. Atas sabar kamu melayan aku. Atas cermat kamu dalam memandu(eh,tak perli tau!.HAHA)



Apapun sayang...  aku akan tetap sayang kamu. Sebab kamu sanggup lari pecut dengan aku dari Gate 8 terminal ke pintu 63 bila gate closed tadi. Itu salah aku,bajet VIP ke diorang nak tunggu? Gilalah! Haru weh,haru! Jadi aku biar saja kau menumpang lena di bahu. Tapi janganlah sampai tinggalkan cenderamata air liur basi macam dalam bas Besut - Ipoh hari tu. Ewwww! HAHAHA. Jangan marah ye sayang, nanti sampai India I masakkan kegemaran terbaru U,kueytiow kungfu! 

Aku harus noktahkan penulisan. Walau masih berbaki 3 jam penerbangan. Dan di India sana sedang menanti fasa baru kehidupan. Engkau bakal kembali kepada pekerjaan. Dan aku mula sarung semula topi siswi perubatan. Aku pun dah mula bosan. Kalau kau bangun sekarang,boleh juga kita sembang-sembang.TOINK!

Cukup untuk kau tahu ini sayang...Separa purnama aku hingga ke saat ini....Kalaulah dapat aku beri sehampir gambaran..Macam inilah kot perasaan....Rasa macam bila kau dalam kapal terbang ni...MACAM DI ATAS AWAN.

14 Januari 2012
AK 1203 (KL ---> Cochin)

* denu = sana (kecek Klate sket)

Photos by NadiaJamil & Qidran 


From This Moment

Ye saya tahu saya dah lama tak update di sini. Update 2 kali saja selama bercuti di Malaysia.(xde lah cuti sangat!) dan sekarang dah kembali ke India pun. Cuti masih berbaki lagi seminggu tapi HubbyB dah kena mula kerja sejak semalam - 16/1/2012. Dan tempat terbaik seorang isteri itukan di sisi suaminya=)))

For the time being, lets fill this space with my wedding video - Engagement , Solemnization & Bride Reception


Habib  & Hanum from qidran on Vimeo.


And watch this space,peeps! I miss you all too.TOINK!

Thursday, November 24, 2011

59 60 61 62

Assalamualaikum semua....

=)))))))))))))))))))))))

Ke hadapan pembaca blog yang disayangi sekalian...

=))))))))))))))))))))))))

Dah sebulan aku tak letak entri Ipod pink untuk malam Jumaat kan?

=)))))))))))))))))))))))

Asalnya sibuksangat...tapi kemudiannya aku rasa biarlah buat kejutan sikit untuk semua.

=)))))))))))))))))))))))) 

Anda dengan ini adalah dijemput bersama berkongsi kegembiraan kami


sila klik di sini, untuk melihat jemputan ini sepenuhnya.
kalau ada masalah, boleh klik link yang ini juga. 
dan repondez s'il vous plait(heh,RSVP lah!) jika bercadang untuk hadir.

aku tahu ramai juga yang akan segan-segan kerana kita tak pernah pun bersua muka.
tapi apa kata,jadikanlah ini harinya untuk kita saling bertemu mata? 
jemputan ini terbuka untuk semua pembaca,
sama ada yang menapak ke sini secara setia atau ikut suka & masa,
sama ada yang lepak di sini secara terbuka ataupun rahsia.

Telah banyak yang aku kongsikan di sini bersama kalian. Jadi, sudilah kiranya kali ini kita berkongsi kegembiraan.

AJ Nismihan, Raja Khairul, Naz, Qiez, Cimot, Imanshah, Oranglidi, AttAshburn, Munirah Zainuddin, HamzahIan, Hans. Sekadar menulis beberapa nama.

Friday, October 21, 2011

57

"Di hati yang mana kutemu cinta terindah?"


"Kau berikanku jawapan tiada lagi persoalan"


Friday, October 14, 2011

56


Life is so hectic for we both.
But we are glad that we have each other.

Thursday, October 06, 2011

55

                                 

Video inilah yang sering jadi rujukan dan peringatan pada aku dan dia sepanjang berhubungan.
Bukan mencari alasan menegakkan tindakan,
sekadar mahu berkongsi sisi yang berbeza pandangan.

Ya,dugaan bercinta ini SubhanAllah dahsyatnya.
Jujurnya,kami pun tidaklah sesempurna mana.

Pilihan yang ada ialah sama ada jangan sekali-kali mula,
tapi...perasaan itu jugakan anugerahNya?
maka jadilah orang yang paling berkuasa ;
Dan teruskanlah usaha sehabis daya untuk mencapai yang terbaik dalam perintahNya

"Orang yang paling berkuasa ialah orang yang mampu mengawal nafsu"

"Tidak ada yang lebih baik bagi dua orang yang bercinta kecuali nikah"

Aku buka ruang komen untuk kali pertamanya,kalau-kalau ada yang mahu bersuara. 
Bidas atau suka?
Hentam atau setuju?
Aku terima sahaja.

Thursday, September 29, 2011

54

Setelah agak lama tak bertemu mata,
maka merekapun mengambil keputusan untuk berjumpa,
Dan bila tiba saatnya,
Hampir serentak kedua-duanya bertanya,
"Eh!kenapa pakai biru?"

Some lovers believe in science to explain telepathic connection between them.
I just believe that there are things in this world that are designed for only two people in order for them to be one.

Thursday, September 22, 2011

53

2008 - Sutan Battery Beach

"Masa gua nak balik dulu gua pesan kat H suruh jaga lu. Memang betul-betul dia jagalah camnih" - Abg.Daus a.k.a Amad. Sepupu saya, sahabat awak!

Thursday, September 15, 2011

52

No flower. No chocolates.
Just the same place and same hours.
There sit, the two of us.

For him.

And for her.

Sambutan anniversary? HAHAHAHA. Tapi awal sehari. Sebab esok Doktor H dah mula bertugas sebagai internee. Destinasi pertamanya ke pekan Moodibdri. Luar bandar..jauh sekali  =(((

Setahun ni macam-macam yang jadi. Gaduhnya beberapa kali. Gelaknya banyak kali. Alhamdulillah. Masih berpegang pada janji. Masih mahu mencuba lagi. Masih berusaha membaiki diri. Masih berdoa Allah redhai.


PENULISAN SETAHUN YANG LALU - 16 September 2010

Thursday, September 08, 2011

51



"U guys have a very healthy foundation of ur relationship (sbb sports). haha. I can imagine u n him..40 y.o...jogging~hahaha" - NadiaJamil 


Thursday, September 01, 2011

50

Lelaki : Sorry,tadi tengah solat Isyak
Perempuan : Tak nak solat sunat Syukur sekali ke?
Lelaki : Eh?Eh?
Perempuan : He.He.



Thursday, August 25, 2011

49


Jiwang much? 
Ini adalah attempt konon cute untuk minta duit raya dari orang yang pulang beraya di Malaysia.
Lagipun dah bergelar Dr. kan sekarang?
Pasti kaya!HAHAHA!

Thursday, August 18, 2011

48

Jikalau merindu pada purnama,
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku,
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu.


Jikalau merayu pada sang bunga,
Jangan terus menghidu harum baunya
Manalah tau ada racun berbisa,
Nanti kau susah pula mencari ubatnya.


Cinta memanglah indah asalkan kau berjaya


Jangan asyik melihat awan yang tinggi,
Duri di bawah tidak kau peduli
Jangan terlalu memuji si buah hati,
Kalau ia lari kau kan malu sendiri.


Jikalau menyemai benih biarlah berbaja,
Bila masa menuai pasti kau gembira
Jikalah engkau mencari kekasih
Oh carilah yang berhati mulia. 


Cinta memanglah indah asalkan kau berjaya


M.Nasir -Jikalau Berkasih

Thursday, August 11, 2011

47

Where are you now, my other self? Are you awake in the silence of the night? Lets the clean breeze convey to you my heart's every beat and affection



Where are you my beloved? Do you hear my weeping from beyond the ocean? Do you understand my need?  Do you know the greatness of my patience?


Sail your smile into the air, it will reach and enliven me!
Breathe your fragrance into the air, it will sustain me!

An excerpt from A Lover's Call XXVII by Khalil Gibran



Thursday, August 04, 2011

46


"Do not try to explain feelings. Live everything intensely and treasure what you feel as a gift from God" - Brida


"When someone leaves, it's because someone else is about to arrive - I'll find love again" - The Zahir


Friday, July 22, 2011

44



If tomorrow never comes,
I would just want one thing,
I would write to the stars and the sun,
I would write it for the world to see,
And it's you...

Perempuan : If I die young, make sure kahwin lain tau.
Lelaki : Oh,mestilah!
Perempuan : (*__*)~
Lelaki : (^--^)!


p/s:I'm not a fan of HP,at all.Only watched The Sorcerer's Stone. Tapi sekadar rujukan di masa hadapan (kalau masih panjang umur),minggu ini semua orang tengah gila dengan HP siri akhir!How about us?Kami pernah berjanji untuk tidak masuk panggung wayang berdua.And still keeping with it. Semoga terus diberi kekuatan...