Friday, January 08, 2010

< 158c > VAC2009: Ringkasan, Rumusan & Repekan Rawak

PASTILAH ALLAH LEBIH MENGETAHUI TENTANG SESUATU YANG DIA CIPTAKAN

Istanbul.....yang buatkan aku teruja sangat pastilah tentang Hagia Sofia @ AyaSofya. Aku lagi suka menyebutnya sebagai AyaSofya sebab dulu aku pernah punya keinginan nak namakan anak aku camtu. HAHAHAHA!Tapi sekarang dah tukarlah. Nak pakai nama Auliya'. Zara Auliya'...wootwoot.jangan tiru!

AyaSofya, yang asalnya merupakan sebuah gereja yang dibina di era kegemilangan Empayar Byzantine, ditukarkan kepada sebuah masjid setelah kejatuhan Empayar Byzantine lantas menyaksikan Kerajaan Uthmaniyyah pula berkuasa. Kalau ikut apa yang aku baca dekat papan informasi tu, banyak kali jugalah berlaku perebutan ke atas AyaSofya ini. Sampai ada bahagian yang pernah runtuh, terpaksa dibina semula, dibakar pun pernah juga rasanya. Macam-macam. Akhirnya, AyaSofya yang kini masih tersergam indah, menjadi sebuah muzium, dilawati pelbagai bangsa dan agama.

Menurut cerita seorang brother yang aku jumpa dekat sebuah kedai ni, pengisytiharan AyaSofya sebagai sebuah muzim berlaku di era pemerintahan Attaturk. Kata brother tu, Attaturk yang buat perjanjian dengan Kerajaan British. Lebih kurang macam "Hey Attaturk,U mau bisnes sama kami,U kena tukar this St.Sophia kepada muzium lah. Big meaning for the Christians la this St.Sophia" And so Attaturk pun cakap ,"ok,deal!"

Attaturk oh Attaturk, siapalah aku nak menghukum kau kan. Cuma dalam pemerhatian aku, teruk jugalah kekeliruan dan kesesatan yang melanda Turki ini. Mendengarkan ayat-ayat seperti.............
  • "I'm a Catholic during the day, alcoholic at night. HAHAHA! But I believe in Allah in my heart. Alhamdulillah"
  • "We're muslim. Free muslim, you know. Flexible. Sometimes drink a glass or two is nothing. You never tasted beer?"
  • "You're muslim. Oh,Alhamdulillah." *menghulur tangan untuk bersalam* Confuse sekejap aku dengan gelagat mereka. Aku bukanlah jenis yang menolak bila orang dah hulurkan salam, akhirnya, aku buat keputusan untuk pakai gloves eventhough masa 3 hari terakhir kami di Istanbul takdelah sejuk sangat. Aku rasa girls yang ada masalah macam aku, boleh kot ikut cara ini kalau ke Turki nanti.
  • "I'm a Muslim too. But do you really namaz(pray) 5 times a day? Ramadhan also,you fast for one month? MasyaAllah"
Tapi yang paling tak boleh blah, apa yang dilalui Dian masa sedang tunggu aku solat. Masa tu, kitorang berpisah sekejap. Dian masa itu pergilah lepak kat satu taman ni. Oh, Istanbul memang sangat banyak taman  ye kawan-kawan. Kita istilahkan sebagai park. Dian pun ceritalah tentang seorang lelaki Turki yang seperti biasa, sangat peramah. Ada teman beritahu yang lelaki-lelaki Turki ni sangat suka perempuan Asia. Ek? Dan bila lelaki tersebut bertanyakan perihal Dian yang tidak mengikut kawannya (kawan dia tu aku lah) ke masjid, Dian pun dengan tenang tapi berseloroh jugaklah, "Oh,it's girl's stuff, you know. There's time of the month that we can't pray." HAHAHAHHA! Sempat lagi tu Dian nak hentam soalan. Si lelaki tu pula menjawab "Oh,you know, we man has our own stuff too!!!"  Okay, Dian terus APAKAH?????? Adoyai! Ada mana-mana lelaki yang boleh bagi aku jawapan. Mana tahu aku belajar Fekah dulu sekerat jalan je. Atau mungkin ayat P. Ramlee "sampai situ saja,terus cikgu kami mati"  Kuang3!


AyaSofya, Istanbul.
Kalligrafi Allah & Muhammad , lukisan Mary&Jesus

Nak masuk AyaSofya kena bayar 20Lira@10Euro. Mahal tu. Boleh jadi antara muzium termahal di dunia selain Musee De Louvre [macam mana nak sebut ni Anith oi?] di Perancis. Nak jadi ceritanya, masa aku pergi tu, AyaSofya sedang menjalani proses pengubahsuaian di bahagian kubah utama. Apsal SPM gila ayat aku tadik? Jangan ulang baca semula. Teruskan saja. HAHAHAHA! Kecewa jugalah aku masa tu. Terus tak tangkap banyak gambar pun. *sedih sekejap* Tapi aku lagi kecewa dengan manusia yang baling-baling bom macamlah bom tu mercun pop!pop! @ mercun bawang. Paling aku kecewa dengan manusia yang memperjuangkan nama Allah tu melebihi kepentingan memperjuangkan agama Allah itu sendiri.

Teringat aku pada brother balik. Hurmmm.. Saat kami perkenalkan negara asal kami sebagai Malaysia, ada riak kekaguman di wajah dia.
"Oh,the Twin Tower? I read it from magazines. Malaysia is beautiful. I like Malaysia. Different religions, staying together, very nicely"
Tak dinafikan, selama aku berjalan-jalan ni, perkara pertama yang selalu menjadi rujukan orang luar ialah betapa "muhibahnya majmuk Malaysia". Hari itu, aku senyum lebar dengar ayat macam tu. Hari ini, aku senyum hambar bila dengar orang cakap macam tu...HAISH!

Dalam Dian sibuk belek-belek barang kat kedai brother tu, boleh pula aku tarik kerusi sembang dengan dia. HAHAHAHAHA! Mungkin sebab aku selesa, mungkin sebab dia tak hulurkan tangan nak bersalam, mungkin sebab dia fasih berbahasa Arab. Aku pun tak tahu. Yang pasti, kisah dia....
"I was a journalist before. I wrote for newspaper and magazines. I wrote on religion. I really loved Islam. But at that time, government don't like it. They limit you. Munafik, you know? Munafik.. And some muslims, they want to know more. They want more, the truth." *mata dia bercahaya wa cakap lu*


"And so I wrote this one article. It was published. And government was so angry with me"


"What article?" *dia senyum sahaja*


"They put me in jail for 3 years. They shot me here" *pointing at his left knee*


"The army hate me. All these policemen don't like me" *perlahan, matanya diarahkan pada 2 3 anggota polis yang berkawal dia hadapan pintu keluar sebuah kawasan tinggalan sejarah* Kedai brother bersambungan dengan bangunan lama tersebut.

"So you stop writing then?" *aku lihat ada buku tebal di atas meja dia*


"Hurmmm.Not published. So,I'm here. This isn't my shop. My friend's shop. I'm just helping him. I have lots of friends. Some of them are bombers too!"


Sayangnya, perbualan kami tak dapat diteruskan sebab ada pelanggan datang dan kami pula harus bergerak ke tempat lain. Ahhhhh...aku dah lama nak mengetahui cerita golongan berani mati ini. Apa dalam fikiran diorang? Apa matlamat diorang? Hurmm.. tak ada rezeki. Mungkin betul mungkin tidak apa yang brother cerita. Wallahua'lam. Sebelum kami bergerak keluar, berulang kali brother cakap "People here will change. It's changing. It's changing. InsyaAllah"  Ada harapan yang besar dalam setiap patah nada itu. 2 hari seterusnya kami ke kedai itu lagi. Tapi, tak ada pun kelibat brother di situ. (kecewa Dian sebab brother je yang bagi diskaun kat dia kaw-kaw punya.HAHAHAHAHA!)

InsyaAllah, Istanbul..aku akan kembali lagi. Dan kita lihat sejauh mana kau berubah. Sejauh mana aku berubah.  Aku perlu kembali lagi sebenarnya, sebab bajet yang tak mencukupi menghalang aku untuk menapakkan kaki ke Topkapi Palace. Dikhabarkan, di dalamnya ada dipamerkan pedang kepunyaan Saidina Uthman dan beberapa "peninggalan" Rasulullah. Juga diceritakan yang senibina istana tersebut sangatlah mengkagumkan. Kreatif tahap petala langit ketujuh la kot. HUHUHUHU! Jadi aku hanya berlegar-legar dalam kawasan antara gerbang utama dengan gerbang kedua je. [Ada satu lagi gerbang yang dipanggil gerbang istana] Kawasan itu kalau merujuk pada Encik WeyhApaDia?[Wikipedia], dinamakan sebagai middle courtyard. Itupun dah cukup lawa.


Gerbang Utama


Gerbang Kedua




Middle Courtyard

Kalau nak masuk tempat yang sangat menarik tanpa perlu sebarang bayaran, pergilah ke Blue Mosque. Lawa gila siot..Sumpah,tak tipu. Tapi, lawa tu subjektif kan. Baik aku letak itu sebagai pandangan peribadi sahaja.







 Memang tertegun dan terpegunlah aku sebentar. Alhamdulillah, aku berkesempatan berjamaah dua kali di situ. Moga-moga ibadah diterima Yang Esa, terutamanya yang hari pertama tu, sebab tengah solat pun rasanya mata curi-curi jugak tengok persekitaran dalam masjid. Adoyai! Belum kira lagik ushar makcik-makcik dan awek Turki yang solat tapi berjambul cantik je kat kepala. Lagi adoyai!







Sebagai penutup, maka dengan ini aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. [ok,ini pengaruh penulisan ZahirilAdzim!]. Allah pemilik sekalian alam. Dialah tuhan seluruh umat manusia. 
Renung-renungkan. Dan selamat beramal!!!!


Blue Mosque disimbahi cahaya lampu limpah saat malam menjengah. Gah. Indah.

Oh,bila penulisan aku ada unsur-unsur "Kepercayaan Kepada Tuhan" & "Kesopanan & Kesusilaan" je mulalah semua orang malu-malu alah nak baca ek? Amboi...biasa niiii...TEEEEETTTTTTT!

Siapa yang baca daripada mula sampai habis, angkat tangan!!

Gerome,Cappadocia

Nak angkat tangan secara sempoi, boleh tiru gaya bawah ni. Cool la konon kan?

Istanbul

Yang tak baca sampai habis, tapi gedik jugak nak angkat tangan, kenalah angkat tangan secara gedik jugak kan? Scroll down untuk lihat rupanya.


Selcuk

Nak lagi meriah, boleh angkat dua-dua tangan sekali. Macam si bimbo dalam gambar di bawah.

Hippodrome, Istanbul

Kalaupun kau rasa loya dengan penulisan ni, janganlah sampai kau terajang skrin tu weh. Bila-bila masa saja kau boleh klik pada tanda pangkah kat penjuru kanan muka surat ni. Jangan juga tinggalkan sebarang ulasan yang agak menjolok mata. Ingat,kita ada kubu keharmonian yang perlu dipertahankan dan dikukuhkan kembali sebab sana-sini dah retak. Tak faham bahasa jugak? Meh sini aku sepak!

The Traventine, Pamukkale



notapenutupkakiuntukdirisendiri: 08/01/10..Muhasabah..Teruskan berdoa padaNya untuk petunjuk dan hidayah. Ingatlah,saat ke arah yang lebih baik kau berubah, tekadkan istiqamah. InsyaAllah, tiada apa yang payah................

Thursday, January 07, 2010

< 161 > Esok Mula Kelas

GOOD THING SOMETIMES COMES IN SMALL PACKAGE






OMG!!!!!





Somehow,it's good, you know?




Another distraction. For me. I think..
Another excuse. To him. We'll see....



P/S: Mama Ayah, Anum sihat walafiat aje. Cuma otak mereng sikit =p

Monday, January 04, 2010

< 160 > Berani-berani Takut

HENDAKLAH ENGKAU MENJADI ORANG YANG BESAR, YANG SANGGUP MEMIKUL CINTA YANG BESAR-Hamka

Tadi tunduk bawah. Nampak himpunan abjad.
Sekarang dongak atas. Nampak siling bercat.

Otak perlu rehat. Tutup mata sat
Nampak kamu.......

Ah,sudahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Indah?
Parah!
Mudah?
Susah!
Berhentilah!
Berserah?

Masih berani nak bertahan.
Tetap takut nak luahkan.

Helaian putih bercakarkan pena aneka warna aku tarik
Sepatah,dua patah,tiga patah, aku coret
Makin laju, tindih rajah-rajah yang aku salin dari buku
Makin lama, redah saja ruang mana yang ada
Banyak pula. Memang kerja gila.

Persetankan.
Aku dah tak tahan.
Berlegar macam taufan. Gelojak ini harus dibebas.
Ketat membengkung badan. Halang aku bernafas.
Hoi! Aku rimas!

Semak. Cilakak.
Aku boleh hilang akal.

Hebat. Nikmat.
Boleh pula aku kebal.

Apa kau carut?
Aku dah tersahut!
Apa kau karut?
Aku dah terpaut!

Pandang bawah balik.
Belek-belek. Haram satu pun tak masuk.
Tilik-tilik. Masih awal pun nak kantuk.
Pejam mata balik.
Kuat hati berbisik.
Hari ini, takdir seru kamu.
Hari ini, aku tunggu kamu.

Dah, ayuh pulang ke rumah.

KMC Central Library, Mangalore
9.03pm. 0400110















































Kelompokkan saja penulisan ini sebagai karya kurang waras yang aku tulis khas.
Waktu bergerak pantas, sudah tiba saatnya kembali ke kelas, walau aku masih malas.

Saturday, January 02, 2010

< 159c > Pengkisahan Tahun Baru

HELLO 2010!!

Al-kisahnya..
Malam tahun baru aku hanya diisi dengan letup-letup yang cliche, bak kata Zahiril Adzim. Wah,dah 2 kali aku mention pasal mamat ni ek. Padahal selama ni, senyap-senyap je aku minat penulisan dia. Mungkin azam 2010 nak tackle Zahiril Adzim kot,korang mane tau kan? HAHA! He has those criterion that can make me tango anyway. Witty, whimsy but still remain a mystery. Maksud aku, penulisan dia lah! Zahiril Adzim dan penulisannya yang tak lazim. Oh oh oh. Haish, ni nak cerita pasal Zahiril Adzim ke pasal 2010 ni?

Oh, tak macam sebelum ni,  aku tak rasa nak menulis tentang azam aku kat sini. Entah, tiba-tiba rasa nak jadi a private person pulak. Dan juga, I write on anything but not everything.


Malam tahun baru, Cat hantar link pasal azam 2009 dia yang pernah ditulis and expressed how grateful he is to achieve most of them towards the end of 2009. Congrats,dude! Haish,bila cakap pasal Cat mesti nak menulis dalam BI sebab dia salah seorang tutor BI aku secara maya. HAHA! Dan sekarang,dia pula bersungguh-sungguh nak perbaiki BM dia. Good! Support you all the way. Eh,eh, maksud aku, Bagus!aku di belakang kamu memberi sokongan padu,Cat!

Tak langsung, Cat buat aku tergerak nak membelek semula blog lama aku, walaupun dia dah larang. HAHA! Kalau ada yang bercita-cita nak usha blog lama aku tu,lupakan je la. Dari dulu lagi aku privasikan. Melainkan anda memang jenis tak hormat privasi orang dan tak faham bahasa, silalah menggodek-godek untuk terjah juga blog tu ye.

Jadi, permudahkan cerita. Aku belek jugaklah blog lama aku tu. HAHA! Baca Azam2009 aku yang macam haram punya kelakar. Tapi yang paling kelakar, Azam2010 pun aku dah capai sebelum 2010 muncul! Apakah? Macam ni,aku siap ada target berapa simpanan kena ada dalam bank sebab 2010 nak pergi Istanbul. Alih-alih,2009 dah ke sana. Bukan Istanbul je pulak tu. Keliling Turki dalam masa 10hari! How spontaneous I am,right? Syukur! Aku tak tahu macam manalah aku boleh ambil MBBS ni,sebab aku langsung tak sistematik, tapi tersusun je. Macam sama ek? Entah, pada aku, systematic and organised are two different things. I'm no systematic but still an organised person. Chewaahhh!Dah,sebelum aku berfalsafah sampah, ini gambar Turki, nah.




Safranbolu





Ankara





Gerome





Cappadocia










Pamukkale










Selcuk















Istanbul

Kalau mahu cakap tentang material-material yang aku target untuk 2009, SONY Handycam tak dapat-dapat juga, sebab bila fikir-fikir balik, digicam lebih berbaloi. DSLR? Entah, kebelakangan ni, ramai sangat dah usung DSLR, jadi benda tu dah tak nampak macam rare. Lagipun, aku bukanlah betul-betul into photography. So, I think I'll just settle with this H10. 2009-asalnya nak mencari telefon bimbit yang jenis luncur-luncur tapi entah macam mana terbeli PDA. Bukanlah keputusan yang bijak sebab aku boleh online di mana-mana, hatta dalam kelas sekalipun. Toink! 2009-Masih gagal membeli SWATCH pertama untuk diri aku. Tak apa. 2009-Masih tak dapat juga army pants. Asal jumpa je, tengah tak ada duit. Asal ada duit je, tak jumpa.Haish.

Oh,berjaya juga menjejakkan kaki ke Indonesia. Ber-MAS ke Jakarta, ber-bas ke Bandung, ber-kereta api ke Jogjakarta, ber-AirAsia ke KL. Adoi mak! Memang best. Tambah bila dapat tengok Candi Borobudur depan mata. Boleh pula terserempak dengan Jacyln Victor. Tapi masa tu dah letih sangat dan otak masih tak centre lepas tinggalkan kawan-kawan di Jogjakarta, cukuplah sekadar berbalas pandang dan senyuman je ye. Tak larat nak upload gambar banyak-banyak lagi. Maaf semua. Tapi kalau ada permintaan khas, aku upload kan jugaklah nanti gambar-gambar kat Indonesia tu.

Ada SMS yang aku sangat suka dari seorang wanita yang aku terima saat 2009 menjengah setahun lalu. Tahun ni pun ada juga beliau hantar yang ringkas. Haish,nama pun sistem pesanan ringkas kan. Lagipun,sibuk dengan kenduri untuk anak teruna dua orang tu katanya. Sempat jugak dia ketuk cakap yang seorang tu pemalas. Auntie auntie. I know you don't read this but I do appreciate your thoughts and prayers. Thank You so much =)


Dan hari pertama 2010 diisi dengan perasan seorang diri jadi tuan puteri. Wohooooo! Pukul 8 da bersiap nak keluar padahal nak pergi manapun tak tahu. Redah je Mangalore ni. Dress memang buat aku rasa terawang-awangan sikit. Sampai Dian tergelak-gelak tengok aku menari-nari keliling rumah konon-konon Cinderella lah. Yeah,2010-Ini Cinderella,bukan Sindarela dalam SadSindarelaStory yang dulu ok. [siapa yang faham,fahamlah. And shall be happy for me!] 



Eh sekejap,Zahiril Adzim macam tak suka foto imej pantulan cermin macam ni. Kita tukarlah.

HEHE!Bajet ayu gila kan. KUANG!KUANG!KUANG! Ini kisah siang 1Jan 2010 ok. Malam tu, aku jadi gagah perkasa pulak tolong ABK tolak motor. HAHA! Patutnya buat-buat tak nampak je. Tak pernah-pernah aku tolak motor selama 20 tahun hidup. Lesen motor pun Mama tak bagi ambil. ABK lagi mahu nak tanya pasal motor kat aku. Tangki minyak reserve. On ke off ke. Mana aku tahu. Yang aku tahu fuel tu minyak. Itu je lah. HUHUHU!

Oh oh. Tahun ni bakal menginjak umur 21 tahun. Marilah mari. Pergi mengundi. Tunaikahlah kewajipan, pada negara. Nak kahwin pun dah boleh sangat ni. Eh,eh. Anum dah potong ayat tuh, Mama & Ayah tak payahlah baca yang tu.HAHAHAHA!

Oh oh. Aku dah ada Twitter. FaridahanumMN. Semua sebab Zahiril Adzim la nih. HAHAHA! Takdelah. Dah lama nak buat akaun satu,cuma dah cuti macam ni baru ada masa. Bila buat akaun, terus klik jadi follower Zahiril Adzim. Apsal aku kemaruk entah ni. Padahal selama ni okay je.HAHAHA! Saje je bikin kontroversi tahun baru. Korang jangan pergi kecoh kat dia pula. Nanti dia datang sini, muntah pulak dia baca semua Woebegone Whisper aku. Ini rahsia kita-kita je okay? TEEEEETTTT!!!

Friday, January 01, 2010

< 159b > Pengkisahan Tahun Baru

FORGIVE MANY THINGS IN OTHERS, NOTHING IN YOURSELF

Around me,they are 3 people born on January 1st.

Farhana Yem @ Cleo
I love you,babe. I salute you for the changes and my prayer always go for you. Never less even though GMT ask us to struggle a bit to stay in touch. Have a blissful days ahead and even more blessings from Allah The Almighty.

P/S: Lola,I miss you too. And Kudin also.eh?HAHA!

Arif Bahiyuddin
I love your name,dude. You're now officially 21. Legal age already. Being naughty is still acceptable. As far as I know you, you've been handling yourself pretty good and what left is for me to wish you all the best in every single path you choose.

P/S:Oh tak,nak bagitahu. Cat terlupa besday ko.
P/S untuk Cat :Aiyok Kitty,tak tahu!Kantoi. Tapi,aku rasa Skin cool je dowh.Itupun kalau dia baca ni.HAHA!

Raja Khairul
I love your mails,bro. Thoughtful and uplifting words. 2010 will be another big year for you that I hope you will be able to shoulder the responsibilities. It has been a short time, still, to know wholly about you but InsyaAllah, you are capable enough for all them.

P/S: Aku masih tak jumpa Olympus pen itu. Mungkin kita perlu consider the novels je la ye?

HAPPY BIRTHDAY, PEOPLE!

Thursday, December 31, 2009

< 159a > Pengkisahan Tahun Baru

SAYONARA 2009

2009-Keluarga induk masih lengkap. Bilangan masih kekal. Tidak berkurang. Alhamdulillah. [kalau bertambah pun Alhamdulillah jugak. Mama & Ayah sentap!HAHA!] Ini pinjaman termahal dari Al-Awwal. Yang boleh buat aku nangis dalam telefon walaupun bukan 1 Syawal. Anum sayang kalian. Kalau rindu yang sangat kuat ini boleh diberi skala macam scala-richter yang mengukur kekuatan gempa,nescaya kekuatannya mampu bikin semua sensor di laut keluarkan signal BEEP BEEP Tsunami!Tsunami! BEEP BEEP Tsunami!Tsunami BEEP BEEP. Comel pulak sensor macam tu. Comel macam minah Korea.

   Mamat korea pun layan. Mata dalam-dalam menikam nih yang aku cair ni.



Tapi, Mama lagi comel. Sentiasa bersungguh-sungguh nak bergerak seriring dengan anak-anak beliau yang sebenarnya,semua pun pemalas nak bergerak. Statik. Along depan laptop. Ana depan handphone. Anum depan komputer, Apis depan TV, Ariz depan PS, Athifah depan cermin bilik mama main berlakon-berlakon. Oppss!terperinci pulak cerita Athifah tu. HAHA! Ayah depan surat khabar! Tapi, kita ada satu undang-undang. Makan mesti sama-sama semua orang, melainkan orang tu tengah tidur terbungkang, yang mana melakukan sebarang kejutan adalah sangat dilarang!Satu lagi waktu kita bersama ialah waktu petang, isi waktu senggang sebelum azan Maghrib berkumandang, dengan sembang kencang (Ariz) dan tawa riang. Oh sebenarnya, nak cakap tentang kecomelan Mama kan tadi?Mama comel sebab kitorang semua cakap "Gabra" tapi Mama cakap "Cobra" dengan muka penuh keyakinan dan kecomelannya.  Dan Mama selalu tulis SMS tanpa noktah serta bahasa singkatan yang comel habislah sampai kitorang semua kena main pass pass handphone dan buat brainstorming untuk dapatkan makna setiap perkataan.  Untuk itu, Mama memang comellah!!!

Ayah masih lagi ke kebun hujung minggu bersama 100PLUS 2 botol. Oh cuma tahun nih, selain 100PLUS, ada pil supplement yang aku gesa Ayah cuba.Dan Ayah sangat suka.Kan Ayah? Ayah masih lagi ke surau pagi Sabtu untuk main badminton. Mengimarahkan surau katanya. Kadang-kadang aku ketawa kenangkan Pak Haji bersukan. Oh,sangat berbeza dengan zaman Ayah main dekat kelab-kelab dan dewan FRU dulu.
Ayah masih lagi sibuk dengan kerja-kerja overtime. Asalnya aku buat don't know je. Tapi,kalau dah duduk lepak belakang pentas dengan kumpulan Spider, sebulan sekali mesti ada pementasan teater, and asyik makan free jer,lama-lama aku pun orait je lah.HAHA! Cuma belum dapat jumpa Siti Nurhaliza ataupun apa-apa show yang ada Zahiril Adzim je. Dan yang pastinya, Ayah masih lagi tak lupa nak tanya aku "Bulan ni ada bangun malam tak?Banyak khasiatnya Faridah". Ye banyak.sangat banyak.Cubalah =)

Untuk abang,kakak dan adik-adikku di Malaysia. Tolong tengok-tengokkan dua insan mulia ini.

2010- Kekallah ceria dan gila-gila. Ini mesti sebab Ayah suka baca GILA-GILA, alih-alih satu family jadi camtu. HAHA! Kurangkan drop Mama, sebab Mama selalu takde geng untuk counter balik. Tapi jangan tak drop langsung, sebab nanti korang akan rindu muka comel Mama. Ma, Anum rasa Ma pun reti wat muka Telletubbies ar. HAHA!"Mama,adakah anda rasa di-drop?Sila katakan YA jika/untuk TIDAK." (sambil teringat muka "selenga" Ariz pegang microphone sebelah Mama) Arwah Atuk pesan,sampai diorang tua kita kena jaga. Tapi Mama dengan Ayah awet muda. So,kita tukar. Kita jaga sampai bila-bila ok kalian? Arwah Tok Wan pesan, apa-apa pun jangan sekali-kali tinggi suara. Waaa....itu Anum la selalu buat. Sebab nak jawab Mama panggil dari dapur. Jauh tuh. Memang kena jerit sikit =p




nak tengok salah satu dari ribuan muka "selenge" Ariz?Macam foto di bawah ini.




Apis pun ade versi sendiri


Along?Ade ke?Menantu pilihan ni beretika dan bertatasusila je selalu.HAHA!

Kami the girls la paling bertatasusila kan?


Ha..rindu sangat nih. Sila kesian kat Anum. Boleh mati camnih


< 158b > VAC2009-Ringkasan, Rumusan, Repekan Rawak

BERPATAH ARANG,BERKERAT ROTAN

Sesi kita diteruskan lagi. Ya, terima kasih kepada yang menunggu. HAHA! padahal aku rasa Cat seorang je yang excited nak baca ni. Oh, Cat pun nk pergi Turki nanti. InsyaAllah. Opps! terbocor pula rahsia. Abaikan. Aku potong balik ayat tadi ok Cat Kitty Kitty?
  • Kami berdua menapak di bumi Turki untuk pertama kalinya tatkala malam hampir menjengah. Hujan lebat. Sejuk. Belum menggeletar lagi. Tapi kaki macam dah kena frostbite. Ya, extremities aku memang sangat sensitif dengan penurunan suhu. Semua manusia normal pun macam tu sebenarnya. Cuma,badan aku memang suka exaggerate[dan allergic tak tentu pasal]. Alhamdulillah jua macam manapun sebab aku dilahirkan cukup sifat. Alhamdulillah sekali lagi sebab kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah,syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat. Apakah?  Secepat mungkinlah kami mencari stesen [apsal aku rasa ejaan betul dia stesyen?aiyok!] tram. Tahniah kepada saudari Dian yang dengan bangganya mengusung buku catitannya ke sana ke mari. "Ada aku tulis ni..dalam internet cakap macam tu." Makanya, setiap kali dia cakap macam itu, aku menurut sajalah. Sambil dalam hati cakap "Damn you internet,I'm losing the thrill of travelling already" [ok,jangan bagitahu Dian]Dalam tram, semua orang tengok kami dengan pandangan yang pelik. Baguslah,daripada jelik kan? Mungkin sebab diorang keliru tentang kewarganegaraan kami. Yelah, Dian mata sepet. Aku mata dah macam serombong[?] trumpet. Seorang cerah,seorang kurang cerah sikit je.HAHA! Malaysia memang truly Asia la wa cakap lu. Akhirnya,kami buat kesimpulan yang khalayak di dalam tram tu mungkin rasa cemburu tengok kami selamba pakai pengalas kaki warna merah jambu meredah suhu yang hampir ke takat beku itu sedangkan mereka sibuk berkasut kulit lembu, berlapis-lapis baju, kot siap berbulu-bulu. Walhal, aku dah gelabah congak berapa kilojoule tenaga lagi yang tinggal untuk bekalkan haba sebelum badan aku vibrate ala-ala Nokia3310.Aku dah la jenis self-conscious tahap awan komulunimbus, bila orang tengok macam tu tambahlah gelabah aku lagi. Dian pun dengan lagak seorang kaunselor, tenangkan aku sepanjang jalan dengan mantera "Kita memang nampak macam foreigner kan. Kita mana tahu. Mesti diorang pikir kita tak tahu punyalah". HAHA! Ulang kali jugaklah Dian cakap macam tu. Dia pun gelabah gak sebenarnya. TEEETT!

  • Hari pertama di Istanbul,kitorang semangat bangun pagi nak tengok-tengok sekeliling. Hari pertama di Istanbul, kitorang still tak reti-reti nak tukar pakai kasut. Sebab belum cukup sejuk. Sebab CROCS dan iPANEMA itu sangat comel. Perempuan dan nak nampak lawa. Mutual. Simbiosis. Cliche. Golongan hawa yang tak habis-habis ulang cakap korang sempoi dan pakai ikut keselesaan je. Main belasah,janji selesa. Berhentilah! Sebab ayat tu buat aku nak muntah. Dah lewat petang baru aku sarung sneakers sebab langit muntahkan hujan macam nak berperang. Sejuk menggigit sampai tulang-temulang. Hari pertama di Istanbul,aku dah bikin kacau satu wilayah. HAHA! Seriously,sangat memalukan. Ternganga sangat tengok Hagia Sophia dengan Blue Mosque sampai aku tak sedar tram lalu. Padahal dia dah bunyi loceng amaran banyak kali. Aku dengar tapi apasal entah otak aku tak proses langsung. Arakian terjadilah sebuah kisah yang mana tram terpaksa berhenti mengejut lantas menyebabkan semua orang memandang tepat kepada aku. Sultanahmet merupakan kawasan tumpuan pelancong kau tahu. Berbaris-baris lot-lot kedai. Berbagai-bagai warna,rupa dan ragam manusia. Aku punya ragam bimbo pun termasuklah juga.Yang dalam tram dah sibuk-sibuk tengok kat tingkap kaca. Pemandu tram jangan cakaplah. Tepat je kat sebelah aku dah,sambil buat muka yang sentap wa cakap lu. Ampun Ayah Mama. Anakmu yang seorang memang suka bikin kecoh tanpa niat. Ampun dunia. Salam dunia. Salam hari raya. Apakah?Sakit pinggul kena hempuk dengan tram tu boleh tahan lagi. Tapi sakit muka sebab kena hempuk dengan tembok lantas menjadilah si muka tembok, siapa nak tolong????Adoi!!! Faridahanum boleh tak jangan bimbo sangat????Olallalalaa~ "Tak apa tak apa. Kita foreigners." Mantera ajaib diucapkan lagi. HAHA!


Bersambung lagi. Nak buat post pasal tahun baru dululah.

Ada siapa-siapa boleh terangkan peribahasa berpatah arang,berkerat rotan tu tak? Macam sesuai je dengan penulisan kali ni. Macam pernah baca atau dengarlah,di mana-mana.Aku dah ingat-ingat lupa. Naz? err...Ayah?