*updated : yeay!aku dah berjaya letak banner nih. mula-mula dah buntu sangat,aku siap tangkap gambar banner ni ok, sebab blog cik honeybee fungsi "right click" telah dinyahfungsikan. Tiba-tiba ada mentol menyala terang,aku pun cuba "right click kat blog Eny. Dapat! Thanks Eny!
*************************************
Cis,sebenarnya aku banyak kerja. Tapi nak juga melepaskan segala kesesakan di dada ni.
Sekali jalan-jalan pergi blog junior aku yang sangat terkenal,
Eny, terjumpa pula pasal contest ni.
Kelakar gila ok. Sebab aku tak pernah pula berkeinginan meluap-luap nak masuk segala barang contest ni.
Tapi sebab contest ni macam ringkas saja aku pun redah je.
Aku main tempek gambar dari facebook je.
BAJU KURUNG MENAWAN
Cik Honeybee, saya tahu pasal contest ni dari blog Eny. Aish,kan dah cakap tadi. Suka je main cakap ulang-ulang ni. Jujurnya kan Cik Honeybee, saya nak masuk contest ni sebab saya sendiri tak tahu apa nak tulis kat blog. Saya sangat sibuk sekarang dan blog saya dah terabai untuk jangkamasa seminggu [Cis,kenapa ayat macam Jejak Kasih ni?] Tak adalah,macam saya cakap tadi, sebab contest ni ringkas =)
Ini kali pertama saya sertai contest anjuran blogger ni [jadi sila pastikan saya menang,kalau tak saya tak akan sertai apa-apa contest dah lepas ni. Berjaya tak ugutan ni?] Oh,lupa, saya mula rajin pakai baju kurung semenjak menjejakkan tapak kaki ke bumi India ni. Sebabnya? Jeng Jeng Jeng.
Di suatu pagi yang tenang,sedang saya menuju ke pintu utama sebuah hospital, saya disapa dengan panggilan " Malaysian Doctor"...Berbunga-bunga sungguh hati. Sungguh tak terbayang ok kegembiraan itu sebab saya dilihat sebagai seorang Malaysia. Seronok! Tak adalah kalau saya pakai baju kurung pahang orang panggil saya orang Pahang. Kalau pakai baju kurung Teluk Belanga orang ingat saya semangat Johor pula. Kalau pakai kurung Kedah,mungkin orang akan mula cakap "Amboi lawa,hang nak pi mana tuh?" kepada saya. Tak gitu? Sejak hari tu, saya memilih untuk memakai baju kurung sebab saya sangat suka di"adress" sebagai seorang Malaysia, bukannya sebagai Orang Utara India, Melayu celup Pakistan,Singapura dan sebagainya.
Ini adalah salah satu baju kurung kegemaran saya sebab warna dia ada banyak merah jambu! Oh,pink memang warna kegemaran saya walaupun ianya nampak sedikit bimbo dan err....kebudak-budakan?Entah,pada saya individu berkeyakinan tinggi saja yang akan memakai warna ini.Ececece!Baju kebaya memang dah lama saya tak pakai, sebab err...bahaya!AHHAHAHA!
Baju kurung ini menggunakan material
sari India dan warna dia memang sangat meriah lagi comel ala-ala solekan
opera Cina oh! [Sebenarnya,macam aiskrim paddlepop.haha!]
Menawan ke masalahnya?TEEEEEEEEEEET!
Ah,itu tak penting. Sekarang ni,korang dapat tak mesej muhibah aku untuk hari ni? Toink!
p/s:Actually,ruang kosong kat atas tu untuk letak banner, tapi sebab aku Gaptek[Gagap Teknologi] sangat, tak terletak lah banner tu kat situ. Kesimpulannya, di"reject" serta-merta penyertaan aku. Dah la tarikh tutup lagi 12jam. HELP!!