Wednesday, March 28, 2012

Terpujuk

Masa keluar cerita Mavi Marmara diserang Israel dulu,aku marah sangat.Geram. Tak tergambarkan.Maki hamun dengan segala carutan yang wujud atas mukabumi nih pun tak akan berjaya hilangkan kegeraman tuh.Otak juga tak henti membuat telahan yang macam-macam tentang nasib ahli konvoi yang berada atas kapal tu. Kusut! Jadi lepas solat Zuhur,aku capai tafsir Al-Quran,aku letak ke dada.Mata aku pejamkan.Dalam hati aku berdoa sungguh-sungguh supaya Allah pinjamkanlah ketenangan kepada aku.Lama.Sampai bila aku sedia,aku bukak mata,dan aku pilih salah satu muka surat mengikut gerak rasa. Dan Subhanallah,ayat pertama yang terpampang di mata aku ialah ayat 37,Surah Hud :
"Dan buatlah kapal itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami,dan janganlah engkau bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim.Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan"

Rasa terpujuk.

Berjurai-jurai air mata aku masa tu.Seolah-olah dekat sekali interaksi Allah dengan aku masa tu. Dan sejak dari itulah,bila aku buntu,rasa nak marah,tak tahu buat pilihan,rasa hopeless...aku akan buat benda yang sama. Capai tafsir Al-Quran,istighfar dan doa mohon diberi petunjuk olehNya melalui Al-Quran,peninggalan terulung Rasulullah s.a.w...

Baru 2 minggu lepas masa hari jadi suami,aku berborak-borak dengan dia. Asalnya macam sembang kosong..hinggalah terbuka cerita-cerita lama.Toink!Hinggalah pada satu cerita,aku mengesan ada fakta yang tidak duduk di tempat yang sebenarnya. Aku peliklah..kenapa Manusia C suka tanya pasal manusia A dekat manusia B.Kalau nak minta penjelasan, dengarlah dari dua-dua pihak baru adil. Adoi! Silap aku dulu,punya kawan lelaki yang ramai. Dan tipulah kalau perempuan dan lelaki boleh kekal sahabat sahaja tanpa ada sebarang rasa. Yang tambah masalah kalau kawan laki kau dah ada teman istimewa dan kau hanya teman biasa. Tambah lagi masalah kalau kau pulak perempuan tapi perangai macam laki. Adat manusialah...perempuan yang lemah lembut mesti akan dilihat sebagai mangsa,kalau bukan juara. Tengok KuchKuch Hota Hai sudahlah.*contoh nak Hindustan jugak. Lepas tahu cerita lama tu,memang aku bara lah. Sekali dengan suami pun terkena tempiasnya.Kesian suami.Padahal niat baik nak jadi Manusia B yang boleh redakan keadaan je.Menyesal pulak dia cerita dekat aku dia kata.HAHAHA. Tapi,dalam rasa membara tuh, menangis jugak lah. Perasaan bercampur-baur antara nak pergi maki Manusia D ataupun nak pergi bercerita sendiri pada Manusia C my side of story.Aish,tak pasal-pasal pulak nanti ada yang berpecah-belah. Lepas tu menangis sorang-sorang mengenangkan nasib diri yang konon macam tak diberi pembelaan sewajarnya lah.Alahai....Suami bukan tak nak pujuk,cuma dia dah faham sangat kalau aku capai Tafsir Al-Quran dan duduk terperuk sorang-sorang,baik jangan kacau. Itu tandanya aku nak masa sendiri untuk sort out things.Nak tahu apa ayat yang Allah gerakkan untuk aku baca?
"Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka,kecuali pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh (orang) bersedekah,atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar" - Surah an-Nisa',ayat 114

Rasa macam dinasihatkan dengan lembut sekali. Tapi bukan setiap masa macam tu.Ada pernah aku rasa  macam diberi amaran keras. Ada masanya macam kena tegur pun ye jugak.Macam-macam. Tapi yang pastinya lepas tu mesti rasa tenang. Alhamdulillah..

Tadi pulang dari makan malam,  aku terima satu SMS.Membaca sekali..Tertampar.Hancur lebur impian. Rasa dikhianati. Hampir-hampir putus asa.Kenapa?Persoalan bersarang di jiwa.Kecewa.Walaupun dah pernah jangka ini bakal terjadi.Memberontak?Tidak sekali. Digagahkan diri untuk istighfar dan ingatkan Allah.. Allah...kenapa aku diuji lagi?Sedang dalam diri hanya mahu mencari redhaMu.. Entah berapa kali aku ulangkan istighfar,mohon dijauhkan dari walau secubit pun rasa ujub,takbur mahupun tidak ikhlas kepadaNya. Usai Isyak,aku mohon Ihdinassiratalmustaqim dan diteguhkan dengan pendirian yang haq. Istighfar lagi...risau kalau-kalau kekecewaan ini sebenarnya terlahir kerana ada kebergantungan atau pengharapan yang tinggi telah aku letakkan pada seorang manusia,bukan Allah. Tafsir aku capai lagi. Mohon pujukan dari Dia Ya Rabbi....Dan secepat itu jugalah dia lintaskan aku untuk membaca ayat 142,Surah AliImran, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Sebab kesedihan hari ini adalah kesedihan tahap super,aku teruskan  membaca lagi tafsir sampai habis satu muka.

"Dan kamu benar-benar mengharapkan mati syahid sebelum kamu menghadapinya,maka sekarang kamu sungguh,telah menglihatnya dan kamu menyaksikannya. Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul,sebelummnya telah berlalu beberapa orang Rasul.Apakah jika dia wafat atau dibunuh,kamu berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik ke belakang,maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa mengekehendaki pahala dunia,niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,dan barangsiapa mengekehendaki pahala akhirat,Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu,dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan betapa banyak Nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa.Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. Dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa, "Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - AliImran 143-148

Sekadar ingatan,ini bukan ritual alaf baru ke ape ye.Bukan juga perkara khurafat ke ape..Cuma mahu berkongsi apa yang aku buat bila aku buntu,stress,kecewa ladidadida...It works on me.Really! Mana aku belajar?? Lepas tengok video bawah ni..




Thursday, March 15, 2012

Dropping by to say

"IF YOU WOULD LIKE NOT TO BE FORGOTTEN AS SOON AS YOU ARE DEAD, EITHER WRITE THINGS WORTH READING OR DO THINGS WORTH WRITING" - Benjamin Franklin("The First American")

Latest picture of us...untuk tatapan semua yang merindui. Eceyh -___-"

Sejak bila pulak blog nih jadi blog "kami" ?

p/s:so now you know how tremendous my time for blogging has been reduced after entering final year, with title Puan in front of my name? Toodles!

Tuesday, February 07, 2012

Sebulan Yang Lalu

Hai semua!!!!!
Hari ni nak cerita pasal hari bersanding / resepsi. Actually, bersanding pun takat duduk 6-7 minit atas pelamin orang tengok. Tak ada tepung tawar or merenjis-renjis segala bagai. Kenapa? Penat-penat aku design baju pilih warna semua,datang hari nak pakai nak main baling-baling air bunga segala bagai pulak?No way man! TEHEHEHE.



Pelamin
Dah nama entri hari bersanding. Memang kena cakap pasal pelamin lah dulu kan? Al-kisahnya untuk hari bersanding tu memang banyaklah percanggahan pendapat antara aku, ayah, mama & nenek a.k.a Tok Ajah. Rasanya boleh scrolled down sikit and read entry entitled Generation Gap. Kalau ikut aku, aku nak pengantin lelaki sampai je,kita sambut then terus pergi meja makan beradab. Instead of pelamin, nak buat photobooth sendiri je depan rumah untuk senang sahabat handai dan saudara mara yang datang nak bergambar dengan pengantin. Rumah aku tak adalah besar mana hall dia..so,kalau pelamin dalam rumah memang susahlah orang nak take turn masuk untuk bergambar.Memang crowded lah. Dan ruang yang kecil juga sedikit memberi kekangan kepada jurugambar nanti. Tapi disebabkan kalau tak ada pelamin memang alamat nak kena sekeh dengan Tok Ajah, dan Mama pula cakap tak pernah dibuat oranglah pelamin luar rumah, dan Ayah dah lama surrender tak nak masuk campur,HAHA maka jadinya tempah juga pelamin dari Butik Pengantin De'Cemara.  Cantik dan ikut citarasa aku. Puas hati. Dan disebabkan itu juga, kita buat win-win situation. Saya ikut cakap untuk ada pelamin, tapi ikut cakap saya pulak untuk tak buat renjis-renjis ni boleh tak? (^-^)

Alatan merenjis sekadar props.HAHAHA.Puas hati aku.LOL.Tirai belah kiri tuh memang spoiler sampai hujung majlis. Siapa yang gi tekan suis chandelier then tak letak tirai tu betul-betul balik huh? Grrrrr

With Ummi & Abah

Mari menghafal nama adik beradik baru & anak saudara instant & biras sekarang. GULP!

Warna tema
Theme colour bukanlah satu kewajipan ye. Tapi kalau nak buat juga,pastikan pengantin tak pakai warna yang sama dengan warna scallop khemah, alas meja etc. Silap haribulan budak kecil datang lap tangan kat baju kau dengan tanpa rasa bersalahnya sebab ingat tu alas meja.TOINK! Basically, aku nak warna biru sebab itu favourite colour lah konon(padahal dah berapa tahun asyik beli barang warna pink je). Habib pulak nak grey. Dan Mama pula rasa tak perlu nak tempah baju baru semata-mata untuk majlis. Boleh je guna baju raya tahun sudah which is Gold. So Google punya Google jumpalah combination blue-grey-gold which appears nice,so aku pun setuju aje!


Note that tirai again!-______-"

Pak Ngah and Auntie Ana also showed their supports by wearing gold. Iyolatu!Padahal semua pun tahu aku letak gambar ni sebab nak tunjuk the groom who is looking so eager to meet the bride -___-"

Banner & Pocket Calendar
There will always be a crowd during wedding (especially when it is the 1st kenduri of the family), so why don't you use it as a chance to convey something about Islam too? Hence the banner thingy! Luckily in this part, I and my mom miraculously(!) agreed with each other. No photos of the couple on the banner please! Mama tak sukalah! Saya pun tak sukalah. Habib pun tak suka. tehehehe!Senang cerita untuk hal ni. Lepas tu, aku belek-belek internet dapat pulak idea untuk bagi pocket calendar...tambah pulak dah majlis aku memang 30-31 Disember 2011 kan...Even sebenarnya pocket calendar tu tak berapa berguna untuk generasi sekarang..tapi pak cik makcik serta Ayah merasakan ianya idea yang sungguh bernas. Eh,tapi Puan Hawa cakap..."bagus bagi kalendar ni..boleh aku guna nak tanda hari period" HAHAHA! Segala macam idea dalam kepala telah di draft dan kemudiannya diterjemahkan kepada bentuk Adobe a.k.a kecanggihan teknologi oleh Senk!Yahooooo! Printing untuk banner dan pocket calendar ni aku serahkan pada Zimie from KBB Shoppe

Notice that 2 banners at the entrance?

Habib even took it to be used during reception on his side! Happy=)


Aku puas hati sangat dengan dua-dua ni except for that lupa nak gitau Senk suruh edit sikit gambar aku. Tengoklah kat pocket calendar tu....Tahun bila,dekad mana yang Habib lagi cerah dari aku? HUWAWAWA! Oh, by the way.gambar dekat pocket calendar nih Habib dengan Senk punya idea ok. Aku setuju saja...sebab haruslah aku cairrrrrr kannnnn? Cis, dengan Mama kerja nak berkelahi je. Ampun maaf dipinta Mama. =)

Khemah & Katering
Alhamdulillah sangat sebab Ayah punya banyak kenalan semasa kerja dengan Jabatan Kebudayaan dulu. Alhamdulillah juga orang-orang yang dulu Ayah dok bagi tender masih reti nak kenang budi. HAHAHA. Makanya, dapatlah Arabian Canopy idamanku dengan harga yang....ok dah janji sama tauke tak boleh kasitau sama orang lah. Mula-mula Mama cakap 2 sudahlah Arabian Canopy tuh, sebagai pemula dan penutup khemah. Tapi sebab firasat aku mengatakan yang itu sungguhlah tidak menarik, di samping dah teringin sangat nak Arabian Canopy tu..makanya berjaya juga memperolehinya. Dah lah nak pelamin ala Cinderella punya labu tuh semua rm1 800 ke atas je.Gilosssssss! Dan ternyata Mama punya pilihan katering adalah sangat-sangat tepat. Alhamdulillah....Tetamu dalam 1200 orang cukup makan semua...Dan sedap oi!! Sampai balik India nih pun, kawan-kawan still cakap pasal lauk kenduri aku. Ok, terima kasih Mama!*tabik hormat!*



Aiyark!Mama, Tok Ajah dan makcik-makcik dah pesan, kena control ayu, jangan dok renyih nampak gigi je. But..what to do, epic failed -__-"

Wedding Attire and Accessories
Akhirnya!!!!!sampai pun kat part baju kan????Tahniah atas ketabahan saudara saudari sekalian membaca dari perenggan atas.Ke ko main lompat je ke perenggan akhir ni? HEHE. Takpe,takde hal..aku pun selalu je buat camtu bila baca entri membosankan.HEHE. Aku memang bercita-cita nak pakai baju yang direka sendiri. Eceyh lah ayat kan..padahal bukannya 100% rekaan sendiri. Hanya sedikit olahan dari pencarian di internet serta juga perbincangan dengan tukang jahit. Tukang jahit tak payah cari jauh mana pun. Guna abang Rozek je untuk jahitkan coat Habib. Dan tunang kepada abang Rozek (Kak Dayah) ni tolong jahitkan baju nikah & dress aku. Kak Dayah memang sempoi. Kitorang uruskan pasal pakaian semua through phone je.Hantar gambar contoh baju pun pakai phone. Ukuran aku Rozek tolong amikkan dekat sini, contoh warna dan sampel baju aku poskan dari India. Seriau juga masa Pos India buat hal dah lebih 20 hari tak sampai juga parcel tu ke Kak Dayah arituh! Harga material sari baju nikah je dah sama dengan harga sewa rumah 2 bulan oiiiiii -_-"

Kenapa tak sewa baju butik je?
1) Sebab badan aku yang agak lain dari manusia normal ni sangatlah memerlukan pakaian yang tailor-made. Bak kata pepatah, "Alangkan shirt and slacks pergi kelas pun tailor-made, inikan pula baju kahwin!" HAHA.

2) Sebab warna yang aku nak memang warna rare! Belum jumpa lagi di mana-mana butik pengantin. Eceyh kau!

3) Sebab kalau sewa dari butik nanti, mulalah orang butik tu nak mengatur semua camne kita nak pakai tudung dia ,baju dia semua..which is a big NO for me. Excuse me, nobody can sentuh my tudung okay!

4) Sebab baju butik banyak guna material satin dan kain yang jarang. Pastu pakai inner yang t-shirt je kat dalam. Seriously sangat tidak cantik di mata aku,maaf cakaplah ye. Mama pun awal-awal dah pesan jangan guna satin sebab nanti melekat dan ingat,majlis kita bukan di hotel ye. Kalau dah berpeluh macam tempe, satin mahal pun tak berharga lagi.=p

5) Of course sebab gua rasa gua pakar jugaklah bab design2 baju ni. HIHI. Elok baju dah siap dan tinggal nak jahit manik je, aku terperasan gambar Fazura ni.
was hoping for that kind of patch lace and bead work dekat pinggang tapi Kak Dayah cakap it wasnt her forte lah. Inipun 1st time dia jahit dress ikut gambar yang aku bagi.

Sebenarnya macam-macam gaya aku teringin sebenarnya.. Asalnya macam nak pakai songket tenun tapi rasa sangat hipokrit sebab darah dalam badan suku je Melayunya. Tidak adillah untuk lagi 3 suku bangsa yang berlegar dalam salur darah. Eceyh.Pastu teringin nak pakai skirt tingkat-tingkat tetapi dengan pantasnya sedar diri tidak cukup inci,juga sedikit "ayam katik".Pasti buruk sekali kalau pakai. Ditambah pula bila baca blog Rizalman yang rekaan sebegitu adalah sungguh terkeluar dari kelompok arus fesyen semasa(atau bahasa kasarnya fesyen lama daaaa), terus cancelled.Berpengaruh besar juga Rizalman dalam hidup aku rupanya.Booo!

Tudung-tudung aku semuanya aku tempah online dari Kak Fida. Again, urusan online saja. Tak pernah jumpa. Semua through email tapi ok lah,siap macam yang aku nak except for tudung kelabu yang sepatutnya aku pakai ala-ala Hana Tajima je masa hari bersanding terlampau besar dan lari warna sikit. Tak salahkan Kak Fida langsung sebab dah expect dah benda-benda macam ni boleh jadi bila kita urus pakai internet. Lagipun, design manik dekat dress instead of pinggang dan tertukar kedudukannya ke bahagian dada. So Plan B, mari buat veil sendiri untuk cover bahagian dada supaya still nampak manik-manik tu but at the same time taklah terdedah sangat .Ayuh!!!

Tapiii....Mama suruh sewa je veil dari butik mana-mana sebab of course lah Mama tak yakin dengan aku yang selama hari ni nak lukis garis lurus pun ada 2 3 kali jugak padam,inikan pula nak menggunting kain. Tapi lepas tengok semua butik pun aku tak berkenan dan material pun jenis organza tu,maka aku nekad jugaklah nak jahit sendiri. Berlonggok je tutorial DIY Veil dekat internet ni. Boleh google ye!Tak jadi kain tingkat,dapat veil tingkat pun jadilah!HIHI..Tapi aku potong kain je lah.Itupun lagi 2 hari nak nikah baru jumpa kain.Yang jahit manik segala memang aku serah bulat-bulat pada Rozek & Team..Bersengkang mata diorang dekat hotel menjahit dalam tempoh 24jam ok. Masa aku tengah duk make-up kul 10 pagi pun veil tak siap lagi!!!HAHAHA. Alhamdulillah,keseluruhannya aku puas hati.HubbyB pun makin sayang.HAHA.Dan yang paling penting,baju sendiri dan boleh pakai lagi. Yeay!



Bila dah ada veil,kenalah ada tiara juga. Tiara/crown aku sewa sekali dengan make-up..Make-up adalah satu perkara yang sangat menggerunkan untuk orang macam aku yang rutin kecantikan harian ialah bangun pagi ,cuci muka, sapu toner,pakai lip balm terus keluar. Banyak kali kot aku tanya member yang datang make-up aku ok ke tak.Of course lah tak nak kelihatan sangat heavy. Actually, kalau muka dah tak pernah make-up,baru taruh foundation pun aku dah rasa heavy,boleh tak?HAHA. Kak Sharifah from HaifaBridal memang seorang yang pro dan cool. Sebelum make-up dia dah tanya, kening nak cukur ke tak,which is again a big NO for me! And dia suruh pilih bulu mata palsu which aku tolak jugak sebab aku tau memang akan jadi serupa pontianaklah kalau bulu mata penyapu aku ni nak tambah dengan bulu mata palsu lagi. Kak Sharifah pun masa nak taruh maskara ada cakap sepanjang karier dia inilah kali pertama dia jumpa eyelashes panjang macam aku.Aku punya lower lashes je dah sama macam orang lain punya upper lashes. Obviously it doesn't come from that quarter of Malay gene in me.HIHI. Tapi adik aku si Atifah punya lashes lagi cantik. Dan lah panjang, lentik pula tu, even cousins laki aku pun ramai je yang bulu mata lentik.Booo!-__-" Ape kah dah cerita pasal lain pulak nih?

Maka setakat itulah saja yang termampu aku karangkan tentang hari resepsi. Mungkin tulisan kali ni agak panjang. Korang pun tak akan baca semua. Tapi ada aku kisah? Aku tulis ni untuk bacaan aku dan anak-anak (eceyh,sekarang dah pandai cakap pasal anak ek?) lagi 10 tahun lah!!! Oh,apapun terima kasih pada Apis yang sponsor kasut dan juga hand bouquet itu hari.HIHI.

p/s:mesti ada yang rasa nak sepak je sebab Faridahanum ni update blog jarang-jarang dah sekarang,pastu cerita pasal kahwin dia lagi!Ahhahaha,ada aku kesah?nanti korang kawen korang tahulah macam mana dia punya hangover.TEEEETTT!

PS2 : entri ini mula ditulis pada 30Januari yang lepas. Hence the title =p

Tuesday, January 17, 2012

Separa Purnama Di Atas Awan

Entah bagaimana, entah di mana harus aku mula..Merakam kata untuk kamu sang arjuna yang sedang lena...
Kepenatan sekali gayanya..Kenapa? Itu janganlah ditanya. HAHAHA. 

Sayang....aku coret bait kata ini di atas awan. Satu rakaman penghargaan, satu tulisan kenangan, satu akuan kesetiaan.

Saat kamu lena ini....aku duduk sendiri mengenang separa purnama yang aku lalui. Siang malam berganti dengan kamu di sisi. Indah? Ah,kalaulah aku punya adjektif yang lebih gah lagi. Bagaikan mimpi?Tapi ini realiti. Bagaikan syurga? Moga-moga ikatan ini bawa kita ke sana.Amin


Ingat lagikah kamu saat Ayah genggam erat tangan kamu, sebelum ucapan penyerahan terlancar dari bibirnya beserta goncangan tangan yang mungkin ibarat gempa ditancap kamu? Ingat lagi saat kau tertegun seketika sebelum menyambut akad dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sebagai pemula? TOINK!tak pasal-pasal kena dua kali daaaa!


Sah ? Sah! Sah! Alhamdulillah...

Dan aku mencuri lihat engkau senyum seraya menghela nafas lega. Senyuman yang tidak dibuat-buat. Sebab kalau kau control,mesti tak kantoi gigi sebelah kanan yang senget ke dalam sikit tu! HAHAHA! Sayang, tahu tidak saat itu dada aku yang mahu pecah tiba-tiba jadi sejuk dan kaku? Dan saat kau duduk tepat menghadap aku untuk lafaz taklik, seluruh tubuh aku berasa pelik? Lafaz kamu tadi seperti menukar seluruh aku menjadi baru...


Dan akhirnya, momen sayu itu muncul. Satu persatu air mata meluncur. Cis, benarlah telahan kawan-kawan di Twitter dan merata-merata. Faridahanum cengeng, ratu air mata! HAHAHA. Ada aku kisah? Jujurnya sayang, dalam secebis masa itulah aku terkenang akan jalan ranjau dan lembah kemarau yang telah sama-sama kita redah untuk sampai ke hari nikah. Detik-detik lalu saat kita rasa penyokong kita hanyalah Allah.

Sayang...agak-agak kamu adakah antara mereka yang hadir tidak tertawa saat lihat gelagat kita bertukar cincin di pelaminan? Oh,mungkin ada seorang..Abah!Itu special case lah sebab memang dah fesyen muka tegas setiap masa. 

Masa itu jugalah tubuh aku nak kehabisan dopamine, terketar-ketar huluran tangan aku menunggu sarungan cincin. Yang kau pulak tiba-tiba ada rush of adrenaline entah dari mana .Tak sempat aku nak salam,apa lagi nak cium tangan, kau dah sauk kepala nak cium dahi tak sempat-sempat? HAHAHAHA!  Maaf kerana aku larikan kepala serta merta. Itu refleks bawah sedar. Siapa suruh kau tak sabar? Mujur aku ingat status aku ketika itu ialah seorang "Puan"- milik kamu yang hakiki. Kalau tak,awal lagi aku dah angkat kaki.




Sayang...maaflah kerana kita tiada destinasi bulan madu. Kita punya saudara mara hilir, hulu, sini dan *denu. Kalau tak lawat sekarang,setahunlah mereka menunggu. Lagipun, sebelum nampak bulan kita dah masuk beradu. Malam-malam bersama kamu, manisnya kalah madu. Okay,kita berhenti saja di pintu situ.HAHAHA.

Sayang...terima kasih dari aku. Seikhlas hati untuk kamu. Atas sudi kamu membalas cintaku. Atas redha kamu memilih aku. Atas sabar kamu melayan aku. Atas cermat kamu dalam memandu(eh,tak perli tau!.HAHA)



Apapun sayang...  aku akan tetap sayang kamu. Sebab kamu sanggup lari pecut dengan aku dari Gate 8 terminal ke pintu 63 bila gate closed tadi. Itu salah aku,bajet VIP ke diorang nak tunggu? Gilalah! Haru weh,haru! Jadi aku biar saja kau menumpang lena di bahu. Tapi janganlah sampai tinggalkan cenderamata air liur basi macam dalam bas Besut - Ipoh hari tu. Ewwww! HAHAHA. Jangan marah ye sayang, nanti sampai India I masakkan kegemaran terbaru U,kueytiow kungfu! 

Aku harus noktahkan penulisan. Walau masih berbaki 3 jam penerbangan. Dan di India sana sedang menanti fasa baru kehidupan. Engkau bakal kembali kepada pekerjaan. Dan aku mula sarung semula topi siswi perubatan. Aku pun dah mula bosan. Kalau kau bangun sekarang,boleh juga kita sembang-sembang.TOINK!

Cukup untuk kau tahu ini sayang...Separa purnama aku hingga ke saat ini....Kalaulah dapat aku beri sehampir gambaran..Macam inilah kot perasaan....Rasa macam bila kau dalam kapal terbang ni...MACAM DI ATAS AWAN.

14 Januari 2012
AK 1203 (KL ---> Cochin)

* denu = sana (kecek Klate sket)

Photos by NadiaJamil & Qidran 


From This Moment

Ye saya tahu saya dah lama tak update di sini. Update 2 kali saja selama bercuti di Malaysia.(xde lah cuti sangat!) dan sekarang dah kembali ke India pun. Cuti masih berbaki lagi seminggu tapi HubbyB dah kena mula kerja sejak semalam - 16/1/2012. Dan tempat terbaik seorang isteri itukan di sisi suaminya=)))

For the time being, lets fill this space with my wedding video - Engagement , Solemnization & Bride Reception


Habib  & Hanum from qidran on Vimeo.


And watch this space,peeps! I miss you all too.TOINK!

Tuesday, December 27, 2011

Generation Gap

Jujurnya, sebelum pulang aku tak pernah nak runsingkan sangat tentang majlis kenduri. Mahu ringkas dan sederhana tapi masih mampu tinggalkan kenangan terindah untuk aku. Ye lah....setiap kali berkahwin untuk kali pertama,semua orang mengharapkan yang itu bakal jadi perkahwinan pertama dan terakhir kan? Pastilah mahu ia berjalan ikut perancangan dan keinginan kita.

Ini kenduri pertama dalam keluarga aku. Aku dengan selambanya melangkau Along dan Ana. Bahkan jadi cucu pertama di sebelah Mama yang berkahwin. Makanya faham-faham sajalah....Mama Ayah yang tiada pengalaman jadi tuan rumah kenduri kahwin satu hal, keterujaan nenek dan mak cik pakcik pun satu hal yang ada masanya boleh bikin aku pening kepala. Aku sangat-sangat berharap yang tiada unsur-unsur pembaziran berlaku di masa majlis. Dalam masa yang sama tak mahulah sampai tetamu kata kedekut pula kan?

Lagi 3 hari saja untuk hari ijab kabul...Pakaian masih belum finalise. InsyaAllah esok selendang dan tudung yang aku order akan sampai. Baru boleh nak eksperimen lilit-lilit tudung sikit.Bilik pengantin pun tak siap lagi. Entah!bukan tak semangat nak kahwin..Tapi pada aku itu urusan yang tinggal ni tak adalah besar mana. Janji yang bahagian tetamu dah selesai. Itu yang jadi keutamaan aku. Biar orang balik puas harti. Makan cukup dan sedap.Kalau datang sebab nak tengok pelamin dan pengantin cantik ke tidak..Memang harap maaflah. Baju yang aku tempah tu memang aku buat untuk boleh guna lagi di kemudian hari. Ini bukan kedekut, tapi cost-effective namanya.Hihi.

Mulai esok saudara mara akan mula berkumpul di rumah aku ini. Khamis bila semua dah ada, dan kawan-kawan KMC pun dah turun, akan diadakan kenduri doa selamat selepas Asar. Malamnya baru sesi berinai. Ala..sekadar suka-suka dengan kawan-kawan. Bachelorette Party secara terkawal lah kira. Haha. Oh lupa, minggu lepas dapat kejutan dari Wafaa & Dayang dekat Ben's KLCC. OMG,Mereka sangat awesome. Sahabat dunia akhirat tu. Eh,itu nanti cerita kemudianlah ye.

InsyaAllah,majlis akad nikah akan berlangsung selepas IsyakJumaat, 30 Disember 2011. Antara Maghrib dan Isyak akan diadakan majlis pertunangan yang ringkas sebab Ummi Habib berhasrat juga nak sarungkan cincin. Ye lah,bakal menantu tak pernah jumpa ni.Majlis merisik hari tu pun main tunjuk gambar dalam Facebook je. Tak ke gila juga tindakan kami ni? Eh tak juga..kalau ikutkan yang betul-betulnya, sama-sama bakal pengantin dah kenal cukuplah kan/ Yang keluarga tu pelan-pelan kayuh lahhhhhh.InsyaAllah. Nervous sangat bila fikirkan.Paling nervous sebenarnya pada aku bila fikirkan hal keluarga baru ni lah.. Yang lain-lain tak adalah nervous sangat...kot. (If you know what I mean.Hihi)

Hari Sabtu pagi akan ada mahjlis Khatam Al-Quran bermula pukul 9 pagi. Sekitar 12.30 rombongan pengantin akan sampai. Naik pelamin dan makan beradab. Majlis resepsi jangkanya tamat dalam pukul 4. Tak adalah merentang sampai 2 waktu solat,insyaAllah. Lagipun selepas itu nak pergi tangkap-tangkap gambar. Outdoor wedding photoshoot. Prewedding memang tak adalah. Habib dari awal-awal lagi dah bagi amaran keras pasal prewedding ni. Oh,cakap pasal amaran keras...surat kebenaran berkahwin dari JPA pun dah diterima. Kelakar juga bila baca heading dia..KEBENARAN BERNIKAH KAHWIN BESERTA AMARAN KERAS. Urusan Seri Paduka Baginda lagi ok.Toink! Oh,untuk photographer dan videographer pun pakai kawan-kawan je. Harga pun harga kawan-kawan. Not that steep,insyaAllah.

Sabtu malam akan ada majlis tertutup bersama famili & Lot 76. Siaplah Habib Hasan nanti kena buli dengan pakcik makcik aku yang senget sikit ni.Huhu. Dan Ahad memandangkan semua dah turun berkumpul di rumah aku,Family Day Lot 76 tahun ni buat di Ipoh saja lah. BBQ lah jawabnya.Ok aje.

So itulah tentatif aku di hujung minggu nanti.Saja aku tuliskan siap-siap...kalau-kalau ada yang ternanti-nanti perkhabaran dari aku.. Nanti lepas kenduri baru aku ceritakan tentang persiapan aku selama ni ok. Tak banyak mana pun....Sebab kehidupan lepas nikah tu yang lebih menarik fokus aku.

Wassalam.

Sunday, November 27, 2011

080201037

So,that time of the year has come again. And I'm going to leave this space for a while, I hope so. HAHA. Since writing (exception for writing an exam)is in my flesh and blood, pretty hard to leave it laaahhhh.

By the way, just like previous years and previous exams, approaching this final week before exam, it's time to read as much as possible and sleep as less as possible. Obviously I can't do this alone, especially when my room seems to be comfortable enough (emphasising on that fluffy comforter.LOL) and relaxing. Trust me,it's not a good environment you should be in when you're in pursuit of getting that passing marks in final university exam. HAHAHA.

Not to forget, I myself seem to find hundred millions reasons for myself to get distracted, or being distracted at this time of the year. I will suddenly want to change my bedroom arrangement, clean here and there (padahal selama ni rasa ok ok je) and obviously,mind wanders about Malaysia so much.Oh,that one is pretty irresistible,you know.

And so, it's actually good to move out for a while, stay in new space, start fresh (dowh,exam lagi seminggu kot!) and nail it.LOL. 

I don't know what I'm writing already. 
I guess I should have keep it simple from the very beginning. 

Yeah,it's me saying bye bye bye to my room, FB, Twitter , Blogspot. -____- "
And hello caffeine, maggi, eyebags and VIP Suite 602 provided by Atikah Saini. HAHAHA!

It's gonna be stressful, but it's gonna be fun too. 
Here is a sneak peek into some of things that we did to help de-stressing each other during examination period.

And I know He is above,watching. Allah,help me,please!Pretty please?

By the way, 080201037 is my roll number.

08 - batch of year 2008
02 - this represents KMC Mangalore. You have no idea how many universities are held under Manipal University.
01 - refer to M.B.B.S course. again,you have no idea how many courses are offered by Manipal University (ever thought of Jewellery Design course?)
037 - basically,this is my number in my batch =)) 

Naaahhh, even some of my batchmates also don't know this! And that's because they don't read the induction book given at time of registration. I just don't understand how people can gain that much of ignorance. TEEETTTT! 

Sweet 23

Sibuk hingga tak dapat nak menulis panjang untuk hari istimewa aku hari ni. TOINK!

Alhamdulillah,menginjak usia 23 tahun sudah hari ini.
Sambutan macam biasa... syukur syukur syukur. Tiada yang lebih besar dari lafaz memujiNya.
Dan aku berharap sangat-sangat yang selama 23 tahun aku bernafas ni, aku masih belum memungkiri janji yang telah aku lafazkan padaNya sebelum aku lahir ke dunia pada pagi 1 Muharram 1410 H bersamaan 3 Ogos 1989. (Poyo pulak bunyinya ni?LOL)

Terima kasih Mama & Ayah untuk segalanya.Percayalah, tak ada yang kurang atau tak cukup yang Ayah dan Mama dah lakukan untuk kitorang. Baru minggu lepas Sir Vishwas cakap "Your parents must have been raising you so well,no?" HAHAHA.

Dan yang lain-lainnya seperti biasalah..Boleh rujuk ke entri aku di 1 Muharram 1432H yang lepas.

Al-Quran tak berjaya dikhatamkan dalam tempoh setahun ni.Sengaja mungkin.InsyaAllah, akan aku khatamkan menjelang hari pernikahan nanti. 


Abang kesayangan saya hantar ni menjelang Maghrib semalam.
Aish, ini lelaki wa sangat sayang maaaaa!


Thursday, November 24, 2011

59 60 61 62

Assalamualaikum semua....

=)))))))))))))))))))))))

Ke hadapan pembaca blog yang disayangi sekalian...

=))))))))))))))))))))))))

Dah sebulan aku tak letak entri Ipod pink untuk malam Jumaat kan?

=)))))))))))))))))))))))

Asalnya sibuksangat...tapi kemudiannya aku rasa biarlah buat kejutan sikit untuk semua.

=)))))))))))))))))))))))) 

Anda dengan ini adalah dijemput bersama berkongsi kegembiraan kami


sila klik di sini, untuk melihat jemputan ini sepenuhnya.
kalau ada masalah, boleh klik link yang ini juga. 
dan repondez s'il vous plait(heh,RSVP lah!) jika bercadang untuk hadir.

aku tahu ramai juga yang akan segan-segan kerana kita tak pernah pun bersua muka.
tapi apa kata,jadikanlah ini harinya untuk kita saling bertemu mata? 
jemputan ini terbuka untuk semua pembaca,
sama ada yang menapak ke sini secara setia atau ikut suka & masa,
sama ada yang lepak di sini secara terbuka ataupun rahsia.

Telah banyak yang aku kongsikan di sini bersama kalian. Jadi, sudilah kiranya kali ini kita berkongsi kegembiraan.

AJ Nismihan, Raja Khairul, Naz, Qiez, Cimot, Imanshah, Oranglidi, AttAshburn, Munirah Zainuddin, HamzahIan, Hans. Sekadar menulis beberapa nama.