Tuesday, September 03, 2013

Ipah Tekanan Lahhh!

Sekitar tahun 1997-99. Lokasi berbeza-beza.

Stesen Petronas Taman Anda,Ipoh,Perak
Ayah tengah isi minyak.Aku pula tengah tunggu dalam van Econovan kitorang dulu tuh. Baru semalam tajuk hadapan Utusan Malaysia umumkan harga minyak naik dalam beberapa sen. Justeru,aku yang sejak azalinya banyak celoteh terus julur kepala ikut tingkap dan tanya pada Ayah, 

"betul ke harga minyak sekarang ni dah mahal sangat?"

Ayah jawab, "memanglah mahal..tapi Ayah mampu lagilah...tak adalah rasa nak bising2 pun.kerajaan ni lagi tahu apa yang dia buat.mampu lagi,insyaAllah"

Ayah hanya berkelulusan O-Level sekolah Inggeris. SRP (standard PMR sekarang)je. He's not good in Maths at all. Tolak ketepilah kalau nak cakap pasal kewangan dan ekonomi dengan dia.Sampai Ipah adik aku yang bongsu pun tertekan (IPAH TEKANAN LAAHHH!) nak ajar ayah pasal pecahan,pengangka,penyebut.

Dan Econovan tu sangatlah berjasa ye. Sebab dulu AyahMama deal dengan PakCikSahakJPJ dan ayah Kak Syazmin untuk ambil kitorang dari sekolah.So buat turn dan gilir-gilir amik dan hantar pergi sekolah. /sekolah agama.PakCikSahak pun pakai van besar.hihi.Those values that we are lacking nowadays.

SK Tasek Ipoh
Hasrat Ayah untuk ketemu Guru Besar sekolah berjaya. Kami empat beradik berderet-deret sedang bersekolah di situ.

"Cikgu,kalau bolehlah saya nak mintalah bantuan buku teks untuk anak-anak saya ni",ujar Ayah

"Saya minta maaflah encik. Memang syaratnya kalau pendapatan keluarga lebih rm1500, kami tak dapat nak bagi"

"Saya tahu kalau dari ukuran pendapatannya memang saya tak layak. Tapi saya ni ada 4 tanggungan yang sedang bersekolah ni,tak boleh pertimbangkan ke cikgu?",hujah Ayah

"Bukan saya tak nak tolong encik. Tapi memang dah itu syaratnya"

"Tak apalah,saya faham yang itu.Cikgu pun jalankan tugas cikgu.Saya pun jalankan tugas saya.Mungkin ada lagi yang lebih berhak. Cuma kalau boleh dipertimbangkanlah,saya ucap terima kasih sangat".

Tak,tak dapat.Atau mungkin seorang saja dari kami dapat SPBT. Kalau tiba hujung tahun pun,memang Ayah Mama tak akan beli barang keperluan sekolah serentak untuk semua orang. Sikit-sikit. November sekali. Disember sekali. Kalau senarai buku kata nak 12 buku garis satu,3 buku garis tiga dan 5 buku petak,Ayah belikan setengah dari senarai tu dulu. Sebab tu rasa nak jerit bila teacher cakap nak 3 buku (Vocabulary, Grammar, Spelling), cikgu BM pun nak 3 buku (Pemahaman, Tatabahasa, Ejaan). *nangis

Rumahku Syurgaku
Balik rumah dengan excited-nya tanya Ayah,

"Ayah!!!tadi ada cikgu tanya siapa nak buat permohonan untuk RMT-Rancangan Makanan Tambahan,boleh mintak borang. Anum nak mohonlah.boleh tak?"

Tinggi suara Ayah melarang, "Aisshhh..buat apalah...banyak lagi orang susah yang berhak tu. Kamu tak usahlah nak mintak jugak. Mak Ayah nih mampu lagi nak bagi kamu makan"

Monyok,sebab tak puas hati tengok budak-budak RMT dapat makanan dalam bekas dan minum susu,macam lagi mewah. Aku duit bekal RM1. Laksa mangkuk kecik 30sen.Mangkuk besar 50sen.Air sirap segelas 20sen.Kalau mama sempat masak,dapatlah bekal makanan bubuh dalam tupperware free sebab beli kordial Blackurrant botol besar dekat FairMart Tanjung Rambutan. Nugget satu cucuk ade 3 keping RM1 tu memang tunggu Hari Kantin je lah kalau nak merasa makan. Baki duit belanja masuk dalam tabung Bumiputera Commerce (CIMB sekarang) bentuk computer yang akan keluar suara setiap kali aku masukkan duit.LOL. 

*********
Oh cakap pasal nugget juga,kadang-kadang (jarang-jarang) Mama goreng nugget untuk kitorang minum petang. Mama make sure yang semua dapat makan. Bukan saja sama jumlah, bentuk pun sama. 2 love, 2 bintang, 2 bulat, 2 petak.Lepas tu kalau Apis Gemuk nak mintak lebih semua orang akan jerit,so Mama tak akan bagi.Fair and square.HAHAHA. Those were the days.



And on a lighter note, Mama Ayah sampai sekarang pakai handphone Nokia cokia takde touch screen. 
Mama menangis teruk gila masa rumah kena masuk pencuri,habis hilang cincin risik,tunang,nikah dengan gelang donut dia.Itu je barang kemas yang dia ada.Rantai leher terselamat sebab dipakai ke mana-mana.
Lepas Ayah pencen arituh,adalah Ayah beli Ipad sebab Ayah rasa TalkingTom tu comel.Okfinebye.Haha.

Dekat rumah ada 3 kereta,Kancil yang umurnya dah 10tahun lebih dan GrandLivina. Dua-dua kereta, 1st thing Ayah akan komen "kereta ni jimat minyak!"  Kereta Saga beli masa promosi 50tahun Merdeka dulu untuk Along guna sebab Mama risau Along naik motor dekat KL. Along masih pakai kereta sama even dah setahun jadi HO. I guess the trait is passed on. (and obviously Along simpan duit nak kahwin.haha)

My husband got a call from car dealer agent (when they came to know that he's a doctor) asking why didn't he go for a "better" car instead of "just Myvi". The agent even said, "saya tak pernah jumpa lagilah doktor macam ni". So I guess the sayings that a girl will marry one who resembles her father is kinda true.

***********

Jadi malam tadi bila orang sibuk-sibuk bising pasal harga minyak naik, aku sakit kepala fikir kenapa orang susah sangat nak bersyukur,menikmati setiap sekecil-kecil perkara. 

Aku fikir lagi, apa berat sangat ke nak dapatkan sikap yang satu ni. Dan kesimpulan aku, sikap tu tak terbentuk sehari dua. 

Dan untuk kesekian kalinya, komen aku tetap sama untuk isu pilihanraya ke,minyak naik ke,PTPTN ke...the core problem is still OUR ATTITUDE=)

Korang berhak untuk tak setuju dan terus-terusan melabel diri sebagai golongan yang terbeban. Carry on...
Dan aku akan terus mensyukuri kelapangan minda,ketenangan jiwa dan kemudahan hidup aku sekarang.Sebab aku tak tahu bila Allah akan tarik balik nikmat dia.

And Zara Auliya, if you are reading this one day...Mama nak Auliya tahu yang bila kita belajar bersyukur, hidup InsyaAllah tenang,malah dimudahkan dan ditambah-tambah rezki dari Allah.Amin. Minggu ni kita pergi Chennai naik train ye sayang!!!!