Showing posts with label Woebegone Whisper. Show all posts
Showing posts with label Woebegone Whisper. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Terpujuk

Masa keluar cerita Mavi Marmara diserang Israel dulu,aku marah sangat.Geram. Tak tergambarkan.Maki hamun dengan segala carutan yang wujud atas mukabumi nih pun tak akan berjaya hilangkan kegeraman tuh.Otak juga tak henti membuat telahan yang macam-macam tentang nasib ahli konvoi yang berada atas kapal tu. Kusut! Jadi lepas solat Zuhur,aku capai tafsir Al-Quran,aku letak ke dada.Mata aku pejamkan.Dalam hati aku berdoa sungguh-sungguh supaya Allah pinjamkanlah ketenangan kepada aku.Lama.Sampai bila aku sedia,aku bukak mata,dan aku pilih salah satu muka surat mengikut gerak rasa. Dan Subhanallah,ayat pertama yang terpampang di mata aku ialah ayat 37,Surah Hud :
"Dan buatlah kapal itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami,dan janganlah engkau bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim.Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan"

Rasa terpujuk.

Berjurai-jurai air mata aku masa tu.Seolah-olah dekat sekali interaksi Allah dengan aku masa tu. Dan sejak dari itulah,bila aku buntu,rasa nak marah,tak tahu buat pilihan,rasa hopeless...aku akan buat benda yang sama. Capai tafsir Al-Quran,istighfar dan doa mohon diberi petunjuk olehNya melalui Al-Quran,peninggalan terulung Rasulullah s.a.w...

Baru 2 minggu lepas masa hari jadi suami,aku berborak-borak dengan dia. Asalnya macam sembang kosong..hinggalah terbuka cerita-cerita lama.Toink!Hinggalah pada satu cerita,aku mengesan ada fakta yang tidak duduk di tempat yang sebenarnya. Aku peliklah..kenapa Manusia C suka tanya pasal manusia A dekat manusia B.Kalau nak minta penjelasan, dengarlah dari dua-dua pihak baru adil. Adoi! Silap aku dulu,punya kawan lelaki yang ramai. Dan tipulah kalau perempuan dan lelaki boleh kekal sahabat sahaja tanpa ada sebarang rasa. Yang tambah masalah kalau kawan laki kau dah ada teman istimewa dan kau hanya teman biasa. Tambah lagi masalah kalau kau pulak perempuan tapi perangai macam laki. Adat manusialah...perempuan yang lemah lembut mesti akan dilihat sebagai mangsa,kalau bukan juara. Tengok KuchKuch Hota Hai sudahlah.*contoh nak Hindustan jugak. Lepas tahu cerita lama tu,memang aku bara lah. Sekali dengan suami pun terkena tempiasnya.Kesian suami.Padahal niat baik nak jadi Manusia B yang boleh redakan keadaan je.Menyesal pulak dia cerita dekat aku dia kata.HAHAHA. Tapi,dalam rasa membara tuh, menangis jugak lah. Perasaan bercampur-baur antara nak pergi maki Manusia D ataupun nak pergi bercerita sendiri pada Manusia C my side of story.Aish,tak pasal-pasal pulak nanti ada yang berpecah-belah. Lepas tu menangis sorang-sorang mengenangkan nasib diri yang konon macam tak diberi pembelaan sewajarnya lah.Alahai....Suami bukan tak nak pujuk,cuma dia dah faham sangat kalau aku capai Tafsir Al-Quran dan duduk terperuk sorang-sorang,baik jangan kacau. Itu tandanya aku nak masa sendiri untuk sort out things.Nak tahu apa ayat yang Allah gerakkan untuk aku baca?
"Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka,kecuali pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh (orang) bersedekah,atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar" - Surah an-Nisa',ayat 114

Rasa macam dinasihatkan dengan lembut sekali. Tapi bukan setiap masa macam tu.Ada pernah aku rasa  macam diberi amaran keras. Ada masanya macam kena tegur pun ye jugak.Macam-macam. Tapi yang pastinya lepas tu mesti rasa tenang. Alhamdulillah..

Tadi pulang dari makan malam,  aku terima satu SMS.Membaca sekali..Tertampar.Hancur lebur impian. Rasa dikhianati. Hampir-hampir putus asa.Kenapa?Persoalan bersarang di jiwa.Kecewa.Walaupun dah pernah jangka ini bakal terjadi.Memberontak?Tidak sekali. Digagahkan diri untuk istighfar dan ingatkan Allah.. Allah...kenapa aku diuji lagi?Sedang dalam diri hanya mahu mencari redhaMu.. Entah berapa kali aku ulangkan istighfar,mohon dijauhkan dari walau secubit pun rasa ujub,takbur mahupun tidak ikhlas kepadaNya. Usai Isyak,aku mohon Ihdinassiratalmustaqim dan diteguhkan dengan pendirian yang haq. Istighfar lagi...risau kalau-kalau kekecewaan ini sebenarnya terlahir kerana ada kebergantungan atau pengharapan yang tinggi telah aku letakkan pada seorang manusia,bukan Allah. Tafsir aku capai lagi. Mohon pujukan dari Dia Ya Rabbi....Dan secepat itu jugalah dia lintaskan aku untuk membaca ayat 142,Surah AliImran, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Sebab kesedihan hari ini adalah kesedihan tahap super,aku teruskan  membaca lagi tafsir sampai habis satu muka.

"Dan kamu benar-benar mengharapkan mati syahid sebelum kamu menghadapinya,maka sekarang kamu sungguh,telah menglihatnya dan kamu menyaksikannya. Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul,sebelummnya telah berlalu beberapa orang Rasul.Apakah jika dia wafat atau dibunuh,kamu berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik ke belakang,maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa mengekehendaki pahala dunia,niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,dan barangsiapa mengekehendaki pahala akhirat,Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu,dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan betapa banyak Nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa.Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. Dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa, "Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - AliImran 143-148

Sekadar ingatan,ini bukan ritual alaf baru ke ape ye.Bukan juga perkara khurafat ke ape..Cuma mahu berkongsi apa yang aku buat bila aku buntu,stress,kecewa ladidadida...It works on me.Really! Mana aku belajar?? Lepas tengok video bawah ni..




Wednesday, October 05, 2011

Saifulislam, SEMPOI dan Sejarah

02 Oktober 2011
Alhamdulillah...selesai sudah program SEMPOI (Shifting Each Muslim Paradigm tOwards Islam). Dan Subhanallah...yang akhirnya telah membenarkan pertemuan aku dengan penulis blog Saifulislam, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kegembiraan dan kesyukuran aku ni sebenarnya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, yang lagi banyak mungkin air mata. Ya,itu yang pertama terlahir usai program tadi. Tak percaya boleh tanya Encik Bakal Suami

Sukar untuk aku terjemahkan "bonding" yang wujud antara aku dengan penulis blog Saifulislam ini. Aku terserempak dengan blognya sekitar pertengahan 2009. Masa tu semester ketiga baru bermula, dan aku sudah pun mula merancang jadual kembara untuk cuti semester seterusnya. Cuti semester pertama selama 2 minggu telah aku habiskan menjelajah ke utara India bersama-sama 3 jejaka.(Toink!janganlah ada yang ikut perbuatan ini. Dulu akukan berdarah muda.HEHE!)Cuti semester kedua pula aku habiskan seminggu di Jakarta,Bandung dan Jogjakarta sambil menziarah sahabat-sahabat yang belajar di sana. Destinasi pilihan aku untuk semester itu ialah Turki, semata-mata kerana mahu menjejaki HagiaSofia/Ayasofya yang jadi igauan sejak zaman sekolah lagi. Teruslah aku Google-kan Turki. Dan menemukan aku pada tulisan beliau yang ini.

Pada pembacaan pertama,aku sudah jatuh suka. Niat asal nak tahu lebih lanjut tentang Turki pun terbantut kerana leka membaca pautan demi pautan tulisan di laman web itu. Saifulislam menyampaikan Islam dengan cara yang ringkas, santai namun masih terkesan di hati.Malah membuatkan semangat untuk terus-terusan membaiki diri berkobar-kobar. Ada nada tegas dan sindiran kadang-kadang.Tak apa,itu masih perlu dan akupun tak ada masalah dengan itu. Penulisan beliau tersendiri. Dan sangat berbeza dengan kebanyakan laman blog berunsurkan Islam ataupun self-proclaimed Islamic yang bila aku baca aku rasa macam "Kau ni nak doktrinkan aku ke ape?" atau "Mak aih..apa punya istilah penulis ni pakai?Susahnya nak faham". Inilah masalahnya dengan sesetengah puak. Mereka merasakan dakwah yang diwariskan Rasulullah  itu hanya perlu diusahakan pada orang yang dirasakan telah menunjukkan ciri-ciri kesungguhan dan kesedaran  maka dibentuklah jemaah mereka sedangkan dakwah itu sebenarnya seruan,panggilan menarik orang ke arah ajaran Islam.Tarbiyyah pula adalah pengembangan dan peningkatan ke arah kesempurnaan. Meminjam dialog drama Tahajjud Cinta,


"Kehebatan seseorang itu bukanlah dinilai dari kebijaksanaanya menjinakkan burung di sangkar,
tetapi kehehebatannya bersiul menjinakkan burung hutan..jinak,langsung makan di tanah"

Dan aku masih terus hinggap ke blog beliau dan meneliti pandangan dan perkongsian beliau. Blog Dr.MAZA dan blog Saifulislam adalah dua blog rujukan aku. Kedua-dua blog ini pada aku mempunyai satu persamaan yang aku sangat senang, iaitu kedua-dua penulis bukan sekadar memberi penjelasan jelas bersandarkan firmanNya mahupun hadis, tapi sebaliknya ada cerita realiti yang dikongsikan dan yang paling penting, setiap tulisan mereka mengajak aku untuk berfikir dan berfikir lagi. What to do?Aku generasi alaf baru..mana boleh terima semua benda bulat-bulat tanpa ada penjelasan yang jelas. Dr.MAZA aku kenali di kala pengharaman yoga merupakan satu isu hangat sebab selaku orang yang pernah mempraktikan yoga untuk tempoh kira-kira 2 tahun,aku memang tak nampak celah mana salahnya senaman fizikal dan minda tu pada akidah aku. Bla bla bla..dah masuk cerita Dr.MAZA pulak? TOINK!

Sekitar Februari 2010, aku dikerah hadir ke satu perjumpaan oleh Mahfidz,senior tahun akhir aku. Awal dari itu,ada beberapa sahabat batch yang dah menggesa aku hadir tapi aku menolak kerana melihatkan senarai muslimah yang bakal hadir semuanya bukan golongan calang-calang. Malah dah boleh agaklah isu apa yang nak dibincangkan. Macam mana pula ada orang boleh selitkan aku sekali ni? Haruslah tak layak! Tapi mengenangkan kesungguhan Mahfidz telefon aku suruh hadir dan atas dasar hormat pada senior aku gagahkan juga untuk datang. Aku masih tak lupa perasaan janggal aku waktu itu. Rakan-rakan sejantina yang hadir semuanya bersarung kaki, kalau tak berbaju kurung pun, baju labuh sampai ke lutut. Aku?

Satu-satunya baju lengan panjang dan longgar dan labuh cukup-cukup yang aku ada..dulu!

Aku nyaris mahu angkat kaki sebab rasa tak selesa dan tersesar sangat masa perjumpaan tu. Asyik-asyik sorokkan kaki bawah skirt je.TOINK! Tapi lepas Mahfidz edarkan satu proposal aku terus jadi hyperactive,hyperglycemic dan segala hype yang lainnya. Aku yang jadi teruja menjelaskan pada sahabat-sahabat yang lain siapa Hasrizal Abdul Jamil ni. Pelik bila ada yang berkerut dahi. Eh,come on la.Ini penulis blog Saifulislam ok. Takkan lah diorang-diorang ni tak baca blog tuh kot? Musykil aku. Masa tu Mahfidz jelaskan yang usaha nak bawa Saifulislam berceramah ke India ni dah pernah gagal sebelum ni dan dia masih mahu meneruskan usaha Abang Alimin tu. Wah, haruslah aku teruja kan?

PERMISI 2010

1 April 2010, aku dipilih menjadi Setiausaha Agung MSAI-Mangalore Chapter 2010/2011. Usaha untuk membawa Saifulislam yang dirintis jalannya oleh Abang Alimin kemudian diteruskan oleh Mahfidz hinggalah ke Alfian masih gagal. Saban bulan aku bertanyakan perkembangan program yang akan dijalankan ini tapi hasilnya masih...Kecewa. Alasan masih sama...Visa. Kami teruskan penganjuran Jalinan Sahabat Seluruh India (JaSSI) sekitar Oktober 2010. Hinggalah pada Februari tahun ini, ketika aku sibuk dengan urusan penganjuran program MaKSIMa, aku dikhabarkan urusan pengendalian bertukar tangan kepada Islamic Youth Association (IYA)  Manipal. Ada ajakan untuk terlibat serta sebagai jawatankuasa namun aku tolak sepantas dan setegasnya..kerana luka dan trauma di sebalik penganjuran JaSSI 2010 masih berdarah. Ah,itu kisah yang lain. PERMISI pula akhirnya dianjurkan pada Mei lepas di Bangalore dengan Dr.MAZA sebagai penceramah jemputan. Seorang lagi ilmuwan yang sangat aku ingin ketemu, tapi peluang itu terpaksa dilepaskan kerana clash dengan jadual peperiksaan. Kecewa lagi. Tapi, amanah JPA dan ibu bapa masih jadi keutamaan aku. Dan alhamdulillah...serba sedikit ilmu ada diperpanjangkan kepada aku oleh teman kesayangan =)

Usaha IYA Manipal aku iringkan dengan doa yang sungguh-sungguh, cukup-cukuplah kekecewaan yang berlaku. Dan rasanya macam dah lama juga tidak hadir ke program sebagai peserta.TOINK!

Program 3 hari 2 malam itu hanya ada 7 "compressed"slots bersama Ustaz Hasrizal. Saya sedar tulisan saya ini dibaca oleh sahabat-sahabat di India. Saya sekadar mahu memberi pendapat tentang program. (aku kalau dah mula tulis pakai saya ni,baik kau orang baca betul-betul)

1) Sejujurnya, saya merasakan kehadiran Ustaz Hasrizal ke sini tidak digunakan semaksimanya oleh penganjur. Ada slot yang perlu diringkaskan untuk sesi LDK yang pada saya outputnya tidaklah seberapa. Macam tak ada kaitan sangat pun,kot? Malah penglibatan peserta dalam LDK pun bukanlah secara menyeluruh. Bukanlah saya bermaksud nak suruh penganjur dera Ustaz ceramah sepanjang masa tapi saya yakin Ustaz bukanlah orang yang calang-calang ketahanan dirinya and he's not new to this field. Sebagai peserta saya yakin kesemuanya sudah cuba memanfaatkan masa bersama Ustaz sebaiknya, tapi alangkah lebih baiknya kalau masa itu diberi lebih banyak lagi.

2) Kedua, pengurusan tempat program (dewan ceramah,makanan etc) saya istilahkan sebagai tidak menepati piawaian. Saya pernah berurusan terus dengan pihak resort (malah ada staf yang masih kenal saya,ok riak!)   semasa penganjuran JaSSI tahun lepas jadi pada hemat saya, dengan jumlah yuran penyertaan yang dikenakan dan tempoh persediaan untuk penganjuran program SEMPOI ini sepertimana yang dimaklumkan kepada saya, pihak penganjur sepatutnya mampu menganjurkan program ini dengan lebih baik.

3) Ketiga,fasilitator(bukan semua) tak perlulah garang sangat boleh? Ini bukan masalah saya senior atau awak junior. Saya menilai anda sebagai tak profesional bila saya minta anda perjelaskan arahan, anda beri jawapan seraya menselitkan bebelan yang tak selesa didengari. Apatah lagi mengeluarkan arahan dengan nada yang kurang kena lantas membuatkan saya dan rakan saling berpandangan dengan riak wajah terkejut. TOINK! Saya faham tugas anda sebab saya pun pernah buat tugas yang sama. Kalau peserta penat, fasilitator double penatnya. Tapi bukankah anda patut dah sedia maklum akan hal itu sewaktu menyatakan kesediaan menjadi fasilitator?

Sebenarnya,saya asalnya rasa malas nak komenkan apa-apa mengenangkan kata-kata Ustaz yang sangat-sangat menghargai usaha penganjur. Saya katakan pada diri,mungkin saya perlu belajar untuk menghargai dan kurangkan membuat perbandingan. Sebab tu bila Mazni salah seorang AJK datang pada saya selesai saja majlis untuk minta feedback saya sekadar tersenyum penuh makna sahaja. Mazni telah lama bekerja dengan saya dalam MSA Mangalore,maka saya kira Mazni sangat mengenali bagaimana saya bekerja dan tidak akan punya apa-apa masalah untuk dengar sebarang komen atau kritikan. Salah saya ialah saya kurang mengenali kepimpinan IYA Manipal yang terkini. Mungkin ada seorang dua yang saya kenali dari JaSSI 2010. Tapi itu semasa saya memakai topi fasilitator di atas kepala. Oh,itu adalah sisi diri saya yang sangat berbeza! Tapi Mazni masih menunggu...HAHAHHAHA!Maka khas untuk awak Mazni,akak bagi jugalah komen. Dan juga untuk mana-mana pihak yang mahu mengambil komen saya ini sebagai rujukan kalau-kalau ada program yang nak dianjurkan lagi di India ni. Nak tak nak,pusing-pusing kita akan jumpa muka sama juga hadiri program kan?

Saifulislam mengajar aku bagaimana menjadi muslim yang ideal di zaman ini. Terlalu banyak yang aku mahu nyatakan pada sesusuk tubuh yang dah semakin kurus itu. Ustaz,saya terharu. Eh tak,saya hanya nak berterima kasih. Ke saya gembira sangat? Ah,bercampur-baur..mana yang perlu diucap dahulu ni? Sudahnya,aku hanya menghulur buku usrahku untuk beliau tandatangani. Kelu..langsung bukan aku. Cukuplah sekadar ada bukti pertemuan,ada tanda kenang-kenangan. Malah,ada juga gambar bersama. Itupun setelah hampir 10minit aku dengan NadFatin asyik ber-aku tolak kau,kau pula tolak aku".HAHAHA.

Yang lebih penting..ilmu dan perkongsian pengalaman. Itu yang akan aku jadikan rujukan untuk menjadi lebih baik dari semalam,InsyaAllah.


Besar pengaruh Saifulislam ni dalam hidup dan corak pemikiran aku. Satu yang ketara sama bila Ustazz bercerita tentang pengalamannya yang mana bila beliau nak buat ceramah je pasti akan ada program baru yang tiba-tiba diadakan pada waktu yang sama. Ustaz kata, "tindakan menyekat manusia untuk mendengar dari pelbagai cabang ilmu inilah yang bakal jadi sebabnya runtuh satu legasi".. Aku pandang teman di sebelah. Dan kami senyum bersama. Sebab kira-kira seminggu lepas,aku baru saja bersuara padanya "aku nampak 'perkara' yang sedang berlaku sekarang ni di Mangalore telah memecahkan kita dari dalam". 

terkenang Rasulullah bersuara "Ummati...Ummati..Ummati" sebelum baginda wafat. Ya Allah,satukanlah kami di atas Al-Haq.

Sunday, September 11, 2011

Rindu Terhenti

Huruf-huruf jawi yang bersusun semahuNya,
Diiring baris-baris rumi buat mudah faham pembacanya,
Dihimpun lengkap dalam balutan kulit seunggul hitam warnanya,
Mengusir usang dari bermaharajalela.


Tafsir suci itu hari ini aku selak perlahan,
Satu-satu dari muka hadapan,
Hinggalah ku ketemu satu nota berlipatan.
Tak sempat kucapai, laju ke lantai ia jatuh
Dan aku memandang lama..dalam keluh.


Naskhah agung itu hanyalah satu pemberian tak kesampaian,
Buat si dia yang pernah aku anggap lebih dari kawan,
Dan nota itu terisi seribu satu persoalan,
Mohonkan satu kepurusan.


Tiada guna dijelas sejauh mana hubungan,
Kerana yang nyata di mata khalayak akulah yang bertepuk sebelah tangan.


Jenuh aku bersandiwara,
Supaya rasa itu tak dapat ditancap sebarang indera.
Jenuh aku berdrama swasta,
Kononnya bersahabat padahal dah cinta.
Jenuh aku memujuk jiwa,
Untuk terus di sisi walau terusan kecewa.


Aku pernah letih pada kerenahnya yang aneh,
Tak kira segala mana dan bila
Aku pernah kecam desaknya yang macam-macam,
Mahu tahu segala bagaimana dan kenapa
Aku pernah merintih saat dia mengadu sedih,
Tentang segala apa dan sesiapa....
Sendiri menjeruk rasa, terus menyokong dalam terpaksa,
Gusar beradun sabar, mengharap kalau-kalau mungkin ada sinar,
Baik lagi melukut dari menjadi punca ada kebahagiaan yang diragut.


Sepertinya baru semalam kami sama bersengkang,
"Tolong pastikan setiap 10minit mata aku masih terang!",
Itu bakal jadi kali terakhir dia ke medan perang.
Kasihan,setiap ilmu perlu dia kaji ulang,
Dalam pada dia menyiap diri untuk berjuang,
Rukuk dan sujudku berulang-ulang,
Hajatkan supaya hatinya tenang mindanya lapang,
Esok di kelas mataku yang kecundang,
Ah...manusia kalau dah sayang.
Kejayaannya aku yang khabarkan penuh girang,
Walau sekadar dalam talian dan bual yang tak panjang,
Cukup untuk jadi satu momen untuk kukenang.


Tidak, aku bukan kekasih gelap,
Aku cuma menyimpan rasa kasih tak tahu diucap
Tidak, aku bukan kekasih gelap,
Aku cuma menyimpan rasa kasih tak mahu diucap


Hari ini aku dah serik terlampau bermanis,
Hanya tunduk pada setiap aturan dia yang egois,
Cukuplah aku keliru dengan permainan kata-kata,
Di sepanjang lembaran nostalgia penuh dusta.


Aku sudah lama berhenti menanti,
Dan aku ikrarkan hari ini rinduku telah terhenti.


Tadi masa sayup-sayup panggilan azan berkumandang,
Aku bisikkan pada kumpulan helang,
Pergilah jauh ke utara sana kalian terbang.
Sampaikan salamku semoga sejahteranya berpanjang,
Sampaikan harapku semoga dia selamat pulang,
Sampaikan doaku semoga bahagianya di samping yang tersayang.

Oh Faridahanum,apa kau tulis ni?
09 April 2011
Lobo Prabhu Court

Masih ingatkah kalian pada sebuah sajak ku yang dulu?

Friday, August 26, 2011

Indiral Tablet

I guess a person suffers from any heart disease will have two types of pain.

That is the direct pain of the disease itself ; which is something that can be described as per what it is. Chest tightness can sometimes become unbearable. Dyspnoea or difficulty in breathing as what layman will understand, sometimes is too horrible that she will end up breathing through mouth only, one deep breath each time because with chest tightness she experienced, she always feel as if her lungs are not adequately filled. In case she needs a sound sleep (which every human being need!), she needs at least 2 pillows and cushions on top of that so that her head is adequately higher than her body. And always sleep on her right side. Or else, dypsnoea will strike again and she will end up sleeping (if she ever manage to) to the sound of her heart beating. Good point is at least there's one Prophet sunnah that she keeps doing every day- sleeping on right side of the body.TOINK!

And an indirect pain which is indescribable but yet more mind-boggling ; the struggle to take every breath she can because of the fear of not able to do so the next seconds. Thought of sudden death can be extremely painful to mind and heart (baca:jiwa dan raga).  It makes her mind wanders upon all hearts that she might have hurt in the past, and never got chance to say sorry. All her future plans can suddenly become vague. Will she become a doctor? Have daughter? And most importantly, where will she go in the Hereafter? All she keeps thinking is she doesn't have much time left. She can't afford any failure and frustration anymore for every time that happens, she becomes more friable, more vulnerable. She might not have much time left..So why doesn't the Earth conspire and fulfill all her wishes?

But she should look into the bright side of the pain.

Take that direct pain as a warning sign. Instead of being distress, go for de-stress! For the past one month, workload has doubled or maybe quadrupled. Or increase exponentially? You tell. With weekly events to be handled (and 'ragam manusia' that comes with it-last minute cancellation, cancellation without notice, improperly dressed, reti-komen-aje-tapi-tolong-tak-nak people etc), catching up with studies, dealing with family&personal matters, it's all give her headache -----> stress --------> heart ache!  And being a perfectionist is like carrying a double-edge sword. It kills anyone if not you.That one attitude she thinks of getting rid of, sometimes, especially when you need to work hand in hand with other people. One of her bestfriend,Cat says, perfectionist is just a stuck-up.LOL.She should really keep that in mind.

And yups, all things happen to bring her closer to her Creator. It should be that way. And she's trying at her best. And still she hopes that the Earth will plot all happy endings for her. Before she closes her eyes, she wants to gain that Dr. title in front of her name, to be by the side of man she loves and most importantly to taste the sweetness of Iman. Allah, please help her.


As usual, I don't really let people to comment on this. Obviously because I don't think anyone would understand what I've been mumbling above and even more obvious,I don't write for sympathy. I write because it heals me. It really heals me. A lot. More than what Indiral tablet would do.

p/s: Al-Fatihah untuk arwah Nenek yang meninggal tanggal 20 Ramadhan lepas akibat serangan jantung.

Saturday, July 02, 2011

Maaf! Maaf! Maaf!

Teman kesayangan yang namanya berpangkal H selalu sangat kata aku ini mahal. TOINK! Bertambah hari, bertambah kenal bertambah mahal.HAHAHA. Katanya mahal aku itu pada hati yang mudah sangat terbuka dalam memberi kemaafan kepada orang lain. Walllllaweeyhhh! Dia ni kenal aku ke tidak ni? HAHA. Aku banyak kali menyangkal dakwaan macam tu. Sebab pada aku,itu berbaur pujian. Dan bila pujian tu lahir dari mulut teman yang seorang ini memang aku naik rimas cepat sikit. Tak gentleman lah mengayat awek pakai ayat puji-puji nih. Tu skill monyet!LOL.Kalau orang lain,tak apa.Aku suka. HAHAHA.Eleyh,siapa la yang tak suka pada pujian kan?Cuma aku selalu ingatkan diri untuk tak selalu hidup dek pujian,supaya nanti tak adalah mati hanya kerana kejian.

Berbalik pada cerita teman kesayangan....Waceyhhhh..tak pernah-pernah Faridahanum nak membuka cerita buah hati pengarang jantung dia ni kan. Selalu letak Ipod Pink saja setiap minggu walhal hakikatnya,seumur hidup tak pernah memiliki Ipod apatah lagi produk Apple kan? Apa kelas Apple weh? Dah tak 'rare' langsung! (CEYH,PADAHAL TAK MAMPU NAK BELI. BAIK KO SHUT UP FARIDAHANUM!) Hari ini tiba-tiba angin taufan,laut tsunami,hujan lebat,awan nano apa entah la lagi jadi buang tabiat nak menulis pasal  si dia pulak kan? Mungkin sebab bangun tidur pagi tadi tersalah kiblat kot (wrong side of bed,orang putih kata!) Ok,dah habis perenggan pasal teman kesayangan. TEEEEETTT. Maaf sebab dah bazirkan 30 saat korang baca perenggan ni.

Yang aku nak tulis sebenarnya,pasal maaf tadi. Kenapa susahnya untuk segelintir orang memaafkan kesalahan orang lain? Entah,aku tak boleh ulas hal itu..bukan personaliti aku. Jadi tak adillah untuk aku ulaskan. Biar orang yang sebegitu yang jelaskan bagi pihak mereka. Ada siapa-siapa? Di pihak aku yang terbaiknya ialah menulis kenapa aku mudah terbuka hati nak memaafkan orang.

Aku percaya semua orang ada kisah sendiri yang membentuk personaliti masing-masing. Banyak kali dah aku ulang ayat ni kat blog aku pun..Aku pernah...pernah berniat untuk tak memaafkan seseorang. Ini cerita lama ok.Cerita lama sebelum zaman mIRC famous. mIRC tu apa pun kau orang tak tahu? Nampak sangat cerita aku ni memang cerita dah lama gila kan?


Aku pernah berjumpa dengan seorang manusia yang pada masa itu aku rasa bakal jadi manusia yang akan aku benci seumur hidup aku. Dan aku simpan kemaafan yang dia tuntut dari aku untuk hampir 12 tahun lamanya. Pada aku,dia tak layak pun terima kemaafan aku. Dan aku ada hak untuk tak beri kemaafan itu pada dia. Allah pasti boleh terima tindakan aku. Dan dalam tempoh 12 tahun itu,hidup aku bahagia je pun. Lepak je.  Untuk mengelak dari terserempak adalah perkara yang mustahil. Kurang-kurang setahun sekali mesti jumpa punyalah. Dan setiap kali berjumpa tu aku mampu untuk berlagak kuat sekurang-kurangnya di hadapan dia kan. Dan dia pula yang selalu kelihatan serba salah,bukan saja pada aku,malah ahli keluarga aku sendiri. Memang aku buat macam dia tak wujud,tak rasa apa-apa. Malah dia kalau nak panggil aku ataupun orang-orang yang tengah berada di sekita aku,dia akan fikir 10kali gamaknya. Selama itulah aku rasa menang. Selama itulah aku rasa aku bebas. Tanpa perlu membawa dia ke muka pengadilan pun aku dah berjaya buat dia rasa terperosok dalam penjara. Itu yang aku rasa selama 12 tahun itu. Seolah-olah dunia dan Allah bersetuju dengan tindakan itu. Tapi dalam tempoh 12 tahun itu jugalah,bahagia dan gembira aku itu sekadar di pandangan kasar mata sahaja. Mungkin aku mampu berlagak juara di depan dia selama 2 jam. Dan kemudian nanti aku jugalah yang bersedih 2 hari menyalahkan takdir dan nasib diri. Itulah kitaran gembira dan sedih aku.Untuk 12 tahun lamanya.

Dulu,aku memilih untuk tak memaafkan kerana aku tak mahu orang yang bersalah itu rasa dia betul/menang. Seolah-olah kita telah membenarkan dia. Atau dalam bahasa kasar yang perlu aku terima hakikatnya ialah...AKU EGO.

Dulu,aku memilih untuk tak memaafkan kerana aku rasa hidup aku dah cukup bahagia dan gembira tanpa perlu merisaukan apa-apa pun tentang orang yang bersalah dengan aku. Biar dia mati dengan rasa bersalahnya,kan? Walhal hakikatnya, dalam sedar tak sedar kita yang kusut memikirkan sama ada kita akan bertemu dia di mana-mana ke. Bila dah bertemu, kena berpura-pura untuk tak perasankan dia. Lakonan kena hebat.. Barulah dia rasa disisihkan!!! Nanti bila dah habis bertemu,fikir lagi cukup tak aku bagi dia rasa terkilan dan rasa bersalah. HAHAHA.Aku izinkan kau orang gelakkan kebodohan lampau aku yang satu ni. 

IDulu,aku memilih untuk tak memaafkan kerana berasa tiada keperluan untuk itu. Rasa kita berhak. Tapi dalam masa yang sama cuba nak melupakan. Let me tell you my own rule..In order to forget,you must forgive first but if you forgive, doesn't mean you have to forget. Aku memilih untuk memaafkan,tapi tidak melupakan. Kerana apa? Kerana pada setiap ketentuan tuhan itu pasti ada hikmahNya yang tersendiri. Melupakannya seolah-olah menolak hikmah Tuhan,menolak kasih sayang dan ingatanNya terhadap aku. Berhakkah aku?

Salah silap dia pada aku 2 tahun saja. Tapi aku pula yang memilih untuk sedih secara extra 12 tahun.LOL.Yang pastinya,hidup aku lebih bahagia dan indah dan gembira sekarang,Alhamdulillah..Aku pun dah lama tak jumpa dia,maklumlah anak rantau...Eceyh..

Selagi mana seseorang itu mengakui salahnya, menyatakan dia nak berubah, dia akan berusaha untuk berubah, selagi itu aku tak punya masalah untuk memaafkan. Memang lepas dari dia,aku tak pernahlah jumpa orang yang aku nak kira berdosa besar sangat dengan aku pun. Lebih kurang macam "Kalau yang dia pun aku boleh maafkan,yang ini apalah sangat kan?" 

Ya...Lain-lain orang lain-lain cerita. Kisah aku dan kau orang tak akan pernah sama. Sebab itu personaliti kita jadi berbeza-beza.Jadi aku kongsikan kisah aku di sini,kalau boleh ada yang mengambil ikhtibar. Kalaulah dirasakan boleh dan perlu. Terpulanglah...Ambil sebanyak mana masa yang kau mahu,tapi jangan sekali-kali terniat untuk menutup pintu itu. Memang kita bukan nabi,bukan malaikat,bukan tuhan.Sebab kita semua manusia.Memang manusia biasa. Dan setiap manusia bukanlah kebal salah silap dan dosa. Kalaupun tak mahu jadi lebih beriman, jadilah lebih "manusia"..

ini Izwan Ariff kesayangan aku jugak.haha. Hang bising aku tak letak gambar marka kat blog naaa..Sini aku taghuh gambaq hang teghuih..haha

Sunday, June 19, 2011

< 271 > Back to Reality

Assalamualaikum...Aku dah selamat sampai ke Mangalore pagi tadi.Kira-kira pukul 10 pagi. Malaysia telah aku tinggalkan bersama cinta dan air mata semata-mata demi cita-cita dan harapan ibu bapa. Ceh,dah 3 tahun duduk India pun masih nak berdrama air mata segala kan?HAHAHA.

Terima kasih Malaysia yang tak pernah berhenti melatih aku menjadi insan yang lebih tabah dan lebih kuat iltizamnya.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi meluangkan masa untuk berjumpa.


Terima kasih keluarga dan sanak saudara..atas segalanya. Peace yo!

Terima kasih Allah atas anugerah Islam,Iman dan Ihsan - tiga perkara yang menyebabkan aku masih mahu bernafas dalam rentetan episod kekecewaan dan kesedihan......



Selesai saja berkemas-kemas dan berehat-rehat sedikit,jam 5 petang aku dah menapak ke Hospital Wenlock untuk melihat pesakit-pesakit aku.

Mungkin dengan menyibukkan diri dengan urusan pelajaran, aku akan mampu menghalang rasa kecewa dan duka dari berpanjangan.

Malaysia, bila akan kita bertemu lagi? Aku sendiri pun tak pasti....

Kali ini,tiada janji.

Sunday, April 24, 2011

< 263 > Strangers,again.



This might not apply to everyone..

As for I and my previous relationship, I think we jumped from stage 5 to stage 7 straight away. Or maybe, we had that stage 6 for 2 weeks? Can't remember properly.LOL.

And as life goes on, whatever we shared will always remain fragmented memories that I don't keep nor throwing them away. But yeah,we become strangers,again! Acting like we've never met. And I guess we both happy this way. Coz even we can simply say we had got over the past,things aren't just the same. Our paths were aligned only for that short period of time. Eh,2 years isn't that short kot? Whatever!HAHA.

Ironically,I found this posted on Twitter today - Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you've never even met. 

I don't post this to reminisce my old love. Just simply sharing with you guys who are in relationship to work it out and give your shot to the highest possible before thinking of letting it goes down the drain. Seriously,what hurts me the most last time wasn't the decision that he made, but to realize that we didn't try our best and obviously, of what happened between us during the post break-up stage.We barely knew each other and we finally became strangers....

P/S: I got a bigger box than he does!!! and oh,shoe lace!TOINK!

Tuesday, April 19, 2011

< 262 > Sepertiga Malam

Kadang-kadang,ada perkara yang pernah terjadi...cop,rasa macam tak berapa sesuai. Selalunya,ada perkara yang pernah terjadi sepanjang perjalanan kita meniti usia dari kecil hingga dewasa, yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup kita. Katakan ianya satu peristiwa, insiden atau tragedi. Mana-mana sahaja cerita duka yang kau suka. Orang bijak pandai istilahkan ia sebagai trauma. Tak akan pernah luput setiap detik dan derapnya dari ingatan,cuma yang membantu kau untuk melangkah ke depan ialah keazaman untuk hidup terus sekaligus menjadikan kau orang yang lebih cekal. Sampai satu saatnya,trauma itu akan berhenti dari jadi tukang ugut pada diri sendiri. Bila?  Jawabnya ada pada yakin diri dan semangat tinggi.

Dan orang-orang yang hidup dalam trauma, bertahun atau belasan tahun lamanya, tanpa dia sedar, ada masanya, akan punya satu pembawaan atau kepekaan atau tindakbalas yang sebati dalam diri. Terbina di bawah sedar. Terbina atas rasa sukar. Terbina untuk menjadi satu benteng mempertahankan diri selagi wajar.

Ah..tak tahu bagaimana harus diletakkan umpama bidalan. Mungkin boleh diibaratkan macam seorang konsultan perubatan(pengkhususan Diabetes Mellitus) yang cengilnya Ya Rabbi Tuhan,sinikal tahap gaban dan langsung tak disukai oleh rata-rata pelajar sedang dengan pesakit-pesakit,lembut dan mesranya kalah jelitawan. Rupa-rupanya bila dikaji tilik semula,pembawaan diri yang sebegitu rupa adalah kerana tidak mahu pelajar-pelajar leka dan sambil lewa.Kelak nanti menyesal kalau tak mampu selamatkan nyawa. Macam beliau,yang hilang Ayah sendiri kerana sakit kencing manis(Diabetes mellitus). Faridahanum kalau nak bagi contoh tu bagi yang luar dari bidang medic tak boleh ke?

Oh..mungkin boleh diandaikan seperti mangsa-mangsa bencana alam yang berpantang maut sebelum ajal. Tsunami contohnya. Di layangan minda akan kukuh terpahat imej-imej dahsyat yang terus-terusan dimainkan secara visual. Jadi tak mustahil dan seharusnya diterima akal kalau reaksi orang-orang ini kelihatan berlebih-lebihan saat loceng amaran Tsunami dibunyikan untuk kedua kalinya. Mereka yang akan jadi lebih laju larinya dan lebih tangkas siaganya. Atau perlu aku tulis tentang Tragedi Sabra & Shatilla hampir 30 tahun lalu? Yang traumanya dirasai setiap muslimin yang menyayangi saudara seakidahnya atas nama Allah. Yang menjelaskan kenapa sukarnya untuk dunia Islam memaafkan Zionis. Namun kita diuar-uarkan pihak sebelah sana sebagai bertindak balas secara ekstremis ke atas seluruh anak bangsa Ariel Sharon.

Malam tadi aku dikejutkan oleh denting jatuh sebatang pensel kayu dari letak baringnya di atas meja. Nyaring. Tak mampu aku terus lena pada bunyi sebegitu sedang geser langsir pada gelungan rel tatkala diusik angin semilir saja sudah mampu buatkan mimpi indahku menyingkir. Pernah juga aku dijagakan dek lenyapnya bingit pusingan bilah-bilah kipas saat elektrik tiba-tiba keputusan bekalan.[oh,India memang selalu sambut EarthHour.LOL]. Aku pun bingung,sebingung teman yang pernah mampir ke bilik untuk kejutkan aku dalam gelap Subuh dan sudahnya terkejut ternganga kerana saat dia terjegul di muka pintu yang sedia terbuka aku sudah lebih dahulu bersuara bertanya "Tikah ke?" "Siapa?"


Pembawaan diri....tindakbalalas...kepekaan....Kita-kita yang terpilih untuk punya itu. Mungkin dirasa malang pada awalnya tapi di hujungnya kau mengecap tuah kasihNya juga.Aku kira aku perlu bersyukur kerana   masih dijaga olehNya dan dijagakan untukNya supaya mengadu hanya padaNya.Apa sahaja...Hatta trauma yang berbelas tahun lamanya. Nah,sekarang kau masih lagi mahu mempersoalkan takdirNya. Bukankah Dia telah berjanji setiap satu kejadian ada hikmahNya. Dan ..... 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan yang sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)


Sunday, April 10, 2011

< 261 > Kisah Penglipurlara

Ada seorang penglipurlara. Hidupnya penuh cerita,dia rasalah. Jadi dia pilih untuk bercerita. Cerita sahaja apa yang dia suka dan kira boleh dicerita pada khalayak awamnya. Ceritanya tak disampai melalui bicara lisan tapi pada satu persatu abjad yang diletak pada sekian-sekian susunan. Dia pun tak sedar sebenarnya dah terlalu lama juga dia bercerita pada entah siapa-siapa yang membaca. Kadang-kadang dia risau fikirkan kalau-kalau dalam kalangan pembacanya ada yang tidak suka pada ceritanya lantas nanti dia dipulau. Atau dituduh sasau dan segala macam -au -au lagi. AUUUWWWW!!!! Ada masanya dia fikir mahu berhenti dari berkongsi,tapi kemudian nanti kalau dia hidupnya sunyi,hatinya sepi, ke mana mahu dia lari pergi? 


Penglipurlara mulanya dulu bercerita secara sembunyi-sembunyi. Di kamar sendiri yang berkunci. Sekadar melepas lelah dan rindu di hati. Pada kasih yang tak sudi. Pada cinta yang telah pergi.Sekadar untuk handai taulan kesayangan.Yang tidak jemu meminjamkan telinga bila penglipurlara bercerita, meminjamkan bahu bila penglipurlara menangis sehabis mahu. Yang mahu penglipurlara terus melangkah gagah. Yang menghulur semangat kuat.Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih sahabat? Rela saja bila kain baju dibasahkan air mata dan hingus yang mengalir lebat!HAHAHAHA.


Melewati setahun..Penglipurlara makin besar. Penglipurlara mahu keluar. Cinta lama bukan lagi subjek utama. Penglipurlara mahu bercerita pada dunia luar. Tidak tahu sama ada itu bakal jadi satu tindakan bijak atau tindakan budak. Hari ke hari, dalam cerita seloka, ada yang terhibur sama. Dalam titipan rohani, ada yang ikut berkongsi. Dalam keluh letih,ada yang menghampar ucap sabar. Dalam hujah pendapat, ada membalas pedas. Dalam botol ada apa?Hah,yang itu tanya Raja Azmi lah.HAHAHA. Yang pasti, penglipurlara mahu terus di sini,tidak mahu berkalih lagi. Sampai bila?Penglipurlara pun tak pasti.


Semalam,penglipurlara senyum dalam keterharuan saat sembang panjang dengan pembacanya yang lama menghilang.Yang punya jiwa menawan seorang sukarelawan. Yang penglipurlara pernah sangka hilang ketika berpergian di Haiti membantu mangsa gempabumi. Dulunya bujang kini dah beristeri, dulunya gemuk sekarang tambah 5kg!HAHAHA. Dulunya di UK, sekarang dah di Kuwait, entah bila nak balik menetap di Malaysia oiii. Dulu cakap Melayunya tunggang terbalik, sekarang bangga gila sebab dah reti guna perkataan "merisik".TOINK! Katanya,terima kasih pada si isteri-yang sudi tinggalkan kerja mengikut suami,di senggang masa internet dilayari, dan "blogwalking" macam dah jadi hobi. Sudahnya isteri ketemu penglipurlara yang masih bercerita tanpa jemu. Penglipurlara yang sentiasa ingat setiap susuk makhluk yang pernah masuk menjenguk membaca cerita yang disampai penuh khusyuk. Penglipurlara yang hingga ke saat ini  masih canggung dengan canggihnya teknologi,hanya mampu memulangkan kagum dan syukur pada yang selayaknya.

Hari ini,penglipurlara cuma mahu mengucap salam sayangnya pada semua pembaca. Sama ada pada yang dah layak digelar sang setia atau sekadar singgah tanpa jejak dan nama. Mahu semua tahu yang berharganya kalian kalah si berlian.Sebab penglipurlara lagi suka emas putih dan platinum.HAHAHA.Tapi percayalah, setiap satu kalian fi'ilnya berbeza dan istimewa. Baik AJ Nismihan, Larasephia, Naz ataupun Cimot. Raja & Isteri. Hamzah Ian & Cikgu Imanshah apatah lagi! Serta juga rakan-rakan yang penglipurlara pernah bergaul hebat, berpelukan erat dan bergandingan rapat..Semuanya..

"Semoga hidup kalian dilimpahkan berkat,mati kalian dalam rahmat, dunia kalian terhindar maksiat dan akhirat kalian beroleh syafaat.Amin."

Esok,jika cerita penglipurlara tiada lagi, saat nafas terhenti dan jasad dijemput Ilahi, penglipurlara cuma mohon kirimankanlah doa seikhlas hati.Ah,adakah yang sudi? 

TEEEETTTTTTTTTTTTTTTT! Okay,dah..pergi sambung kerja lain. Sayang selalu.

Friday, February 25, 2011

< 249 > Just Like That?

I was watching this one movie Dance Flick on HBO and the actor said this line...
"So you're telling me you woke up from your bed one day and decided to waste your talent,just like that?"
                           

Stunned.And my heart replies,
"You can't be selfish and get everything/everyone you want in your life at a time. Get over with something to let something better comes to you. Hopefully. Allah knows.Have faith in Him"

Right now,I feel like part of my soul being ripped off.Seriously. All I can hold onto is 
"Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya"


Wednesday, January 19, 2011

< 243 > Genius

Dalam kalangan anda yang membaca tulisan ini,siapakah yang pernah terdetik untuk bergelar ataupun digelar genius? Kau?

Aku membesar dengan gelaran itu. Diberi oleh kawan-kawan sekeliling dan makcik pakcik tersayang. Jujur,aku tak berkenan pada gelaran itu. Terutamanya bila genius itu dedifinisikan sebagai mempunyai kebolehan IQ yang tinggi. Gila! Aku bukan Einstein beb!Yang kuiz IQ aku selalu buat dekat Facebook itu pun baru dapat 120.HAHA. Dan yang utama sekali, aku tak pernah dengar sekalipun Mama dan Ayah [yang dah kenal aku selama 21 tahun lebih] cakap aku ini genius. Eh,Anum tak kecil hatipun Mama,Ayah.Sebab Anum memang tahu yang Anum bukan genius pun!Tak percaya?Baca!

Ayah pernah cakap,umur aku 2 tahun aku dah betah duduk membaca surat khabar dalam pelat eja yang tak sudah-sudah. Bukan aku sahaja ya. Rasanya semua adik-beradik aku Ayah dedahkan pada perkara yang sama. Cumanya,yang sangat cenderung untuk jadikan membaca sebagai satu hobi kesukaan hinggalah sekarang, memang tak lain tak bukan si Faridahanum inilah dengan Along dia. Sudahnya dua-dua pun belajar jurusan perubatan.Menghadaplah buku-buku tebal segala setiap hari. Tapilah kan..Aku rasalah kan,mungkin juga aku  sangat suka membaca sebab nama aku diilhamkan dari novel melayu pertama,Hikayat Faridah Anom.Ok,apa kaitan?TEEEETTTT!Jadi poin penting di sini, anda bukanlah seorang genius jika pada usia seawal 2 tahun,di rumah yang tak banyak alat permainan, soft toys apatah lagi plastisin mahal Play-Doh yang boleh dibentuk-bentuk pelbagai rupa itu,anda sudah reti membaca surat khabar memandangkan surat khabarpun kelihatan sangat menghiburkan pada saat itu.

Aku tamatkan zaman tadika selama 2 tahun dengan membawa pulang anugerah pelajar terbaik.TOINK! Anugerah yang sama juga Along pernah bawa pulang. Ariz pun pernah. Athifah pun pernah.Mungkinkah aku dari baka genius? Ayah aku lulusan sekolah orang putih,BUKAN negara orang putih ya.  Dengan kelulusan itu dapatlah kerja kerajaan hinggalah sekarang ini menjawat jawatan Ketua Pembantu Tadbir. Ayah cakap pada aku, dia memanglah ketua,Ketua kerani! Pembantu Tadbir itu sekadar mencantikkan bunyinya agar sedikit gah di pendengaran,eh?Betul,dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Chief Clerk sahaja. Orang pejabat pun panggil ayah CC. Tapi ketua kerani ini jugalah yang tak pernah kompromi dengan aspek pendidikan anak-anaknya.Dapat juga dia cedok ilmu walau sedikit cuma dari anak-anaknya.. Kelakar bila kenangkan cuti yang lepas,kami adik-beradik berganding bahu bertungkus lumus mengajar Ayah subjek Matematik, topik pecahan (fraction). HAHAHAHAHAHA. And I found something interesting about my parents. Ayah is so weak in maths whilst it is Mama's forte! And....Mama punya kepincangan Sejarah Peradaban Dunia selalu jadi bahan lawak aku dan Ayah.HAHA.Kalau kau selalu singgah di sini,mungkin pernah terbacakan betapa aku kagum dan sayangkan lelaki yang seorang ini macam di entri ini dan juga di sini. Poin penting untuk perenggan ini, untuk seseorang itu dikatakan mempunyai baka genius,tengok-tengoklah juga susur galur terdahulu individu tersebut ya.Memang ada individu yang lahir dalam keluarga cerdik pandai dan ada juga individu yang sebaliknya, sejak dia bertatih, telah dilatih untuk tidak pernah letih selagi "yang terbaik" itu belum diperoleh.

Setelah berpindah-randah 3 buah sekolah,aku tamatkan juga 5 tahun sekolah rendah aku dengan anugerah Tokoh Pelajar Keseluruhan atas alasan pencapaian terbaik dalam kurikulum dan kokurikulum.Dan yang paling aku ingat arwah Guru Besar,Cikgu Ishak menutup puji-pujian melambung dia dekat aku dengan ayat "Saya ucap tahniahlah pada ibu bapa yang ada anak macam ini"..Tengok!!!Tanyalah mana-mana gurupun,sebesar manapun guru tersebut, mereka mengaku kalah pada 2 insan perkasa bergelar ibu dan bapa. Yang selalu kita dengar "pendidikan bermula dari rumah" sebenarnya pada pendapat akulah bukanlah merujuk pada pendidikan formal sangat tetapi persiapan jati diri. Di rumahlah sepatutnya keazaman anak-anak untuk berjaya mula diasuh biar terpasak teguh, bakat-bakat sekecil manapun diberi peluang jangan dipencil, sokong padu  setiap waktu, di samping sebagai umat Islam,anak-anak harus diterapkan bahawa konsep usaha-doa-tawakkal adalah senjata paling ampuh.untuk digunakan digunakan di medan ilmu. Ah,sekarang aku dah mula buat esei SPM. Perenggan ini jadi terlebih emosi sebab masa sekolah rendahlah berduyun-duyun orang panggil aku genius.Sebab apa? Sebab aku lulus PTS!!!Persoalannya, genius ke aku bilamana disebabkan aku memang dah berazam sangat nak lompat kelas,dengan bersungguh-sungguhnya siiang malam aku habiskan sampai 8 buah buku Model Soalan PTS [serta menghabiskan duit Ayah juga yang sangat tak berkira when it comes to hal-hal sekolah] serta juga apa sahaja latihtubi yang cikgu bagi?

Masuk sekolah menengah.....lagi 2 minggu nak PMR aku boleh lagi pergi lawan bola jaring. Tak sia-sialah, dapat juga jadi naib johan negeri,ke johan ek?Lupa dah!Masa SPM,ada gap antara papers, boleh lagi pergi buat persembahan orkestra dekat Dewan Sri Pinang.Jadual kokurikulum aku masa sekolah menengah memang padat dari April-Ogos dengan bola jaring,bahas,kuiz,olahraga,forum remaja,kem,pancaragam dan orkestra.Belum dikira aktiviti-aktiviti selingan macam cipta dan deklamasi sajak untuk Hari Guru, Kempen Budi Bahasa, Hari Kemerdekaan.Kena sangat disiplin dan pandai agih masa untuk belajar kalau tak kantoilah Ujian Pertengahan Tahun bulan Jun.Sebab disiplin tentera aku ini jugalah aku punya kawan-kawan zaman sekolah boleh bilang dengan jari saja. Tak ada masa untuk aku berkenal mesra dengan orang-orang lain.Tambah pula bila jadi pengawas sekolah kan,lagilah orang benci.TOINK!Dengan budak-budak band pun kadang-kadang tak sebulu,terutamanya Zaki!Kitorang sekelas dari darjah 5 sampai tingkatan 5 tolonglah!Dia PTS juga,dia selalu tidur dalam kelas sampai keluar air liur tapi dia SPM semua A juga.Ini memang genius!Sebab dia genius,dia bolehlah ponteng kelas. Tapi aku?Setiap kali habis latihan band kalau ada baki masa unuk pergi kelas aku mesti nak pergi tapi Zaki tak nak.Jadi dia tak bagi aku pergi kelas jugaklah kalau tak nanti kantoi dengan cikgulah latihan dah habis,aku dah balik tapi kenapa Zaki tak balik lagi?TOINK! Terpaksalah aku gantikan dengan buat kelas tambahan sendiri. Tutor tak berbayar waktu itu ialah Wafaa (add maths), Dayang (chemistry) dan nasib baik cikgu Fizik muda dan kacak,rajin jugalah aku pergi jumpa beliau untuk tanyakan permasalahan-permasalahan yang ada.HAHA.Biologi tak apa,akulah dewa!!!!!!!!!HAAHAHHAA!

Perit memang perit. Tapi sejak dari usia itulah aku belajar satu lagi benda baharu. TANGGUNGJAWAB UNTUK BERJAYA. Aku bersyukur sebab punya Mama dan Ayah yang tak pernah larang dan yakin penuh pada kemampuan aku. Memang tak pernah ada alasan "Parents saya tak kasi" untuk aku terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang aku suka.Ayah mudah saja,kalau aku yakin aku boleh,dia yakin juga pada aku.Bila aku serba salah,dia yakinkan aku yang aku ini memang anaknya yang was born as a multi-tasker.Lebih dari itu, aku anggap kepercayaan tak berbelah bahagi mereka itu perlu aku balas dengan kejayaan.Aku ada tanggungjawab untuk berjaya.Tak kiralah sesibuk, sesusah, sebanyak manapun halangan,bebanan ataupun tanggungjawab tambahan yang aku harus pikul. Dan Alhamdulillah,sandaran terulung aku yakni Allah s.w.t tak pernah sunyi melimpahkan rahmat nikmatNya dan sentiasa membantu aku untuk membahagiakan mereka.

Sejak aku mula memikul tanggungjawab tersebut(?)lebih sedekad yang lalu,gigih usaha dan tangis duka menjengah bersimpang siur. Aku pernah jatuh mengaduh,menjulang riang sepanjang kembara ilmu ini. Adakalanya, aku sendiri yang menjemput sukar dan menambah beban pada jalanan yang sepatutnya mudah untuk diredah. Ah,memang..aku ini anak yang degil. Suka mencabar diri.Pada aku,itu kualiti unik aku,kalau tidak, sia-sialah nama Faridah yang dipahat ini. 

Dan percayalah,anak degil ini bukanlah seorang genius. Cuma dia seorang yang gigih dalam usaha bila dia kenal hala tuju kemahuannya.Anak gigih ini telah dilatih untuk punya azam yang tinggi. Anak penuh keazaman ini tidak pernah mahu Mama Ayahnya kecewa.Anak Mama Ayah ini cuma tahu yang dia ada kedua-duanya yang sentiasa yakin dengan kemampuan dirinya. Cukup atas keyakinan dan iring doa restu mereka untuk dia terus menggalas tanggungjawab menjunjung cita-cita,mendukung cinta.[Junjung dengan dukung,junjung lagi tinggi kan Ayah?] InsyaAllah,Allah bersama-sama mereka yang menegakkan agamaNya.


Sekali Mama Ayahnya ragu-ragu, seribu kali anak ini pilu, sejuta semangatnya terbang berlalu, dia buntu ke mana nak tuju......



Koleksi gambar-gambar pelik sebagai bukti aku juga normal macam kau orang.HAHA.Anggap saja ini sambungan tulisan Bukan Nak Riak Part 2

Sunday, December 19, 2010

< 238 > Aku Pulang

Nanti aku pulang......
Dengan langkah riang dada lapang wajah girang.Walau mengusung sari-sari banyaknya tak terbilang! Akan aku ceritakan pahit manis hujan panas hitam putih berselang-selang. Selama 507hari kembara ilmu di tempat orang. Siap siagalah sekaliannya, si becok ini tidak kenal malam ataupun siang! Celotehnya panjang, suaranya lantang, sembangnya kencang!

Nanti aku pulang.....
Sama saudara sepupu yang dahulu kulayan bagai abang, lupakanlah rambut panjang ikal mayang disimbah perang mentari terang.Tiada perlu lengan direntang bidang, tubuh bersilang-silang tanda sayang. Eh, si manja yang seorang ini tidak pernah akan hilang. Tapi dalam tawa dan gelak kita yang sentiasa gemilang, sewajibnya ada segaris jurang. Lantas jadikan kita hambaNya yang lebih cemerlang.

Aku pulang nanti,
Tempat pertama akan kuserang pastilah KFC! Kalau tidakpun,aku lepak saja meratah Milo depan TV. Hanya pandang sinis akan kuhadiahkan pada pek-pek maggi. Akan kukempenkan 'Sebulan Tanpa Kari'!Nanti aku senaraikan segala hajat hati. Mama masak di sisi,aku sekadar perhati. Bukan pemalas lah,cuma dah muak dengan air tangan sendiri.

Aku pulang nanti,
Mahu mensuarakan niat yang terbulat dalam hati. Mahu menyampaikan tekad yang dibuat tanpa buta tuli. Tapi masih butuhkan konsultansi dan permisi. Mungkin ada yang bakal memandang sepi. Mungkin ada yang akan tertawa nampak gigi dan gusi. Cuma kamu yang membaca ini, aku pohon doakanlah yang terbaik untuk kami. 

Pulang nanti aku,
Ada rakan-rakan yang kumahu ketemu. Bisnes sari...harapnya maju!Dapat juga modal untuk ke kota Singa dan membeli baju seluar baru. Apapun,kenalah simpan sedikit-sedikit untuk fasa hidup yang baru,manalah tahu.*ehem* Oh,tentang bisnes sari aku,ada tak sesiapa yang mahu?*sempat lagik promo,TOINK!*

Pulang nanti aku,
Dalam titis tangisku saat menatap wajah-wajah penuh rindu. Dalam hangat tanganku digenggam penyokong-penyokong padu. Dalam rona merah pipi yang dicium bertalu-talu. Akan aku rafakkan sujud syukur padaMu. Atas setiap perhitungan Kau yang sempurna,tiada celaru.Tidak perlu diragu-ragu.

Malaysia,aku pulang!

19Disember2010
Chatrapati Shivaji International Airport Mumbai

Saturday, December 04, 2010

Beza yang sama

Mengapa mencari segala persamaan sedangkan pada wujudnya setiap perbezaan telah kita temukan keindahan yang tiada tandingan?
-norfaridahanum

Saturday, November 13, 2010

2 am

Hidung merah.
Takung jiwa tumpah.
Pada sedetik yang indah.

"Ihdinaas siratul-mustaqim"

Monday, November 01, 2010

< 229 >Sang Pelangi Pudar Warna

Sang Pelangi pudar warna...Pernah dulu aku rindu kamu. Pernah dulu aku sayang kamu. Pernah dulu aku cinta kamu.Sang Pelangi pudar warna...Pernah dulu aku kejar kamu. Pernah dulu aku tunggu kamu. Pernah dulu aku bersama kamu.

Sang Pelangi pudar warna...Telah aku relakan sebuah perpisahan. Telah aku redhakan kau cari kebebasan. Telah [dan masih]aku doakan kau ketemu kebahagiaan. Telah sembuh sakitku dipersiakan. Telah aku bangkit dari kekecewaan. Telah aku singkirkan segala kebencian kerana aku masih mahu berjalan ke masa depan berbekalkan tauladan dari picisan kenangan.

Sang Pelangi pudar warna...cukuplah dahulu sekali saja jalan kita bertemu. Aku tak kata kau seteru. Cuma aku lebih selesa kalau tak mendengarkan kamu.

Sang Pelangi pudar warna...hadir kamu tiada lagi membawa seri,tidak pernah kunanti lagi.Aku hanya mahu terus senyum dalam sisa nafas berbaki,ataupun menitiskan air mata untuk insan-insan yang layaknya disayangi..Jadi hari ini, dalam penuh rendah diri dan harap tinggi,aku pohon untuk yang terakhir kali,jangan pernah kembali ke sini...kerana ini kamar yang baru. Kamar bahagia aku,tanpa nyatanya kamu.


Wednesday, October 13, 2010

< 223 > Seribu mimpi

Ayah,sila klik pada gambar keratan akhbar di atas untuk imej yang lebih jelas dan mudah dibaca serta untuk lihat anak comel manja Ayah berbelas tahun yang lalu =)))

Dulu,pada usia empat atau lima,
Masa aku masih mentah dalam menyusun huruf di larian pena,
Masa aku belum lincah melentur tubuh pada gema irama,
Masa aku tidak betah mengadu hanya pada Dia...
Cakar-cakar warnalah yang jadi luah rasa aku.

Tentang rintihku pada kisah sedih
Tentang takutku akan gertak ugut
Tentang keliruku dengan hala tuju 
Tentang harapanku untuk hari depan

Kecil aku dulu adalah anak sebuah tragedi,
Besar aku kini adalah gadis seribu mimpi......

Wednesday, August 25, 2010

< 216 > Tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB

Kadang-kadang sudah tak tertanggung
Tapi nak mengabai rasa canggung
Ke hulu ke hilirlah amanah diusung

Yang tidak kenal tak akan peduli
Yang kurang kenal pula tidak mengerti
Yang betul kenal hanya mampu simpati

Kau boleh kata study itu utama
Tidak perlu nak rasa dilema
Kau boleh kata aku yang susah-susah
Padahal ada saja cara mudah

Hello!!!
Kerja cincai-cincai
Bukan aku punya makan pakai
Main lepas tangan
Bukan aku punya keturunan

Tanggungan yang perit di belikat boleh disusutkan. Terkilan sedalam manapun kerja mesti tetap jalan. Aku pujuk-pujuk diri selalu. Sebab itu aku masih di sini, menanggung. Dan lebih dari itu, aku tak mahu di akhirat nanti, jawaban kepada tanggungjawab yang ditanggung tidak membawa aku kepada syurga milik Yang Agung.

Jujur,bukan mudah untuk berada dalam kasutku. Dan aku tahu aku tak akan mampu ada dalam kasutmu. Yang aku minta cuma sedikit pengertian dan sokongan.

Aku minggir dulu. Ada surat rasmi yang harus di print-out kan.Ada meeting dengan pengurus dewan bankuet dan pihak katering. Ada assignment untuk Patho Lab esok. Ada end-posting Orthopedics minggu depan.Ada senarai nama yang perlu diemelkan. Ada teks ucapan yang perlu dirangka. Ada ayam yang perlu digolekkan untuk buka puasa. Ada tarawikh malam nanti.Ada rindu pada family....

Sempat aku lari sebentar ke Bangalore itu hari. Sehari sebelum pergi ada meeting JaSSI. Hari sampai pulang ada meeting MSA. Mintak nyawa,tolong!

Thursday, July 15, 2010

< 210 > Catatan Saat Hujan

Mama & Ayah selalu pesan,kalau gembira jangan melampau-lampau sangat. Nanti tak lama sedihnya berganda.

Pesan ini terdetak di hati saat aku melangkah keluar dari Maharaja Residency tadi. Sengaja pergi ketemu teman saing menyampai siap cupcakes cubaan pertama seumur hidup aku.Nak nak pula rasanya menjadi. Lantas memang banyak usik hilai tawa yang aku gemilangkan hingga ada yang berkata sudah lama aku tak kelihatan sebegitu riang. Mulalah mereka mengorek pada cerita-cerita hati. Ditepis aku dengan lawak basi, dan mengada-ngada melarikan diri.HAHAHAHAHAHA!

Tapi....kini aku sendiri di rumah yang memayung aku dari basah kuyup hujan, yang melindung aku dari gempita guruh di luar. Dan tiba-tiba sayu...Ah!semula..monolog hati bermain lagi.....

Aku tak pernah benci hujan. Ia nikmat Tuhan. Cuma ada masanya,aku rasakan bagai ada tangis sendu yang berlagu seiringan titik-titik hujan menghunus jalanan.
Namun tangisnya tak dapat kedengaran,kasihan kamu anak kecil.

Aku tak pernah benci guruh. Walaupun dengung boleh buat jantung mahu luruh. Dan aku rasakan bagai ada jerit pekik yang mengaduh tapi tenggelam nyaringnya dek dentuman yang menggegar sungguh.Sudahnya,anak kecil ditinggalkan mengeluh.

Dan dalam hujan guruh malam ini,walau seluruh tubuhku dibungkus kejap,telingaku menangkap rintih anak kecil yang walang mempersoalkan takdirnya yang malang...Dan dalam hujan guruh malam ini,walau mataku dikatup kunci,aku melihat anak kecil itu seperti menyampaikan sesuatu kepada pemilik guruh hujan langit dan bumi. Makin kelam aku dalam pejam,makin kuat baris-baris tulisan itu menari ligat.

YaAllah,padamu aku menulis lagi.Aku masih yakin Kau Sami'an dan Basiran. Dan tidak lagi aku mahu persoalkan kenapa semuanya jadi berulang kali.Aku sudah tidak mahu menangisi malang ini. Jadi di sini aku mohon sekali, kalau nanti Kau takdirkan sengsara aku tiada yang dampingi,takut aku ini tiada yang sudi temani,beban jiwa ini tiada yang mahu fahami,seorang aku ini tiada langsung pandangan suci murni,aku cuma mohon jauhkan aku dari menjadi pembenci. Ajarkanlah redha pada sendiri aku ini..dan Kau pinjamkanlah pada aku ketabahan Ulul-Azmi.Dan akan aku pulangkan padaMu syukur tanpa henti.




Terima kasih anak kecil....aku masih mendengar kamu.Apakah kamu sedang tersenyum melihat aku?

merengkok terperosok di suatu ceruk,
Lobo Prabhu Court
16/07/2010

Tuesday, July 06, 2010

< 208 > Sejarah dalam Darah

Aku bukanlah datang dari keluarga yang latar belakang pendidikan agamanya setinggi ijazah sarjana muda mahupun jauhnya hingga ke Mesir. Tapi alhamdulillah, seawal-awal usia muda@usia sebelum kenal dunia nyata@sudah mumayiz tapi belum baligh@usia belum punya nafsu nafsi pada segenap isi duniawi, aku memang dekat dengan surau.

Mama datang dari keluarga yang "agak" elit, atau mungkin kawasan yang didiami keluarga Mama itu yang elit.Entah! Arwah Tok Wan seorang cikgu lulusan Kirby Teacher Training College,UK mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar [MCKK] sebelum menjawat jawatan Guru Besar pertama SMK Bukit Merchu,KK.Hingga kini,perpustakaan sekolah itu dinamakan Perpustakaan Yusof Razak. Berpuluh tahun di MCKK,banyak tokoh yang dilahirkan. Anwar Ibrahim memang anak murid kesayangan dia. Arwah Tok Wan dan Pak Chak sempat bertemu Allahyarham Tan Sri Yahya malam sebelum pesawat malang Nuri itu terhempas.Siapa lagi...oh,Tan Sri Osu Sukam,kalau tak silap akulah.Senangkan cerita, Mama membesar sebagai Melayu Moden untuk zaman itu.Keluarga yang sangat menitik beratkan ilmu akademik. Arwah Tok Wan wajibkan sekurang-kurangnya ada diploma. Belajarlah makcik pakcik aku, dan juga Mama setinggi dan sejauh yang boleh terbang.

Tapi syukur lagi aku kepada Allah, moden-moden kami tak lari dari Islam sebab Tok Ajah seorang guru agama.Lembut tapi cekal tabahnya ada.Di hari pengekebumian arwah Tok Wan,Tok Ajah seorang saja yang tak aku nampak menitiskan air mata. Sebaliknya,dialah yang menjadi pemujuk setia anak cucunya.Dan aku menganggap tabahnya wanita tua itu terbina sejak zaman Jepun. Sejak rambutnya dipotong pendek,dipakaikan seluar pendek menyerupai lelaki. Sejak dihantar duduk di hutan berbulan-bulan. Sejak keluarga Cina itu memilih untuk keluar dari daerah Trong,Siam.Ini latar belakang yang mencorak Mama,kemudian aku.

Arwah Tok Wan pergi bersama rahsia keturunan kami dari bumi Pakistan. Tapi telah arwah pastikan anak-anak lelakinya mempelajari ilmu persilatan. Saudara-mara yang mampu dijejak ramai yang bermastautin di Singapura.oh,kenal Ferhad? Abaikan..yang pasti,yang masih aku usaha untuk genggam kemas,tak mahu terlepas,ada dua pesan arwah...1.Jangan tinggal sembahyang.Sekalipun jangan! 2.Jangan tinggikan suara pada Mak kamu.Sikitpun jangan! Terima kasih tak terhingga untuk semua ini.

Cerita Ayah pula.

Ayah bukan Tok Bilal, apalagi Tok Imam. Kalau Tok Siak,memang ya. Antara orang terawal yang sampai ke surau,dan yang terakhir meninggalkannya. Dan aku suka terheret sama. Kemas meja, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah usai tarawikh di bulan Ramadhan. Aku rasalah sikap ayah itu mungkin disebabkan surau di kampung di Chemor jauhnya hanya 20 tapak dari rumah arwah Atok.Ayah mungkin dah disemai dari kecil sikap mendekati surau&masjid dan kemudiannya diperpanjangkan kepada anak keturunannya.Kalau tidak kerana ayah Tok Siak,mungkin sampai sekarang aku tak betah untuk bertadarrus di bulan Ramadhan, mungkin aku masih kekok untuk Dhuha, mungkin aku masih janggal untuk berbicara pada makcik pakcik yang lebih tua, mungkin sekarang Ayah tak perlu pening bila Pak Cik Radhi atau Pak Cik Yusni ber"tanya"kan tentang aku HAHAHAHAHA.Terima kasih Ayah.

Sini Anum bagitahu apa yang arwah Atok cakap pasal Ayah. Masa tu,Anum umur dalam 4-9 tahun,Anum selalu duduk kampung tolong Atok angkut getah sekerap, pergi kebun seberang sungai, kukur(?) kelapa, tabur dedak bagi ayam makan.Atok seronok Anum duduk kampung, tapi dia pesan-pesan jugak..perbualan dia lebih kurang macam ini.[Sedikit unsur Drama Melayu tapi isi penting tak berubah ye]

Atok :Atok bukan apa tapi kamu selalu sangat duduk kampung ni
Aku :Atok tak suka ke?
Atok :Bukanlah macam tu..Cuti sekolah ni kena juga mengaji[baca buku]. Belajar kena sampai tinggi-tinggi.
Aku :Senang je lah Atok semua tu. Anum selalu dapat nombor satu je. [Ok,abaikan ayat nih boleh?Masa tu ustaz tak ajar lagi pasal sifat mazmumah=p]
Atok :Habis mak kamu kat rumah tu siapa pulak nolongnye [tolong dia]?
Aku :Biarlah...mama dengan ayah garang...
Atok :Garang deme [mereka] tu sebab sayang.
Aku :Ala..ayah tu bukannya dulu tak pernah jahat-jahat. Ayah dulu macam mana Atok?
Atok :Ayah kamu tu..(senyum.senyum yang sebijik macam Ariz!)Ayah kamu tu lah yang paling senang nak dijaga.Ikut kata selalu. Tak banyak hal..Memang belajar dia tak tinggi.Sampai Tingkat Tiga je,itupun sebab awal dah sakit teruk.. Tapi bila aku suruh dia menoreh,dia menoreh.Aku suruh menyawah[bersawah],dia menyawah.Rajin budaknya tu.Nangkap ikan, nembak tupai,masuk hutan menjerat pun reti.Serba serbi dia tahu.
Aku :errrr....(dalam hati aku kata,satu hari Ayah kena tahu ni)


Jadi,setelah 12 tahun,baru hari ini Anum dapat bagitahu Ayah,walaupun secara bertulis sahaja...Oh,Ayah memang peminat nombor satu blog aku,cuma tak reti nak komen je sebab Mama tak ajar lagi katanya.TOINK!Dan Ayah juga tahu,aku anak yang punya memori paling jitu,tak gitu Ayah?hahahaha.Jadi,dialog di atas mustahillah palsu.

Susur galur sebelah Ayah..panjang lebar kalau mahu diceritakan.Kami asalnya berketurunan Megat..cuma bila sampai kepada nenek kepada ayah aku,Puteri Bee namanya,beliau memilih pasangan yang bukan dari keturunan Megat. Maka hilanglah nama Puteri di pangkal nama aku.Kalau tak,Puteri Norfaridahanum lah...ngeeeeee~ TOINK!Megat yang mana,biarlah rahsia walaupun meminjam kata-kata dari blog Pak Cu Sudin "I have the right to brag!"
esok-esok aku khabarkan. Mungkin masa Tiara Jacquelina nak buat persembahan teater pasal atuk atuk atuk atuk aku ke.Setahu aku,P.Ramlee saja yang pernah memfilemkan kisah atuk atuk atuk atuk aku ni. Apapun,terima kasih juga untuk semua ini.

Yang ulungnya, terima kasih Allah kerana membenarkan aku merasa cebis-cebis mereka ini mengalir laju dalam pembuluh darahku. Tidak banyak,sedikit ada tempiasnya yang meresap ke jiwa dan minda lantas menjadikan aku,seorang aku.



Sudah lama aku tak menulis sepanjang ini. Sedangkan asalnya,fikiran ini lalut saat mendengar khabar tentang Opah Salasiah yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam. Ya,Opah Salasiah yang mengajar aku kenal alif ba ta.Yang sabar melatih lidah aku menyebut perkataan ALLAH.[mula-mula dulu aku sebut-AWWAH..]Yang tidak ragu memukul tanganku [dengan penunjuk lidi atau kalau nasib tak baik,rotan!] saat bacaanku melanggar tajwidnya. Yang kemudian mengasuh aku supaya lancar membaca kata-kata Allah sebelum aku dikerah kepada Ustazah Nafisah untuk melagukan tarannum.Yang mohon aku bemalam di rumahnya saat anak cucunya pergi liburan.Yang bila senyum gigi emasnya satu.Yang bilamana adanya aku kumandangkan

Al-Kahfi dan Yaasin di Malam Jumaat berselang-selang
atau As-Sajdah yang mengisi pagi Jumaatku
atau gemersik Al-Waqiah sebelum lena
atau bisik 3 ayat penutup Al-Hasyar setelah celik
atau "Tabarakallazi" sebagai permulaan hari baru

insyaAllah,ada peruntukan rahmah,barkah dan pahala untuknya.
TERIMA KASIH OPAH SALASIAH.

Al-Fatihah.

Aku rindu pada teman kanak-kanak dahulu.Yang saling berebut nak mengaji dahulu[balik awal boleh pergi padang permainan].Yang sama main rounders,main tuju selipar,bergalah panjang.Along,Angah,Syafiq. Kak Islawati,Kak Eda,Alif,Nabila. Joe,Alfi. Syazana,Syafiqah,Sakinah. Anin,Ina,Shima,Sheila. Wan Faiz,Wan Jihan. Amanda.Ada yang masih di perumahan yang sama.Ada yang ketemu semula di alam maya. Ada yang mengisi dada akhbar dan berita hiburan. Ada yang jadi senior Along di fakulti perubatan. Hidup memang pusingannya berbagai arah.Tapi tetap indah.

Tahniah untuk yang membaca hingga penghabisan.Terima kasih untuk anda juga.