Tuesday, March 30, 2010

< 188 > Pelamin Anganku Musnah



OMG!Except for that square of flowers on the background,this is exactly the same as the sketches I keep on doing whenever [read:everytime] I feel lost in Pharmacology classes. Even the colour combinations-PINK,PURPLE and WHITE.Ahhhhhh!

You can't be serious,honey!I've never been hypnotized that people can simply read my mind this easily.

The wedding was held somewhere in Ipoh. My elementary teacher attended it and posted this snap on Facebook. And within 3 minutes,I've already looked at the photo,screamed at the top of my lung,got it saved in my lappy and write this!!OMG OMG OMG *euphoric*

Mama,you don't open that big blue box I left at home,do you?

Friday, March 26, 2010

Siri 6: Ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w

Siapa yang keluar menuntut ilmu maka dia berjuang fisabilllah sehingga dia kembali - Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi


(a)Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu perkara,di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung kepada kemampuan dan usaha seseorang itu.

(b)Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam.

(c)Seseorang yang berilmu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

(d)Selaku umat Islam,kita hendaklah berusaha menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa,termsasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah.

(e)Salah satu petanda ilmu yang berkat adalah apabila sesorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa dia kepada Allah s.w.t.

Sumber:Himpunan Hadith Harian JAKIM

notakaki 1:Sahabat baik pulang ke Malaysia.Kerinduan yang menggunung. Aku faham. Kerna aku juga rasa yang sama.Tapi pujuk Ayah,ini semua perjuangan dan ianya menuntut pengorbanan.Apa lagi di bahu kamu itu,terpikul amanah.Sekecil dan seremeh manapun,ia tetap amanah.Pikul sebaik mungkin.Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. InsyaAllah,dipermudahkan segala olehNya dan dilorongkan semua ini kepada jalan fisabilillah.

notakaki 2:antara menulis blog dan menuntut ilmu,harus aku utamakan yang kedua itu.Maaf ya.Peperiksaan bakal kunjung tiba dalam masa 2 bulan.Doakan segalanya mudah untuk aku,boleh?Terima Kasih.

notakaki 3:aku ambil kesempatan ini untuk mengkhabarkan pada rakan-rakan Manipal dan Mangalore sendiri[Awak,saya tahu awak baca!] berkenaan program ilmu bersama Dr.MAZA-Cabaran Ummat Akhir Zaman dalam Menghidupkan Syariat Rasulullah pada 17-18 April.Tempat akan diberitahu kelak. Jom kita sama-sama tambah ilmu tentang Islam,insyaAllah dapat menambahkan darjat kita di sisi Allah.

Wassalam.

Sunday, March 21, 2010

< 187 > Kerdil

Pernah tak kau rasa kau berada di tempat yang salah pada waktu yang salah?

Aku pernah. Ah,ini bukan kali yang pertama pun.Tapi tadi buat aku rasa sangat KERDIL.Ah,kalau diteruskan,barangkali akan kedengaran / ke"baca"an sangat emosi.Aku perlukan pendingin hati.Jenaka barangkali.

Sejak balik dari situ,di depan inilah aku berteleku. Mengarang laju tanpa hala tuju, tapi akhirnya aku tak tekan pun butang "publish" itu. Simpan saja.

KERDIL.Mungkin lebih elok aku menulis yang lebih sejuk di pandangan mata. Yang lebih santai di terjemahan minda.

KERDIL.Kalau diikutkan kali pertama aku menggunakan perkataan ini pada sajak yang aku deklamasikan masa zaman tadika.Itu 15 tahun lalu.Yang baitnya masih terakam tegap dalam kotak minda.Entah,mungkin kerana nilai sentimental sangat tinggi kot!

Nah aku kongsikan,mungkin dapat kurangkan kerutan-kerutan di dahi kita semua.Ah,emosi juga di situ.

SUASANA DI TAMAN

Suasana di taman pada waktu pagi,
Sungguh tenang dan nyaman.
Dari jauh kedengaran,
Suara kicauan burung
Yang terbang ke sana ke mari
Mencari makan.

Nun di sana, sang mentari berdiri megah
Memancarkan sinarnya yang gilang-gemilang
Mentari oh mentari,
Cahayamu yang terang menyinari seluruh alam ini.
Tanpamu alam akan menjadi suram.

Mak Usu tersenyum bangga
Melihat pokok bunga yang ditanamnya
Bunga melur, bunga matahari, bunga mawar dan bunga kekwa
Mekar berkembang

Mak Usu berdoa
"Oh tuhanku!Betapa KERDILnya aku di sisi-Mu,
Kau menciptakan burung-burung, matahari, bunga-bunga dan rama-rama,
Untuk menghiasi keindahan alam ini."

Wahai manusia!
Jangan kau cemarkan bumi Allah ini dengan ketamakan dan keangkuhanmu.
Pokok-pokok jangan kau cabut, gunung-gunung jangan kau ratakan,
Atas nama pembangunan.
Peliharalah ia. Kerna ia. Harta generasi kita. Di masa hadapan.



1)tajuk tak ada yang lagi komersial ke faridah,oi?
2)tiba-tiba Mak Usu menjelma.apakah?
3)segala nama bunga nak taruh. Kalau boleh bunga tahi ayam rumah Pak Cik Mail pun nak letak jugaklah kot!
4)sekejap mentari,sekejap matahari.Rasanya,lepas tu nak letak sang suria pulak kot. Janji perbendaharaan kata nampak gah!haha!
5)Mana mai rama-rama tiba-tiba?
6)Ini paling aku pelik. Whatttt larrrrr?Badang ke nak main cabut-cabut pokok?

Apa-apalah. Tapi seronok pula. Masa kecil dulu kita selalu redah saja buat semua benda. Kita tak kisah betul salah. Kalau betul,orang tepuk tangan. Kalau salah,orang mudah saja maafkan[dan lupakan].

Hakikatnya,masa kecil kita menjadi diri kita. Masa remaja,kita mencari diri kita. Masa dewasa,kita jadi diri kita yang kita cari.Hidup yang mudah waktu kecil,hidup yang payah waktu remaja,hidup yang indah waktu dewasa.

Betulkah?Atau keberantakan emosi ini buat aku tampil dengan garisan kerutan,ribuan karutan?

*melepaskan lelah*

Saturday, March 20, 2010

< 186 > Top 3

Orang cakap,ada 3 sakit atas dunia nih yang tahap moksya langit ketujuh punya perit.

Kalau orang putih cakap, unbearable tragical pain la lebih kurang. Entah,aku sendiri yang reka tu sebenarnya. Ala,aku pun putih apa.TEEETTT!

Ah,tak kisah. Yang penting sekarang ni aku nak senaraikan 3 kesakitan tu.


Pertama, sakit sakaratulmaut yakni sakit saat menghampiri ajal.
Kedua, sakit sewaktu bersalin yakni saat melahirkan anak.
Ketiga, sakit gigi yakni sakit yang aku rasa sekarang!!!!!!!




Nak morphine boleh tak?

Friday, March 19, 2010

Siri 5:Cap Jari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,ketemu juga aku dengan masa lapang untuk menulis pada sesi Jurnal Jumaat kali ini. Maaf dahulu aku hulurkan atas ketidakupayaan menyempurnakan hasrat aku sendiri untuk menyalurkan sedikit santapan untuk rohani kalian selama 2 minggu yang lepas. Maaf maaf maaf.

Ok,sudah.Cukuplah mukadimah bercirikan Hari Raya Aidilfitri.hihi!




Hari ini aku nak bercakap tentang "DNA Fingerprinting". Bab ini terkandung dalam silibus Forensic Medicine aku untuk semester yang lepas. Subjek Forensik memanglah sangat kegemaran aku. Atau gaya gediknya nak cakap,me likey!!!ok,x cukup gedik T-T

Aku yakin semua telahpun sedia maklum yang cap jari yang kita miliki adalah satu pengenalan identiti yang sangat unik,istimewa dan Allah ciptakan khas untuk setiap kita. Pasangan kembar seiras pun tidak akan memiliki cap jari yang sama. Apatah lagi pasangan kekasih kan? [ah,tiba-tiba!haha!]

Sistem pengenalan cap jari DNA mula diperkenalkan oleh Dr. Francis Galton pada tahun 1892 yang mana beliau mengklasifikasikan corak-corak yang terbentuk pada hujung jari kita kepada 3 kumpulan utama: arch(gerbang) , loop (lengkungan) , whorls (pusaran). Kajian demi kajian dilakukan yang membawa kepada subklasifikasi yang lebih terperinci. Sila emel kalau berminat untuk tahu.terima kasih.

Sebenarnya,pengenalan diri ini juga boleh didapati pada tapak dan jari-jari kaki kita. Ya,aku tahu anda sudah mula rasa nak membelek kaki sendiri kan?

Jadi sekarang apa kaitan ilmu sains moden ini dengan Islam? Tahukah anda bahawa mumia-mumia yang terkenal di bumi Mesir itu masih kekal cap jarinya? Tak,bukan pasal mumia yang aku nak tekankan di sini walaupun aku tahu ramai dah terbayangkan tentang Firaun.Itu kita simpan dulu. Tunggulah sampai aku ke bumi Mesir nanti[jeng3!] Ok,melalut!

Masih ingat Jurnal Jumaat yang lalu. Apa yang Rasulullah wariskan pada kita? Percaya atau tidak Allah telahpun membicarakan tentang DNA fingerprinting ini secara tersirat di dalam Al-Quran melalui surah Al-Qiyamah ayat 3 & 4

"APAKAH MANUSIA MENGIRA, BAHWA KAMI TIDAK AKAN MENGUMPULKAN KEMBALI TULANG BELULANGNYA?BAHKAN KAMI MAMPU MENYUSUN KEMBALI JARI JEMARINYA DENGAN SEMPURNA"

Ya,anda memang tidak akan jumpa perkataan seperti forensik mahupun dactylography dalam Al-Quran. Samalah seperti bilamana Allah menceritakan tentang kejadian alam melalui surah Al-Anbiya ayat 30,tiada langsung perkataan "Teori Big Bang" sebaliknya, secara santai Allah katakan,

"DAN APAKAH ORANG-ORANG KAFIR TIDAK MENGETAHUI BAHAWA LANGIT DAN BUMI KEDUANYA DAHULU MENYATU, KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA,DAN KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP BERASAL DARI AIR,MAKA MENGAPA MEREKA TIDAK BERIMAN?"




MasyaAllah,bukan?

Sungguh,Al-Quran itu hadiah teragung untuk kita. Kita,yang mahu & tahu berfikir. InsyaAllah.


Sumber :Al-Quranul Karim, V.V.Pillay Textbook of Forensic Medicine, The True Vision Mangalore Monthly Circulation, Google Images.

p/s:doakan aku berumur panjang dan ketemu masa senggang lagi untuk menulis di ruang ini.

Wallahua'lam.

Tuesday, March 16, 2010

< 185 > Pink Rules




Testing testing 1 2 3.

Ehem3.

Ini entry yang langsung tak bermanafaat, aku ciptakan khas untuk Dr.Dzulhelmi yang nak sangat tengok bagaimana rupa kekasih baru aku.hahaha!







Maaf kalau ada yang rasa aku nak riak segala bagai.Tak ada maknanya. Inilah antara cara komunikasi visual yang ada untuk aku dan keluarga.

Huwaaaa!Minggu ni agak sibuk.Baguslah,dapat juga aku lari dari perasaan kerinduan kepada rumah yang tengah menggila menebak dada dengan rakus sekali.TEEETTT!

Saya dah kembali pembaca sekalian.Apa kalian masih menanti? cis,suka saja buat ayat perasan popular.huhuhu! xoxo!

Saturday, March 13, 2010

< 184 > Ya Habibi!

Even ko cakap cara aku wish macam tempe kan, aku still nak cakap

"HAPPY BIRTHDAY HABIB HASAN @ ABD"

Nah,gambar sambutan hari lahir ABD tahun lepas=)




Tahun ini mana mahu "open table" huh?

Semoga terus ceria ya Habib. Adoi,apsal ayat aku macam skema entah.Jangan sedih-sedih. Baru 24 tahun. Umur kritikal ialah 25 tahun.kan?kan?kan? Apapun,aku doa ko terus sukses dan terus-terusan jadi hero pasukan bola sepak KMC. Haiyarkkk!


Saat ini,ABD sedang menikmati masa indah di Malaysia.Oi,cepat balik sinilah!!!Ponteng kelas lama sangat ni. Mana aci. Abang kau yang kahwin ke,kau yang kahwin ni?TEEETTTT!

p/s: VAIO is on the way..jeng jeng jeng.Tak sempat kau orang nak rindu aku kan? Aiseyh!

Wednesday, March 10, 2010

< 183 > Alpine dalam AirAsia

Sewaktu entri ini dipos, Mr.Alpine telahpun berada dalam perut kapal terbang AirAsia yang berlepas dari Cochin menuju ke LCCT. HUWAAAAAAAAAAAAA!

Kenapa keputusan sedrastik ini diambil? Entah,tiba-tiba saya rasa saya perlu berenggang sementara waktu dengan Mr.Alpine itu. Saya perlu fokus kepada pembelajaran.Peperiksaan bakal menjelang,yakni bulan Mei nanti. Persiapan harus dilakukan dari awal lagi supaya kelak saya tidak perlulah menelan RedBull sebanyak 2 tin dalam masa satu malam semata-mata untuk kekal berjaga. Natijahnya, saya muntah 30minit sebelum exam O&G hari itu.

*tahukah anda setin RedBull menyamai satu cawan kafein?*

Kau percaya ke alasan tadi? Toink!Toink!Toink! TAK ADA MAKNANYA.

Aku jamin sekarang ini mesti aku tengah rindu gila dengan Si Alpine. Tak ada lagilah suara Mandy Moore menyanyikan lagu Only Hope berulang kali untuk melenakan aku setiap malam. Terpaksalah aku jadi Mandy Moore. TEEEETTTT!

Hakikatnya, saya sangat perlukan Si Alpine sekarang!Berlonggok PowerPoint slides harus disiapkan untuk projek Community Medicine.Tapi entah....

Hakikatnya, saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa dapat menjenguk ke sini sekali sehari.

Hakikatnya, saya sayangkan Si Alpine macam saya sayangkan bekas kekasih saya. Argggghhhh!!Kalaulah dikenangkan bagaimana susahnya dan payahnya nak mendapatkan Alpine dulu...aish,memang dahsyatlah. Tapi,bak kata iklan McD "sudah tiba masanya kita berpisah"

Terima Kasih Alpine. Jasamu selama 20bulan kepada aku pasti aku kenang tahu! Nanti aku balik cuti bulan Disember kita jumpa. MUAH MUAH MUAH!

Terima Kasih ABD sebab sanggup menebalkan muka usung beg laptop berwarna merah jambu balik Malaysia. Sayang ko! Eyh? HAHAHAHA!sila pengsan! =p

Terima Kasih Mama =) Selamat menjalankan tugas sebagai General Manager ! Tolong jaga Alpine baik-baik ye.


OK,nak sambung survey VAIO.Lenovo.Dell.VAIO.MacBook.VAIO.VAIO. WINK! TEEETTT!!!


SILA RINDU SAYA BOLEH TAK?????

Monday, March 08, 2010

< 182 > Yakuza

STREETPLAY 2010

Date : March 8th 2010
Time : 6pm-7pm
Venue : KMC Main Campus, Lighthouse Hill Road, Mangalore.



STREETPLAY 2010


We secured 2nd place! Go Yakuza!!!!
I wanted to upload the video of the play here, and I've tried twice and ....FAILED!

I should have put more photos. I know. I will. Later. Since the photos are with my friends.And I'm busy. And lazy.

But Apis, you've really got to see the vid ok?Ingat kau seorang je boleh berlakon teater? HAHAHAHA!

Sunday, March 07, 2010

Contest 1 : Baju Kurung Menawan


*updated : yeay!aku dah berjaya letak banner nih. mula-mula dah buntu sangat,aku siap tangkap gambar banner ni ok, sebab blog cik honeybee fungsi "right click" telah dinyahfungsikan. Tiba-tiba ada mentol menyala terang,aku pun cuba "right click kat blog Eny. Dapat! Thanks Eny!

*************************************

Cis,sebenarnya aku banyak kerja. Tapi nak juga melepaskan segala kesesakan di dada ni. 
Sekali jalan-jalan pergi blog junior aku yang sangat terkenal, Eny, terjumpa pula pasal contest ni. 
Kelakar gila ok. Sebab aku tak pernah pula berkeinginan meluap-luap nak masuk segala barang contest ni.
Tapi sebab contest ni macam ringkas saja aku pun redah je.
Aku main tempek gambar dari facebook je.

BAJU KURUNG MENAWAN



Cik Honeybee, saya tahu pasal contest ni dari blog Eny. Aish,kan dah cakap tadi. Suka je main cakap ulang-ulang ni. Jujurnya kan Cik Honeybee, saya nak masuk contest ni sebab saya sendiri tak tahu apa nak tulis kat blog. Saya sangat sibuk sekarang dan blog saya dah terabai untuk jangkamasa seminggu [Cis,kenapa ayat macam Jejak Kasih ni?] Tak adalah,macam saya cakap tadi, sebab contest ni ringkas =)
Ini kali pertama saya sertai contest anjuran blogger ni [jadi sila pastikan saya menang,kalau tak saya tak akan sertai apa-apa contest dah lepas ni. Berjaya tak ugutan ni?] Oh,lupa, saya mula rajin pakai baju kurung semenjak menjejakkan tapak kaki ke bumi India ni. Sebabnya? Jeng Jeng Jeng.
Di suatu pagi yang tenang,sedang saya menuju ke pintu utama sebuah hospital, saya disapa dengan panggilan " Malaysian Doctor"...Berbunga-bunga sungguh hati. Sungguh tak terbayang ok kegembiraan itu sebab saya dilihat sebagai seorang Malaysia. Seronok! Tak adalah kalau saya pakai baju kurung pahang orang panggil saya orang Pahang. Kalau pakai baju kurung Teluk Belanga orang ingat saya semangat Johor pula. Kalau pakai kurung Kedah,mungkin orang akan mula cakap "Amboi lawa,hang nak pi mana tuh?" kepada saya. Tak gitu? Sejak hari tu, saya memilih untuk memakai baju kurung sebab saya sangat suka di"adress" sebagai seorang Malaysia, bukannya sebagai Orang Utara India, Melayu celup Pakistan,Singapura dan sebagainya.

Ini adalah salah satu baju kurung kegemaran saya sebab warna dia ada banyak merah jambu! Oh,pink memang warna kegemaran saya walaupun ianya nampak sedikit bimbo dan err....kebudak-budakan?Entah,pada saya individu berkeyakinan tinggi saja yang akan memakai warna ini.Ececece!Baju kebaya memang dah lama saya tak pakai, sebab err...bahaya!AHHAHAHA!  Baju kurung ini menggunakan material sari India dan warna dia memang sangat meriah lagi comel ala-ala solekan opera Cina oh! [Sebenarnya,macam aiskrim paddlepop.haha!]                                                      


Menawan ke masalahnya?TEEEEEEEEEEET!
Ah,itu tak penting. Sekarang ni,korang dapat tak mesej muhibah aku untuk hari ni? Toink!

p/s:Actually,ruang kosong kat atas tu untuk letak banner, tapi sebab aku Gaptek[Gagap Teknologi] sangat, tak terletak lah banner tu kat situ. Kesimpulannya, di"reject" serta-merta penyertaan aku. Dah la tarikh tutup lagi 12jam. HELP!!

Wednesday, March 03, 2010

< 181 > Signal

This is going to be a very random post. 

Why random? 

Because 2 minutes ago, my brain all have dried up thinking on what to write here.  I stared blankly at the screen with a glimpse of hope that suddenly a bulb will light in between those sulci and gyri. As you know, nothing happened. Prayers went unanswered. [Drama Queen!]

I looked down to my right. There was a novel that I was forcefully asked to read -The Alchemist by Paulo Coelho. Then I told myself, here’s the challenge, why don’t I just simply pick any word from the book and see how much I can elaborate on. [read:merepek merapu selagi mahu]
So, here we go.

*sound of book flipped open*

The man gave a signal, and everyone stood. The meeting was over –page 113

What is a signal? Should it be a physical object that conveys information? How about the 102 years old S.O.S? Well,this is what I can think of now. Save Our Soul-an internationally accepted distress signal. [Shit,this reminds me of pulmonary distress syndrome] I bet most of us are now imagining of smoke or errr... Robinson Crusoe? LOL!

“Robinson Crusoe is a very determined person despite facing a lot of difficulties” - I used to memorize this sentence for my PMR. I memorize it until now, apparently.TOINK!]

Sometimes, smoke is physically visible. That happen during open-burning, which “tempe” do it whole-heartedly [they love doing everything I hate, vice versa anwyay] and when a self-proclaimed macho,manly guy have a puff [and a step towards lung cancer as well] by the street.


Anyway,an informative attempt for today, S.O.S was derived from Morse Code. In this language of telegraphy, ‘S’ is indicated by a series of three dashes while ‘O’ is indicated by triple dots.  Short, and can be easily transmitted with minimum expertise through radio communications. Initially this is how SOS was done. The ill-fated Titanic sent this signal when it first hit the iceberg in 1912, but it was unfortunately taken as a prank. Too bad. They must be traumatised from previous panggilan hangit I guess..sigh,moral of the story, 1)SOS dan asap@tulisan atas pasir@mini roket ,apa kaitan? 2)jangan cuba-cuba buat prank call ke balai bomba. Apekah?

*clearing throat*

But if I have to describe signal in one word, I would say

Intuition.

The voice within you. Is a signal as well. Especially when you strengthen it with istikharah. Guidance from Allah will come swiftly to you.

*momentary silence*



Goosebumps tak? Goosebumps tak? TOINK!

 [Cis,asal istikharah je kau dah fikir kahwin ek Senah?Banyak lagi urusan dunia nih perlukan istikharah kau tahu]



Wait, to make this more random. How about I write on traffic signal? I got my “P” class driving licence a month before flying [without wings] to India. And it has been kept carefully inside Ayah’s wallet since then. There’s no use of bringing it here anyway. This coming July he’ll get it upgrades [?] to “C” class. Competent? Now I can’t stop laughing. And now you’re asking what is the relation between traffic signal and driving licence? Naaahh, even I also don’t know. I believe they have tight bond to each other. Blerghh!!!!
I told you, this is random. I really want to write. But I guess I have to stop now. I’m laughing like p** already. Me? Being a competent driver on road? God, please save the world. Don’t you know when I was young [and innocent],18 to be accurate,  I interpreted this signboard.....


















.....as “Recyling Center Ahead”.  Enough to be laughed off by my entire family that whole week. TOINK!

I’m so into recycling you know? Well, just take that as a word from a person who just told you how much she hates open-burning. Sounds like a perfect combo. Or maybe a wise excuse from a bimbo. HAHAHA! But hey, they do look alike. Don’t they? 























Random sungguh ni,ambik ko!

So in one word, what does a signal means to you?

Monday, March 01, 2010

< 180 > Mac Jadi Saksi

THE MOST BEAUTIFUL DISCOVERY THAT TRUE FRIENDS CAN MAKE IS THAT THEY CAN GROW SEPARATELY WITHOUT GROWING APART





















Bahawa sesungguhnya, mereka ini lebih layak untuk aku beri token setiakawan. Dan lebih wajar dihargai kehadiran, apatah lagi setiap bait kata nasihat dan semangat.

Aku sayang korang lah!
I love you all babes!

And to Cat, Ashmeir, Tahir, Izyan,TSBand0105 sayang kalian juga. Cuma maaflah,tiada gambar bersama yang dapat dipaparkan di sini.

Entah,aku jarang kan menulis sebegini? Mungkin kerana aku jarang mahu mengakui ada insan-insan istimewa yang menduduki ruang-ruang kecil dalam hati ini. Mungkin sebab aku rasa janggal untuk mengakui yang hidup aku pun ada insan-insan bergelar sahabat. Mungkin juga kerana pada aku action speaks louder than words.


Aku boleh tulis seratus entri untuk gambarkan betapa pentingnya kau/awak/You [pilih ikut kesesuaian] dalam hidup aku/saya/I, tapi at the end of the day, yang penting hanyalah tindakan aku/saya/I, apa yang aku/saya/I [macam poyo pula tulis macam nih]buat. Adakah telah aku pastikan kalian/awak/you all/korang tersenyum selalu. Kalau kau/awak/You menangis pun, adakah disebabkan oleh aku/saya/I??? WALLLLLLAWEYHHHH!

Friendship to me,is beyond words could tell. But showing its warmth gives me tranquility at heart, betraying it will leave me feel guilty for my entire life.

Terima Kasih sebab membuatkan aku rasa uncompletely complete serta terima saja bila aku perfectly imperfect. Serta atas kesempatan membenarkan palitan senyum di bibir ini.

Sungguh,selepas Allah dan Family,kalian nombor 3, sememangnya sejak dulu pun begitu bukan?[tapi nanti aku kahwin,korang jatuh nombor 4 sebab sang suami terus loncat naik nombor 2 =p] HAHAHAHAH!

Inilah entri berciri-ciri personal yang berlaku apabila dapat cuti free sebab menang emas badminton semalam rakyat India sambut HolyDay. Asalnya nak ikut serta main baling-baling warna,tapi badan masih sengal-sengal keletihan bangun lambat. TEEETTT!