Showing posts with label TraveLog. Show all posts
Showing posts with label TraveLog. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Separa Purnama Di Atas Awan

Entah bagaimana, entah di mana harus aku mula..Merakam kata untuk kamu sang arjuna yang sedang lena...
Kepenatan sekali gayanya..Kenapa? Itu janganlah ditanya. HAHAHA. 

Sayang....aku coret bait kata ini di atas awan. Satu rakaman penghargaan, satu tulisan kenangan, satu akuan kesetiaan.

Saat kamu lena ini....aku duduk sendiri mengenang separa purnama yang aku lalui. Siang malam berganti dengan kamu di sisi. Indah? Ah,kalaulah aku punya adjektif yang lebih gah lagi. Bagaikan mimpi?Tapi ini realiti. Bagaikan syurga? Moga-moga ikatan ini bawa kita ke sana.Amin


Ingat lagikah kamu saat Ayah genggam erat tangan kamu, sebelum ucapan penyerahan terlancar dari bibirnya beserta goncangan tangan yang mungkin ibarat gempa ditancap kamu? Ingat lagi saat kau tertegun seketika sebelum menyambut akad dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sebagai pemula? TOINK!tak pasal-pasal kena dua kali daaaa!


Sah ? Sah! Sah! Alhamdulillah...

Dan aku mencuri lihat engkau senyum seraya menghela nafas lega. Senyuman yang tidak dibuat-buat. Sebab kalau kau control,mesti tak kantoi gigi sebelah kanan yang senget ke dalam sikit tu! HAHAHA! Sayang, tahu tidak saat itu dada aku yang mahu pecah tiba-tiba jadi sejuk dan kaku? Dan saat kau duduk tepat menghadap aku untuk lafaz taklik, seluruh tubuh aku berasa pelik? Lafaz kamu tadi seperti menukar seluruh aku menjadi baru...


Dan akhirnya, momen sayu itu muncul. Satu persatu air mata meluncur. Cis, benarlah telahan kawan-kawan di Twitter dan merata-merata. Faridahanum cengeng, ratu air mata! HAHAHA. Ada aku kisah? Jujurnya sayang, dalam secebis masa itulah aku terkenang akan jalan ranjau dan lembah kemarau yang telah sama-sama kita redah untuk sampai ke hari nikah. Detik-detik lalu saat kita rasa penyokong kita hanyalah Allah.

Sayang...agak-agak kamu adakah antara mereka yang hadir tidak tertawa saat lihat gelagat kita bertukar cincin di pelaminan? Oh,mungkin ada seorang..Abah!Itu special case lah sebab memang dah fesyen muka tegas setiap masa. 

Masa itu jugalah tubuh aku nak kehabisan dopamine, terketar-ketar huluran tangan aku menunggu sarungan cincin. Yang kau pulak tiba-tiba ada rush of adrenaline entah dari mana .Tak sempat aku nak salam,apa lagi nak cium tangan, kau dah sauk kepala nak cium dahi tak sempat-sempat? HAHAHAHA!  Maaf kerana aku larikan kepala serta merta. Itu refleks bawah sedar. Siapa suruh kau tak sabar? Mujur aku ingat status aku ketika itu ialah seorang "Puan"- milik kamu yang hakiki. Kalau tak,awal lagi aku dah angkat kaki.




Sayang...maaflah kerana kita tiada destinasi bulan madu. Kita punya saudara mara hilir, hulu, sini dan *denu. Kalau tak lawat sekarang,setahunlah mereka menunggu. Lagipun, sebelum nampak bulan kita dah masuk beradu. Malam-malam bersama kamu, manisnya kalah madu. Okay,kita berhenti saja di pintu situ.HAHAHA.

Sayang...terima kasih dari aku. Seikhlas hati untuk kamu. Atas sudi kamu membalas cintaku. Atas redha kamu memilih aku. Atas sabar kamu melayan aku. Atas cermat kamu dalam memandu(eh,tak perli tau!.HAHA)



Apapun sayang...  aku akan tetap sayang kamu. Sebab kamu sanggup lari pecut dengan aku dari Gate 8 terminal ke pintu 63 bila gate closed tadi. Itu salah aku,bajet VIP ke diorang nak tunggu? Gilalah! Haru weh,haru! Jadi aku biar saja kau menumpang lena di bahu. Tapi janganlah sampai tinggalkan cenderamata air liur basi macam dalam bas Besut - Ipoh hari tu. Ewwww! HAHAHA. Jangan marah ye sayang, nanti sampai India I masakkan kegemaran terbaru U,kueytiow kungfu! 

Aku harus noktahkan penulisan. Walau masih berbaki 3 jam penerbangan. Dan di India sana sedang menanti fasa baru kehidupan. Engkau bakal kembali kepada pekerjaan. Dan aku mula sarung semula topi siswi perubatan. Aku pun dah mula bosan. Kalau kau bangun sekarang,boleh juga kita sembang-sembang.TOINK!

Cukup untuk kau tahu ini sayang...Separa purnama aku hingga ke saat ini....Kalaulah dapat aku beri sehampir gambaran..Macam inilah kot perasaan....Rasa macam bila kau dalam kapal terbang ni...MACAM DI ATAS AWAN.

14 Januari 2012
AK 1203 (KL ---> Cochin)

* denu = sana (kecek Klate sket)

Photos by NadiaJamil & Qidran 


Tuesday, July 26, 2011

Secara Spontan

Hai! Berkhidmat untuk negara memang meletihkan, tapi anda pasti akan berasa puas dengannya.

Semalam, sejumlah 62 pelajar baru telah menjejakkan kaki ke Mangalore. Dan pelajar-pelajar ini kemudian berpecah kepada 6 buah koleh perubatan dan pergigian, termasuklah satu di Manipal. Hari aku semalam bermula seawal pukul 5 pagi rasanya. Selepas Subuh aku buat semakan terakhir pada buku panduan (survival guide) yang merupakan cenderahati terawal dan tanda kasih sayang kami kepada adik-adik 2011. Ok,muntah darah sekarang.

Selesai pendaftaran asrama sekitar tengah hari aku bergegas pulang untuk mendapatkan my beautiful nap! YEHAAA! Itu amalan turun-temurun untuk lebih fokus di dalam kelas petang. Kelas petang dari pukul 2-5. Elok habis kelas sahaja,solat Asar dan terus maju untuk jumpa adik-adik semula. Kali ini untuk urusan pembelian simcard dan barangan keperluan asas. Yang ini memang aku tak sampai hati nak tinggalkan diorang buat sendiri. Sebab,tempe sini memang gila. Semalam buat perangai gila lagi. Selama ni minta salinan pasport dan visa saja kalau nak beli simcard.Tiba-tiba semalam nak IC semua kejadahnya? Tempe oh Tempe.

Dan selepas ini, menjelang Ramadhan hingga ke Raya memang banyak aktiviti dah kami rancangkan, apatah lagi memegang mandat selaku MSA (Malaysian Students' Association) paling aktif dan disegani di India ni. LOL.Bukan aku cakap,ini Encik Khairudin,Konsul JPA di Chennai yang bagitahu dalam ucapan dia. HEHE.

Jadi,untuk sesetengah orang yang dah masak sangat dengan kerenah aku yang suka melarikan diri sebentar sebelum pulang menggalas tanggungjawab, haruslah kalian sedar yang saya mahu pergi bercuti sekejap. Ramadhan tahun lepas, aku ke Bangalore sekejap. Awal tahun ini, semasa persiapan rancak untuk program MaKSIMA pun aku lari ke Kerala sekejap. Kali ini ke mana? Esok kalian akan tahu. Tapi itupun kalau kau orang memang sama teruja macam aku sekarang nih lah. Aku pergi sekejap sahaja. Untuk recharge energi dan konsentrasi. Sehingga bertemu lagi!









Monday, June 27, 2011

Annaaaa,Yennu Tondre?

Assalamualaikum.....lama tak menulis disebabkan serangan batuk dan sakit tekak sebaik sahaja pulang dari tanah air minggu lalu. Dah hampir seminggu pun,dan Alhamdulillah keadaan aku sekarang beransur pulih. Sempat jugalah bersuara rock seksi macam Ella untuk 2-3 hari. Yang pastinya,kali ini aku nekad tak makan sebarang antibiotik. Cuma telan panadol sebelum tidur sebab bila malam badan rasa terlebih panas sikit. Di samping itu juga ambil cough syrup sebelum pergi kelas sebab tak mahu mengganggu tumpuan orang lain masa belajar. No more self-prescribed antibiotics orally!! Habis kuat pun kena rajinkan diri berkumur-kumur dengan air garam ataupun antibiotic contained-solution. Saja nak suruh tubuh badan jadi kuat sikit. 

Bukan apa..cuma agak terkesan dengan kata-kata seorang doktor ni. Dr.Mohd Ismail...Ketua Unit E Perubatan Am. A very brilliant one. Hari tu dia tanya,apa keperluannya kita bagi antibiotik kepada pesakit secara membabi buta.,sedangkan antibiotik tu pun terhasil pada tahun 1945 melalui penemuan terulung ubatan "penicillin" oleh Sir Alexander Fleming.Habis kuatpun sebelum antibiotik,adalah beberapa jenis ubatan antimicrobial yang digunakan beberapa dekad sebelumnya. Apa perbezaaan antibiotcs dan antimicrobial?Itu aku tinggalkan persoalan untuk pelajar-pelajar perubatan untuk dicari jawapannya.Penting tu! 


"From the time of Prophet Adam,what these microbes and human have been doing? Fighting and fighting and fighting. Human body is such a beautiful creation. If you give some time, except for some conditions you certainly known of,all infections will definitely cease on its own.Yet what are we doing? We directly give antibiotics,for that greed of money.Immediate cure and relief. Broad-spectrum antibiotics, extra-spectrum,now so many antibiotics have come into the market.Like carpet bombing,you know,it's killing all the pathogens at one shot but later on new infections,recurrent infection will come. This same thing happen in Iraq and Afghanistan. You keep bombing the place,new group(of terrorist if that what you call) will stand against you."

Aku cuma rasa a.k.a buat diagnosis sendiri yang sakit tekak ini cuma keadaan biasa bila berubah cuaca. dan tempat. Tambah-tambah masa pulang ke India hari tu pun, otak tak berapa nak berada di jalan yang lurus, stress memanjang...sampai sekarang pun stress. Tekanan jiwa dan mental ni memang tak elok dan boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh. Bila datang kuman kecil-kecil pun senang nak sakit. TOINK! Macam kelakar dan tak logik? Tapi itu memang fakta=) Jadi yang termampu aku lakukan selain daripada banyak minum air masak,makan buah-buahan...cari kawan untuk mengadu? HAHAHAHAHAHA. Memang tak lahhhh!Sebab aku letih sangat nak mengadu dekat siapa-siapa pun. Bila ada yang tanya pun,aku cakap aku letih nak bercakap dah pasal apa-apa pun. Kawan-kawan ni kadang-kadang keterujaan mereka memang mengalahkan kita. Tapi Alhamdulillah juga...bila kita bersedih,mereka juga yang jadi orang yang sangat memahami. Terutamanya teman-teman usrah. (cis,nangis lagi.berapa ratus kali nak nangis bila balik India ni daaa?stress stress stress) Dan semestinya, hanya dengan mengingati Allah,jiwa akan tenang.

Lebih dari itu...tak ada apa nak diceritakan. Kembali kepada lumrah sebagai pelajar perubatan yang membosankan. Mungkin lebih baik korang pergi singgah blog bakal-bakal doktor terkenal untuk disajikan dengan cerita yang lebih menarik. Cerita aku memang pi mai pi mai akan berkisar tentang struggle untuk survive di negara yang manusianya kurang beradab berbanding Malaysia Negaraku tanah tumpahnya darahku (dan dan semua berdiri tegak naaaaa), terkapai-kapai nak rekod kes pesakit sebab aku pakai bahasa Kannada sikit punya rasmi dan tersusun tatabahasa nahu perbendaharaan kata segalanya. Pesakit tu boleh pula jawab pakai bahasa pasar macamlah aku membesar dengan bahasa Kannada tu mengalir dalam segala urat darah kan. Aku baru tanya "Yennu tondre?(What's your problem?)", dia dah bawak kuar segala sejarah dan selak kain selak baju semua kan..Jadi selalunya, bila dia dah mula cakap macam pelesit tu, aku akan cakap elok-elok dengan dia "Annaa,nana dershada Malaysia...Kannada swalpa-swalpa barutta" (Abang,saya asal dari Malaysia,saya faham Kannada sikit-sikit je) ,lepas tu senyum dan buat muka innocent memerlukan bantuan dan kerjasama dia,InsyaAllah bolehlah selesai..Keypoint,panggil annnaaaaa! HAHAHAHHAHA!Untuk kes-kes Perubatan Am ni memang aku gelabah sikit nak ambil kes sebab bidang ni luas,macam-macam boleh keluar dari mulut pesakit.Kalau kau punya perbendaharaan kata tak luas,memang sakitlah. Kiranya di samping belajar ilmu perubatan,aku belajar bahasa secara sambilan. Target aku tahun ni nak mula belajar bahasa Malayalam pula sebab kebanyakan pesakit yang datang ke hospital adalah dari negeri Kerala(yang menggunakan bahasa Malayalam).

Tempat aku belajar ni dalam negeri Karnataka. Kerala berada paling selatan sekali dalam peta India.Lagi selatan? SriLanka!!!Ehem ehem ehem! 

Hindi,walaupun merupakan bahasa rasmi negara India,amat jarang digunakan di Selatan India ni. Tapi aku adalah niat nak belajar juga sebab rugilah kalau duduk sini 5tahun tak reti cakap Hindi kan? Sekarang inipun aku bolehlah pick up sikit-sikit bahasa Hindi sebab banyak kawan-kawan North Indians. Tapi lebih kepada perkataan-perkataan yang digunakan dalam pertuturan seharian.Telugu????Oh no,sangat-sangat berharaplah aku tak akan dapat pesakit bahasa ni masa final exam nanti.Amin....

Cukup untuk kali ini. Dan untuk yang ada masalah sakit tekak,cubalah untuk berkumur-kumur dengan air garam dahulu untuk 2 3 hari. Kalau ada kahak,jangan telan..kasi ludah semua ok? Jangan risau kalau kahak warna hijau. Standard lah tu(melainkan lebih dari 3 hari). Itu tandanya tubuh badan anda tengah bersilat gayung menghentam kuman-kuman tu. Ada enzim mengandungi pigmen(warna) yang dirembeskan oleh sel-sel pertahanan badan.Basically,the body is just doing its exact job! Sebab tu kalau tanya aku, memang aku tak galakkan ambil ubat batuk,melainkanlah kau memang ada sakit yang berkaitan dengan paru-paru ke ape ke. Banyak sangat batuk pun,nanti sakit dada lemah tak bermaya pulak kan. Kalau kau masih muda kacak jelita,kuatkanlah semangat. Lagi banyak batuk,lagi banyak kahak dapat dikeluarkan. Semua tu mekanisma semulajadi badan. Selagi kau mampu dan tak ganggu orang,kuatkanlah diri untuk batuk dan keluarkan kahak tu sebanyak-banyaknya. Tapi itu pada akulah,aku belum jadi doktor lagi. Korang jangan ikut sangat. Part yang air garam tu tak apa kalau nak tiru. TEEETTTT!

p/s:gambar-gambar macam biasa...semua pertolongan EncikGoogle

Tuesday, June 14, 2011

< 269 > Malaysia is my home

Hello peeps! I'll just drop a quick update.

I'm home. safe and sound.

I loved every seconds of my lone ranger trip to Brunei. I've finally made it!Brunei was awesome. You will not get lost when you're there. Trust me.That's because their people are simply awesome and very helpful. And knowing Bahasa Malaysia add some bonus point to survive in Brunei. Or should I consider myself lucky?BOOO!

I sort of realizing one thing.....That's being,the more you travel (alone), the more intuitive you become. And you will develop a better PR skills. Since Brunei is just like Malaysia,it's not so difficult for me to survive. No,I'm not bragging. But I can say that it's just like the trip I did last January,when I went backpacking to Kedah-Penang-Perak-Selangor-KL-Seremban-Melaka. Anyway,when I say backpacking, it means I travel with backpack,seriously!


I also done with that 2 days course..The main reason for me to come home. TEHEEEE! Lets just hope everything will go through its best path,smoothly. InsyaAllah.




Monday, June 06, 2011

Hai,masih ingat saya lagi?

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku kekuatan untuk menyelesaikan peperiksaan semester yang lepas. Walaupun ditutup dengan kertas Surgery,salah satu subjek kegemaran aku yang entah kenapa soalan macam pftthhhttwwwrhghk atau mungkin sebab aku yang tak ulangkaji sungguh-sungguh. Tekanan sedikit di situ,ditambah dengan permasalahan  "bulanan" wanita yang membuatkan kau rasa lemah tak bermaya rasa nak tidur saja lepas sejam membaca buku. Belum kira kesakitan yang memulas-mulas tahap kalau boleh nak toreh perut waktu tu jugak.LOL. Abaikan,itu semua alasan..Eh bukan,cabaran.

Sekarang masa untuk tawakkal.Secara peribadinya,aku hanya mampu katakan aku telah letakkan usaha yang terbaik.Sejak bulan Mac sampailah ke minit akhir peperiksaan. Kecuali kertas Surgery tadi aku keluar 10minit awal sebab memang dah tak ada idea nak tulis ape. Lepas tu boleh pulaklah lupa apa itu Mirazzi Syndrome padahal dah ulang baca 3 kali dan rasa agak yakin dah hafal segalanya. Tapi itulah kebesaran Tuhan,Dia letak juga hijab itu. Mesti ada sebabnya,so aku redha sahajalah. Dan oh juga,kertas Medicine itu hari pun keluar 40minit awal..Awal sangat? Oh,ada yang keluar lepas 40minit masuk dewan pun ada ye.HAHA. Sebenarnya,kerta Surgery dan Medicine bukanlah subjek utama untuk kami tahun ini. Kira macam bukan exam going subject. Tahun ni hanya (hanya?)subjek Ophthalmology , Ear,Nose&Throat serta Community Medicine sahaja. Jadi kalau anda berminat lebih,bacalah Medicine dan Surgery itu. Untuk menjadi doktor,anda kena lulus peperiksaaan (tak kira apa carapun) , tetapi untuk menjadi doktor yang bagus, anda harus belajar sepanjang hayat. Jadi,setting niat itu memang dari awal kena cantiklah.HEHE. Berkobar-kobar je aku punya ayat nih ek?

Cakap pasal lulus peperiksaan..Aku sebenarnya terkilan bila tengok rakan-rakan dekat India ni yang selamba badak meniru waktu exam.Masa exam Medicine tu free seatings. Sekali ada tempe yang memang golongan geng nakal tu duduk dekat dengan aku.Kira aku dekat kedudukan pukul 7 dari posisi dia. Sepanjang exam tu habis 360darjah dia pergi tanya orang sekeliling dia. Sakit jiwa tahu.Sebab bising. Sampai this one time, habis dah orang keliling dia dah keluar dewan tapi dia masih "bersemangat" nak jawab kertas tu. Boleh pula dia pandang aku sengih-sengih siap kenyit mata wacakaplu. HAHAHA. Itu kira macam 'hint' lah,boleh tak aku nak tanya ni? Aku senyum dan terus tunduk bawah. Tak kuasa aku nak layan. Baru 10minit sebelum tu cikgu dah datang kat dia cakap "Just write whatever you know only.Don't have to ask your friend"... Dah kantoi pun boleh tak makan saman tu. Tempe oh tempe.

Ok.dah selamat selesai aku membebel kali ini. InsyaAllah ada kesempatan dan panjang umur aku akan menulis lagi.Pastinya kemaskini dari bumi Malaysia tercinta. Nah,aku tinggalkan dengan video clip cool tahap giga.



Bagaimana saya menjumpai VC ini? Sibuk mencari tentang Justin Bieber? Atau Brunei? TEHEEE =)

Friday, April 29, 2011

< 264 > Bas India

Agra2008

Hai!Lagi 2 jam bas aku sepatutnya akan bergerak ke Davangere. Ada program anjuran Malaysian Students' Association-Davangere Chapter. Jadi haruslah menjadi wakil MSA Mangalore di samping curi masa cuci mata tengok apa yang ada di sana. Menurut ceritanya,tak ada apalah sangat melainkan khinzir dan babi merata-rata. TOINK!
Delhi 2008

Perjalanan aku dijangka memakan masa lapan jam. LAPAN JAM! Saja tebalkan tulisan siap huruf besar dengan letak tanda seru nak buat orang rasa wow tapi tak berjaya pun.haha. Duduk dekat India ini,perjalanan 8 jam naik bas itu perkara biasa sahaja. Selalunya,kalau perjalanan lebih 8 jam,aku lebih suka ambil tren. Sangat jarang aku guna penerbangan domestik dalam India ni. Satu,sebab dia mahal lah kan. Contoh,kalau dari tempat aku pergi-balik Mumbai[yang kalau naik tren makan masa 12-16jam], tiket flight dia boleh cecah harga yang sama macam kau beli tiket AirAsia balik Malaysia.Dua,sebab aku memang rasa tak perlu. Kalau aku tak ada hal penting nak kena rush rush, baik aku lepak naik tren saja.
Hyderabad 2009

Alhamdulillah...dalam 3 tahun ni dah merata India aku pergi. Mumbai saja dah 3 kali. Bangalore, Delhi, Agra, Jaipur, Shimla, Manali, Chennai, Hyderabad, Goa, Mysore, Ooty, Kerala. Banyak dari tempat-tempat ni aku pergi dengan Shuhaiza. Secara jujurnya,Shu memang orang yang paling kuat "travel chemistry" dengan aku. Agak sedih juga bila dia tak akan join aku menjelajah ke satu tempat di bulan Jun nanti.Adeyh.Aku jarang nak bergerak dalam kumpulan besar kalau nak berjalan-jalan.Dan aku memang selalu suka explore sesuatu tempat tu sendiri. Not to mention yang guna travel agent sangatlah mencekik darah ok. Senangnya bila jalan dengan Shu ialah dia simple dan banyak benda yang kitorang senang nak capai persetujuan. Satu benda yang ketara ialah kitorang kalau berjalan memang tak ingat dunia dan hanya balik ke hotel untuk tidur. Jadi, memang sangat tak kisah hotel cikai ke ape ke.Janji,toilet dia bersih!Dah selalu sangat kami jalan berdua sampai parents kitorang pun dah masak sangat,tak kisah.Siap ada simpan nombor telefon masing-masing lagi.
Ooty2010

Tiba-tiba entri ni jadi entri penghargaan untuk Shu pula.Sebenarnya masih dalam usaha memujuk Shu ikut aku pergi jalan-jalan bulan Jun nanti.LOL.Peluang tipislah,sebab pemilik nama Shuhaiza Supian ni tetap pendirian. Itu satu lagi sebab kenapa aku senang nak berurusan dengan dia ni.Dia bukan jenis nak cancel last minute ke. HUHU. 
Mysore Palace 2010

Aku semenjak yang trip aku uruskan masa tahun pertama,yang dari asalnya 12 orang nak ikut,sudahnya tinggal 4 orang tu,aku macam trauma terus nak berjalan ramai-ramai. Mati nak kena cover-kan guna duit sendiri segala macam hotel reservation yang dah dibuat.TOINK!Kalau setakat trip dekat-dekat dan belanja ciput tak ada hal lagilah.Paling jauh pernah pergi beramai-ramai was Goa2009 and it was fun indeed. Seronok je. Tapi jalan dengan orang yang kita satu kepala tetap terbaiklah,walaupun there are 2 heads literally.
Goa 2009-gambar di-crop atas sebab-sebab tertentu.Masa tu kami pergi dalam 12 orang kot=)

Aish tengok..lari topik lagi. Sebenarnya, sekadar nak berkongsi sedikit pesanan khas kalau ada sesiapa yang bercita-cita nak naik bas dekat India ni. India tak ada RnR yang hebat macam Malaysia, jalan dia bukan besar dan luas macam Dubai tapi senantiasa sesak dengan kenderaan,tak macam......Ankara,Turki!Pemandu bas memang bukan tergolong dalam pemandu berhemah.Semuanya stok feeling Alex Yoong. Bawa laju tapi tak pernah menang pun.LOL!Jadi,pastikan kali terakhir anda makan adalah lebih kurang 3 jam sebelum waktu bas bergerak.Hindarkan makanan pedas ataupun membeli makanan-makanan tepi jalan dekat India ni..Lainlah kalau kau dah duduk lama sikit dan perut kau dah immune,hentamlah makan apa saja tanpa perlu risaukan risiko untuk dapat cirit birit. RnR India adalah satu dalam setiap 4 jam.Itu yang paling bertamadun punya RnR lah.Ada toilet dan orang jual air kelapa fresh exactly next to the toilet.LOL.Pastikan anda dah kosongkan pundi kencing sebelum melangkah naik atas bas. Ataupun kalau anda lelaki,mungkin anda tak ada masalah sangatlah.Boleh saja sertai aktiviti kencing secara berjamaah di mana-mana sahaja di sepanjang perjalanan. Kalau malu,pergilah cari tali pinggang berkalendar jenama Nabil.LOL.
Mudeshwar Beach 2010

Pemanduan yang tidak berhemah di atas jalan yang berselekoh-selekoh simpang siur macam ular kena palu bakal membuatkan anda rasa loya. Kami pun dah sepakat mengatakan yang perjalanan menaiki bas di India adalah satu pengalaman menaiki roller-coaster yang terunggul dan termurah di dunia. Jadi,kalau anda memang mempunyai potensi tinggi untuk muntah-muntah,baiklah ambil anti-motion sickness drug macam Promethazine. Itu ubat kegemaran housemate aku.Asma' nama dia.Tapi maaf,sudah berpunya.HAHAHA.Saja iklankan ko jap Mek,aku baru tahu ko stalker terulung =p 
HANUMan Gundi Waterfalls 2011

Dan satu lagi pesanan yang agak kurang senonoh tapi bermanfaat untuk gadis-gadis di luar sana,disebabkan frekuensi lambungan yang agak tinggi di sepanjang perjalanan menaiki bas,saya selaku bakal doktor dengan penuh prihatinnya mensyarankan anda untuk memakai.......SportsBra!!! TEEETTTTTT!

Friday, March 18, 2011

< 252 > HAHAHAHA Trip

Masih ingat pada entri yang aku kononnya dah tak menahan sangatlah dengan stress walau baru sebulan kembali ke India sampai ambil keputusan nak jadi pelarian.Tak ingat? Baca sini.

Walaupun dah sebulan pun kisahnya berlalu,tapi aku nak jugaklah kongsikan pengalaman aku ber-cruise ala kampung di Kerala itu hari. Sekadar kongsikan sedikit sisi-sisi indah bumi India nih. Haaacchhhummmm! 

Oh,percutian hari tu digelar percutian HAHAHAHA sebab percutian aku atau nama sebenarnya,HAnum bersama HA... [dirahsiakan.LOL] turut disertai pasangan pengantin baru HAwa & HAnafi. Hanafi sanggup turun dari Germany tu sebab rindukan si isteri yang baru dikahwininya lewat cuti Disember yang lalu. Gilalah,syok gila kahwin weyyyy.I mean,bila tengok Hawa&Hanafi lah.Aku telan liur je sebab sebelum pergi, mama dah pesan siap-siap, "Yang dah kahwinnya 2 orang tuh,anum jangan pulak nak perasan dah kahwin.Jaga diri" Ayah pula macam biasalah.."Dah bagitau pegawai kamu yang di Chennai tu ke nak berjalan nih?" (-__-)'  Ye,itulah ayah saya.Risau benar dia kalau JPA kenakan tindakan disiplin dekat aku.TOINK.

Dah,sebelum aku bebel lagi panjang[sebab kemaruk dah lama tak tulis blog],korang layan dulu gambar bawah ni ye.

ini baru satu je contoh gambar Hawa&Hanafi yang buat aku tekanan.Yang lain-lain nanti kalau aku letak,korang pun tekanan sama.HAHAHAHA.

macam inilah rupanya bot yng diubahsuai dan diberi nama popularnya houseboat. Ada yang satu bilik, dua bilik. even ada juga bot untuk conference 100 orang. uniklah!

ruang makan & ruang rehat yang selesa

2 tingkat tak tahan ok.atas tu boleh duduk lepak tunggu sunset sambil makan pisang goreng.nak tidur malam pun boleh tapi nyamuk lah yang kena tahan sikit.huhu.

selamat datang ke dapur...INDIA.haha.aku masih sihat,Alhamdulillah=)

ada air-cond siap kalau kau orang nak.tapi aku sarankan tak payahlah ambil. sebab pukul 4 pagi aku dah beku.lainlah macam Hawa *stress lagik* LOL.

kehidupan kampung yang dapat disaksikan di sepanjang terusan. Eceyh. Sebenarnya, kawasan Alleppey,Kerala ini turut dikenali sebagai The Venice of The East.

Untuk buktikan anda bukan buaya darat,silalah terjun mandi dengan bergayanya macam encik kat atas ni.haha.

Ada lagi sesi photoshoot di sawah padi. Gila teruja nak mati siap tangkap segala pose bagai. Padahal masa kat tanah air sendiri hanya reti menyebut jelapang padi saja. Tak pernah la hype sampai macam tu. Tapi dah banyak sangat kot gambar yang dikongsikan. Nanti kalau rajin aku tulis Part 2. Sebab ada lagi pengembaraan sehari di Cochin,Kerala naik bot juga. Basically,Kerala ni memang terkenal sebab perairannya lah.

Untuk melawat Kerala dari Malaysia,bolehlah gunakan penerbangan AirAsia ke Cochin(Kochi). Kalau tempah awal, dalam rm500-700 pun boleh dapat pergi balik.Memang majoriti kawan-kawan aku balik dari Cochins selalu.Sebab murah dan juga dekat dengan kawasan aku. By dekat,I mean,8-12hours ok.Aku tak tahu,sebab aku tak pernah guna AirAsia lagi nak balik dari India ni*nada riak* LOL!

Sekian,kita tutup entri ini dengan sesi photoshoot photogedik di sawah padi.

I'm wearing tudung bawal ori from kelantan + floral jumpsuit bought from kedai amoi mana entah in Alor Setar + grey cardigan Marlboro (May-I-Borrow?)pinjam Dian punya + Jockey white leggings + jam tangan Titan + sandal Adidas penuh tragedi. KAHKAHKAH!

Amacam? Kan ke sekarang semua gadis-gadis suka letak gambar seketul dan bagitahu baju brand apa beli kat mana semua. Aku pun terikut-ikut la kan...KANNNNN!!!! oh Fashion Tips saya, kalau betis besar jangan pakai leggings kat luar ye,pakai kat dalam je. Eh tapi,yang betis kecil nak pakai leggings, jalan tu jangan kengkang pulak! Ouch??? Good! 

Monday, January 10, 2011

< 241 > Roadtrip 1

Jadi setelah lebih 2 minggu dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat di Ipoh dan sekitar Perak, aku pun mulakan langkah kaki saiz 4 aku untuk pergi berjumpa rakan-rakan yang belajar jauh-jauh sikit yakni di KL,Selangor dan Melaka. Aku sebenarnya malas nak menulis panjang sebab masih diselubungi [ayat nak gempak saja] keletihan yang amat sangat sepanjang ber-bagpacking selama 4 hari ini. Oh,cakap pasal bagpack, terima kasih Along sebab bagi pinjam beg dia. Beg kesayangan aku dah selamat terbang mengikut Zehan ke Australia. Haha. Aku tak sampai lagi,beg aku dah sampai dulu. Rezeki kau lah beg. [Ayat penuh hasad dengki pada beg sendiri]

Untuk entri pertama berkenaan roadtrip aku ni, aku kepilkan gambar-gambar aku bersama-sama insan-insan yang aku kira sebagai highlights of the trip. Manusia-manusia yang aku banyak susah senang, gelak nangis sama-sama sepanjang sedekad yang lalu.

Dulu masa zaman aku sekolah,belum ada istilah BFF. Jadi,aku namakan mereka berdua ini kawan karib aku masa di SMSTSSS. Sampai sekarang,aku sayang!!!

Dayang Anis Asyikin
Menuntut di UKM dalam jurusan perubatan ijazah pertama program berkembar Universitas Padjajaran- UKM.
Masih solo dan errr..ada?(available)

Wafaa Zulkifli
Tahun keempat jurusan perubatan Cyberjaya University College of Medical Sciences
Single but not available. Kan u kan? HAHAHA

Yang ini pula,aku kenal kawan atas kawan dalam 2 tahun sudah. Tapi sebab sama-sama bimbo,sekali jumpa terus ada bond wacakaplu.
Hazleana Hashim
Tahun 4, Ijazah Perubatan Berkembar Melaka-Manipal Medical College
Aku pilih status dia sebagai Not single,not available.TEEETT!

Last but not least,aku kenal masa A-Level dulu. Dia ini muka memang matang lebih,tapi jiwa muda.
Pensyarah Biologi merangkap ketua cheerleaders Kunyit Royale.HAHA. 

Zafirah Mazlan
Masih belajar untuk dapatkan PhD di UIA dalam...something to do with Microbiology/Gamat,errr...ok,aku pun tak tahu nak cakap lebih lanjut.
Status? Oh,yang ini special case.Otak dia fikir buku dan melancong sahaja. Penat dah aku nasihatkan suruh kahwin.Adoi!Tolonglahhhhhhhhh uuuu!

Sunday, October 24, 2010

< 225 > Camar Mahu Terbang Pulang

Ipoh,Perak,Malaysia

Mudeshwar,India

Pamukkale,Turki

Dubai,UAE

Goa,India

Mangalore,India

Jogjakarta,Indonesia

Pamukkale,Turki

Genting Higlands,Pahang,Malaysia


Gerome,Turki

 Bandung,Indonesia

Kappadokya,Turki

Mysore,India

Jakarta,Indonesia

Manipal,India

Ipoh,Perak,Malaysia

MOTIF? 
JOMLAH MAIN NETBALL KORANGGGGGGGGGGGGG!

Manali,Himalaya,India



Siapa dapat jatuhkan Anum nanti Anum belanja aiskrim..

Senarai pemenang kekuda kaki yang kuat dan mantap
1)Faridahanum [eceh!]
2)Kak Sara [sekali saja sebab waktu tu main pepagi buta.dia ngantuk!]
3)Kak Wanie [2 3 kali,itupun sebab orang rempuh tahap petala dahsyat ataupun tetiba kaki terseliuh sendiri!]
4)Fazehan! [tak pernah jatuh tapi selalu menjatuhkan orang.Potong markah.Tapi,masih GK kesayanganku!]

Saja nak provoke my netball girls suruh main..Menjatuhkan aku merupakan salah satu misi mereka. Tak percaya,tanya Asma'.kan kan kan?HAHAHA.Dan bila dah berlagak macam ini,esok lusa mesti jatuh punyalah.Tak kisahlah..janji nak main nak main.Ada gap 5 hari sebelum praktikal seterusnya.YEAAAYY YIPPIE! 

Jomlaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!