Sunday, August 30, 2009

< 116 > Saturday Night Fever


DAN NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI YANG ENGKAU DUSTAKAN?

Owh..malam minggu..

TERUJA sebab Ahad adalah cuti.Satu-satunya cuti dalam seminggu diari aku sebagai seorang pelajar jurusan perubatan(gila kelakar aku skema macam nih).Makna kata,bolehlah bersantai-santai malam ini.Ceyh,macamlah malam-malam lain kau bukak buku Anum oi!

*5 minit sahaja keterujaan itu*

BENGANG!!!!!TV3 telahpun mengarahkan semua video drama NurKasih siarannya yang telah dimuatnaik di laman web yang lebih pantas dan efisien dari laman web mereka yakni YouTube dipadamkan ataupun syarikat tersebut akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang berkenaan.So,what else left for my Saturday night???It has gone..gone with the wind from the Arabian Sea. (ecece..nak cakap gak apartment dia hadap laut.TEEETTT!!)
Eyh cop,tengah marah nih.Seharusnya,ayat tadik ditulis dengan huruf besar,saiz besar dan warna besar merah.Bubuh tanda seru sekali,baru nampak interjection di situ..Kita cuba

GONE..GONE WITH THE WIND FROM THE ARABIAN SEA!!!!

Maaf,tak tahu kenapa Arabian Sea tuh bold kan dirinya.Ok,ini macam better.Aku marah nih,marah tau tak.Nak pergi tengok kat web tv3 tuh sikit punya lembab kot [comparatively]. Dengan iklan lagi.Aku dah r nak kena study.Mana leh buang masa banyak-banyak menghadap komputer bimbit ni*ecececece lagi*

So,I ended up chatting+webcam with my family,for half an hour.Sebenarnya,satu jam setengah.hehe!Tipu dosa mati seksa[Rhymes ini sangat popular zaman pakai pinafore dulu.HAHA!]

Dan hasilnya,aku ringkaskan sajalah sesi jejak kasih secara maya itu kepada setengah muka surat..Sanggup ke nak baca?Siapa suruh sibuk nak tau kan..hahaha!
  1. Aku tertunggu-tunggu emel dari Along tentang senarai buku yang perlu disemak harganya itu tapi tak dapat apa-apa pun.Rupa-rupanya,Along tak tahu emel betul aku perlu ditambah "my" di belakangnya..contoh la kan,macamladyd_holmes0308@yahoo.com.my. [Ini contoh sahaja.Tapi x salah kalau anda teringin nak cuba hantar emel resipi-resipi menarik untuk hidangan berbuka puasa.Aku rasa tuan punya emel tuh sangatlah berbesar hati menerimanya.Aku rasalah!TEEETTT!]Along,even Anum kecewa dengan Along kan [sob3],jersi YONEX tu akan tetap dihadiahkan.Biasalah,tiada manusia sempurna.Anum kan adik paling bertimbang rasa.[Ye,Mama pergi Tesco timbang ayam black pepper,balik rumah,aku tolong rasa.Sila faham konsep bertimbangrasa itu ye.Nyum3]
  2. Ana macam dah jatuh cinta dengan kerja barunya itu sampai sakit-sakit pun nak pergi kerja jugak.Ataupun Ana sudah jatuh cinta dengan teman sepejabat???Waaaaaa...bagus-bagus.Jangan percaya.Ini mungkin fitnah tapi gembiranya aku kalau itu benar!![Boleh la Anum pulak jatuh cinta lepas nih.Takdelah langkah bendul kan??HAHAHAHAHA!]Tapi yang pastinya,aku telah berjaya menggoda Ana untuk belikan sepasang baju kurung untuk aku.Ala,Ana punya gaji banyak dah sekarang nih.Lagipun,Anum kan Adik paling miskin,kenalah belanja selalu [ye,di mata Andrei Arshavin ,aku hanya gadis pinggiran,tak layak nak berada di sampingnya*kecewa*]
  3. Ayah dah punya modal baru untuk berlawak.Suka sangat nampaknya beliau [pada kami,Ayah=YB]pada frasa "duit rakyat" itu.Sungguh aku rindu dengan lawak-lawak yang lebih lawak dari jenaka Pagi di Era yang kadang-kadang macam memaksa-maksa aku untuk gelak.Ayah sangat natural ok.Macam lawak yang satu nih yang aku paling suka.Ayah kurang sihat hari itu.Batuk-batuk macam nak demam juga.Kami adik-beradik pun tiadalah bersuara banyak sebab tahu kalau kondisi ayah macam tu,diam adalah jalan yang terbaik.Selesai lunch,Ayah pun berjalan lemah ke dapur mencapai botol lutsinar berlabel Seeni Polyclinic terkandung cecair berwarna hitam pekat macam errr..tempe2 itu. (sempat lagik!) Kami biarkan saja.Masing-masing fikir takkanlah Ayah tak reti nak makan ubat sendiri dan takkan lah Dr.Victor nak prescribe ubat yang salah pulak.Tiba-tiba,Ayah melompat dan melompat dan melompat tanpa henti macam kena seizure pulak.Cuak dowh memang cuak.Mama dah macam "Bang,kenapa nih bang??"seraya bergegas ke arah Ayah,gelabah macam selalulah (Maaf Zahir Batin,Mama.)Along pulak tiada masa tu.Kalau tak,boleh la rasa bergantung harap sikit dengan bakal doktor tuh.Ipah pulak memang tak membantu.Lagi kusut ada.."Ayah!kenapa Ayah lompat lompat nih"..Gotcha!!!Ayah pun jawab.. "Ayah dah minum ubat nih baru Ayah baca,kena goncang sebelum minum.Ayah lupa tadi.Tu pasal Ayah lompat-lompat ni.." HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA!Tak kisah la.Pada kitorang situasi itu sangat kelakar dan IPAH SANGAT TENSEN!![Owh,duit rakyat itu merujuk kepada elaun 700USD sebulan aku yang nampaknya masih belum berjaya dibelanjakan secara berhemah oleh.....aku.Maaf ye pembayar cukai sekalian]
  4. Ariz pula makin sombong dengan aku.Bila ditanya mengapa,dijawabnya "Ayeh busy r,KP nih" Kepala otak hang!!Hang KP kat sekolah la bukan kat rumah [Alamak,jangan bagitau Ayah Anum cakap 'hang'..HAHA!Macamlah Ayah tak baca (-_-")] Tapi sebenarnya merajuk dengan Anum sebab Anum beli jersi badminton world championship tu untuk Ayah & Along je.Hello,sneakers Nike Ayeh tuh siapa bayar?Aaaaaaa....Ariz ialah Adik yang paling berbahaya.Dia perompak wang bersenjatakan ayat-ayat manis seperti "Betul ke hang nak belanja nih Anum,sian la kat hang.Ayeh ade je duit Ayeh simpan kat koperasi sekolah nih" HAAHHAA! [Ayah,Ayeh pun cakap 'hang' jugak.hehe]
  5. Menjelang UPSR nih,Ipah macam dah tak larat nak baca buku.Makanya,dia pun mula la cari kerja sambilan dalam rumah.Macam,ajar Mama macam mana nak kira mata badminton sebab orang lain semua dah give up nak tunjuk ajar.hahahaha! "Ipah pun sabar je lah",katanya. Adoi,mesti Mama rasa nak ketuk Anum dengan kayu hoki je ni.Ye,itulah alatan yang paling berjaya di tangan Mama selepas sudip,pisau dan kuali =).Bubur nasi Mama paling sedap sampai Athifah pun ade kerja sambilan nombor dua iaitu berebut nak habiskan bubur nasi tu.Juara mungkin milik Along & Ariz sebab mereka nak stay-up tengok ManU vs Arsengal,mesti dibedalnya semua bubur itu.Takpe Ipah,mungkin Ipah boleh buat kerja sambilan yang ketiga,karaoke lagu Menjelang Hari RayaUPSR..lalalalalala~~
  6. Mama mungkin dah rasa tergugat bilamana aku tunjuk bilik baru aku ni.Macam kagum je dengan semua design perabot aku ni.What to do?Tokei Ankur pun sangat impress ok.Berulang kali dia tanya sama ada aku ada ambil jurusan lain sebelum enroll MBBS nih.Kemahiran Hidup la kot.Tapi tak cakap lama dengan Mama,semua orang takut kalau Mama tidur lambat nanti,takde orang nak masak untuk sahur.HAHAHA!
  7. Apis masih di Terengganu.Kalau tak mesti lagi riuh aku bergosip.Sebab dia paling havoc.Ala-ala Chef Wan gitu.Tapi aku yakin,dia akan jadi lebih hebat dari Chef Wan suatu masa nanti.InsyaAllah.Tapi Apis,sila berputih mata ye.Anum rasa rumah baru nanti bakal pakai design Anum.sekian,harap maklum.HAHAHAHA!And eventhough you're the last one I wrote about and seems to be the shortest note among the rest,always know that I love you so much,bro.Believe in yourself.You're in right path,just strive harder and make sure you're in DL again this sem. [DL itu merujuk kepada Dean List.Ye,dia hebat,walaupun kakak dia karat!]
Sebenarnya,lawatan ke rumah anak yatim tadi yang buatkan aku rindu mereka...Nak menulis pasal ifthar tu tapi....pasti akan dihambat kepiluan.Dah la aku kalau tulis bab-bab sedih jadi sangat emosi.Kalian yang berminat sila la klik pada link-link di sebelah.Pilih-pilih. =)

Aku biarkan gambar-gambar ini melakukan percakapan ye.Gila direct translation tuh.ahaha!.[inipun aku cilok je dari facebook.Harapnya takdelah yang nak claim copyright macam TV3 tuh.hehe!]


Zeenath Baksh Tatheemkhana

dan Islam satukan kita....

hidangan awal sebelum solat Maghrib


Mahfidz cakap dia tak prepare langsung speech nih.Tapi still delivered his best..=)

hidangan awal tadi,kalo tak disentuh,diorang kutip semula [isk3]

makan perlu fokus..hehe!

mereka gembira kerana mereka redha...

dan mereka bersyukur.kita bagaimana??

i heart this pic =)

And yes,I think I've made a wise decision by choosing this program over the Surathkal Gold Jubilee Badminton Tournament which was held on the same day.In life,we always have to choose......

Friday, August 28, 2009

< 115 > Sorry,Aunty Shorty


KINDNESS SHOULD NOT BE TAKEN AS WEAKNESS

I was ironing my clothes went when the bell rang, breaking the
silence this morning.It's 7.20am,who shall be coming at this time?
WAIT!!!!!
So,I opened the door and there she stood.The most irritating homo-sapien I've ever met.That short lady with fair skin,"beehive" hair and nanny's spectacles.Owh,bala apa pula pagi-pagi nih??

Like the Blossom from powerpuff girl singing "Wonderpets,kami datang",(bidalan takde kaitan)she just crashed into the apartment and went to our kitchen.She started shouting at me.Owh,she might have misplaced her chill pill somewhere.Adoi!

"Come,come I show you.See,you'be been keeping this water tap open and the whole building can hear this water coming from your house you know." (with annoying facial expression+hand gestures and remember,she was shouting,in my house.WhatTheFish?)
"The whole building??" (biar betul?)
"We are very careful not to waste the water here and you people..What are you people doing?Keeping it runs madly like this?What is this?"
"owh..ok,ok aunty.This morning we woke up and opened the tap but there's no water and so we opened the other tap.Forgot to close that one"
"That's not an excuse.Every day also like this"
"Huh?Pardon me?I'm sure this is our first time.I'm very sure"
"No..no..you wil have to pay extra money for this you know.Why are you people..."
"Auntie,look here..Now,I've closed this tap and listen here,if we have to pay extra money,we'll pay.We are totally aware of that.There's no problem with that.You don't have to come shouting like this.Settle?"

Either that last few words had great impact on her or maybe the increased decibel had surprised her,she replied no more.But I can read her face,she's still not satisfied.Still,she made her way to where she entered just now.[And there she goes again]

"I'm inside here and you're locking me in.What is this?"
"This is my house and now you can leave.OK?"

Drama swasta pagi itu pun tamat

Seriously,a year ago I didn't treat these tempe-tempe like this.In fact,I hate to act like this.I've always been reminded by Ayah to be courteous especially with the elders. Potray how a real [Malay]sian behave.Yes,it is undeniable that our morality is deteriorating but at least,"jangan lupa apa yang Ayah ajar kamu dari kecik".
Apron dari Ayah-"semoga jadi gadis Melayu,bersopan santun,pandai masak jugak" 2 in 1 punya hadiah=)
I'm just sick of people here.They took advantage on our kindness,even we are not that kind enough.And on top of that,they think we are super damn rich foreigners they keep afflicting us with this bill,that bill,this service charge,VAT(something to do with tax)and so on.I just got back from Malaysia a month ago and I had lost my temper a number of times.Secara puratanya,satu minggu seorang tempe kena sembur dengan aku.

Macam Tokei Ankur nih.I still remembered the last time I met him to hand my design for the furniture before coming home for holiday,I had told him crystally clear,if he couldn't get all of them done in 5 weeks,just make sure my bed and one of the closet done.You know what he answered?(ok,you don't know)
"Don't worry ma'am,everything will be ready within 5 weeks.Sure ma'am"
Then what happened after 5 weeks was................
"We have just started doing yours ma'am"
Like,seriously???And after that,everytime I called him asking when can I get my furniture,he kept changing the date and gave all that ladidada excuse..until one fine day,
"Mr.Ronny,last time you said Tuesday then Thursday then Saturday.Now you're telling me Tuesday again.I just want you to tell me one fixed day.You keep changing the day as if what?I don't have any other better thing to do than to wait for the furniture to come huh?"

And this Airtel guy,Noor Ahmed namanya.I gave him all my details for broadband registration including my contact number and he ended up doing nothing better than sending me an SMS every night.Apekah??Dah ar kitorang mintak WiFi router tuh dia kata ada-ada,just will take some time.And so on the other one fine day,
"People here takes money and the next day,gone.Cannot like this,man.We've paid you a lot.If you don't have it,tell us you don't have it.We'll find another people."

Owh,yang orang LG tuh (rujuk post sebelum ni) pun puas kena bubuh kot dengan aku baru dia setuju nak hantar technician dia pukul 4

Tapi yang paling dahsyat sekali dekat Bengaluru baru-baru ni sebab akak Kingfisher tuh sangat annoying ok.Our flights to Hyderabad had been cancelled,1 hour prior to departure and I didn't get any notice about that.Even travel agent kitorang pun cakap diorang tak dapat apa-apa berita pun flight tu cancel.Ok,boleh terima je that fact but when I and Shu went to the booth asking for any other flights of same route and she acted like she's one of Miss Femina India,siapa boleh tahan weyh?? Dah tau kerja kat frontline,elok-elok ar sket layan customers.We are always right.[haha!sebenarnya aku x pernah bersetuju pun dengan statement nih]

"The flights have been cancelled and according to the report we can't contact both numbers ma'am."
Aku dengan Shu dah tercengang depan kaunter.
What else madam??I told you,there's no flight at 8.20.It has been cancelled.
No,no.We've never gotten any calls from you.
But,that's what written in the system ma'am.

I paid no attention to that scripted words but that body languages.....Goddamnit!...was provoking me to act rude and so,the moment I turned back, "Stop talking bullshit with me" and I knew she did listen.Purposely.Intended.Memang nak bagi dia dengar.

HAISH!!Kecewa ayah kalau tau nih.Kecewa dia kalo dia tau muda-muda lagi orang dah panggil anak dia madam,ma'am semua...Anak dia dah ar comel cam baby2 je.HAHAHAHAHAA!

Actually,I don't realize I changed a lot until I kept hearing friends said,
"Diorang buat hal lagik r..Suruh Anum lar.Anum terer sikit bab2 marah diorang nih." TEEETTTT!!Sungguh aku tak suka description itu.Amarah itu kan mazmumah.Even semua orang cakap muka aku stok serius 24jam,aku tak rasa pun aku garang..penyayang pun tidak.Ok,sikit adalah.Balance je aku rasa.I'm a plebeian =)
not all about India isn't beautiful anyway =)
Hurm..time to pen-off I guess.To aunty shorty,I'm not sorry for today's incident but I'm so sorry for saying this.YOU'RE SUCH A STUCK-UP. To other tempe(s),since sorry seems to be the hardest word,I'll say......



yeah,bring it on!


Wednesday, August 26, 2009

< 114 > Catatan 5 Ramadhan

NEVER SAY GIVE UP BEFORE TRYING
Let's start with something "ilmiah"..haha!Ever since I have a blog,I've been trying hard *exaggeration di situh* to make it another leisure source of knowledge but I ended up exhibiting my merepek-merapu-selagi-mahu talent explicitly,lalalalala~~~
Ok,I don't know whether this is true or not but I was told by my college's lecturer that there's one time,not so long ago when Tun Dr.Mahathir (merujuk kepada gambar di atas,serius aku nak bunuh Malaysian yang tak tau siapakah gerangan lelaki itu)was our PM,he had came out with an idea of reducing 24hours a day into 21hours only so that we would be having another one extra day.Explaining this mathematically,
24-3=21hours
3 hours deducted from the 7 days we are having
3x7=21hours !!!!!
What a brilliant idea from a brilliant man right?And wait,my math isn't so bad.I'm sooooOOOOoo impressed.I shouldn't be doing medicine then.LOL! (-_-)"

Anyway,I second this idea as for me,there will be at least 2 hours of my day were spent dawdling doing nothing.I can sit in front of this Alpine (I have this habit of nicknaming my belongings like Alpine=laptop simply because of its Alpine White colour) browsing through one friend page to another on Facebook and checking out new clips from YouTube.So unproductive me!I don't sleep as I don't feel like sleeping.But I think I'll definitely sleep when it's time to sleep.The idea of shortening the day was actually for the sake of improving our productivity I guess. Pandainya!!HAHA!

I always fond of his ideas and that fiery tongue,excluding the rancorous fight against his successor which I personally think it was so ethically inappropriate manner of channelling one's fear over the future of a nation he used to rule for 22years.Enough said.[Darn,I don't want to blog about politics!!]On a lighter note,when it was asked to some people,What would be the 8th day be? They simply said,"how about maha-day?" TEEETTTT!!!

Enough with the ilmiah part.Enough with that complimentary paragraphs about Tun Dr.Mahathir. It's time to rock on!!!Rock ke masalahnya??Layan...ZASSSS!! (apekah??kantoi balik Msia arituh banyak layan Melodi)

I woke up today and uttered "Damn,terlepas sahur" followed by successive thoughts of how terrible today will be and how much I'm going to hate it.Not a pretty good way to start a day, especially in this beautiful month of Ramadhan.But yeah,that's what I did anyway,kept blaming the biological clock and the circadian rhythm(cubaan ber"ilmiah" lagi di situ).

Aku bukan jenis yang sangat bergantung dengan alarm HP untuk bangun dari tidur..Sedikit pergerakan je dah boleh buatkan aku bukak mata dan meraba-raba bibir check ada air liur basi ke tak.LOL.Ingat lagi kalau kat KolejTeknologiTimur @ KTT (yang tercinta),Tikah masuk bilik nak kejut aku tapi dia baru berdiri kat muka pintu je aku dah tersedar.Ceyh,riak ke bunyinya nih?Tak niat langsung. Sebab aku tahu setiap kita pun ada kelebihan sendiri ataupun skills yang kita develop tanpa kita sedari. Entah,macam aku,there's a tragedy (ini bukan exaggeration,cuma satu attempt untuk buat korang tertanya2 tragedi apa?..haha!berjaya tak?) in the past that had trained me to be very alert with my surroundings especially at night.OK,tamat di situ. Basically,moral of the story, aku rindu nak dengar ayah cakap "Faridah,bangun laa..pergi tolong mama siapkan sahur tuh,yang lain tuh punya susah nak bangun"..Ces,ada kaitan ke?

Tapi ayah jugak pernah cakap kat aku,tak acilah kalau bangun Qiyammullail pakai alarm nih. Dia kena "ter"jaga bukan main-main set macam tu.Ye ke weyh??Jadinya,sejak kebelakangan nih (baca:5-6 tahun ni)aku amalkan petua Ustaz Raja Razali,warden hostel aku kat SK Jelapang dulu.Sesi ilmiah semula..haha!
  • baring hadap kiblat
  • tepuk-tepuk bantal
  • niatkan betul2 dalam hati nak bangun pukul berapa
  • selawat dan baca doa tidur
  • mengucap dan ulanglah cakap "LailahaillAllah" sampai tertidur. Serius,ini seribu kali lagik bagus dari duk mengira kambing biri-biri halimunan tuh=)
Eyh,back to the story of Ramadhan 5th.
Wednesday isn't a good day for me to wake up just to realize that I've missed the sahur. I have one hour lecture at 8am and since I'm in C Unit,Medicine Department,Wenlock District Hospital until Sept 15th, Wednesday is our turn to handle the chaos in OPD-Outpatient Department. Owh,tempe yang diuar-uarkan hebat itu kata it stands for Older Patient Department. WhatTheFish??Ish,Adakah aku baru saja mengutuk seseorang?TOINK!OPD menyebabkan posting yang selalunya boleh habis pukul 11 bertukar jadi kul 12.And today,we were allowed to go home only when the watch clocked 12.30pm.AAAAAARGHHHH!!!Dah kata kan,today is going to be a very bad day.!!@##@$$%^^&$^*

2pm-another 1 hour theory class starts followed by Pathology Lab.Owh,the previous week,the lab started at 3 and ended at 5.30!TOINK!But luckily today it ends at 4 and I have to rush back to the apartment since LG's technicians were coming to fix the fridge. We just bought it from an authorised LG dealer 3 months ago and it got problem already. Was it because of the "MADE IN INDIA" thingy??Syhhhh!!

Done with the fridge,I only had 30mins to go to Nilgiris to buy some groceries.I was in haste and that security guard really had my patience tested.How many time I have to tell them that I don't fancy that non-biodegradable stuff thus I'm taking my own bag with me???Negara nih dah cukup tercemar dek asap-asap kenderaan,public micturition @urination and noise pollution tahap dewa,tak reti2 lagi nak berubah ke?OK,sabar Faridahanum!
Even I hate green,I give green bag an exception!

Then,went to pick my glasses where I've got my big lesson of the day.
Sila beri salam instead of saying hello bila anda memasuki kedai Muslim sebab nanti bila dia yang bagi salam kat anda,anda akan rasa cam nak langgar dinding je padahal anda yang masuk rumah orang tu...Malu gila kot sengal!Tapi,disebabkan diorang tak mintak duit langsung atas khidmat memebetulkan spek tuh,(which is jarang-jarang nak berlaku kat India nih) makanya,aku jadik hype terus terlupa nak rasa malu dah tapi tak lupa r memberi salam bila dah nak blah tuh.HAHAHA!

Done with that.Balik apartmen semula menyerahkan semua hasil belian kepada teman-teman serumah untuk diolah menjadi hidangan yang indah lantas mencapai white coat dan stethoscope segera bergegas ke Wenlock. Copy paste ayat tadik semula...
Since I'm in C Unit,Medicine Department,Wenlock District Hospital until Sept 15th,Thursday will be a grand round day in which each student will be alotted one bed for case presentation. As for preparation, a day before that kenalah bersibuk-sibuk amik history of the patient bla bla bla. 3rd sem macam aku nih,cukuplah sekadar tahu vital signs and general examination je.Tapi,sampai je kat katil no.2 tuh,jeng3!Bigger lesson of the day:
Never called a patient with AIDS as HIV+.Everyone,say RVD (retroviral disease).Baiklah!!dan aku pun tengok dari jarak 3meter tak buat apa-apa sebab senior 5th sem & 7th sem yang sama bed dengan aku pun buat tak kisah je.What do you expect from me kan? (padahal pemalas+penakut.huhu!)Maka,dipendekkan cerita sebab cerita dah jadi melampau panjang,aku pun berlegar-legarlah dalam wad tuh. Layan kes pneumonia seorang pakcik nih dan juga pulmonary tuberculosis seorang mamat nih bertemankan senior bernama Sohan yang aku rasa masa ke masa bakal menjadi "johan" di hatiku.Ces,sempat lagi!Adoi!Soalan untuk pembaca,mengapakah macam banyak lelaki je yang sakit nih?HAHAAHAHAHA!

6.30pm-terkedek-kedek berjalan pulang.Kasihan housemates 2 orang bakal doktor gigi tuh bertungkus-lumus kat dapur.Tiba-tiba datang panggilan menyuruh mereka datang meraikan birthday Alex.Adoi!Aku bukak puasa sorang lagi r malam nih!Poor me.Ye,sila kasihan.Tapi sila gelak pulak lepas nih ye. Begini....

"Anum,ko sambungkan ek?"
"Erks?teori je aku tau weyh.Hands on tak pernah lagik"
"Aku pun tak pernah buat"
"Habis,cuba jaya la nih ek?Aku cincai je r k?"
"Takpe.janji leh makan"

So,aku pun try.Separuh jalan,aku rasa usaha nih takkan berhasil nih.Sebab member aku nih tadi taruh telur 2 biji je(ces,salahkan member pulak).(-_-)"
Jadinya,TAAARRRRRAAAA!!
telur yang tak berjaya dibungkus

8pm-jemaah sudah pun memenuhi ruang tamu. Pre-housewarming kami menjadi akhirnya. Hidangan ringkas-ringkas aja yang gambarnya tak sempat nak diambil sebab baru letak dah habis.Mungkin sedap sangat kot.Aiseyh!!!
Biggest lesson of the day-Never say you're going to hate one particular day because at the end of the day,you'll love that day.Macam hari nih!!!Sekarang baru aku faham kenapa ayah sangat suka bila orang datang rumah.Bila diorang datang diorang bawak berkat,bila diorang pulang,rasa cam semua kepenatan dibawa pergi bersama..wawawaawaaahh!!TEEETT!

KAMI-tapi bukan semualah..al-maklumlah.AllahBagiCuti =)
Catatan ini siap lepas tarawikh 6Ramadhan.Maaf ye,I busy-LAH =P

Tuesday, August 25, 2009

< 113 >Ini Untuk Aku

Ada sesuatu yang menggugah jiwa..

ISLAM ITU INDAH
ISLAM ITU MUDAH

Dan aku mula bertanyakan sesuatu pada diri..Ya,aku sukakan keindahan.Tapi perlukah keindahan itu aku agungkan hingga Islam itu dipermudah-mudahkan???

Meniti usia 20tahun dan aku tiba-tiba rasa ada yang kosong.Apakah yang tertinggal?Syahadahku sudah diperbaharui sekurang-kurangnya 9 kali sehari. Dan aku seronok memeluk Ramadhan setiap kali ianya hadir ke pangkuanku.Alhamdulillah,ayah menggalas tanggungjawab zakat bagi pihak aku dengan baik sekali.Rencana ke bumi suci itu juga sudah ada perbincangan..Tapi masih awal untuk memperkatakannya.Bimbang dibilang riak pula.Titik di situ.

Namun aku masih rasa kosong.Adakah aku hamba yang tak kenang jasa??Sungguh..aku rasa hina sekarang.Sepertinya,aku menjadi hamba yang mengaut segala nikmatNya,mengutip setiap satu limpahanNya tapi masih memilih-milih dalam menyatakan ketaatan kepadaNya??Memilih mana yang aku selesa,yang kena dengan citarasa..Pendek kata,yang mana aku sukalah..Memang aku penganut agama ini.Tapi aku bukan pemiliknya.Kenapa pandai-pandai je selama nih aku tukar apa yang dah jelas termaktub dalam kitabnya??

Tiba-tiba aku rasa muka aku dah ditempek dengan foundation+compact powder+loose powder..[ntah,aku jumpa perkataan2 nih dekat rak REVLON kat Watson..aku pun x tau ape beza dia.so end up x penah amik pot pun nk beli] Itulah misalannya tebal sangat kot muka aku sekarang nih.malu sangat pada Dia.

Something just need to be changed..Now I'm thinking of deleting this post.Because I don't know what am I going to do next.But wait,no need to.I want you to read this.Maybe you're just like me.We stuck in our own philosophy of life and so we spill these words..

"Never judge a book by its cover"

"Sikit-sikit r..at least nih yang ikhlas aku mampu buat.Kalau ubah x ikhlas apa pun x dapat r"

"What inside me is more important that what I prevail outside"

"At least aku pakai tudung ok!"

Or maybe we think too much. Afraid of losing what we are having right now when we decided to change.Afraid of not getting better chances.Afraid of what people will say.Afraid of so many things that we shouldn't be afraid of at the very first place.

My heart ponder on something.and.My eyes stare at that wooden made black brown cuboidal box 5 ft high full of pieces we call clothes in variety of colors,designs and patterns.

Ada sesuatu yang memberati akal fikiranku....Aku harus mencari jawapan...TARAWIKH DULU-lah

and Encik Ammar Ehsan,who else better than you I can talk to???This is an S.O.S!!!!Aku lost weyh..

Sunday, August 23, 2009

< 112 > Lessons of the Day

WHEN YOU CAN'T LAUGH,YOU HAVE 2ND OPTION,THAT IS TO SMILE


*I was blog-hopping when I found this.Only some extracts from the whole article*

An eagle was sitting on a tree,doing nothing.
A small rabbit saw the eagle and asked him "Can I also sit like you and do nothing?"
The eagle answered,"Sure,why not?"
So the rabbit sat on the ground below the eagle and rested. All of a sudden,a fox appeared,jumped on the rabbit and ate it.
Lesson 1-to be sitting and doing nothing,you must be sitting very very high

A turkey was chatting with a bull.
"I would love to be able to sat on that tree," he sighed "but I haven't got the energy".
"Well,why don't you nibble on my droppings?",replied the bull. "They are packed with nutrients."
The turket pecked at a lump of dung and found it actually gave him enough strength to reach the lowest branch of the tree.
The next day,after eating some more dung,he reached the second branch.
Finally after a fortnight the turkey proudly perched at the top of the tree. He was promptly spotted by a farmer who shot him out of the tree.
Lesson 2-Bull-shit might get you to the top but it won't keep you there

A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field.While he was lying there,a cow came and dropped some dung on him. As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was.The dung was actually thawing him out!!He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy. A passing cat heard the bird singing and came to investigate.Following the sound,the cat discovered the bird under the pile of cow dung and promptly dug him out and ate him.
Lesson3,4,5-Not everyone who shits on you is your enemy ~~~ Not everyone who gets you out of shit is your friend ~~~ And when you're in deep shit,it's best to keep your mouth shut!!

Brilliant huh? TEETTTTTTT!!!!

Thursday, August 20, 2009

< 111 > Gagah melangkah

USIA BUKANLAH UKURAN KEMATANGAN SEBUAH PEMIKIRAN

Bila Ogos datang, aku tak nafikan aku jadi sangatlah excited. Waaaaah!!! ok,siapa yang tak excited bila sambut birthday sendiri. Tak kisahlah orang ingat ke tak, (tapi kalau Mama & Along lupa memang sedih r.huwaaa!) sendiri syok-syok seronok rasa best pun takpe (-_-)" Tahun ini memang aku agak excited terlebih la.Nak masuk umur 20 tahun kan.Ok,orang yang berusia 20-an mesti rasa nak gelak cam nak mati baca penyataan tuh kan. Ye,silakan..Banyakkan ketawa boleh menyebabkan anda nampak lebih muda dan owh yeah,memangjangkan umur jugak. phbttttt!!!

So,ceritanya bila menjelang detik-detik nak masuk 20 nih. Aku ngan penuh semangatnya telah bercadang untuk menghadiahkan diri sendiri satu dinner yg cam agak lazat dan best di satu tempat rahsia untuk aku seorang diri.owh apekah????yes,aku nak jadikan detik itu special.(diulang,golongan 20-an anda tak bersalah kalau anda rasa nak langgar dinding je baca nih) Tapi tengah-tengah aku bermalas-malasan di waktu senja itu menikmati waktu yang panjang sebab sekarang dah masuk 2nd year which means aku dah tak duduk hostel which means aku dah duduk luar which means dah takde curfew pukul 9 which means aku boleh keluar ikut suka aku macam kepala dan kaki nih aku yang punya which means pukul 9 la aku baru nak keluar, aku pun menerima satu panggilan telefon daripada (ke dari ek?) insan yang agak tinggi jawatan dalam Malaysian Students Association (MSA) Mangalore walaupun dia sendiri tak berapa nak tinggi,ala-ala aku je..ampun!Rupa-rupanya ada member aku seorang ni masuk hospital la pulak sebab mempunyai simptom H1N1 yang agak ketara. Makanya dia dikuarantinkan di sebuah bilik yang agak ceruk di Hospital Father Mullers sumpah aku tak tau kat mana.Sumpah jugak aku tak tau langsung dia msuk hospital. Sumpah aku tak terima apa-apa berita. Sumpah jugak aku ingatkan dia still kat Malaysia. HAISH!

Makanya dengan perasaan penuh kecewa dan sedikit linangan air mata,(tak sumpah,sedikit je =p) aku pun bermalas-malasan r...Kecewa nak mati kot. HELLO!!!! Aku yang pathetic nih baru je bercita-cita nak menggumbirakan jiwa raga ok..Sebenarnya aku pun tak tau nak marah sape. kuang3!Mungkin aku marah dengan keadaan kot. Biasanya macam tuh r. Tapi sebelum keluar gi hospital tuh dapat jugak seekor bapak beruang daripada Hawa Ida dan Shu yang sebenarnya telah merancang nak wat surprise mlm tuh. Owh lupa,seminggu aku duduk rumah diorang sebab perabot aku lewat sampai..biasalah,tempe,whatdouexpect,kata Amad =p Owh,linangan air mata lagik. Pasal bapak beruang tuh ok.Takde kena mengena dengan pakcik Amad kita. TEETTTT!!

Sampai je kat hospital dah ada seorang member Non-Residence Indian (NRI) tunggu. Owh,lupa nak cakap member aku yang sorang nih agak rapat dengan NRIs so tak mustahillah kan dia terlupa nak bagitahu kitorang dia masuk hospital. Sebab tuh jugak aku tak tanya mana-mana member aku nak teman ke tak sebab aku tak nak diorang rasa serba salah. Dah ada rumah baru lagi indah apasal lak nak gi tido malam-malam buta kat hospital kan?Lagipun,ada sesuatu yang tak terluah..Diorang cakap kat aku,kalau dah kena kuarantin,ko nak pergi jaga camne,bukannya boleh duduk dkeat pun. Aku tau sebenarnya diorang nak suruh aku pikir balik,nak protect aku dari terus berbuat baik selalu sampai hati sendiri tak nak jaga..Isyh,ape aku cakap nih???OK,Itulah yang berlaku bila ko bercakap benda yang macam tak boleh nak cakap terang-terang tapi gelora hati membuak-buak rasa nak cakap supaya rasa kegeraman ini terluah. Adoi! sumpah rasa rindu nak gi private blog balik (-_-)"

Berbalik pada cerita hospital tadi.Aku yang tak senang duduk nih pikir macam mana la nak cakap kt member NRI nih aku tak dapat nak teamn malam ni. Telefon balik member kat rumah tanya kejam tak kalau aku blah je.huhu!Bukan taknak teman weyh,tapi salah haribulan nih.Aku nak pergi jadi happy,aku nak makan!!! Waaaaa!!!Kita bukannya capai umur 20 2 3 kali dalam hidup.Damn,ayat itu berbunyi agak selfish. Mungkin korang akan berkata "Hari ni hari dia mungkin esok2 hari kau pulak..mane tau ko plak masuk hospital nanti" WAAAHHHH!!! bagusnya..aku dah pernah masuk hospital last year and masa tuh kitorang adalah roommate di hostel..kisah selanjutnya malas nak cerita. Tak best mana pun.

Berbalik pada cerita best tadik. Bila dah blank tahap dewa nih,masuklah satu panggilan dari Along yang sangat aku sayang. Wah,macam utusan dewa dewi lak dia nih. Memang hero aku la.
Usai sesi ucapan ulangtahun,aku pun bukaklah cerita.

Anum kat spital nih..Ada member kena suspect swine flu
Pulak dah..member mana nih? Apsal Anum pulak kena teman nih?Tak kena kurantin ke?
Kena kuarantin r..Anum tunggu luar..Ala...dia tak baik sangat ngan other Malaysians.. n plus,dia kan roommate Anum dulu. Ingat tak yang chinese dulu tuh?
Owh...yang tuh..dia tuh bukan yang time Anum masuk spital dulu XXXXXXXXXXXXXXXXX
Ye la..tapi..rasa serba salah jugak.
Dah tu?kalo tunggu pun bukan bleyh wat ape.suka hati r..tapi kalo tanya Along, blah je r..hahahahhaa!dah 20tahun pun tak reti nak wat keputusan sendiri.
Mana ade!!!!
HAAHAHAHAH!

Dipendekkan cerita sebab cerita dah jadi cam tak best, aku pun mintak diri malam tuh. Bagaimana caranya..biarlah menjadi rahsia aku,Hawa dan Shu. Tipulah tak rasa bersalah. Tapi dengan melawat teman aku itu secara berterusan setiap malam sehinggalah emaknya datang dari Malaysia untuk menemani dia,sedikit sebanyak rasa bersalah itu luput jugaklah.

Sungguh,itu satu keputusan besar dan bijak yang harus diambil. Macam sangat ironi pula bila kebetulan pilihan harus dibuat tatkala aku nak menjengah usia 20 tahun. Aku tau aku masih muda tapi hidup di perantauan ni sedikit sebanyak mengajar aku macam mana nak hidup, macam mana nak pilih kawan dan paling penting----membuat keputusan dalam suasana yang sangat menyesakkan.Menentukan yang mana lebih prioriti.

Ini baru sebuah kisah yang nampak sangat mudah dalam lipatan sejarah. Banyak nafas yang telah aku bebaskan di dunia kerdil ini bersama-sama langkah-langkah yang agak camping dan capik.Adakala,pilihan melaut luasnya. Datang bersama cabaran,menggunung tingginya.Dan untuk hari-hari yang seterusnya, aku enggan kecewa lagi,membiarkan hari-hari berlalu pergi tak terisi. Hayat makin pendek.Badai terus membidik.Banyak persoalanku dibiar tanpa jawapan,banyak khilafku menjadi bualan. Itulah percaturan dunia dan aku harus terus gagah melangkah!

Tuesday, August 18, 2009

< 110 > What If...???

IT'S NOT ABOUT BEING DIFFERENT, IT'S ALL ABOUT BEING YOURSELF

If I were a flower, I'll be a lotus. Gloriously beautiful but not an easy pluck

If I were a racket, I'll be a tennis racket. That improves my chance to be in Federer's hand (^-^)

If I were a weather, I'll be the winter...pure and soft. Nevertheless,gently commanding people to stay at home (I hate big crowd anyway)

If I were a colour, I'll be the rainbow-colorful and cheerful. When it appears,it whispers...HOPE

If I were a sportswear, I'll be FILA, smart and casually chick but not so durable. Need to be handled with care .:.you'd better think twice.:.

If I were an electronic item, I'll definitely be a camera so that all the moments I've lived in being the very sweet or not-so-sweet-maybe-sedikit-masam memories will be stored forever

If I were a sportswoman, I'll be Yelena Isinbayeva because... errr,let say I'm so wanting that long non-hairy legs.. (^-^)v

If I were a subject, I'll be the History..quoting George Santayana "Those who forget the past are condemned to repeat it"

If I were an electrical appliances, I'll be the vacuum machine so that I can eat almost everything at once. *droolings*

If I were a jewellery, I'll be a ring...it always means something to some people if not all....*sigh*

If I were a musical instrument, I'll be the French horn... SANGAT CHOMEYL LARRR (nope,it won't make you feel horny as it name suggests.LOL!)

If I were a continent, I'll be the Asia.It has everything, it welcomes everyone

If I were a fish, I'll be a catfish, isi dia sedap macam ayam sebab tuh dia ada sengat.lalalala~~

If I were a pair of jeans, I'll be HALF because it never discriminate people with non-angelic @ Gisele Bundchen's cuts

If I were a wood, I'll be the Bollywood so that all my stories have happy endings. Sangatlah tidak real,ok.

if I were you, I'll stop judging people and cultivate tolerance in every decision. This world we are living is a sanctuary we should take care of. Lets make it a better place for you and for me. eyh,cam lirik lagu pulak...sila teka lagu siapa.jika anda betul,anda akan dihadiahkan kelas percuma belajar-sampai-pandai tarian Moonwalk MJ (read:Michael Jackson). Hadiah ini tidak boleh ditebus sekiranya pihak kami merasakan ada unsur-unsur pemberian klu kepada anda. TEEEEEEEETTTTT!!!!



Tuesday, August 04, 2009

< 109 > I don't know

LIFE IS FULL OF DRAMAS, BUT IT'S DEFINITELY NOT A GAME

I don't know your past,people but I definitely know mine. Full of stories Allah had planned for me. I've made so many mistakes and none of them I'm proud of.

I don't know what best for you,people but I'm sure we all wake up every morning hoping for a better day. I'm just like you. But we are still different. We all have that thing we called past which have shaped and colored us without we even realized it. That's why we have arguments on certain things. That's why, Mohan Pai took Sydney D' Souza side (taruh nama lecturer sket sbb diorang bising cakap student M'sia tak tau nama Dr.) while mom always second dad (*~*)<----homesick

I don't know what you're thinking,people but I'll be grateful if you stop making gratuitous assumptions about me. I may look unapproachable but every beats of my heart welcome the people who I care so much. I may appear simply approachable but don't take me for granted. You never know what lies deep down inside me. No,being in my shoes isn't easy. I don't think you fit in. (Kasut aku size 4,anyone???)

Yes,my life moves forwards, even you don't think so. It isn't a fashion show where you can walk in an outfit resembling Audrey Hepburn 15 years after her death. (Owh,long skirt is so gonna be a hit this season!Go yellow,lady!Give fringe a try also!) The past-as long as I don't forget them all, will always be my guardian angel. With arms wide open, they usher me to a correct lane, nourish me with self-integrity, offers precious belongings spelled e-x-p-e-r-i-e-n-c-e so that whatever actions I take today will secure my future.

Sunday, August 02, 2009

< 108 > A brand new start

DON'T ASK ALLAH TO GUIDE YOUR PATH IF YOU'RE NOT READY TO MOVE

This isn't my first time blogging. I posted so many pathetic entries in my previous blog that I feel I need a new room with fresh air for this new me to breathe easily. OK, not so new me. I would say that it's an old me making a comeback. The AtTimeYouPassI'mClowningAndLaughing me. If you're happy and you know it,clap your hand!!! *clapsclapsclaps*

You may be expecting sentences like "this is my world of rumbling..bla bla bla..welcome..hope you'll enjoy reading this" to be written next. DANG! Good try but wish you better luck next time [ Told ya', I'm so atypical.YEAY! ]

This isn't a journal that I need to post new entries every day. Nor I'm having this blog because you have one. Ewwww~~ I'll write when I feel like writing. I'll write in whatever language I understand. I'll write like nobody's business.

Most of the time, I manifested the hidden inner childish voice of mine so be prepared for some crappy incomprehensible stuff to be exhibited here. Sometimes, I will be less lunatic that I will come out with not-a-judgment-it-is-just-my-view of what's happening around the globe. All the time, I'll write with my heart. No fake-fake one lah. lalalalalala~ This is me and I couldn't care less if you don't like it. I can only suggest you to click the "Next Blog" tab. You don't find it?Scroll up lah! TEEETT!