Showing posts with label DariDapurDokter. Show all posts
Showing posts with label DariDapurDokter. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Murtabak Maggi

Wohoooooo! Bulan puasa bulan mulia. Dan bagi anak-anak dara yang berpandangan jauh (macam aku.eceyh!) pastilah ini bulannya untuk men-test power di dapur dan mencuba resepi-resepi yang bakal digunakan sebagai senjata menambat hati suami dan mak mertua. TOINK! Oklah tu...setelah 11 bulan yang lainnya diisi dengan gosip-gosip bersama sahabat di ruang tamu, makanya bulan yang 1 ni, asuh-asuhlah diri untuk berhenti bergosip, dan melangkah-langkah lah ke dapur.

Ada lagi setengah jam sebelum berbuka. Menu 1 dah siap, yakni Murtabak Maggi! Yeay! Ini kali pertamalah mencuba.Hasilnya tak berapa nak cantik lagi rupanya...rasa InsyaAllah sedap. Mana aku tahu? Eceyh, kalau dah Melayu, memang terror bab "agak-agak" dalam masakan ni.HEHE. Tak payah nak celoteh panjang, kita terus pergi pada resepinya ya.

Pertama,dah nama pun Murtabak Maggi kan. Mee Maggi kira bahan utamalah, di samping telur. Masak Maggi sebungkus atas api macam biasa sampai kembang. Tak payah taruh perencah tau!

Dalam masa yang sama, pecahkan 3 biji telur dalam besen. Pukul rata. Masukkan bawang besar yang dah cili merah yang dah dipotong kecil-kecil. Ini ikut  suka hati lah. Kalau nak taruh daun sup daun bawang pun boleh =)

Oh,tadi aku masukkan juga daging ayam cincang beserta perencah Maggi sekali dalam adunan telur tu. Tepung jagung pun aku masukkan juga dalam satu sudu. Yang penting pukul kasi rata semua bahannya.

Jangan lupa masukkan garam dalam sesudu kecil. Teori akulah,memang kena lebih garam sikit sebab murtabak ni kita ratah saja, tak makan dengan nasi ataupun lauk pauk lain. So,memang rasa dia kena betul-betul cukup masin ,melainkan ko nak makan murtabak cicah kicap. Ewwww!

Kemudian, masukkan maggi yang dah siap ditoskan kepada adunan tadi. Gaul sampai semua urat Maggi tu kena telur.. Perghhhh!

Ambil kuali leper (frying pan), sapu-sapu minyak sikit biar betul-betul panas dan bolehlah masukkan adunan akhir tadi. Senduk demi senduk. Janganlah longgok sekali semua. Susah pula nak terbalikkan nanti. Bila dah letak atas kuali, tekan/tepek sikit dengan sudip,biar ada bentuk sikit.

Masak hingga kekuningan. Kalau nak garing sikit pun tak apa. Kehendak nafsu masing-masinglah!

Bila dah siap,boleh hidang bersama sos cili =))))

Lebih kurang beginilah murtabak Maggi pertama yang aku buat. Memang hari ini dalam sejarah betul!

Lagi 10minit nak berbuka..Kena pergi masak sayur pula!Selamat mencuba kepada yang nak mencuba!
Toodles!

Monday, July 18, 2011

Tilapia Masak Taucu

Yezza!Chef Campak-Campak anda kembali beraksi. Maaflah sebab sebulan yang lepas teramat sibuk dengan kerja-kerja klinikal. Bila dah sampai giliran unir Perubatan Am memang alamat tak menang tanganlah. Perubatan Am kalau ikut pandangan aku,merupakan subjek paling asas yang harus dikuasai seorang doktor. Tapi bila nak kuasai Perubatan Am ni pulak, kenalah mantap bidang Anatomy, Physiology, Pathology dan Pharmacology.

Anatomy merupakan ilmu tentang struktur organ dalam badan manusia, Physiology pula tentang bagaimana organ-organ tersebut berfungsi dan bekerjasama sebagai satu rangakaian sistem. Pathology menerangkan pula tentang contoh-contoh gangguan ataupun kegagalan fungsi. Dan akhir sekali, dengan ilmu Pharmacology, kita akan menentukan ubat yang terbaik untuk seseorang pesakit. Dan untuk memahamkan semua subjek ini bukanlah semudah menghabiskan drama bersiri Grey's Anatomy mahupun House MD secara marathon di hujung minggu. TOINK!

Tak pasal-pasal dah bersyarah tentang ilmu perubatan pula. Mesti kau orang ingat aku suka sangat nak gambarkan betapa susahnya nak jadi doktor kan? HAHA. Tak langsung!!! Aku tak bersusah payah pun nak tulis perenggan kat atas tadi. Aku hanya ceritakan perkara yang betul. Jadi kalau ia kelihatan dan "kebacaaan"  dan tergambar sangat susah di fikiran korang,mungkin ianya memang susah kot??? TEHEEE!

Dah-dah..berbalik kepada resepi yang aku nak kongsikan hari ini. Tilapia masak taucu. Sebenarnya masak taucu ni boleh guna apa-apa ikan je aku rasa. Nak senang ikan kembong la kan. Murah pun murah. Tambah-tambah bila musim hujan dekat India ni,harga ikan memang melambung lah. Tapi tadi kat SPAR yang ada hanyalah ikan kerisik, bawal dan tilapia. Yang lain semua ikan terlampau gedabak ataupun terlampau mini saiznya. Maka akupun vote for tilapia!


Nak sediakan masak taucu ni mudah saja..Hah,kalau dah Chef Campak-Campak kata mudah tu,memang ianya amat mudahlah. Sebab kalau masakan lain mesti berpeluh dahi dan ketiak jugalah aku nak masak. Silap-silap sisa perpeluhan tu jadi garam tambahan dah.LOL.

Pertama, ikan-ikan digoreng macam biasa. Guna serbuk kunyit.
Kedua, sementara nak tunggu semua ikan siap digoreng, bolehlah sediakan kuah taucu tu. Macam biasa, bawang putih,bawang merah halia haruslah ditumiskan. Standard masakan melayu lah kan.
Ketiga, masukkan kuah taucu (kacang masin) Cap TAMIN. (hah,suka hatilah ko nak pakai cap apapun sebenarnya) Sukatan haruslah berdasarkan moto utama masakan melayu -  "Agak-agak!" Jangan tak caya ok,chef-chef antarabangsa yang terkenal pun dah reti guna perkataan ni ok. Anyway,untuk masakan hari ini, untuk 4 ekor ikan,aku guna 4 sudu besar taucu tu.
Keempat, tambahkan air dalam 2-3 cawan dan kacau.
Kelima, tambahkan air asam jawa dalam setengah cawan.Bergantung kepada kepekatan air asam jawa tu ya. AGAK-AGAKLAHHHH! =p
Keenam, agak macam dah ada rasa taucu tu,bolehlah masukkan ikan yang dah siap digoreng tadi ke dalam kuah taucu.Biarkan dalam 8-10minit bagi rasa taucu meresap dalam ikan sikit. Toksah gatal nak tambah garam dah. Taucu tu dah cukup masin ya tuhan!

SIAPPPP!



P/S: untuk resepi taucu pedas/berlada, aku cadangkan bawang,halia dan cili merah dikisar terlebih dahulu sebelum ditumiskan. Fuhhh!mesti lagi sedap tu.Eceyh. Selamat mencuba.

Thursday, June 23, 2011

< 273 > Masak Lemak Cili Padi

Hai semua!!!! Chef Campak-Campak anda kembali lagi beraksi setelah lama menyepi selepas 2 siaran saja. HAHA. Tapi untuk tidak digelar semangat ala-ala hangat tahi ayam,hari ini,aku nak berkongsi satu lagi resepi mudah, Ayam Masak Lemak Cili Padi.Cili padi ke cili api ke suka hatilah korang nak panggil apa.

Tuh dia gambar sikit punya besar GoogleImages ni bagi.Orang Perak biasanya panggil cili---> cabai..Hari tu balik Malaysia sempat juga aku capai 2 pek dekat Tesco. Al-maklumlah,nak dapat kat India cili-cili merah ni...memang harapanlah!

Ok,tak payah nak mengomel benda yang tak ada kaitan. Kita terus pergi kepada cara-cara nak memasak ni. Bahan-bahan yang diperlukan untuk di-blend termasuklah bawang besar,bawang putih,bawang merah,kunyit dalam 3cm dan juga cili padi tadi. Terpulanglah nak banyak mana.Lagipun pakai blender je kan..Lainlah kalau korang nak menumbuk cili pakai lesung batu macam Mak Yang aku.(Kalau cili tumbuk memang pedas dia lain macam woooo!Best gila!) Kalau nak pedas terangkat khususnya untuk anak jati Perak macam aku,untuk sekilo ayam bolehlah guna dalam 15-20 batang cili padi.Tapi kalau nak memasak untuk orang-orang Pantai Timur kenalah kurangkan darjah kepedasan sikit ya.Aku cadangkan untuk setiap 100g ayam gunalah sebatang cili padi dah cukup,kot? 

Jadi...Macam biasalah,bahan yang dah dikisar tadi tu kita tumiskan sampai baik bau. Lepastu masukkanlah ayam. Kalau ada nak taruh serai,boleh letak sekali waktu ini. Gaulkan dan biar untuk 8-10 minit pada api perlahan.Biar rasa cili tu meresap sikit ke dalam isi ayam. Lepas tu tambahlah santan.Kacau dan kalau rasa nak kurangkan kepekatan santan/rasa lemak santan tu,bolehlah tambahkan air. Kalau aku,aku suka tambahkan air dalam blender yang digunakan untuk kisar bahan tumisan tadi. Kira kasi bersih semua sisa-sisa cili yang ada dalam blender tu. Di samping menambahkan darjah kepedasan ke tahap maksimum, nanti nak basuh blender pun senang.HEHE! Satu lagi,kalau nak tambahkan ubi kentang,bolehlah letak masa ini sekali.

Langkah seterusnya,tambahkan serbuk kunyit sikit demi sedikit. Jangan selonggok terus. Setiap kali tambah dalam setengah sudu kecil,kacau dulu bagi sebati warna barulah buat keputusan nak tambah lagi ke tak.Ok? Tambahkan garam secukup rasa. Dan akhir sekali....ini aku dapat lepas perhatikan Kak Wani masak...Dia perahkan limau nipis jugak. Semalam aku cubalah juga. Pandai-pandai agaklah ok.. Semalam untuk ayam dalam 800g tu aku guna satu suku (belah 4) saja pun dah cukup  untuk naikkan rasa sikit. Rasa apa tak tahulah nak gambarkan,tapi yang pastinya, lebih sedaplah!TEEETTT! 

Biarkan pada api sederhana untuk 15-20 minit..InsyaAllah,masakan anda akan kelihatan sebegini rupa.

Atau mungkin lebih hebat lagi dengan rasa yang lebih sedap!!!Selamat mencuba!

Oh,nak berkongsi petua untuk hilangkan rasa pijar/terbakar tangan sebab pegang cili api ni...Elok dah selesai semua kerja tu,ambil la garam secukup rasa dalam satu sudu kecil,dan rata-ratakan ke seluruh tapak tangan sambil kepal-kepal tangan tu. Buat dalam seminit dua,kemudian basuhlah dengan air. InsyaAllah,rasa terbakar semua tu akan hilang. TOINK!

Wednesday, April 06, 2011

< 259 > Sotong Bersalut Tiram

Hello!Chef CincaiCincau kembali lagi setelah hampir seminggu ketiadaan internet. Tekanan sungguh. Nak berbual-bual terbang ke bulan memetik bintang pun kena berkira masa dan wang ringgit. Kalau pakai Skype sampai Subuh pun tak apa.HAHAHA.Motif dan kaitannya dengan sesi DariDapurDokter,apakah?

Habis dah meluahkan perasaan. Kali ini aku nak kongsikan menu yang dimasak guna satu bahan yang aku rasa layak dipanggil a kitchen magic,yakni Oyster Sauce atau nama lebih mesra Melayunya,Sos Tiram.Yeay!

Menu kali ini mudah kacang nak mati,atau orang putih cakap chicken easy.Ek?Macam tak je..Sebab aku nak masak sotonglah kali ini..Langkah-langkahnya seperti di bawah ya tuan puan

1) Gaulkan sotong bersama serbuk kunyit.Agak-agak setakat nak bagi warna saja.Jangan kau hangguk taruh sekilo serbuk kunyit padahal sotong setakat segenggam bayi 2 bulan je.

2) Gorengkan sotong sekejap dan angkat letak atas pinggan bertisu. Dulu aku rasa orang kaya poyo saja yang nak menghabiskan duit beli tisu semata-mata untuk serap minyak dari makanan. Ye la,mama dekat rumah masak cekodok ke cucur ke letak atas suratkhabar je.HUHU. Tapi sebab aku pun dah kaya duduk India ni mementingkan pemakanan yang sihat,aku pun dah ikut sama guna tisu-tisu ni.
Gila kau...minyak!kalori!OMG!!!ok,over je description.

3) Bila dah angkat semua sotong tu,buangkan sikit minyak dari kuali ke mana-mana bekas simpanan minyak yang ada kat rumah korang. Tapi kalau kau memang super kaya,boleh saja buangkan semua minyak tersebut dan gantikan dengan minyak yang baru,agak-agak sesudu besar pun dah cukup sebab langkah seterusnya ialah menumis adik-beradik bawang,macam biasalah kan.HEHE.

4) Ingat tema dapur kita? HIJAU! jadi,kali ini guna capsicum ataupun nama lainnya cili bulat,kot??? Agak-agak lepas tumisan tadi tu dah naik bau yang semerbak,bolehlah masukkan capsicum tu. Pastikan kau sabarlah nak tunggu naik bau tu. Aku rasalah kan,ibu-ibu sedunia ni develop sifat penyabar diorang dari dapurlah. Nak tunggu naik bau ni pun sikit punya makan masa.HOHO.


5) Kacau-kacau sikit bagi agak masak. Selalunya sayur-sayur ni aku tak bagi peluang lama sangat duduk dalam kuali. Nanti vitamin-vitamin semua terurai dek haba-haba makanya tak ada gunalah sayur itu melainkan untuk mengembungkan perut sahaja. Lepas 2-3minit ke,kau masukkan semula sotong tadi diikuti dengan sos tiram. Sos tiram aku kalau kat Malaysia memang tak lain tak bukan cap Kimball. Kalau dekat India ni,mungkin cap Pantai lah yang rasa nak hampir sama.

6) Gaullah semuanya sehingga sebati dalam kuali[ayat durjana lagi]. Tak payah tambah garam sebab sos tiram punya rasa masin manis tu dah cukup la pada aku. Pesanan dokter, kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan boleh mengundang masalah tekanan darah yang tinggi seterusnya komplikasi kepada jantung dan buah pinggang dalam jangkamasa panjang. *senyum*


Kepada yang teringin mencuba menu cincai ini,ChefCincaiCincau ucapkan selamat mencuba! TOINK!


Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Ah,senyuman itukan satu sedekah juga! *senyum*

Wednesday, March 30, 2011

< 257 > Ayam Masak Ros

Hai semua! Tiba-tiba aku rasa macam nak wujudkan satu lagi sesi khas dekat blog ni. 3D-Dari Dapur Dokter. Eceyh!Mengancam tak nama? 

Kalau segmen Doctor Does Doodle aku banyak mengomel pasal studi, hospital dan pesakit-pesakit aku, segmen 3D yang ini pula macam namanya, lebih pada aktiviti gelap aku di masa lapang dan lapar.LOL. Sekadar nak berkongsi pengalaman memasak di perantauan di samping buat Mama rasa bangga. HAHA.InsyaAllah,setiap minggu aku kongsikan apa-apa resepi masakan sempoi-sempoi aku dekat sini.

Diingatkan juga,jujur aku cakap ya..Aku memang tak hebat memasak. Kalau ikutkan memang nak angkat sumpah mengaku aku ke-bimbo-ness aku adalah di tahap maksima bila berada di dapur. Duduk asrama dari umur 9 tahun *alasan* Lepas itu bila balik rumah, memang Mama hanya ajak-ajak ayam ke dapur suruh potong bawang, sayur atau basuh pinggan sahaja. Jadi memang apa-apa yang aku masak banyak bergantung pada pemerhatian dan aci suka hati je. Tak lupa juga banyak juga masakan adalah hasil kerajinan bertanya kepada rakan-rakan [sebab tak tahu nak buat apa dah masa clinical posting!].Rakan-rakan di sini memang hebat. Tunggu masa saja untuk menggendutkan bakal suami masing-masing.LOL.

Masakan ala-ala sahaja. Namapun aku bagi ikut sesedap gaya secukup rasa je. Mungkin berguna untuk rujukan pelajar-pelajar bujang yang mempunyai masalah yang sama macam aku. Eceyh. Tak adalah lepas ini, member aku dekat Jepun,Jin[bukan nama sebenar] sibuk nak YM sebab nak tahu pasal resepi-resepi. Eh tapi, aku susah nak panggil apa yang aku akan kongsikan ini sebagai resepi, sebab aku main tulis dan agak-agak je. Ye,itu kunci utama aku bila memasak.Percayalah pada naluri anda. HAHAHA. *rasa macam nak lempang laju-laju tak?*

sure tak sampai hati lepas tengok muka comel di atas kan? *lempang lebih laju*

Masakan minggu ini - Ayam Masak Ros. Entah,lebih kurang macam Ayam Masak Merah tapi sebab aku buatkan dia jadi manis terlebih dan lebih berkuah kot?

1- Blend semua adik-beradik bawang dan halia sekali. Bawang merah[kecil] kasik taruh banyak sikit.Agen pemanis semulajadi yang penting tu.Agak-agaklah ye. Aku nak masak ayam 2 ketul je. So,aku guna bawang besar satu,bawang kecil dalam 6, bawang putih pun dalam 5 6 ulas juga. Heh,garlic is so my fav!Masa nak blend tu,taruh air sikit serta garam.

2- Kisar cili kering. Boleh kot taruh cili merah hidup sekali.Tapi kat India ni memang wassalam-lah nak jumpa cili merah hidup.Jadi untuk berani mati,guna saja cili kering tu. In case ada yang tak tahu, cili kering tu kena potong dua buang biji-biji dia sebanyak mungkin[kalau tak nanti pahit] pastu rebus/rendam dalam air panas dalam 15 minit ke.

3- Bawa keluar ayam dari peti ais.HEHE. ini sepatutnya step 1st. Tapi tak apa,ayam senang je nak defrost. Susah sangat,pergi taruh dalam microwave seminit dua.Teknologi perlu dimanfaatkan.TOINK!

4- Ok.Panaskan minyak dalam kuali.Api sederhana ye puan-puan (tiba-tiba bercakap macam Chef Wan) Minyak jangan banyak sangat. Tak elok untuk kesihatan.Tak kisahlah minyak apa kau guna. Kalau guna berlebihan tetap ada mudaratnya. Letak just enough untuk tumiskan bawang-bawang yang dah kena blend tadi.Macam mana nak agak? Hurmmm...aku tak ambil gambar pulak. Tapi kalau kau perhati kan, bila kau tuang bawang tu nanti, ada lingkaran minyak terbentuk sekeliling bawang tu. Ha,lingkaran tu jangan bagi dia tebal sangat. Buat apa nak makan minyak? Nak jadi orang minyak ke?

5 - Bila dah naik bau yang ala wangi semacam, kau tuang pula cili kisar tadi.Kacau Kacau Kacau sampai ko rasa puas hati. HAHA. Orang selalu kata sampai pecah minyaklah. Yakni,bila minyak akan bergerak ke tengah-tengah kuali sampai akhirnya hilang. Selagi belum,maknanya  cili tak masak. Bila cili tak masak betul-betul, boleh menyebab sakit perut. Itu yang aku fahamkanlah.Penjelasan saintifik?Bukan di sini.*malas* Tapi untuk masakan ni aku tunggu 5 minit je terus aku campak ayam masuk.

6- Gaul ayam bersama sambal tu dan tutup kuali biar haba dan segala wap-wap panas terperangkap. Biarlah dalam 15minit. Pergi solat dulu ke. [makanan belum terhidang ye. So, tak ada alasan nak lewat-lewatkan solat.huhu].

7- Boleh taruh kentang juga serentak dengan ayam tadi. Aku teringat ni masa tengah angkat takbir solat Isyak.TOINK!

8- Selesai solat, tambahkan santan dalam setengah cawan. Purpose? Entahlah..saja nak bagi kuah dan rasa lemak-lemak sikit. Kacau Kacau Kacau. Rasa. Dan memetik kata-kata orang yang lebih berpengalaman [walaupun ayat dia sedikit durjana], langkah terakhir ialah tambahkan garam secukup rasa *kelip-kelip mata* Oh,aku rasa aku ada letak asam keping juga satu.

9- Aku hidangkan dengan cili hijau sebagai hiasan. Simply because, kalau aku masak mesti kena ada warna hijau sikit. Serta aku suka PEDAASSSSSS. yezzza!



Selamat Mencuba Jaya.Yes,cuba jaya.Itu prinsip dapur saya.Prinsip Mama juga rasanya.Jangan terlampau ikutkan resepi turun temurun. Kalau semua asyik sama, tak akan pernah ada perkataan Chef dalam kamus.Setuju? Bukan,saya tak kata saya hebat macam MasterChef segala. In fact,saya tak layan sangat pun rancangan tu.Saya cuma belajar memasak guna apa yang ada. Bukan kena ada itu dan ini dulu baru nak memasak.Janji bila saya makan, rasanya boleh tahan dan tak sakit perut atau pengsan. SO,kira OKKKAYYYYYYYY laahhhh!