Monday, October 12, 2009

< 134a > Heroes [season:autumn] = Dzulhelmi

ABANG AKU PUN BAKAL DOKTOR JUGA

Aku nak menulis tentang banyak perkara hinggakan aku tak tahu nak pilih yang mana. Jadi aku pilih nak bercerita tentang hero-hero ini sahaja.


Kita mula dari kanan,sebab itu lebih afdhal. [Bukan Afdhal Faisal yang rajin YM saya sekarang.Ape kes Dal?Rindu Ida ek?]
Mula menaip sekarang.Sebab ada kerja lain menanti.


Tak boleh nafikan,memang inilah saudara seibu sebapa yang paling rapat dengan aku. [adik-beradik yang lain jangan makan hati] Satu-satunya abang kandung aku.Tak tahu kenapa,mungkin sebab kami berdua yang paling awal berhenti minum susu botol.Siapa paling lambat??jeng3..syhhhh!!itu rahsia keluarga.

Atau mungkin sebab daripada kecil,aku rasa secure dengan dia. Masa dekat rumah lama kitorang dulu, masa tu aku baru umur 3 tahun kot,aku cakap kat Ayah yang aku nak "beyak".LOL!Jenuh aku tarik-tarik Ayah suruh teman,tapi Ayah tak nak.Tengah Kejor-Yop-Kejor-sorakan-kami @ bola la tuh.Memang aku penakut pun kecil-kecil dulu. Rumah tu setingkat je pun.15 tapak dari ruang tamu,dah ruang makan.15 tapak lagi,dah sampai bilik air. 5 tapak ke kiri bilik air,adalah dapur.5 tapak ke kanan adalah jamban.LOL!Eh,tapak kaki kanak-kanak comel macam gambar di bawah ye(*-*)

sebelah tu Along,lepas aku tangkap gambar kat situ,mesti dia akan tiru juga.
tengoklah 1 saat lagi.

aku dah kata! =)

balik pada cerita tadi.Aku pun dengan terkedek-kedek punggung tonggeknya pun pergilah jamban tu sendiri. Tapi nak masuk je,disebabkan ada bias-bias cahaya sikit,aku nampak macam ada benda melingkar lawa je kat bucu dinding. Tak jadi masuk.Patah balik.Tarik ayah lagi.Cakap "ada uyar yah,ada uyar".[Selamba je taram ular sebab sama sangat macam yang aku tengok dalam kartun cerita binatang kat TV2 pagi-pagi.]Ayah tak gerak.Panggil along.Aku ingat lagi ayat Ayah."Helmi,temankan adik kamu ni sekejap,dia kata ada ular,getah paip je tu.Kamu bangun sekejap".Along memang anak yang patuh.Sampai sekarang.Dia bawak aku.Dia buka lampu[cis,mentang-mentanglah tinggi sampai nak petik lampu] Bila dah terang lagi bersuluh.................................jeng3!

Dan macam mana Ayah aku bersilat melawan ular tu bersama-sama jiran-jiran yang lain,tak perlulah aku cerita kat sini,sebab ni bab Along,bab Ayah akan menyusul kemudian. Walaupun sedikit terkilan sebab Ayah aku tak percaya aku mula-mulanya,tapi tiba-tiba aku macam bangga pula sekarang bila fikir yang Ayah aku faham bila aku cakap "uyar" tadi.HAHAHAHA!Memang bukan Along yang pergi bunuh ular tu,tapi aku tak tahu nak jelaskan macam mana,cuma aku rasa selamatlah kalau ada dengan dia walaupun dah tua-tua nih dia suka bawa kereta macam pelesit =p [Potong stim Along yang baru nak terharu.kan?kan?kan?]


Amer Fort,Jaipur-Dec2008
Satu lagi,kitorang tidur sekatil masa kecil-kecil dulu.Sekarang?jangan tanyalah!Itu satu lagi rahsia keluarga.HAHAHA! Satu malam tu,pukul 3 pagi camtu,Mama kejut aku suruh bangun,Along pun masa tu berdiri sebelah dia. Terkejut juga aku ape kes pulak Along boleh ada kat situ.Tengok sebelah,Along takde.Ok,bukan hantulah tu.TEETT! Rupanya tempat aku tidur tu dah basah dan Along pulak yang dah Darjah 5 sekolah agama [boleh ambil UPKK] tersedar,terus dia perlahan-lahan pergi kejutkan Mama [bajet tak nak Ayah tahu tu]sebab dia ingatkan aku dah menjengah *menarche,tapi Mama mestilah lebih pandai, sekali bau je dah tau itu produk *enuresis. Along ingat lagi tak?Owh,ada siapa-siapa yang masih ingat subjek Fekah Tahun 3 sekolah agama?Aku ingat sangat!!! TOINK!

Cis,macam menyesal pula tulis perenggan tadi. Nak padam sayang pula. Mesti Along boleh buat bahan nak ugut aku nanti. Eh tapi Long,jangan lupa. Dulu kita kan selalu main banjir-banjir. Ingat tak kita selalu tutup lubang air tu dengan baju-baju so that air bertakung dalam bilik air and then kita berlakonlah lemas segala. Tipulah kalau masa tu kita mandi dengan lengkap berpakaian kan?TOINK!TOINK!Anum tahu birthmark Along!!! *gelak jahat* HAHAAHAHAHAAHA! 1-1

Lagi...macam banyak.Tak tertulislah dekat sini.Yang pastinya,Anum cuma nak Along tahu yang Anum sayang Along secara banyak.Dan Anum akan tetap peluk Along dengan penuh kasih sayang walaupun masa tu boyfriend kat sebelah terliur je tengok.HAHAHAHA! [ingat!warna kelabu bermaksud perkara lepas,bukan sekarang =p] Dan Anum akan sentiasa bagi apa-apa saja barang yang mengingatkan Anum dekat Along,walaupun Along jarang bagi hadiah.Cis,tiba-tiba ungkit.Tak,Anum tak kisah.Apa lagi nak marah.Anum tahu Along frust sebab Anum bagi hilang jam yang Along bagi tu.Anum tahu bukan senang Along nak beli jam tu.Anum tahu jam tu mahal.Anum tahu kat jam tu tulis Omega.Anum tahu Along sedih.Anum tahu Along mesti pikir banyak kali bila nak bagi barang kat Anum.Anum tahu Along mesti akan ungkit pasal tu setiap kali Anum minta hadiah.Dan Anum tahu yang.....Along tengah nangis dan rasa bersalah gila bila baca ni. HAHAHAHAAHAHA!Bagus,sila pos stetoskop warna merah jambu tu sekarang!!!






*menarche = commencement of menstrual cycle
*enuresis = bed wetting

13 comments:

lel said...

kirim salam kat abangmu

heh comel stateskop pink
bg aku laa~

haha kiut korg masa kecik

norfaridahanum said...

nak kem salam ke?
xpelah,esok2 abg aq baca nih,trus dia jwb je.kan along kan?
haha!

try r ngorat abg aq kot2 dia nk kasik kat ko stet tu..dh berkurun aq tnggu dia poskan nih =p

owh,tenkiu =) [nih pehal x tdo lagik nih?]

Dzul Helmi said...

ces..
along r amik gmbr 2 dl
ps2 br anum mnyebok
huhuhu...

dh bli tp xde r pink cm gmbr tu
tp tgh bz
nxt wk xm

norfaridahanum said...

bluwekk!nmpk x along kat seblah time anum amik gambar tu?nmpk sgt along x sempat2 nk masuk gmbr jugak.huhu!

xpe r along,along beli yg kaler cam raspberry tuh kan?comeyl mcm anum je jugak =)

owh..all d best all d best.tuh r,igt nk call along r tnya apsal dh lama x online..orait2!aja aja fighting!haha!

Dzul Helmi said...

hu...
x on9 sbb wyrless cnction
kt klj ade prob
tgh under renovtion
die off wyrless
sengal btol

tp bgus gk
bleh fokus stdy skit hu..(pdhl bosan kt blik)

enyheartsdiamond said...

hehehe..
besnya ada abang;)

Lola MK said...

aku pn nek trharu bile bace..smp ayt last..aku bntai glak kuat2..haha!!sure org igt aku gado ngn bf smp jd gile pstu glak sorg2 dlm blik.hahaha lg!!

norfaridahanum said...

along: xyah tipu r..sape plg byk ckp ayat dia nk fokus study tu la palaing x fokus ok =p

ernie:huhu!ye..lebih best bila abg tuh satu kepala je dgn kita.cool owh~~ [tiba2 promo abg sndri]

lola:welcome back..like finally!!!
i miss u so much darling.pe cer??
aq mmg tak pernah fail dlm menghasilkan entry berbaur ke-ter-haru-an nih kan?but siyesly lah,yg part conbra tu sampai mati pun aq igt ok..syg dia secara banyak!

norfaridahanum said...

anyway,anyone knows whether ckp2 org yg kata,kalau kita bunuh ular tedung/senduk,nnt pasangan dia akan cari kita balik nk bls dendam. aq smpi skrang takut owh~~~~btul ke?

lel said...

dia tak jawab pun salam aku
weh dia ada awek tak?

norfaridahanum said...

along along!ade awek x?
haha..tgh sibuk nk exam tuh.

p/s:takde..konfem!semua aq yg tapis dulu.haha!

Anonymous said...

hahahaha...
anum tuuuuuut kat ats katil....
hahahaha...
buat malu je..
haha..
blh gne ni utk ejek anum ni..
hahahahaha....

norfaridahanum said...

alaa......tlg sket ok..
adhal dlu lagik dasat kot.
malas r nak citer kan???huahuuahua