Friday, January 08, 2010

< 158c > VAC2009: Ringkasan, Rumusan & Repekan Rawak

PASTILAH ALLAH LEBIH MENGETAHUI TENTANG SESUATU YANG DIA CIPTAKAN

Istanbul.....yang buatkan aku teruja sangat pastilah tentang Hagia Sofia @ AyaSofya. Aku lagi suka menyebutnya sebagai AyaSofya sebab dulu aku pernah punya keinginan nak namakan anak aku camtu. HAHAHAHA!Tapi sekarang dah tukarlah. Nak pakai nama Auliya'. Zara Auliya'...wootwoot.jangan tiru!

AyaSofya, yang asalnya merupakan sebuah gereja yang dibina di era kegemilangan Empayar Byzantine, ditukarkan kepada sebuah masjid setelah kejatuhan Empayar Byzantine lantas menyaksikan Kerajaan Uthmaniyyah pula berkuasa. Kalau ikut apa yang aku baca dekat papan informasi tu, banyak kali jugalah berlaku perebutan ke atas AyaSofya ini. Sampai ada bahagian yang pernah runtuh, terpaksa dibina semula, dibakar pun pernah juga rasanya. Macam-macam. Akhirnya, AyaSofya yang kini masih tersergam indah, menjadi sebuah muzium, dilawati pelbagai bangsa dan agama.

Menurut cerita seorang brother yang aku jumpa dekat sebuah kedai ni, pengisytiharan AyaSofya sebagai sebuah muzim berlaku di era pemerintahan Attaturk. Kata brother tu, Attaturk yang buat perjanjian dengan Kerajaan British. Lebih kurang macam "Hey Attaturk,U mau bisnes sama kami,U kena tukar this St.Sophia kepada muzium lah. Big meaning for the Christians la this St.Sophia" And so Attaturk pun cakap ,"ok,deal!"

Attaturk oh Attaturk, siapalah aku nak menghukum kau kan. Cuma dalam pemerhatian aku, teruk jugalah kekeliruan dan kesesatan yang melanda Turki ini. Mendengarkan ayat-ayat seperti.............
  • "I'm a Catholic during the day, alcoholic at night. HAHAHA! But I believe in Allah in my heart. Alhamdulillah"
  • "We're muslim. Free muslim, you know. Flexible. Sometimes drink a glass or two is nothing. You never tasted beer?"
  • "You're muslim. Oh,Alhamdulillah." *menghulur tangan untuk bersalam* Confuse sekejap aku dengan gelagat mereka. Aku bukanlah jenis yang menolak bila orang dah hulurkan salam, akhirnya, aku buat keputusan untuk pakai gloves eventhough masa 3 hari terakhir kami di Istanbul takdelah sejuk sangat. Aku rasa girls yang ada masalah macam aku, boleh kot ikut cara ini kalau ke Turki nanti.
  • "I'm a Muslim too. But do you really namaz(pray) 5 times a day? Ramadhan also,you fast for one month? MasyaAllah"
Tapi yang paling tak boleh blah, apa yang dilalui Dian masa sedang tunggu aku solat. Masa tu, kitorang berpisah sekejap. Dian masa itu pergilah lepak kat satu taman ni. Oh, Istanbul memang sangat banyak taman  ye kawan-kawan. Kita istilahkan sebagai park. Dian pun ceritalah tentang seorang lelaki Turki yang seperti biasa, sangat peramah. Ada teman beritahu yang lelaki-lelaki Turki ni sangat suka perempuan Asia. Ek? Dan bila lelaki tersebut bertanyakan perihal Dian yang tidak mengikut kawannya (kawan dia tu aku lah) ke masjid, Dian pun dengan tenang tapi berseloroh jugaklah, "Oh,it's girl's stuff, you know. There's time of the month that we can't pray." HAHAHAHHA! Sempat lagi tu Dian nak hentam soalan. Si lelaki tu pula menjawab "Oh,you know, we man has our own stuff too!!!"  Okay, Dian terus APAKAH?????? Adoyai! Ada mana-mana lelaki yang boleh bagi aku jawapan. Mana tahu aku belajar Fekah dulu sekerat jalan je. Atau mungkin ayat P. Ramlee "sampai situ saja,terus cikgu kami mati"  Kuang3!


AyaSofya, Istanbul.
Kalligrafi Allah & Muhammad , lukisan Mary&Jesus

Nak masuk AyaSofya kena bayar 20Lira@10Euro. Mahal tu. Boleh jadi antara muzium termahal di dunia selain Musee De Louvre [macam mana nak sebut ni Anith oi?] di Perancis. Nak jadi ceritanya, masa aku pergi tu, AyaSofya sedang menjalani proses pengubahsuaian di bahagian kubah utama. Apsal SPM gila ayat aku tadik? Jangan ulang baca semula. Teruskan saja. HAHAHAHA! Kecewa jugalah aku masa tu. Terus tak tangkap banyak gambar pun. *sedih sekejap* Tapi aku lagi kecewa dengan manusia yang baling-baling bom macamlah bom tu mercun pop!pop! @ mercun bawang. Paling aku kecewa dengan manusia yang memperjuangkan nama Allah tu melebihi kepentingan memperjuangkan agama Allah itu sendiri.

Teringat aku pada brother balik. Hurmmm.. Saat kami perkenalkan negara asal kami sebagai Malaysia, ada riak kekaguman di wajah dia.
"Oh,the Twin Tower? I read it from magazines. Malaysia is beautiful. I like Malaysia. Different religions, staying together, very nicely"
Tak dinafikan, selama aku berjalan-jalan ni, perkara pertama yang selalu menjadi rujukan orang luar ialah betapa "muhibahnya majmuk Malaysia". Hari itu, aku senyum lebar dengar ayat macam tu. Hari ini, aku senyum hambar bila dengar orang cakap macam tu...HAISH!

Dalam Dian sibuk belek-belek barang kat kedai brother tu, boleh pula aku tarik kerusi sembang dengan dia. HAHAHAHAHA! Mungkin sebab aku selesa, mungkin sebab dia tak hulurkan tangan nak bersalam, mungkin sebab dia fasih berbahasa Arab. Aku pun tak tahu. Yang pasti, kisah dia....
"I was a journalist before. I wrote for newspaper and magazines. I wrote on religion. I really loved Islam. But at that time, government don't like it. They limit you. Munafik, you know? Munafik.. And some muslims, they want to know more. They want more, the truth." *mata dia bercahaya wa cakap lu*


"And so I wrote this one article. It was published. And government was so angry with me"


"What article?" *dia senyum sahaja*


"They put me in jail for 3 years. They shot me here" *pointing at his left knee*


"The army hate me. All these policemen don't like me" *perlahan, matanya diarahkan pada 2 3 anggota polis yang berkawal dia hadapan pintu keluar sebuah kawasan tinggalan sejarah* Kedai brother bersambungan dengan bangunan lama tersebut.

"So you stop writing then?" *aku lihat ada buku tebal di atas meja dia*


"Hurmmm.Not published. So,I'm here. This isn't my shop. My friend's shop. I'm just helping him. I have lots of friends. Some of them are bombers too!"


Sayangnya, perbualan kami tak dapat diteruskan sebab ada pelanggan datang dan kami pula harus bergerak ke tempat lain. Ahhhhh...aku dah lama nak mengetahui cerita golongan berani mati ini. Apa dalam fikiran diorang? Apa matlamat diorang? Hurmm.. tak ada rezeki. Mungkin betul mungkin tidak apa yang brother cerita. Wallahua'lam. Sebelum kami bergerak keluar, berulang kali brother cakap "People here will change. It's changing. It's changing. InsyaAllah"  Ada harapan yang besar dalam setiap patah nada itu. 2 hari seterusnya kami ke kedai itu lagi. Tapi, tak ada pun kelibat brother di situ. (kecewa Dian sebab brother je yang bagi diskaun kat dia kaw-kaw punya.HAHAHAHAHA!)

InsyaAllah, Istanbul..aku akan kembali lagi. Dan kita lihat sejauh mana kau berubah. Sejauh mana aku berubah.  Aku perlu kembali lagi sebenarnya, sebab bajet yang tak mencukupi menghalang aku untuk menapakkan kaki ke Topkapi Palace. Dikhabarkan, di dalamnya ada dipamerkan pedang kepunyaan Saidina Uthman dan beberapa "peninggalan" Rasulullah. Juga diceritakan yang senibina istana tersebut sangatlah mengkagumkan. Kreatif tahap petala langit ketujuh la kot. HUHUHUHU! Jadi aku hanya berlegar-legar dalam kawasan antara gerbang utama dengan gerbang kedua je. [Ada satu lagi gerbang yang dipanggil gerbang istana] Kawasan itu kalau merujuk pada Encik WeyhApaDia?[Wikipedia], dinamakan sebagai middle courtyard. Itupun dah cukup lawa.


Gerbang Utama


Gerbang Kedua




Middle Courtyard

Kalau nak masuk tempat yang sangat menarik tanpa perlu sebarang bayaran, pergilah ke Blue Mosque. Lawa gila siot..Sumpah,tak tipu. Tapi, lawa tu subjektif kan. Baik aku letak itu sebagai pandangan peribadi sahaja.







 Memang tertegun dan terpegunlah aku sebentar. Alhamdulillah, aku berkesempatan berjamaah dua kali di situ. Moga-moga ibadah diterima Yang Esa, terutamanya yang hari pertama tu, sebab tengah solat pun rasanya mata curi-curi jugak tengok persekitaran dalam masjid. Adoyai! Belum kira lagik ushar makcik-makcik dan awek Turki yang solat tapi berjambul cantik je kat kepala. Lagi adoyai!







Sebagai penutup, maka dengan ini aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. [ok,ini pengaruh penulisan ZahirilAdzim!]. Allah pemilik sekalian alam. Dialah tuhan seluruh umat manusia. 
Renung-renungkan. Dan selamat beramal!!!!


Blue Mosque disimbahi cahaya lampu limpah saat malam menjengah. Gah. Indah.

Oh,bila penulisan aku ada unsur-unsur "Kepercayaan Kepada Tuhan" & "Kesopanan & Kesusilaan" je mulalah semua orang malu-malu alah nak baca ek? Amboi...biasa niiii...TEEEEETTTTTTT!

Siapa yang baca daripada mula sampai habis, angkat tangan!!

Gerome,Cappadocia

Nak angkat tangan secara sempoi, boleh tiru gaya bawah ni. Cool la konon kan?

Istanbul

Yang tak baca sampai habis, tapi gedik jugak nak angkat tangan, kenalah angkat tangan secara gedik jugak kan? Scroll down untuk lihat rupanya.


Selcuk

Nak lagi meriah, boleh angkat dua-dua tangan sekali. Macam si bimbo dalam gambar di bawah.

Hippodrome, Istanbul

Kalaupun kau rasa loya dengan penulisan ni, janganlah sampai kau terajang skrin tu weh. Bila-bila masa saja kau boleh klik pada tanda pangkah kat penjuru kanan muka surat ni. Jangan juga tinggalkan sebarang ulasan yang agak menjolok mata. Ingat,kita ada kubu keharmonian yang perlu dipertahankan dan dikukuhkan kembali sebab sana-sini dah retak. Tak faham bahasa jugak? Meh sini aku sepak!

The Traventine, Pamukkale



notapenutupkakiuntukdirisendiri: 08/01/10..Muhasabah..Teruskan berdoa padaNya untuk petunjuk dan hidayah. Ingatlah,saat ke arah yang lebih baik kau berubah, tekadkan istiqamah. InsyaAllah, tiada apa yang payah................

16 comments:

Anonymous said...

waaah..jeles2!! Doakan ak dapat melawat Turki nanti..:)
Alhamdulillah, ada jugak Brother kat sana yang masih kuat memegang kepada ajaran islam n masih berjuang utk membawa perubahan. Moga kita semua dijauhi dari salah satu tanda kiamat iaitu apabila takde sorang pun manusia menyebut kalimah Allah di muka bumi ini.

Anonymous said...

owh..ak angkat tangan sebelah je..;P

norfaridahanum said...

alhamdulillah...tapi,cat..yg petanda kiamat tu aq x pnah dgr la plak. gerunnya kalo mcm tu.
yippie!tq sbb x menghampakan aq.mmg aq target ko sorg je yg excited nk baca nih.ade rezki ko smpi istanbul,ko pulak tulis cerita ko ok.

p/s:sori about last night,emo sket. and thank u so much =)))) mari skype spt biasa,tiada apa2.haha!

anith said...

''muze du lovf'' anum!

well anith byk jgk blja pasl turkey nie sbb kne kaji dyorg layak ke x msk dlm UE kn.. lebey kurang mcm 2 la mereke.. blur ngn islam.. anith ade kwn yg terkejot dgr msian ngaji, menanges2 dye nk sgt blaja ngaji.. then ade my senior ajr kan..
ade jgk yg ''owh puase? sye puase 1st day, 15th n last day je.. 3 arie then tmbah 0 kt blkg, jadi la 30'' scary kan! hurm dyorg sgt bangge ngn K. Attaturk 2.. bapak pemodenan n jgn sesekali try kutuk! habes kne pangkah forever! huhu

Lola MK said...

kcik2 dlu aku pk..since name bapak aku kurg attartuk kt blkang,jd die kurg jhat..tp sure die jhat..hahaha!!

p/s:mau jln2 juge..tp now tade rzki..aku tggu tua je la 2nd honeymoon ngn kudin,hahaha!!

iRah said...

saya suka ayasofya drp musee de louvre! paris is all overrated.

norfaridahanum said...

tergeliat nk sebut anith oi!!tp nnt nk make sure ank reti french r..aish aish aish..apsal la 2 3 kali duk ulang kawin n anak je lately?hahaha!

cool gila subjek anith blajar..mcm2 ek?tp major nya,linguistik kan?like balik nnt leyh jd cikgu or PA big big company ke kan?woot woot!

norfaridahanum said...

owh tapi anith,yg 3+0 tuh mmg x leyh blah ok..x leyh bygkan diorg nk jwb mcm tuh dgn munkar nakir nnt =( xpe,jadikan tu sbg pedoman utk kita sntiasa muhasabah diri =)

lola!!!gatai pk honeymoon je nih..g stdy tuh.exam kan.wish all d best kat kudin skalik.n plus,dtg india dlu r!! mana afair,aq dh g bandung dh lwt ko =p

UUUUUUUUUU!!!!senior i yg dh smpi sana pun ckp cmtuh..tp,still city yg wajib g kan?

lel said...

wehhh cantiknyaaa

iRah said...

yesza. paris tpt wajib pegi. tgk2 saje...haha

norfaridahanum said...

laila,wajib g honeymooon sana.eyh,jgn sruh aq sponsor lak =p

u,kalo ada duit,tiap2 bulan i nk jln ok =)

Anonymous said...

salam
tak sempat baca lagi.tapi nak komen gak
isteri aku nak gak buh nama anak aya-sofya dari dulu sampailah last month; bila dia start tukar lain sikit (bila realise yang 'aya' tuh tak der makna).
Hagia Sofia? err tak gak kot.
Zara Auliya'? huhu tinggi nama tuh (anyway,berani ke aku nak curi nama anak hang?!)
Hehe
Anyway,your blog look tempting :)
[nanti komen lain bila dah habis baca entry yer]

anith said...

anum, nme je linguistique, anith blaja wat publicity n film ok.. gile! hahahahahahahahaaha
besh tp ssh..

norfaridahanum said...

encik AJ,selamat datang!terima kasih! datang lagi!baca nanti!JANGAN CURI! hahahaha!

wowowowoowow!cun tuh anith.ala,jd publicist r nnt kan?mcm serena punya keje part time dalam GG tuh.haha!TV je ingatnya anum nih.adoi!

yun said...

aww,,
jeles nya..nk g Turki gk..

norfaridahanum said...

hoho..meh dtg sinih dlu r dik =)