Sunday, February 14, 2010

< 176 > Kalam Kekasih [ok,tajuk over gila]

KASIH SEBENAR TIDAK BERTUKAR, KASIH SEBENAR TIDAK SEBENTAR-Naz

Mines Wonderland,130208

Aku nukilankan khas untuk mereka yang pernah bercinta, sedang bercinta, akan bercinta. Yang masih dibelenggu, yang di awan biru, yang belum ketemu. Yang masih keliru.

Asmara....
Getarnya merambat bagai halilintar,
Kau tak sedar, kau tak gentar,
Kau biar saja rasa itu meraksa seselesanya,
Membiak menjalar bagai akar,
Ya,rasa itu indah kalau sama diendah,
Ya,rasa itu perit kalau cuma disulit.

Cinta....
Tusukannya menongkah arus lurus,
Kau jadi peminat fanatik,
Semuanya kau lihat cantik.
Kinja nampak manja,
Sengih layan songeh.
Yang berzakar tiba-tiba jadi Pendekar Sabar,
Tegar Si Penggiur pada air mata yang bercucur.

Asmara...
Kerlingannya diolah pelbagai makna,
Larutlah kita dalam rekaan cereka..
Ciptaan kita jua

Siang naik tocang, malam jatuh saham,
Siang miang, malam diam,
Siang walang, malam "Kaulah Ilham".

Pagi beri janji, petang terang-terang curang!
Pagi langkah pergi, petang lari pulang!

Esok rajuk, lusa luka, tulat meluat.
Esok pujuk, lusa lupa, tulat "awak sihat?"

Kau kan dah buta?
Ah,aku pun buta belaka.
Yang kita tahu saat ini, ada asmara.
Yang kita tahu hari ini, ada cinta.

Tapi kau dah tahu yang ini?
Kalau nanti ada ucap akhir, bakal mampirlah kecewa
Kalau nanti ada tali putus, bakal rakuslah tangis
Kalau nanti ada jiwa luluh, bakal lumpuhlah jasad
Tiada lagi ulangminggu, ulangbulan, ulangtahun.
Tiada lagi kongsi lagu, kongsi impian, kongsi sepinggan mihun!
Tiada lagi "Saja...rindulah!"
Tiada lagi "Saja...hadiah!"
Tiada lagi.
Langsung tiada!
Pernah kau sedia?

Eh,aku bukan hasad
Aku cuma kepingin nasihat
Layak tak layak, aku biarkan saja kau congak.
Aku bukan belasan, 
Bukan juga yang budiman,
Cuma kongsi secarik pengalaman, secebis pengamatan.

Saat cinta menjengah diri,
Inilah intipati intisari.
Jaga-jaga raga.
Hati-hati hati.
Jangan redah tanpa noktah. 
Jangan rebah tanpa nikah.

10Feb2010
Charaka Lecture Hall
MCODS Hospital, Attavar.


Genting,140208

22 comments:

NAZ said...

jangan rebah tanpa noktah.
so mesti kena ada koma. atau tanda seru. bila dah ada seru. nikah :)
jangan tunggu lama lama. nanti rebah pulak sebelum nikah.

anyway pic nie semua sejarah siapa?
hmm hmm hmm

norfaridahanum said...

dekat noktah,berhenti dan sambung berfikir dengan akal bukan dengan nafsu =)

hoi soalan,x ada yg lagik melodi ke? HAHAHA!

enyheartsdiamond said...

woah..quote dari naz diiktiraf :)
kak anum mmg sejak azali hebat berbicara :D

ain said...

tergamam dengan kalam!

cuma nak tambah dengan 1 quote english saja.

immature love: i love you because i need you
mature love: i need you because i love you.

puisi ko buat aku berfikir.
quote itu juga buat aku memikir.
hmmm..

take care,anum! :)
pemerhati jauh ni 'nampak' macam kau ada sesuatu yang memberatkan pundak. dan ada telinga-telinga sudi mendengar kisah.
aku doakan beban teralih, masalah tersisih.
aku doakan Allah kurniakan kesihatan dan perlindungan juga utk ko. :)

hans said...

mengusik kalbu aku betul entry ko nih

norfaridahanum said...

@eny: naz sifu puisi,kamu sifi[?] blogging akak.ok x?lagik ok dr siti sifir kan? HAHA!

@hans:usik kalbu,provoke minda ye=)

norfaridahanum said...

@ ain:aku pun perlu masa plak nk fikir pasal quote tuh. nak kata stuju x jugak.nk kata x stuju x jugak.HUHU!

dugaan memang takkan surut,itu sampingan pada nyawa yang Dia pinjamkan=) semuanya dari Dia, pada Dia jugaklah kita minta kekuatan kan? cuma Alhamdulillah,ada teman2 yang tolong memapah memangku saat aku jatuh buntu

hans said...

sikit2
eh,jgn emo2 pepagi ni
huhu
risau lak den baca komen ekau tadi

norfaridahanum said...

@hans:bagus.sikit2 lama2 jd bukit!

jejaka anggun said...

nih pahal puisi2 jiwang plak nih....

i'msosupernotcool said...

nice one babe..

tp if redah btter xde noktah..
so u wont hesitate..
sebab hesitate itu sakit..

no?

norfaridahanum said...

JA,lu tgh bosan jgn r slhkan wa nk jiwang =p

supernotcool,
kalau tak ada noktah,you'll be barely able to breath. just take a sec to see through things, think what the consequences could be and then make up your mind rationally.with this also there will be no hesitation right?

fara said...

huhuu~
cinta memang buta!

:)

norfaridahanum said...

eyh,cinta punya mata kat mana?

hanaahmad said...

jatuh chenta dgn ini entry~ <3

norfaridahanum said...

entry je ke =((((((((

Hellioz said...

love
yeah
love's a problem.

again.

norfaridahanum said...

sigh!

anith said...

azzanith likes this!

norfaridahanum said...

adik manis?mana lama ilang?

anith said...

program~
=]

norfaridahanum said...

kursus kahwin =p