Friday, March 26, 2010

Siri 6: Ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w

Siapa yang keluar menuntut ilmu maka dia berjuang fisabilllah sehingga dia kembali - Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi


(a)Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu perkara,di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung kepada kemampuan dan usaha seseorang itu.

(b)Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam.

(c)Seseorang yang berilmu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

(d)Selaku umat Islam,kita hendaklah berusaha menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa,termsasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah.

(e)Salah satu petanda ilmu yang berkat adalah apabila sesorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa dia kepada Allah s.w.t.

Sumber:Himpunan Hadith Harian JAKIM

notakaki 1:Sahabat baik pulang ke Malaysia.Kerinduan yang menggunung. Aku faham. Kerna aku juga rasa yang sama.Tapi pujuk Ayah,ini semua perjuangan dan ianya menuntut pengorbanan.Apa lagi di bahu kamu itu,terpikul amanah.Sekecil dan seremeh manapun,ia tetap amanah.Pikul sebaik mungkin.Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. InsyaAllah,dipermudahkan segala olehNya dan dilorongkan semua ini kepada jalan fisabilillah.

notakaki 2:antara menulis blog dan menuntut ilmu,harus aku utamakan yang kedua itu.Maaf ya.Peperiksaan bakal kunjung tiba dalam masa 2 bulan.Doakan segalanya mudah untuk aku,boleh?Terima Kasih.

notakaki 3:aku ambil kesempatan ini untuk mengkhabarkan pada rakan-rakan Manipal dan Mangalore sendiri[Awak,saya tahu awak baca!] berkenaan program ilmu bersama Dr.MAZA-Cabaran Ummat Akhir Zaman dalam Menghidupkan Syariat Rasulullah pada 17-18 April.Tempat akan diberitahu kelak. Jom kita sama-sama tambah ilmu tentang Islam,insyaAllah dapat menambahkan darjat kita di sisi Allah.

Wassalam.

6 comments:

KecHiQuE oLiGoS said...

salam.. hehe.. btol priority yang kedua.. sory saya cm force awk kot menulis ni.. huhu.. maap.. -__-

all the best for coming exam.. may the Owner of all knowledge inspire your thoughts and guide your pen =)

Allah make ease tru out dunia akhirat.. prayers accompany u alwys *hugs*

Anonymous said...

salam anum
yup, please priorities those important things than the lesser one. i believe you smart enough to analyze this rite :)
wish you all the best and may Allah bless you in this forthcoming exam.
i wish, Dr Anum will be coming home next few years. Maybe you can be the one who on duty when my wife deliver the err 3rd of 4th baby rite?
ok anum, chayok-chayok.
sure will miss you here, but then, your distinction result should be a great compliment that 'loss' rite :)
salam

Anonymous said...

salam hanum
gudluck!




yep...whatever it is...still study is always be the toppest one!

chaiyok@!

NAZ said...

norfa kuat makan minum tidur. jadi msti kuat belajar jugak! ayuhhhh norfa sila maju kehadapan dengan sopan santun nya haha

anith said...

all the best anummm~
gewd luck wif the exam!!!


yeahh 1 more week to easter break!!!!

norfaridahanum said...

izyan,xde apelah...sy pun rindu nak menulis jugak=) thanks. smoga awk dlaam lindungan Allah selalu.

AJ,terharu jap baca komen ko.eyh tapi kan,aq mcm harapan tipis je nk jadi gynaecologist.huhu!ape2 pun,kau perlu tahu,kalaupun aq jarang menulis,tulisan kau pasti aq baca slalu.keep writing tau bro,smpi anak 6 7 pun teruslah menulis.semoga keluarga kau dirahmati Allah selalu.

jane,ut first time here right?welcomee=))))n thanks for the wish

naz,i dh kurus..sekian harap maklum.haha.sori sgt jarang komen blog u lately

anith comeyl!!!thanks.uish,x yah r ckp psl easter break tuh..huwaaa