Thursday, July 15, 2010

< 210 > Catatan Saat Hujan

Mama & Ayah selalu pesan,kalau gembira jangan melampau-lampau sangat. Nanti tak lama sedihnya berganda.

Pesan ini terdetak di hati saat aku melangkah keluar dari Maharaja Residency tadi. Sengaja pergi ketemu teman saing menyampai siap cupcakes cubaan pertama seumur hidup aku.Nak nak pula rasanya menjadi. Lantas memang banyak usik hilai tawa yang aku gemilangkan hingga ada yang berkata sudah lama aku tak kelihatan sebegitu riang. Mulalah mereka mengorek pada cerita-cerita hati. Ditepis aku dengan lawak basi, dan mengada-ngada melarikan diri.HAHAHAHAHAHA!

Tapi....kini aku sendiri di rumah yang memayung aku dari basah kuyup hujan, yang melindung aku dari gempita guruh di luar. Dan tiba-tiba sayu...Ah!semula..monolog hati bermain lagi.....

Aku tak pernah benci hujan. Ia nikmat Tuhan. Cuma ada masanya,aku rasakan bagai ada tangis sendu yang berlagu seiringan titik-titik hujan menghunus jalanan.
Namun tangisnya tak dapat kedengaran,kasihan kamu anak kecil.

Aku tak pernah benci guruh. Walaupun dengung boleh buat jantung mahu luruh. Dan aku rasakan bagai ada jerit pekik yang mengaduh tapi tenggelam nyaringnya dek dentuman yang menggegar sungguh.Sudahnya,anak kecil ditinggalkan mengeluh.

Dan dalam hujan guruh malam ini,walau seluruh tubuhku dibungkus kejap,telingaku menangkap rintih anak kecil yang walang mempersoalkan takdirnya yang malang...Dan dalam hujan guruh malam ini,walau mataku dikatup kunci,aku melihat anak kecil itu seperti menyampaikan sesuatu kepada pemilik guruh hujan langit dan bumi. Makin kelam aku dalam pejam,makin kuat baris-baris tulisan itu menari ligat.

YaAllah,padamu aku menulis lagi.Aku masih yakin Kau Sami'an dan Basiran. Dan tidak lagi aku mahu persoalkan kenapa semuanya jadi berulang kali.Aku sudah tidak mahu menangisi malang ini. Jadi di sini aku mohon sekali, kalau nanti Kau takdirkan sengsara aku tiada yang dampingi,takut aku ini tiada yang sudi temani,beban jiwa ini tiada yang mahu fahami,seorang aku ini tiada langsung pandangan suci murni,aku cuma mohon jauhkan aku dari menjadi pembenci. Ajarkanlah redha pada sendiri aku ini..dan Kau pinjamkanlah pada aku ketabahan Ulul-Azmi.Dan akan aku pulangkan padaMu syukur tanpa henti.




Terima kasih anak kecil....aku masih mendengar kamu.Apakah kamu sedang tersenyum melihat aku?

merengkok terperosok di suatu ceruk,
Lobo Prabhu Court
16/07/2010

12 comments:

Anonymous said...

Ameen.
Perkenankan lah ya Allah akan doa sahabat kami ini. Ameen

Percaya atau tidak, yang susah nak kita gapai itu lah yang lebih sayang kita simpan. yang lebih tinggi nilai hormat kita.

Pecaya atai tidak, yang semua jadi itu semata-mata untuk keadaan yang lebih baik untuk kita. Sesungguhnya, Allah itu lebih tahu bila dan dimana keadaan yang kita benar-benar sedia untuk kondusi baru berkawan, berkeluarga dan berkasih. Emosi itu halnya cukup sulit; dan penuh dengan konfidasi. Takkan kita pernah tahu dalam dan rumit lagi mana kita pandang dari cermin kaca luar rumah.

jadi, berdoalah pada yang Maha Esa. dan esok lusa, sampai la bahagian kita.

anggap saja; penantian ini seperti menunggu keputusan peperiksaan. kita dha buat yang terbaik, dan kita cuma harap Allah berikan kita yang terbaik atas usaha kita. Apapun natijahnya; redho.

insya'Allah

Anonymous said...

YaAllah,padamu aku menulis lagi.Aku masih yakin Kau Sami'an dan Basiran. Dan tidak lagi aku mahu persoalkan kenapa semuanya jadi berulang kali.Aku sudah tidak mahu menangisi malang ini. Jadi di sini aku mohon sekali, kalau nanti Kau takdirkan sengsara aku tiada yang dampingi,takut aku ini tiada yang sudi temani,beban jiwa ini tiada yang mahu fahami,seorang aku ini tiada langsung pandangan suci murni,aku cuma mohon jauhkan aku dari menjadi pembenci. Ajarkanlah redha pada sendiri aku ini..dan Kau pinjamkanlah pada aku ketabahan Ulul-Azmi.Dan akan aku pulangkan padaMu syukur tanpa henti.<-- suka sangat quotation ni.


p/s: "katakanlah (Muhammad), "Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakallah orang yang beriman" At-Taubah, ayat 51

Thanx for the prayer for my dad. May Allah bless u always.

NAZ said...

norfa tembam nya awak haha. i ada sedikit rasa bahawa orang beriman selalu di timpa ujian dan yang tidak pula selalu nya di beri kesenangan untuk di sogok lagi kembali ke pangkal jalan. ah itu saya haahahaha

Husna Hadzarami said...

entri ni indah. akak macam nak cakap sesuatu, tapi tak terkeluar. apa apa pun, bagusnya awak masih boleh bertenang dan bersabar dalam pada diuji malang..

norfaridahanum said...

AJ,ya..penantian..tapi sebenarnya penantian itu bukan perkara utama aku menulis ini..tapi terimakasih juga atas pesan kau yang TERBAIK itu..sekurang-kurangnya,dapat juga aq menambah percaya pada diri dan takdir Ilahi.

Att,kadang-kadang emosi boleh buat saya tergelincir dan hilang punca pada siapa mahu diserahkan tawakkal. lebih teruk,memepersoal2 pula pilihanNya.AISH!terima kasih untuk peringatan itu.semoga ayah awk cepat sembuh ye=)

naz,tembam waktu kecik xpelah..comeyl.org suka=p kalo dah besar gajah macam nih nak tembam gajah mampuslah kena kutuk ok.huhu! kurang iman dan tiada iman itu berbeza,naz. semuanya boleh dibaiki dan diperbaharui.cuma usaha dan niat murni itu perlu ada.kesedaran itu sendri tndanya u masih ada iman,naz=)


kak husna,tenang sabar anum nih kena ade gelen2 air mata in package ok.haha!wellll,lagik brape hari to your big day???so happy for both of u n abg hanis.nak dtg!

Anonymous said...

anum dear..

wish i can lend u my shoulder,
tapi akk kat ullal(lawak pulak ayat ni)

i noe,anak kecil will be stronger,
can face anythin coming in her future..

keep praying.
god bless
hugs..dari jauh.

Anonymous said...

adoi.act akk da delete akaun.
terguna anynmous pulak

hikhikhik
akak nih.
-^__^-
teka.haha

norfaridahanum said...

AKAKKKKKKKKKKKKK! i know you.. uish,d note u left,though it's very simple dah buat anum terharu sgt.thanks kak.itulah tu,plan asal nk lepak sinih kan...xpelah,mungkin Tuhan nak suruh anum jadi lebih kuat =)))

thanks kak..for not being judgmental. for lending me your ears masa anum had emotional breakdown time lepak umah akak tuh.

p/s:bila nak main netball lagik nih??wink...i soooOOO need endorphine!

cop,dah bape lama jadik silent reader kat sinih nih?=p

Anonymous said...

i promise to come visit u soon..

haha..dulu akk ade blog..blog resepi yg mengarut.pastu malas.delete blog..hehe

ade la singgah blog toink2 ni few times..
do u noe dat u have talent in writing stuff..i mean words u macam karam singh walia lah!!heheheh

p/s:tolong lah.budak2 balik bile.
netball kalo shoot mau tak masuk da nih
cess...

papepun..keep writing..keep it up!
p/s lagi:tak nak pergi lifestlye dan pape sewaktu dgn nya.tgh sale.
BAHAYA.ohh...seksa nye.

norfaridahanum said...

huhu.anum tahu blog resepi tu [kantoilah stalker blog akak gak kan?]

wuuuuu...dah hujan balik.anum dh gemuklah.jalan sket pun pancit inikan nak berlari kan..

haha..anum baru je menggores kat lifestyle sabtu lepas.wink!xpe2,duit nak masuk dah kan?haha.ayat bagi harapan kat diri sendirik.

n errr...do you know that i didt know why did i do medicine at the first place?toink!tapi sekarang ni,hidup perlu diteruskan.jalan je ke depan.redah!

ms. mac said...

anum, i love that yellow piece u wore up there! <3

norfaridahanum said...

wafaa!post sket punya lama nih u komen sbb nk ckp psl d baju??
tapi tapi..i pun sukaaa!