Friday, July 09, 2010

Siri 13: Sahabat Syaitan

Dengan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum..hari ini kita bercerita secara santai dan ringkas sahaja ya.Nota ini aku ketemukan dalam Facebook seorang teman. Nah,aku kongsikan.Mendalam,tersirat dan tajam pengertiannya....

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu Subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!”

Begitu juga ketika waktu Zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, ” Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”

Ketika waktu Asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam……

Kemudian ketika datang waktunya Maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat IsyaK, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?”.

“Aku takut !”, jawab syaitan dengan suara gementar.

“Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada “Adam”, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !”, kata syaitan sambil beredar pergi.

Ada berani untuk jadi lebih hebat dari syaitan?Na'uzubillah..

8 comments:

NAZ said...

perghhhh norfa. i terasa gila kot hahahaha. seperti biasa ayat klimaks. saya cuba yang terbaik :) bukan sahaja dari ladang. malah dari kebun juga

Lola MK said...

totally loving this..=)

norfaridahanum said...

naz,syukur untuk pancaindera yang masih mahu berasa terasa itu.itu tandanya u msh punya iman,insyaAllah.
cuba yang terbaik ye naz.dan lebih indah kalau kata-kata tekad itu dibulatkan dengan kata InsyaAllah=) Semoga u bersama2 Allah selalu..kerana Dia tak pernah tinggalkan u.



lola.i love u lah syg.tc.sama2 kita.....

Hanis Amanina said...

syaitan pun takut bila Allah murka. sedangkan kita? masih di takuk yang lama. nauzubillah

ms. mac said...

thanks for this anum!!!! very gud reminder to all...can i copy this pls? huhuhu

norfaridahanum said...

semoga di lembayung rahmat Allah selalu amanina.

fa,=)))) silalah..i pun dapat dari member.tiada unsur hakcipta dalam islam syg.semuaini milik Allah juga=)

Anonymous said...

salam..
sy dah lama bace blog ni, tp jadi silent reader la. tergerak hati sgt2 nak komen yg ni. sebab post ni mmg sangat bermanfaat. kalau boleh nak share kat FB, so nak minta credit la. boleh tak??

kalau tak boleh pun takpe.. sy just suggest link je nanti dgn kawan2.. peringatan mcm ni mudah2an buat orang lagi sedar ...

norfaridahanum said...

w'salam..
silakanlah awak..mcm sy sebut di atas tu,ini bukan hak saya pun.semuanya milik Allah juga =)

terima kasih juga kerana selalu singgah sinih..