Wednesday, August 25, 2010

< 216 > Tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB

Kadang-kadang sudah tak tertanggung
Tapi nak mengabai rasa canggung
Ke hulu ke hilirlah amanah diusung

Yang tidak kenal tak akan peduli
Yang kurang kenal pula tidak mengerti
Yang betul kenal hanya mampu simpati

Kau boleh kata study itu utama
Tidak perlu nak rasa dilema
Kau boleh kata aku yang susah-susah
Padahal ada saja cara mudah

Hello!!!
Kerja cincai-cincai
Bukan aku punya makan pakai
Main lepas tangan
Bukan aku punya keturunan

Tanggungan yang perit di belikat boleh disusutkan. Terkilan sedalam manapun kerja mesti tetap jalan. Aku pujuk-pujuk diri selalu. Sebab itu aku masih di sini, menanggung. Dan lebih dari itu, aku tak mahu di akhirat nanti, jawaban kepada tanggungjawab yang ditanggung tidak membawa aku kepada syurga milik Yang Agung.

Jujur,bukan mudah untuk berada dalam kasutku. Dan aku tahu aku tak akan mampu ada dalam kasutmu. Yang aku minta cuma sedikit pengertian dan sokongan.

Aku minggir dulu. Ada surat rasmi yang harus di print-out kan.Ada meeting dengan pengurus dewan bankuet dan pihak katering. Ada assignment untuk Patho Lab esok. Ada end-posting Orthopedics minggu depan.Ada senarai nama yang perlu diemelkan. Ada teks ucapan yang perlu dirangka. Ada ayam yang perlu digolekkan untuk buka puasa. Ada tarawikh malam nanti.Ada rindu pada family....

Sempat aku lari sebentar ke Bangalore itu hari. Sehari sebelum pergi ada meeting JaSSI. Hari sampai pulang ada meeting MSA. Mintak nyawa,tolong!

6 comments:

MomoN said...

yosh.*tepuk2 bahu*
moga Allah beri kekuatan dan kesabaran :)

ms. mac said...

amboooii busynye...huhuhu

Lola MK said...

org2 besar(=org de jwtn mcm s/u dlm organisasi) mcm ko la aku respect..amanah org da bg,ko junjung slagi trdaya..mkn pkai ntah k mane..yg pntg kerja beres.takpe..anggap ni latihan yek?berusaha!*sambil nyanyi lagu cheer*

Kuat kan? =) said...

Tidak tertanggung andai bertongkat dengan hanya jawab hati
Pada Ilahi pautnya harus kuat-kuat
Bertumpang senang-Nya dalam lemas kamu
Yang dikendong kini bukan nyawa kamu sendiri
Tapi bunga bintang harapan sekalian yang kamu sayang
Mati-mati pun; hidup itu perlu terus
Terus dengan basah-basah bibir kamu menguntum jujur
Walaupun pada bibit-bibit nadi kamu yang akhir
Kamu betah untuk semua ini; andai kamu yakin kamu ada Dia
Kerana Dia tidak pernah hilang dari pandang; walau berkurun kita lari
Dan untuk itu; syukurlah dengan satu senyuman
Kerna
Yang berdetik itu dugaan; dan dugaan itu tanda sayang.

Ah, ini bukan benda baru untuk kamu Young Doc;
Kamu tahu semua ini kan Anum?
Kuat ya.
Salam
= )

anith said...

pergh!
hebat!

uish bj hard rock 1!!!
hehe

NAZ said...

jangan malukan rakyat malaysia. eh tetiba haha. norfa kalau balik malaysia u pasti takkan nangis lagi ok :) nangis puas2 kat india sebab pengalaman u macam tema hindustan hahaah