Entri ini mula ditulis sejak kusut dengan peperiksaan yang sedang berjalan.Baru hari ini berpeluang nak habiskan. Alhamdulillah,dah selesai 4 kertas teori.Esok dah mula praktikal makmal dan viva-voce. toink toink toink.Viva ini yang aku lemah lutut menggeletar segala ini. Oit!jangan fikir macam-macam. Ketuk karang! HAHAHAHA. Nah,sedikit luahan perasaan penuh emosi. Ala,macam tak biasa kan?
Masa sekolah tadika dulu,semua kerja yang cikgu suruh buat aku mesti nak pastikan cikgu tanda "right" [baca:rait!haha] siap dengan bintang-bintang sebanyak yang mungkin kalau boleh.Padahal lembu pergi warnakan jadi merah jambu dah rupa ba-alif-ba-... Tak kisahlah,janji habis tadika bawak balik plak "Pelajar Terbaik".lalallalaalalaa~
Naik darjah satu [kalau Ayah,dia sebut "derajah satu".haha] pula, exam kalau dapat 98% dah rasa macam kecewa nak mogok tak mahu makan. Nak tunjuk kertas ujian dekat Ayah pun rasa malu gila. Nak 100% saja. Sebab bila dapat 100%, cikgu bagi hadiah.HAHA! Aku ingat lagi hadiah pertama Teacher Wong bagi sepit rambut warna merah corak checkers.toink toink toink.Tak,ini bukan cerita riak.
Darjah dua pun sama. Maintain nak nombor satu dalam kelas saja. Selalunya yang topper ujian pengesanan pusing-pusing nama aku, Preeyashini Adelyn, Al-Yashir ataupun Ashfaniza.Tak,ini bukan cerita riak.Baca sampai habis nanti kau tahu.Kali terakhir jumpa Acir masa datang kenduri kahwin kakak dia. Preeya pernah ternampak muka dia dalam New Straits Times dalam 3 tahun sudah. Ahsfaniza memang dah lost contact padahal itulah kawan baik aku dulu. Tapi aku tahu dia duduk dekat Berek Polis Kg. Simee.weee~
Darjah tiga,setengah tahun dah pindah sekolah sebab pindah rumah. Macam kurang saingan sikitlah. Habis kuat Hanis Sadikin,anak Puan Hanisah Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah. Tapi aku tamatkan juga sesi tahun itu dengan sijil kedudukan pertama dalam kelas,seluruh kelas,terbaik BM,BI,Matematik,Agama Islam dan satu-satunya calon dari sekolah tersebut yang lulus peperiksaan PTS tahun itu. Oh,tak lupa juga, sijil kehadiran penuh 100% sepanjang tahun. Ya,saya skema!Ayah ada cerita yang Cikgu Shamsul datang secara peribadi pada dia dan cakap "Saya memang tak pernah jumpalah anak murid yang macam anak abang ni". Aku ulang lagi,ini bukan cerita saja nak riak.Baca sampai habis tolong. Oh,Hanis sekarang menuntut di Australia ya=)
Aku memang tak ada cerita darjah 4.TEEETT!
Seterusnya,darjah 5 terus letak aku kelas pertama sebab aku budak pandailah kononnya kan. [Kau ingat senang ke nak main lompat-lompat kelas ni?] Eceyh!Bila duduk satu kelas dengan kakak sendiri memang cabaran oh cabaran la. Kelakar pun ada. Nur Adilah pula jadi saingan. Oh,aku kenal dia sebab tahun sebelumnya aku wakil sekolah untuk pertandingan bercerita tahap satu, Adilah masa tu wakil untuk tahap dua. Adilah memang hebat.Aku sempatlah duduk sekelas setengah tahun dengan dia. Adalah dalam 2 3 kali ujian pengesanan. Ada masanya dia potong aku, ada masa aku potong dia. Tak ada clear cut.Aku pun tak berapa nak ingat.TOINK! Tapi jujur,Adilah memang antara orang yang aku kagum+gerun+cemburu lah. Dan dia sekarang baru saja mula bekerja setelah bergraduasi dari RIT,United States.Juga cekap berurusniaga abaya-abaya dari Arab Saudi di blog ini.
Setengah tahun darjah lima, aku pindah sekolah lagi.Lagi? Kali ini sebab dapat tawaran dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk program khas.Eceyh!Khas la sangat kan..haha. Masa itu,dikumpulkanlah semua pelajar-pelajar yang lulus PTS dalam daerah Kinta di sebuah asrama yang dinamakan Asrama Bestari. Nama nak yang megah saja. Sebenarnya kami semualah perintis kepada pelaksaan program Sekolah Bestari. Eceyh lagi. Kelas-kelas lain nama Teratai Mawar Dahlia Kekwa Seroja Anggerik segala.Kitorang..BESTARI!Masa itu budak-budak kelas lain belajar pakai papan hitam, kami kerek pakai OHP segala bagai. Lepas tu nampak pen laser yang guna nak tunjuk skrin untuk slideshow pun aku dah jakun tak ingat. Yang kelakar, modul Sekolah Bestari itu Pak Cu Sudin yang susun. Kira aku jadi bahan eksperimen pak cik sendiri la ni. Cis! Kelas khas kitorang ini diberi nama Bestari. Orang-orang dalamnya memang best,bestari dan lestari [les?]lah.Ambik kau!Nak sangat cabaran kan...Dua tiga kali je kot dapat nombor satu sepanjang setahun setengah duduk dengan budak-budak suka lompat tu.Selalu kalah dengan Mohd Ibrahim@Aim. Tak pun Rafiuddin Arjimi@Rafi. Tapi nak sedapkan hati punya pasal,pujuk-pujuklah diri sendiri sambil cakap, "Kalau girls aku nombor satu la kira" LOL. Masa itu cabaran kuat kalau kaum Hawa datang dari Erni Suryani merangkap kawan baik sendiri. HAHA. Tapi dah rezeki Allah nak bagi,Alhamdulillah masih dapat naik pentas salam Guru Besar.Arwah Cikgu Ishak siap mention dalam mesyuarat PIBG "saya ucap tahniah la pada mak ayah yang ada anak macam ini. "Bercerita,bersajak,pidato diraja,bersukan sampai negeri,main pancaragam,pengawas..belajar tetap nombor satu" Lepas itu,esoknya keluarlah dalam Berita Harian "Nor Faridah pelajar cemerlang". Sumpah tak tipu. Keratan akhbar ada kat Malaysia. Hujung tahun ini ada rezeki aku sujud dekat bumi Malaysia yang jauh di mata dekat di hati,aku upload ya. [Perlu ke?] Oh,diulang,ingat ya...Ini bukan entri riak.
Oh,Ayim tak silap aku sekarang menuntut di Makassar,Indonesia. Erni pula dah ada di Pulau Pinang setelah 2 tahun di Ireland mengikuti ijazah perubatan program berkembar Royal College of Surgeon - Penang Medical College. Rafi tak lama lagi bakal jadi jurutera lulusan UTP. Oh,ada juga seorang kawan dari program Bestari ni yang sama belajar di India. Alifah Lott namanya. Program berkembar Malacca-Manipal Medical College. Dah balik ke Melaka pun,Julai lalu. Imran Azwan yang dulu pakai kain pelekat separuh jalan nak ke musalla saja dan terlondeh, aku ketemu semula masa A-Level di KTT.Kini Imran di Fakultas Kedokteran GadjahMada,Indonesia. Alhamdulillah,masing-masing berjaya...
Tingkatan Satu aku berpindah-randah sampai ke destinasi keempat yakni SMS Tun Syed Sheh Shahabudin,Bukit Mertajam, 14000 Pulau Pinang. Nama glamour,SOKSEK. Sila kagum. Kalau kau suruh aku nyanyi lagu sekolah pun aku ingat lagi tau! Masuk-masuk terus periksa. Ya lah,aku budak 3rd intake kot. Aku rasa dapat masuk pun sebab Pak Cu Sudin yang tolong kot? Lepas itu boleh pula aku naik hantu mana entah TERdapat nombor 6 seluruh tingkatan. Mulalah orang cari siapa gerangan budak 3rd intake tiba-tiba tunjuk macho ini. UHUK! Itu sajalah keputusan terbaik aku di bumi SOKSEK. Masa itu dah ada pemikiran "tak kisah nombor janji straight A sudah[dan BM penulisan kena top]" Alhamdulillah...esei-esei aku Cikgu Shafei fotostat jadi rujukan juniors.Sekarang masih ada lagi ke tidak,aku tak tahu.lalalalala..Dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3,sekali saja dapat "C"..Menangis tertonggeng tak ingatlah. Kemahiran Hidup masa kena belajar pertukangan kayu dan elektrik elektronik dan akaun debit kredit itu memang aku hancur!Yang jahit-jahit-jahit sembat,kia,jelujur kasar halus segala bagai itu pun Nazri@Pari yang tolong buatkan untuk aku.Ok,kantoi!Dan Ayah pujuk sambil kata "dah memang kamu kemahiran manipulatifnya kosong" atau dengan kata lainnya BIMBO!Jujur,nak setting timer air-cond kat rumah sampai sekarang pun aku tak tahu.Kan Apis kan?
Tapi alhamdulillah PMR dapat juga 8A. Masuk Tingkatan Empat cikgu letakkan dalam kelas Sains Teknikal. Maknanya kena belajar Teknologi & Lukisan Kejuruteraan usung papan pergi sekolah dengan pembaris T besar nak mati. Oh no! Merayu punya merayu keluar masuk bilik Penolong Kanan,siap tulis surat rayuan lagi,akhirnya aku,Dayang, Wafaa dan Husna dan beberapa orang lagi dapat pindah masuk kelas Sains Tulen. Yang kelakar,masa nak tulis surat rasmi itu siap boleh nak buat garisan bengkok-bengkok sebab nak bagi alasan dekat PK 1, "cikgu,tengok ini.saya ni nak lukis satu garis lurus pun payah,macam mana cikgu nak suruh saya amik LK?" HAHAHA.Itu Atiah punya idea. Bernas juga lah kan. Ada dua saja kelas Sains Tulen. Kelas pertama,Bestari dah penuh. Dalam itu semua budak 8A PMR. Kelas kedua,Intelek untuk yang PMR 6A atau 7A. Rendah dari itu [B tidak boleh matapelajaran Sains dan Matematik] memang harap maaf,cari saja sekolah lain untuk sesi persekolahan tahun hadapan.SBP dulu memang ekslusif. Intelek 10subjek sahaja - BM,BI,EST,Agama,Sejarah,Fizik,Kimia,Biologi,Modern Math,Add Math. Bestari 11 subjek [tambah IT] Kalau duduk kelas LK/TK tak payah belajar IT dan Biologi. Kenapa? Aku pernah persoalkan dengan PK1.Dia cakap, "kalau 8 subjek pun mereka tak boleh bawa,takkan nak bagi sampai 11 subjek pula". Erks? Strategi sekolah untuk kekalkan ranking SPM ke apa? TEEEETTTT! Balik pada entri bukan nak riak aku ini, dalam Tingkatan 4 dan 5,dapat Sejarah 100% pun tak rasa apa sebab Add Math memang perkara paling bikin sengsara dalam kehidupan masa itu. Sekali saja dapat A2 - masa ujian pertama,bab fungsi dan janjang kot. Bab awal-awal senang lagi lah. Lepas itu, memang 5C 6E 7D 8E je lah. Ngadu dekat Ayah memang Ayah cakap "ayah pun lemah angka ni sayang oi,suruh Mama kamu"..Mama pula cakap "Mama akaun bukan aktuari"..Ngadu dekat Along...KENA GELAK GILA-GILA LAH. Along seumur hidup dari Sekolah Izzudin Shah sampai KISAS sekali saja Matematik dapat B kot. Menyampah! Jadi jangan tanya akulah..sampai sekarang aku musykil macam mana Add Math aku A1 masa SPM dulu. Aku makan pil kuda kot?
Habislah cerita zaman persekolahan......riak ke?
Banyak lagi nak tulis ini.Tapi nak kena baca buku juga. Nanti aku sambungkan. Kalau kau dah baca sampai sini,pastikan kau baca Part 2 nanti sebab aku betul-betul nak cakap yang entri ini bukan nak riak...penghujung cerita dia memang boleh buat kau rasa syahdu nak menangis kau tahu. Serius,keseluruhannya bukan aku nak riak tau!
13 comments:
HAHA. kelas kitorg WAJIB dapat A1 utk MATH MOD at least B utk ADD (tapi tu pun kena tengking gak. A lah kesimpulannya kena dapat) kalau tak nanti kena denda kepit kertas bertulis saya dapat sekian2 dalam MOD/ADD kat tudung dgn penyepit baju yg plg besar korg pernah lihat selama seminggu (tapi x pernah ada sorang pun kena lah setakat ni. xmo dimalukan dpn juniors kot. erk)
oh. ini bukan komen riak juga :)
tapi oh pengalaman.terima kasih cikgu!
cewah! mantap laa..dari kecik memang terer. kagum2! *wink* ;)
part merayu2 tu takleh blah kan? aku ingt lagi ms tu tahap tak puas hati, sedih suma bila tgk nama ada kat klas cendekia..bajet dh dapat 8A, ingtkan dpt laa amek bio dgn jayanya tanpa rayu merayu. hehehe! kecewa kot time tu, hehe..tapi alhamdulilah dapat jugak kn akhirnya..
mulanya nak tulis sini "saya tunggu part ke2 baru nak komen"
tapi tak jadi
so komen sikit
straight A?
erk tak pernah.
dapat masuk itm pun dah syukur dah.
tapi kan,
kalau lah boleh ulang balik dunia belajar dulu, nak ke aku pi buat betul2balik dan study terbaik meletup?
jawapan:
tidak.
i love who am i now.
right now.
but.
i do love the way my other friend excel in their field.
you too Anum.
wish you bring the best of yourself at the end your tuner there.
ingat, semalam tetap jadi semalam, yang penting, apa jadi esok dan lusa.
betul?
*senyum*
kak zimah,waaaaaaaaa........scary gila..kitorg dulu adlah cikgu yang suka denda gantung benda kat leher tuh sambil jalan itik dekat koridor.LOL. nasib x pernah kena. tapi...org panggil itik jugak =(((
dayang...alhamdulillah..kalau tengok2 banyak kot impian yang kita rasa mcm sembang kosong ujung minggu dekat dorm dulu satu2 dah jadi kenyataan. rindu!
anon,komen SIKIT ya?hahaha..terima kasih. awk mcm tahu2 saja isi kandungan part 2 nanti.ngeeee~~ nway,my mom grad from itm juga.shah alam =) p/s:nih AJ Kan?=p hahahaha
haha~kak zimah..ni msti ngn pak yem kn?nasib bek dr form 3 kite ngn miss faridah je.huhu..
anyhow..seronok kn bile brjaye..skali skale trsungkur memang payah nk bangkit.mcm time aku A-level dulu...smggu brndam air mate 3 ari aku x mkn..bkurung dlm bilik..mcm org gile mroyan tau..
alhamdulillah aku d cni.ari ni..jom la kite truskan lgkah meniti titian ilmu..untuk kjayaan mase dpan.igt jnji pd tanah air..kite MESTI brjaye.. =)
OMG *tears* i miss high school sooo much now!
oit...ble plak kt tukar skol sbb pndah umh,ish2...tukar sbb ape along xigt.tny ayah.kt pndh atas nsht pakcu sudin kalo xsilap.sometin kaitan ngn SRK and SK
lola sayang,semua ade hikmahnya..even aq sedih juga ko xde rezki nak pursue kat sinih.tapi plan Allah itu kan lebih baik.g indon jumpa kudin what?hahahaha. oh lupa,ko n kak zimah satu skolah ye?small worlddddd!
faaaaaaaaaaaa............thank u sbb jd salah seorang tutor add math i..haha.u dewi add math kot.tuh yg ckg rahim syg=p
along...a'ah a kan..tp sbb pindah umah pun ye la.sbb masa tuh kita dh dua tahun lebih kot pindah dr wing onn garden..jauh la ho seng ong tuh dr tmn anda..tapi betullah,mula2 ayah x kesah tp lepas isu SRK SK tuh la..sbb kalo SK chances nak dpt SPBT lg tinggi rasanya.tp bila pindah SK x dpt jugak tp ayah rilek je cakap takpe takpe ayah boleh tanggung.adeh,terharu sekejap.
'sikit' la tu.
cuma banyak spacing, tu yang panjang.
Itm shahalam?
sama la kita ya Puan Haneem =)
dari entri2baru, Cik hanum tengah animun apa?
hua ha ha
me being myself =)
tapi rasanya puan haneem lebih senior barangkali =)
kelakar la kau eja nama mak aq macam tu..sungguh kedengaran anak mami skali.eja betulnya norhanim saja.cuma kadang2 bila beliau rasa gedik nak komen di sini,saja2 lah guna nama sedemikian."mama pun muda juga" katanya.HAHAHAHAH.jadi sekarang dah tahu mana datang gene gedik mengada-ngada aku nih?haha
dh lbih 2thn pndh???bukn kt pndh tmn anda thn 1993 ke?so dh 5thn b4 pndh skol
haahhaa..ye ke ye ke..toink toink.
maka anum lah yang silap di sinih.maaf la yeeeeeeeeeeeee.
yg dlm memori anum sbb sekolah lama tuh jauh n sbb SRK Sk tuh la.
thanks sbb tlg refresh mind anum.wink
hehe. mathmod selalu dpt 96 atau 98%
addmath selalu skita 70% je. haha.
ini pun bukan komen ria'
=D
Post a Comment