Assalamualaikum..
Saja mahu aku kongsikan isi bacaan talkin ini. Ada peringatan penting untuk kita yang masih hidup. Kalau mahu bicara tentang hukum bacaan talkin itu,mohon diselaklah halaman-halaman atau kitab-kitab yang berkenaan.
Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati
Tiap-tiap yang makhluk semuanya akan rosak dan binasa
Sesungguhnya di hari kiamat akan diberi balasan pahala dan dosa untuk kamu
Berbahagialah sesiapa yang dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka jahannam
Penghidupan dunia adalah palsu belaka
Kamu sekarang sedang berada di antara sempadan akhirat dan menuju ke alam baqa
Tinggalllah di sini hingga hari kiamat
Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu
Sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu
Kamu tinggalkan pangkat,darjat, gelaran, kebesaran dan kedudukan yang kau banggakan di dunia
Sesungguhnya telah terpisah pekerjaan dan amalan dunia melainkan 3 perkara yang kau bawa menghadap Allah Azzawajalla
Sedekah jariah yang kau berikan dengan ikhlas hati semata-mata kerana Allah
Ilmu manafaat yang kau amalkan di dunia
Dan anak yang soleh mendoakan bagi kamu
Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahad yang sempit dan gelap gelita ini
Setelah tujuh langkah kami meninggalkan kamu
Maka akan datang dua malaikat Munkar dan Nakir
Untuk menyoal kamu dengan perintah Allah
Maka jangan kamu takut serta gentar
Jawablah dengan lidah fasih lagi lancar
Kerana mereka juga makhluk Allah seperti engkau
Mereka akan bertanya
Man rabbuka? Siapakah tuhan yang kau sembah dengan sebenar-benarnya?
Wa man nabiyyuka? Siapakah nabi kamu?
Wa ma deenuka? Apakah agama kamu?
Wa ma qiblatuka?Ke manakah kiblat dan penghadapan kamu?
Wa ma imamuka? Apakah ikutan kamu?
Wa ma ikhwanuka? Dan siapakah saudara-saudara kamu?
Ketika itu jawablah dengan lidah yang lancar lagi yakin
Allahu Rabbi...Allah tuhan yang kusembah dengan sebenar-benarnya
Wa Muhammadunnabiyyi...Muhammad saw nabiku
Wal Islamu deeni...Islam agamaku
Wal Kaabatuqiblati...Kaabah itu kiblat dan penghadapanku
Wal Quranu imami...AlQuran itu pedoman dan ikutanku
Wal muslimina wal mukminu ikhwati..Dan tiap-tiap orang Islam itu saudaraku
Jangan sekali-kali jangan kau lupakan perjanjian dan pengakuan kita di dunia
Iaitu lafaz dua kalimah syahadah
"Aku mengaku bahawasanya tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Mati itu benar
Soal Munkar dan Nakir itu bebar
Azab dan nikmat kubur itu benar
Semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat benar
Dan akan diberi balasan syurga dan neraka itu juga benar
Seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi
Jika kamu berdosa Ular SyujatulAqrar akan mematuk dan menghisap darah
Hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu
Nikmat kubur pula
Diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang
Dihimpit bumi umpama anak kecil dalam pelukan ibu kamu
Maka tinggallah kamu dengan aman dan sentosa sehingga hari kiamat
Kami tinggalkan kamu kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Mudah-mudahan dicucuriNya rahmat dan keampunan ke atas kamu
2 comments:
i tahu semua hukuman. i takut bila mendengar. tetapi i cuba yang terbaik ok :) yang terbaik i pernah ada selama bergelar manusia :)
selalu meremang bulu roma dan meleleh air mata bila mndengar bacaan talkin, tp esok lusa leka lagi. mudah2an Allah akan lenyapkn perasaan suka bersuka2 semata dlm hati kita ni kan?
Post a Comment