Sunday, December 19, 2010

< 238 > Aku Pulang

Nanti aku pulang......
Dengan langkah riang dada lapang wajah girang.Walau mengusung sari-sari banyaknya tak terbilang! Akan aku ceritakan pahit manis hujan panas hitam putih berselang-selang. Selama 507hari kembara ilmu di tempat orang. Siap siagalah sekaliannya, si becok ini tidak kenal malam ataupun siang! Celotehnya panjang, suaranya lantang, sembangnya kencang!

Nanti aku pulang.....
Sama saudara sepupu yang dahulu kulayan bagai abang, lupakanlah rambut panjang ikal mayang disimbah perang mentari terang.Tiada perlu lengan direntang bidang, tubuh bersilang-silang tanda sayang. Eh, si manja yang seorang ini tidak pernah akan hilang. Tapi dalam tawa dan gelak kita yang sentiasa gemilang, sewajibnya ada segaris jurang. Lantas jadikan kita hambaNya yang lebih cemerlang.

Aku pulang nanti,
Tempat pertama akan kuserang pastilah KFC! Kalau tidakpun,aku lepak saja meratah Milo depan TV. Hanya pandang sinis akan kuhadiahkan pada pek-pek maggi. Akan kukempenkan 'Sebulan Tanpa Kari'!Nanti aku senaraikan segala hajat hati. Mama masak di sisi,aku sekadar perhati. Bukan pemalas lah,cuma dah muak dengan air tangan sendiri.

Aku pulang nanti,
Mahu mensuarakan niat yang terbulat dalam hati. Mahu menyampaikan tekad yang dibuat tanpa buta tuli. Tapi masih butuhkan konsultansi dan permisi. Mungkin ada yang bakal memandang sepi. Mungkin ada yang akan tertawa nampak gigi dan gusi. Cuma kamu yang membaca ini, aku pohon doakanlah yang terbaik untuk kami. 

Pulang nanti aku,
Ada rakan-rakan yang kumahu ketemu. Bisnes sari...harapnya maju!Dapat juga modal untuk ke kota Singa dan membeli baju seluar baru. Apapun,kenalah simpan sedikit-sedikit untuk fasa hidup yang baru,manalah tahu.*ehem* Oh,tentang bisnes sari aku,ada tak sesiapa yang mahu?*sempat lagik promo,TOINK!*

Pulang nanti aku,
Dalam titis tangisku saat menatap wajah-wajah penuh rindu. Dalam hangat tanganku digenggam penyokong-penyokong padu. Dalam rona merah pipi yang dicium bertalu-talu. Akan aku rafakkan sujud syukur padaMu. Atas setiap perhitungan Kau yang sempurna,tiada celaru.Tidak perlu diragu-ragu.

Malaysia,aku pulang!

19Disember2010
Chatrapati Shivaji International Airport Mumbai

8 comments:

oren said...

anum tau tak..akk bace entry ni sambil layan lagu siti..LAYAN bace sambil nak menitis air mata.. sebak,macam2 ada..akk doakan anum capai yang diinginkan..=)
p/s:SUKE gile entry ni..THE BEST!

IMANSHAH said...

selamat kembali

hazimah said...

insyaAllah.. kami doakan!
doakan kami juga~

anith said...

have fun dear!


kenduri tunggu anith!
eh?


xtau2! x!

cimOt said...

waaaaaaaaahhh..doc norfa da balik ohhh..welkam back dear...

zuld said...

hahahaha..over lar... anyway, jumpa r kalo ada kelapngan.. nak balik rumah, saya pon x tahu bila boleh.. hahahaha
=p

AJ Nismihan said...

Cerita dan Anum pada 507 hari lepas takkan pernah sama.

Mesra bersulam tawa itu mungkin masih ada, tapi jalin kait-kait aturnya pasti saja berbeda susunnya; tapi masih sama sayang dan kasih kemusliman persaudaraan. Itu pasti.

Dan pasti yang balik ini bukan Anum yang kosong-kosong. Ada selembar dua buku sejarah diri yang mahu digendong rapat untuk orang pandang dengan bicara ikhlas ’Alhamdulillah’. Semoga yang tiris pun jernih dari si mata ayah itu itu atas gembira yang tak simpan di lekuk rindu mereka.

Dan apapun bicara bincang kamu nanti, hati-hati dengan hal hati. Esok pasti penting,tapi siapa kita semalam dan kelmarin dulu jangan buang bagai kering Dahlia yang tidak ada baki harum dan warnanya nanti. Tegas kamu nanti biar berbatas, dan kalaupun ada kusut-kusut berdawai serat di fikir nanti, yakin satu; Allah know the best, thus return to HIM for every corner you fail.

Dan untuk Doktor Muda Norfaridahanum yang seorang ini, berbasmalah lah dengan langkah kamu, dan selamat menikmati sekian lagi nafas dengan izin-Nya seselesa mungkin kamu.

Dan

Selamat pulang sahabat

*senyum*

Ah.
Pasti yang berdepa bidang dada itu untuk bersilang dakap kemas di airport itu bukan aku, bukan isteriku, dan bukan sufia. Dan maaf untuk itu.

*senyum*

| Larasephia | said...

babe! sudah ada d tanah air kah? sari merah hitamku ada? bila maw dating?!