Salam...lama tak menulis yang bermanfaat rasanya. Sekarang hanya tinggal peperiksaan praktikal dan viva-voce. Makanya bergelumang dengan organ-organ yang dah diawet, mikroskop, data-data klinikal dan peralatan makmal sahajalah aku. Tiba-tiba rasa nak kongsikan sedikit tentang ilmu Patologi. berminat?
Lung model
Cross section of normal lungs if being viewed under light microscope will reveal structure like this. Warna pink sebab dah diwarnakan ya. Yang ruang-ruang kosong itulah alveoli yang kelihatan macam bola-bola kecil kat model paru-paru kat gambar atas tadi. Garis-garis itu lining of the alveolar spaces. Dekat garis-garis tuh sebenarnya ada salur darah,tapi sebab sangat halus,memang susahlah nak make out. Boleh bayang tak? Bagus!Kira ini yang aku belajar masa tahun pertama. Tahun pertama semua yang normal saja aku belajar.
Masuk tahun kedua.......jeng jeng jeng
Ini struktur paru-paru juga. Boleh cam lagi kan? Tapi paru-paru ini ada masalah. CVC- chronic venous congestion atau dalam kata lainnya, sirkulasi darah tersekat di paru-paru.Benda-benda macam ini,kalau masa peperiksaan,hanya ada masa satu minit untuk kenalpasti dan bagi 2 sebab yang munasabah lah kenapa kau kata macam tu. Macam gambar dekat atas ini, kalau anda perasan,lining of the alveolar spaces itu dah menebal disebabkan salur-salur darah yang ada kat situ dah tersumbat dan mula mengembang. Lepas itu,cuba tengok dekat dalam ruang-ruang kosong itu...Dah mula terisi dengan partikel-partikel kecil kan? Kalau spesimen yang cantik,boleh nampak ada pigmen warna hitam sekali. Partikel-partikel tu kita namakan sebagai "heart failure cells" tergolong dalam sel-sel protektif tubuh badan yang fungsinya "memakan" mana-mana sel-sel darah yang telah bertindak keluar dari salur darah dan masuk ke ruang alveoli.Cuba tengok balik model peparu kat atas,kalau berminat untuk lebih memahami keadaannya. Kapilari darah dengan alveoli memang letaknya dekat-dekat sangat sebab nak tukar oksigen-karbon dioksida merentas sempadan. Sel darah tak boleh rentas.Kalau rentas kena tangkap dan dimakan jadi lauk masak kicap sebab itu warna hitam. TOINK! boleh faham tak?ke memang aku tak ada bakat jadi pensyarah? Kenapa namanya "heart failure cells"? Itu cerita lain pula...tapi mudahnya, keadaan CVC of lung ni ada kaitan dengan kegagalan fungsi jantung la jugak.
Baiklah...kalau ada yang berminat boleh teruskan membaca. Kalau dah bosan,dialu-alukan untuk beredar. Tak,saya tak kisah.Aiman pun tak kisah. Yang saya tahu,saya suka nak berkongsi ilmu ini dengan saudara-saudari sekalian. Ecece,ayat mengampu sikit. Ptuiiiii!
Ini pula struktur normal liver @ HATI. cantik!sejujurnya, struktur yang cantik dilihat di bawah mikroskop, pada pilihan aku ialah struktur hati, salur tekak dengan errr... testis. TOINK! Hati yang normal,struktur dia tersusun dalam bentuk heksagon,macam berlian la lebih kurang dipanggil hepatic lobule. Tengah-tengah lobule ada salur darah yang sangat besar dipanggil terminal hepatic vein. Vein = salur darah yang warna biru nurse selalu cucuk masa nak ambil darah.tu. Sel-sel hati tersusun cantik je dalam barisan seolah-olah macam it's radiating from terminal hepatic vein tadi. Nampak yang macam matahari kat tengah-tengah tu?Get the idea?Antara lobules ini pula ada pembahagi yang terdiri daripada fiber-fiber .Sikit dan nipis. Tak banyak dan tak tebal.
Ini kalau hati ada masalah CVC juga. Dah tak ada dah struktur ala-ala matahari tadi.Darah dah membuak-buak keluar ke sekeliling.
Ini pula hati yang dah sangat-sangat teruk keadaanya dipanggil liver cirrhosis. Fiber-fiber dah menebal to such an extent akan menyebabkan lobules mengecut dari saiz asal.Lama-lama hati pun jadi kecillah. Kalau nak dilihat dari mata kasar pun, memang sedih...sebab hati yang asalnya organ paling besar dalam badan [abaikan kulit ya] dan sangat cantik dan sihat macam ni...
berubah jadi macam ini...
Bagaimana mengelak dari berlakunya cirrhosis? JAUHKANLAH MINUMAN BERALKOHOL. Sungguh,itu memang sebab utamanya.Alkohol memang toksik untuk badan. Dan fungsi "detoksifikasi" tubuh memang dimandatkan penuh eksklusif kepada hati@liver@hepar. Sikit-sikit mula-mula bolehlah tahan dowh..lama-lama hati pun give up. Letih dan sakit. Tambah ada banyak lagi kerja dia nak buat. Kilang enzim kilang protein, kilang lemak...Hati memang all-rounders!
Ini bukan nasihat sembarangan ya.. Kalau nak masuk mode Jurnal Jumaat pun boleh sangat ni.
Sabda Rasulullah,
“Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yg paling mengaibkan.”
(Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab Memabukkan, Bab 30, Hadis no.3371)
Dalam Al-Quran,
“Hai orang-orang yg beriman, sesungguhnya (meminum) khamar(arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.”
[Al-Ma’idah 5:90]
Dalam Bible?
“Wine is a mocker and beer a brawler; whoever is led astray by them is not wise.”
Minuman keras membuat orang kurang ajar dan ribut. Bodohlah orang yang minum sampai mabuk.
[Proverbs 20:1]
“Do not get drunk on wine, which leads to debauchery..”
Janganlah kalian mabuk oleh anggur, sebab itu akan merusakkan kalian…
[Ephesians 5:18]
3 comments:
terima kasih doktor. kalau tak minum arak pun masih ada yang mabuk kereta dan laut contohnya bagaimana pula tu doktor? sila buat blog tentang kemabukan ini ya doktor norfa.
oh doktor..respek la~~
macam2 bio terms dah kuar..yg ni lg specific..dolu2 blaja yg basic aq da lama tidoq na..
btw, this is really informative entry..thanx sista norfa..
fighting!
Post a Comment