Tuesday, December 28, 2010

< 239 > Sasaran, Tersasar dan Penasaran

Hai,sebelum aku update dengan entri syok sendiri yang ada mp3 warna merah jambu,aku nak menulis sikitlah secara penuh manfaat hari ini. Boleh?Boleh kot..Perlu?Perlu kot? Tapi entri yang ada mp3 warna merah jambu itu memang saja saja suka. Jangan tanya boleh ke perlu ke. Syok sendiri la katakan. Ceyh,berapa kali nak ulang perkataan syok sendiri itu aku pun tak tahu. Tak apa,itu tandanya aku sedar dirilah entri itu entri syok sendiri [lagi ekali]kan. Jadi kalau ada yang kutuk-kutuk dalam hati itu, tak apa,anda sangat dimaafkan. Teeeehee =)

Ok,selesai perenggan mukadimah..TOINK. Kira kalau peperiksaan SPM,ikut format la sebab ada pendahuluan kan? 

Jadi hari ini aku nak bercakap pasal sasaran atau bahasa orang Chemornya...target.ek?


Hidup kena ada sasaran. Kalau aku menulis ini mengikut mode Jurnal Jumaat, aku akan pesan pada kalian semua yang sasaran kehidupan kita adalah kehidupan selepas kematian itu,sebab itu yang kekal abadi.Tapi hari ini nak menulis tentang keputusan peperiksaan yang baru keluar semalam, aku nak cakap Alhamdulillah dulu sebagai pemula tulisan. Eceyh,tadi masa mula-mula tulis tak reti pula nak bagi salam kan?=p

Alhamdulillah...aku lulus peperiksaaan lagi. Kalau tahun pertama kelas pertama,tahun kedua pula dengan kelas kedua. Macam cantik saja padahal menurunlah pretasinya. Tapi pada aku itu sudah cukup. Cukup untuk buat aku berlari turun naik rumah dengan bertuala sebab terlalu gembira. Cukup untuk buatkan aku sujud syukur pada Yang Esa. Cukup untuk aku teruskan percutian yang berbaki ini dengan penuh ria. Cukup untuk pastikan malam tadi makan malam kami Ayah yang taja!


Tapi nak tak nak, jujur aku mengaku di sini adalah sedikit kecewa di hati. Aku tak mahu bercerita tentang sasaran sebenar aku untuk peperiksaan kali ini. Satu,kerana perkara itupun dah lepas. Dua,sebab aku memang jarang sekali bercerita tentang hal-hal berkaitan sasaran pendidikan. Habis kuat aku akan cakap "JANJI LULUS" sudah. Macam yang kau orang selalu bacalah kan? Cuma kebelakangan ini, Encik H la yang banyak tahu. Itupun sebab dia dah risau bila tengok aku sangat tertekan padahal kalau ikutkan cara belajar dah macam-nak-gila-confirm-pass-punya sampaikan dating makan aiskrim pun usung nota,tunggu order pun sibuk membaca.HAHA. 

Yups,keputusan ini agak tersasar dari target aku. TOINK! Tapi itulah,kitakan hanya merancang dan terus merancang. Yang terbaik itu Allah juga yang tentukan.Kebetulan pula sekarang sedang bercuti di rumah bersama Along yang lebih banyak pengalamannya berkenaan perih jerih belajar perubatan ini. Jalan yang Along tempuh lebih sukar dari aku, tambah pula bila belajarnya di Universiti Malaya.Oi,susah kot!Jadi,bila Along cakap inipun sudah ok.Aku pun terus ok.[Okay,tipu.haha] Jangan salah sangka pula. Lepas ini jangan pula ada yang nak komen "itulah orang melayu...nak yang asal ada saja..blablabala". Bukan nak cepat berpuas hati,cuma tak nak seksa diri. Aku sendiri tahu aku dah cuba untuk beri yang terbaik masa peperiksaan hari itu. 

Tak dinafikan,ada yang aku cuai,ada yang aku terlupa.Biasalah itu. Rezeki sampai situ saja,kan? Tak akanlah aku nak cerita semua termasuk cerita aku nangis dalam dewan exam sebab tersalah tanda OMR sheet. Memang shit la the incident weyy! Di India ini,OMR sheet kena tanda pakai pen hitam ya. Jadi kalau kau salah tanda memang alamatlahhhhhhh. Ada sekali tu,masa aku buat semakan super-terakhir,aku perasan yang jawapan aku salah.DAMN!Selalunya,bila aku dah mula lorekkan ruang A B C D tu dengan pen hitam,aku tak akan semak dah.Entah kenapa hari itu menajdi super-teliti. Lepas itu,jawapan yang aku tanda tu memang aku yakin 100% salah. Tapi bila tanya penyelia peperiksaan pun dia tak boleh nak buat apa dah.TOINK btul! Nnangislah dulu sebelum jawab kertas bertulis.HOHO. Bila dah habis exam,member dekat sebelah dah mula "Fareeda what happen?" Dan lepas aku jelaskan letak duduk perkara,dia boleh cakap.. "Only one?only one?" Cis,berharga kot setiap satu markah pun!


Ah tapi apapun,saat aku menulis baris ayat ini,aku tenang sahaja. Tak adalah rasa nak bunuh diri pakai senapang yang ayah selalu guna nak tembak tupai tu. Jadi pembaca sekalian,anda boleh rasa gembira bersama saya jika anda mahu. Sep sket! haha.

Oh satu lagi,aku pernah sasarkan nak kahwin umur 24 tahun iaitu dalam 2 tahun setengah lagi sebab dah lama aku impikan nak pimpin tangan anak aku sendiri pergi tadika masa umur less than 30. Tapi memandangkan sekarang ini macam sangat penasaran kan walaupun baru seminggu saja tak jumpa,mungkin ada sasaran yang kena ubah kot =p Allah lebih mengetahui kan? TEEEETTTTT!

12 comments:

cimöt said...

aq pon nak kawen awal gakzzz..nak kumpol anak byk2..hihihi

anith said...

GATAI!! haha

anith said...

btw, congratz!
ok la tu! =p hahaha

jangan sedey2 la.. rezeki tu Allah dh tetap kn lama kan

oren said...

hakhakhak..hurm,akak faham kut perasaan 'nak reach sasaran tu'..tp alhamdulillah syukur anum lepas kan..tak yah nak repeat2.. 3rd year buleh sasar yang baru.. sasaran kene tip top so dat usaha pun tip top gitu kan..=))

akk dulu pun agak down final dapat 2nd class,coz tahun2 sebelum ok..(bukan la 2nd year tu tak ok) tp bile pikir balik,ade hikmah.. lepas on paper cemerlang gile pun tak janji anda doc cemerlang kat sepital.heheheh..=) ok selamat bercuti..

oren said...

*2nd class

iRah said...

congratulationsss! semoga berjaya lagi di tahun2 hadapan :)))))

hamzah ian said...

rilek je.. btw senapang tu kasi pinjam kat gua..

Qiez AR said...

ok la tu. LULUS kan? syukur babe,syukur. :D

2 tahun setengah lagi ye? Err..Good luck?

Amir Syahir said...

tembak je sape kaki ngumpat..kah2

MomoN said...

congrats ye anum~
betul mcm kata k.wanie, bagus on paper pun x semestinya bgs time kerja nanti~ jiayo for 3rd yr!

udienjai said...

ANUM, WAJIB JEMPUT AKU! NAK MEJA VIP. lol

ash said...

saya sokong kahwin sekarang jugak!moga Allah kuatkan dan percepatkan jodoh korang...amin..