Friday, January 21, 2011

Siri 25 : Kulit

Assalamualaikum...Dah lebih sebulan aku tak menulis untuk edisi jurnal jumaat ye. Maaf sangat-sangat. Jujurnya, aku kurang membaca buku-buku ilmiah semasa cuti lepas. Jadi,tak adalah wacana ilmiah yang nak dikongsi. Apapun,hari ini aku nak bagi penghomatan pada kelas pertama aku di Semester 6 ini iaitu Dermatology/Skin/Kulit - organ terbesar yang ada pada badan kita.

Mudahnya,cuba telitikan firman Allah di bawah ini

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan untuk mereka kulit yang lain, supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.   {An-Nisaa,56}


Kulit yang kita lihat sangat-sangat nipis tu sebenarnya mempunyai beberapa lapisan dan terisi dengan pelbagai struktur. Salah satu daripada struktur tersebut ialah sel saraf (ditulis sebagai nerve ending) dalam rajah di atas.  Ringkasnya, saraf ini yang bertindak mengesan rangsangan haba dan kesakitan pada kulit untuk dihantar dan diproses di otak. Saraf-saraf seperti yang aku yakin majoriti kita tahu mempunyai struktur yang bercabang-cabang dan berinteraksi antara satu sama lain memebentuk jaringan komunikasi yang canggih dan sangat-sangat efisien. Subhanallah. Pada yang tak dapat nak bayangkan, pergi tunggu depan TV sampai keluar iklan susu yang ada Wardina dan anaknya tu ataupun iklan susu bayi yang lain. mesti ada gambaran sistem saraf punya.huhu.

Dan menurut kajian sains dan dipersetujui oleh pakar anatomi [aku terlupa nama doktor berasal dari Thailand tu] juga, dalam kes-kes kebakaran, mangsa akan merasa kesakitan akibat terbakar hingga pada satu tahap tertentu,yang mana ketika lapisan kulit sudah terbakar keseluruhannya, rasa kesakitan itu beransur hilang dan tak dpaat dirasai lagi. Sebab apa? Sebab lapisan yang mengandungi sel saraf semua dah habis terbakar. Rangsangan-rangsangan kesakitan kepanasan segala dah tak dihantar ke otak pun.

Hurmmmm....tak dinafikan, lapisan selepas kulit terisi dengan kumpulan tisu-tisu lemak,otot dan akhirnya tulang yang juga mempunyai jaringan sel saraf yang tersendiri. Tapi sel saraf yang terdapat di kulit adalah terlampau melampau dan menyebabkan tahap ke-sensitifan kulit terhadap apa jua rangsangan adalah sangat-sangat tinggi.

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan untuk mereka kulit yang lain, supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.   {An-Nisaa,56}

Semoga kita semua terpelihara dari fitnah dunia dan seksa neraka kerana sesungguhnya azabNya tersangatlah pedih. Itu doa ikhlas aku untuk tiap-tiap hati suci dan niat murni yang menatap setiap baris tulis aku di ruangan ini.

Astaghfirullahal'azim..

Rujukan : Majalah SOLUSI Isu 25

5 comments:

HabHas said...

:p makin sayang kat kulit sendiri.. moga dijauhkan dr azab dunia( acne, eczema,callus formation..bla,bla, sunburn..) dan juga azab akhirat..tq doc

anith said...

nice! =]
as usual!

Unknown said...

sama2 la kite ambil iktibar.. :)

hamzah ian said...

pernah uma gua terbakar dulu2..

Tabibbatunhawa said...

Lecturer kt dermat sgt sempoi.. i loike!!