Alhamdulillah...MaKSIMa 2011 telahpun melabuhkan tirainya. Dan sekarang,dalam diam sendiri aku di ruang beradu ini...aku tak tahu kenapa sukar pula untuk melelapkan mata. Sedangkan, aku menjangkakan yang aku akan tidur mati sebaik saja melemparkan tubuh ke atas katil setengah jam yang lalu.
5 hari yang sangat mendera aku sepanjang menjawat jawatan dalam organisasi Malaysian Students' Association - Mangalore Chapter. 5 hari yang penuh dengan drama. 5 hari yang kurang dengan tidur. 5 hari yang mengubah tabiat pemakanan kepada sekali sehari.Itupun sarapan. Hinggakan,kadang-kadang rasa macam marah diri sendiri sebab gatal-gatal cadangkan event ini diadakan.
Tapi bila majlis tamat tadi. Dengan ucap terima kasih yang datang. Dengan pujian yang diterima atas anugerah suara kurniaanNya. Dengan kepuasan hadirin saat menyaksikan pementasan sketsa muzikal yang skripnya aku garapkan dalam tempoh 15minit [semasa kelas Medicine pula tu!] Cehhhh...boleh tak cakap yang aku terlibat dari semua segi?hohohoooo.
Aku duduk berteleku di sini bukan apa....Bila aku diam dan berfikir kembali.Aku lantas melanjutkan syukur aku pada Ilahi kerana kurniaNYA yang paling kuhargai.Siapalah aku,kalau bukan kerana mereka...
Syukur aku hanya untukmu YaAllah..kerana mentakdirkan aku menjadi anak permata 2 insan mulia ini. Tanpa mereka....tidak akan adalah acuan dan kualiti seorang aku yang begini.
Mama Ayah,mungkin kita bukan keluarga yang kaya. Tapi percayalah,didikan Mama dan Ayah cukup serba-serbinya pada seorang anak ini.Cukup untuk buatkan dia disayangi rakan, disegani lawan.
No comments:
Post a Comment