Friday, March 25, 2011

< 255 > Pahat Yang Berbunyi

Entri yang tersadai di peti draf lebih seminggu sudah.Tapi sebab hari ini tak ada kelas petang,aku sudahkan juga,demi memenuhi hasrat Ayah Mama.*gila anak solehah aku ni rupanya*
Majlis Konvokesyen, Sukan & Integrasi Mangalore (MaKSIMa) 2011 yang julung-julung kali diadakan di bumi Mangalore ini dah pun melabuhkan tirainya. Alhamdulillah,kalau ditanya pada aku lah kan, tercapai jugalah objektif-objektif yang aku tulis dalam kertas kerja program. Kalau ikutkan dari feedback kebanyakan seniors yang aku temui, memang rata-ratanya berpuas hati dan terasa sungguh dihargai. Alhamdulillah lagi. Kalau ada yang tak berpuas hati,hanya maaf yang boleh aku pohon sepenuh hati. Kalau ada yang saja-saja nak cari salah kami merangkap buat kami rasa sakit hati, aku malaslah nak peduli.Booo!

Post-mortem event pun dah selamat dijalankan malam tadi(17/3/2011). Sebenarnya,banyak kucar-kacir jugalah event tu. Tapi dapat diselamatkan dari pandangan hadirin sebab kami maintain cool and professional.Eceyh! Tak apalah,sekadar untuk diambil pengajaran mana yang patut untuk penganjuran majlis yang lebih gemilang di masa akan datang.

Tumpuan utama haruslah Majlis Konvokesyen. Untuk majlis ini, tumpuan terbesar aku haruslah persembahan walaupun sebenarnya aku hanya perlu membantu. Tugas utama aku banyaknya pada urusan surat-menyurat,minta sponsor,uruskan katering dan pelbagai kerja-kerja menaip yang lain.Tapi sebab jiwa gua dah memang kat situ kan,memang 100% effort gua bagilah kan. Drama-drama yang tercetus jangan cakaplah. Sebelum tu,ingin aku ingatkan,kalau yang terbaca ini adalah orang yang bersangkut-paut,maka harap dapat diperjelaskan di sini yang aku tak berniat pun nak ungkit-ungkit ya bila menulis ni. Cuma sekadar coretan untuk bacaan aku sendiri dalam tempoh 10 tahun akan datang.hoho.

Memandangkan aku secara ikhlasnya (InsyaAllah) dah memilih untuk bersara dari sebarang persembahan tarian yang entah dari umur berapa entah aku boleh tersesat dan berminat, makanya haruslah mencari pengganti-penggantinya.Sanggup aku ke Yenepoya yang perjalanan sehalanya menjangkau Rs200 naik auto semata-mata untuk latihan. Tapi Mama Ayah tak pula nak rasa aku gila, sebab kata Ayah.."kamu memang dari kecik dah rupa itu"  Adeyh(-___-)"
Dan setelah mengurangkan tahap kecerewetan aku yang gabeng ni, dapat jugalah menyelesaikan pemilihan dan penyusunan langkah tari. Simple-simple je. Basically aku recycle balik mana yang aku pernah guna serta juga tambah mana-mana yang patut sesedap rasa.Tambah pula boys yang 3 orang tu jugalah yang menari untuk Tarian India. Lagi banyak steps dan fast number pula tu! Nasib baik jugalah ada muka yang aku kenal sejak zaman A-Level kat KTT dan pernah terlibat sama dalam kumpulan tarian dulu sudi membantu. Mudahkan kerja jugalah.

Kemudian Chinese Dance punya cerita pun tekanan juga.Asalnya aku dah serahkan kepada salah seorang junior tarian masa di KTT juga.Aku dah bagitahu details persembahan macam mana yang aku nak dan berapa lama semuanya.

Tapi disebabkan dia pun sibuk dengan college event serta dah pun bersusah-payah untuk persembahan Chinese New Year anjuran MSA juga lebih kurang 3 minggu sebelum itu,tugas itupun berpindah-randah sampai at the end,memang salah aku sebab tak trace siapa yang handle tarian tu.

Sudahnya,tak sampai seminggu sebelum majlis, aku dapat tahu yang diorang dah siapkan persembahan yang mak ai datuk 6minit lamanya yang mana 1minit setengah adalah dance yang stok ada kipas-kipas, riben, pusing-pusing dan selebihnya tarian moden yang dipengaruhi elemen Korea, Jepun, Taiwan dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.Bila aku minta cut sebab sebenarnya aku nak yang tradisional tu je untuk pembukaan,maka terkeluarlah jawapan "kalau tak buat full,kami tak nak buat terus" Sentap sekejap dengar jawapan macam tu..[dan mulalah sentimen aku-senior-kau-junior-nak-lawan-marilah! menular dalam jiwa sekejap] Akhirnya setelah diskusi dan diplomasi, persetujuan dicapai untuk split the performance into two.

Terpaksalah tarian moden diletakkan sebagai persembahan sewaktu makan malam padahal kalau ikutkan pesanan Konsul JPA-Encik Khairudin,persembahan sewaktu makan malam [melainkan waktu dessert] adalah sangat tidak kena sama sekali.
But,they were undeniably awesome!So lets just drop it.Faham juga sebab merekapun penat berlatih tiba-tiba nak suruh cut macam itu je.Kalau akupun,panas.Cuma kalau aku panas pun,aku masih mampu beri jawapan yang bernas,waras dan tak bikin orang lain panas juga.Sopan-santun kan budaya Malaysia?

Dan operasi memujuk adik-adik untuk persembahan sketsa muzikal juga bukanlah satu tugas yang mudah.Terkenangkan zaman aku bergelar adik-adik dulu tunduk akur saja pada perintah.Eceyh!Tambah pula Presiden MSA masa itu,Mahfidz memang aku salute dia punya kebolehan menyentap jiwa raga walaupun dengan riak muka yang selamba.Contohnya,macam ayat ni..."Kalau kau tak nak tolong buat persembahan ni tak apa.Tapi nanti kalau kau sakit amsuk hospital ke,nak cari rumah,buku ke,kau jangan cari aku".Toink!Sentap tak?Tapi bagus juga.Sebab komuniti Malaysia dekat sini kecil saja.Kalau bukan kita-kita ni yang jayakan setiap majlis,siapa lagi?Takkan nak harap tempe yang asyik nak makan free je?Ouch!

Skrip sketsa muzikal konon-konon terinspirasi dari Filem Magika tu aku siapkan masa sejam kelas Medicine yang sangat hambar dan bosan.HOHO.Mula-mula jual mahal jugalah diorang tak mahu*eceyh* Tapi akhirnya SMS jugalah minta skrip tu. Aku pun tak kisah sebab niat aku nak mudahkan kerja semua orang saja.Dan mereka juga kreatif serta sempat tambah satu babak goyang gerudi Inul terbaik punya..

The Wonderboys.yes,they are doctors-to-be.

Sempat jugalah aku mencelupkan diri menjadi emcee. Bersyukur, sebab masih reti dan juga sebab punya teman emcee yakni Senk yang sempoi selalu[emo kadang-kadang je] main randuk tak pakai skrip padahal dari awal dah tahu yang VIP yang datang tu adalah dikira sebagai seseorang yang mengetuai Kerajaan Malaysia di Selatan India ni.
jangan tertipu.saya pakai wedges serta berdiri di atas platform.tapi orang sebelah tu pun bukanlah tinggi manapunnnnn!hahahah

Sudahlah mula-mula lupa jemput isteri VIP naik atas pentas untuk bagi hadiah.Dah selesai pun,lupa pula cakap terima kasih.Tapi lepas tu cover macam konon ayu dengan suara manja [konon lagi] "Maaf ye,terima kasih puannnn".HAHAHA.Setiap kali lepas umumkan nama pemenang,sementara tunggu pemenangnya naik ke pentas,kami berdua di sebalik rostrum tu main tunjuk-tunjuk apa anugerah seterusnya.Lepas itu nanti Senk gerak ke belakang konon macam nak batuk la kan,pastuh bisik "Kau goreng..kau goreng!" LOL.Sampai ada sekali tu,Encik Khai yang kat bawah dah tunjuk isyarat jari ke mulut suruh diam.HAHAHA. Aci bedal je lah.Lagipun,sesi yang aku jadi emcee tu memang sesi santai dah beritahu dari awal-awal sebaik sahaja dapat mic.Memang anugerah-anugerah dan cenderahati tambahan yang saja-saja aku usulkan dalam mesyuarat untuk hargai beberapa seniors yang aku kira special.Salahguna kuasa.Mengaku.Toink!

Kak Wani dapat sumbangan khas sempena perkahwinan dengan Abang Joe bulan depan.Laava the Sportswoman(my badminton captain!)Liew for Anugerah Cemerlang.
Kak Nade The Gorgeous for Hot Chick Award.HAHAHA

Dan pastinya....persembahan koir gabungan batch aku dan batch2009.Aku sebenar sangat terharu dengan budak-budak batch aku ni.Dulu masa 2008 Mahfidz suruh berdikir barat,kami berdikir barat sempena Sambutan Hari Merdeka.Siap usung baldi,sudu dengan mangkuk besi sebagai alat muzik.LOL. 2010 koir pula.Memang kesayangan betullah.Sporting abes korang ni.Mula-mula risau juga sebab koir kalau tak kena gaya maka jadilah ianya sebagai persembahan nyanyian beramai-ramai.Tapi alhamdulillah,it came out pretty good.Million thanks to Linda(Grade 8 Piano) actually.


Nanti aku upload video koir kitorang sebab aku memang sangat kalut malam tu tak bawa kamera pun.Kalau bawa pun memang sangat sibuk tak ada masanya nak tangkap-tangkap gambar.Tapi untuk sedikit halwa telinga dan hiburan mata buat seketika ini,u guys can click at the link above to watch Dikir Barat live from Mangalore,India.Or simply enjoy seeing pictures of ourselves enjoying our choir practices.TEEEETTTTT!

8 comments:

psenk said...

Gua sempoi, gua tinggi. ;p

Lola MK said...

adoi..terperasan bju hard rock cafe dian tu same ngn daku pny..*tengah pakai lagi*hahha~kelakar..

gadisBunga said...

dapat jugak org sana dgr dikir barat ek? :)

norfaridahanum said...

@psenk : gua okayyyy!

@lola :haha..HRC jakarta?

@gadisbunga: dapat jugaklah..tapi bukan yang ori punya.haha

Lola MK said...

nope2..bengaluru or smtg..kuchy kasi..=)

norfaridahanum said...

oh,same r ngan dian punya tuh.bengaluru/bangalore.x pnah lagi jumpa kucai kat sinih.adeyh!

ash said...

agak jahat nampaknya review pasal kteorg kat sini...tapi lawak2...sgt lawak...say redha je ape yang akak cakap pung!hahahaha

norfaridahanum said...

waaaahhh!!review akak yg jahat ke tindakan korang yang jahat?