Hello!Chef CincaiCincau kembali lagi setelah hampir seminggu ketiadaan internet. Tekanan sungguh. Nak berbual-bual terbang ke bulan memetik bintang pun kena berkira masa dan wang ringgit. Kalau pakai Skype sampai Subuh pun tak apa.HAHAHA.Motif dan kaitannya dengan sesi DariDapurDokter,apakah?
Habis dah meluahkan perasaan. Kali ini aku nak kongsikan menu yang dimasak guna satu bahan yang aku rasa layak dipanggil a kitchen magic,yakni Oyster Sauce atau nama lebih mesra Melayunya,Sos Tiram.Yeay!
Menu kali ini mudah kacang nak mati,atau orang putih cakap chicken easy.Ek?Macam tak je..Sebab aku nak masak sotonglah kali ini..Langkah-langkahnya seperti di bawah ya tuan puan
1) Gaulkan sotong bersama serbuk kunyit.Agak-agak setakat nak bagi warna saja.Jangan kau hangguk taruh sekilo serbuk kunyit padahal sotong setakat segenggam bayi 2 bulan je.
2) Gorengkan sotong sekejap dan angkat letak atas pinggan bertisu. Dulu aku rasa orang kaya poyo saja yang nak menghabiskan duit beli tisu semata-mata untuk serap minyak dari makanan. Ye la,mama dekat rumah masak cekodok ke cucur ke letak atas suratkhabar je.HUHU. Tapi sebab aku pun dah kaya duduk India ni mementingkan pemakanan yang sihat,aku pun dah ikut sama guna tisu-tisu ni.
Gila kau...minyak!kalori!OMG!!!ok,over je description.
3) Bila dah angkat semua sotong tu,buangkan sikit minyak dari kuali ke mana-mana bekas simpanan minyak yang ada kat rumah korang. Tapi kalau kau memang super kaya,boleh saja buangkan semua minyak tersebut dan gantikan dengan minyak yang baru,agak-agak sesudu besar pun dah cukup sebab langkah seterusnya ialah menumis adik-beradik bawang,macam biasalah kan.HEHE.
4) Ingat tema dapur kita? HIJAU! jadi,kali ini guna capsicum ataupun nama lainnya cili bulat,kot??? Agak-agak lepas tumisan tadi tu dah naik bau yang semerbak,bolehlah masukkan capsicum tu. Pastikan kau sabarlah nak tunggu naik bau tu. Aku rasalah kan,ibu-ibu sedunia ni develop sifat penyabar diorang dari dapurlah. Nak tunggu naik bau ni pun sikit punya makan masa.HOHO.
5) Kacau-kacau sikit bagi agak masak. Selalunya sayur-sayur ni aku tak bagi peluang lama sangat duduk dalam kuali. Nanti vitamin-vitamin semua terurai dek haba-haba makanya tak ada gunalah sayur itu melainkan untuk mengembungkan perut sahaja. Lepas 2-3minit ke,kau masukkan semula sotong tadi diikuti dengan sos tiram. Sos tiram aku kalau kat Malaysia memang tak lain tak bukan cap Kimball. Kalau dekat India ni,mungkin cap Pantai lah yang rasa nak hampir sama.
6) Gaullah semuanya sehingga sebati dalam kuali[ayat durjana lagi]. Tak payah tambah garam sebab sos tiram punya rasa masin manis tu dah cukup la pada aku. Pesanan dokter, kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan boleh mengundang masalah tekanan darah yang tinggi seterusnya komplikasi kepada jantung dan buah pinggang dalam jangkamasa panjang. *senyum*
Kepada yang teringin mencuba menu cincai ini,ChefCincaiCincau ucapkan selamat mencuba! TOINK!
Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Ah,senyuman itukan satu sedekah juga! *senyum*
8 comments:
OHHHHH..akak ipar~~hahaha..tetibe ngaku plak..
Saya jadi fan drkuali *haha itukah nama anda?* :)
bila pulak punya menu ni?? x rasa punnn... *ehem*
@ cimot : ye r tuh kau...sombong ek skang? busy ek?
@ psenk : bajet ko buat ayat terharu cmtuh aq nak hulur ko semangkuk dua lah? oh,please!
@ dian :hari yang org airtel dtg tuh...selasa kot.hehe.malu r nak bagi chef hebat cam ko rasa kan.hohoh
cam sedap je..tapi malas nak buat sendiri..awak tlg buatkn ley hehehe
@ alan :haha.lawak apekah?nnt sy buatkan pos msia pun dah basi jadi bahan arkeologi je.
tu dia norfa senyummmm terserlah tembam nya haha
@naz :terserlah pipi bersinar lah.cis!orang tua2 kata,itu tanda bahagia
Post a Comment