Assalamualaikum.....lama tak menulis disebabkan serangan batuk dan sakit tekak sebaik sahaja pulang dari tanah air minggu lalu. Dah hampir seminggu pun,dan Alhamdulillah keadaan aku sekarang beransur pulih. Sempat jugalah bersuara rock seksi macam Ella untuk 2-3 hari. Yang pastinya,kali ini aku nekad tak makan sebarang antibiotik. Cuma telan panadol sebelum tidur sebab bila malam badan rasa terlebih panas sikit. Di samping itu juga ambil cough syrup sebelum pergi kelas sebab tak mahu mengganggu tumpuan orang lain masa belajar. No more self-prescribed antibiotics orally!! Habis kuat pun kena rajinkan diri berkumur-kumur dengan air garam ataupun antibiotic contained-solution. Saja nak suruh tubuh badan jadi kuat sikit.
Bukan apa..cuma agak terkesan dengan kata-kata seorang doktor ni. Dr.Mohd Ismail...Ketua Unit E Perubatan Am. A very brilliant one. Hari tu dia tanya,apa keperluannya kita bagi antibiotik kepada pesakit secara membabi buta.,sedangkan antibiotik tu pun terhasil pada tahun 1945 melalui penemuan terulung ubatan "penicillin" oleh Sir Alexander Fleming.Habis kuatpun sebelum antibiotik,adalah beberapa jenis ubatan antimicrobial yang digunakan beberapa dekad sebelumnya. Apa perbezaaan antibiotcs dan antimicrobial?Itu aku tinggalkan persoalan untuk pelajar-pelajar perubatan untuk dicari jawapannya.Penting tu!
"From the time of Prophet Adam,what these microbes and human have been doing? Fighting and fighting and fighting. Human body is such a beautiful creation. If you give some time, except for some conditions you certainly known of,all infections will definitely cease on its own.Yet what are we doing? We directly give antibiotics,for that greed of money.Immediate cure and relief. Broad-spectrum antibiotics, extra-spectrum,now so many antibiotics have come into the market.Like carpet bombing,you know,it's killing all the pathogens at one shot but later on new infections,recurrent infection will come. This same thing happen in Iraq and Afghanistan. You keep bombing the place,new group(of terrorist if that what you call) will stand against you."
Aku cuma rasa a.k.a buat diagnosis sendiri yang sakit tekak ini cuma keadaan biasa bila berubah cuaca. dan tempat. Tambah-tambah masa pulang ke India hari tu pun, otak tak berapa nak berada di jalan yang lurus, stress memanjang...sampai sekarang pun stress. Tekanan jiwa dan mental ni memang tak elok dan boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh. Bila datang kuman kecil-kecil pun senang nak sakit. TOINK! Macam kelakar dan tak logik? Tapi itu memang fakta=) Jadi yang termampu aku lakukan selain daripada banyak minum air masak,makan buah-buahan...cari kawan untuk mengadu? HAHAHAHAHAHA. Memang tak lahhhh!Sebab aku letih sangat nak mengadu dekat siapa-siapa pun. Bila ada yang tanya pun,aku cakap aku letih nak bercakap dah pasal apa-apa pun. Kawan-kawan ni kadang-kadang keterujaan mereka memang mengalahkan kita. Tapi Alhamdulillah juga...bila kita bersedih,mereka juga yang jadi orang yang sangat memahami. Terutamanya teman-teman usrah. (cis,nangis lagi.berapa ratus kali nak nangis bila balik India ni daaa?stress stress stress) Dan semestinya, hanya dengan mengingati Allah,jiwa akan tenang.
Lebih dari itu...tak ada apa nak diceritakan. Kembali kepada lumrah sebagai pelajar perubatan yang membosankan. Mungkin lebih baik korang pergi singgah blog bakal-bakal doktor terkenal untuk disajikan dengan cerita yang lebih menarik. Cerita aku memang pi mai pi mai akan berkisar tentang struggle untuk survive di negara yang manusianya kurang beradab berbanding Malaysia Negaraku tanah tumpahnya darahku (dan dan semua berdiri tegak naaaaa), terkapai-kapai nak rekod kes pesakit sebab aku pakai bahasa Kannada sikit punya rasmi dan tersusun tatabahasa nahu perbendaharaan kata segalanya. Pesakit tu boleh pula jawab pakai bahasa pasar macamlah aku membesar dengan bahasa Kannada tu mengalir dalam segala urat darah kan. Aku baru tanya "Yennu tondre?(What's your problem?)", dia dah bawak kuar segala sejarah dan selak kain selak baju semua kan..Jadi selalunya, bila dia dah mula cakap macam pelesit tu, aku akan cakap elok-elok dengan dia "Annaa,nana dershada Malaysia...Kannada swalpa-swalpa barutta" (Abang,saya asal dari Malaysia,saya faham Kannada sikit-sikit je) ,lepas tu senyum dan buat muka innocent memerlukan bantuan dan kerjasama dia,InsyaAllah bolehlah selesai..Keypoint,panggil annnaaaaa! HAHAHAHHAHA!Untuk kes-kes Perubatan Am ni memang aku gelabah sikit nak ambil kes sebab bidang ni luas,macam-macam boleh keluar dari mulut pesakit.Kalau kau punya perbendaharaan kata tak luas,memang sakitlah. Kiranya di samping belajar ilmu perubatan,aku belajar bahasa secara sambilan. Target aku tahun ni nak mula belajar bahasa Malayalam pula sebab kebanyakan pesakit yang datang ke hospital adalah dari negeri Kerala(yang menggunakan bahasa Malayalam).
Tempat aku belajar ni dalam negeri Karnataka. Kerala berada paling selatan sekali dalam peta India.Lagi selatan? SriLanka!!!Ehem ehem ehem!
Hindi,walaupun merupakan bahasa rasmi negara India,amat jarang digunakan di Selatan India ni. Tapi aku adalah niat nak belajar juga sebab rugilah kalau duduk sini 5tahun tak reti cakap Hindi kan? Sekarang inipun aku bolehlah pick up sikit-sikit bahasa Hindi sebab banyak kawan-kawan North Indians. Tapi lebih kepada perkataan-perkataan yang digunakan dalam pertuturan seharian.Telugu????Oh no,sangat-sangat berharaplah aku tak akan dapat pesakit bahasa ni masa final exam nanti.Amin....
Cukup untuk kali ini. Dan untuk yang ada masalah sakit tekak,cubalah untuk berkumur-kumur dengan air garam dahulu untuk 2 3 hari. Kalau ada kahak,jangan telan..kasi ludah semua ok? Jangan risau kalau kahak warna hijau. Standard lah tu(melainkan lebih dari 3 hari). Itu tandanya tubuh badan anda tengah bersilat gayung menghentam kuman-kuman tu. Ada enzim mengandungi pigmen(warna) yang dirembeskan oleh sel-sel pertahanan badan.Basically,the body is just doing its exact job! Sebab tu kalau tanya aku, memang aku tak galakkan ambil ubat batuk,melainkanlah kau memang ada sakit yang berkaitan dengan paru-paru ke ape ke. Banyak sangat batuk pun,nanti sakit dada lemah tak bermaya pulak kan. Kalau kau masih muda kacak jelita,kuatkanlah semangat. Lagi banyak batuk,lagi banyak kahak dapat dikeluarkan. Semua tu mekanisma semulajadi badan. Selagi kau mampu dan tak ganggu orang,kuatkanlah diri untuk batuk dan keluarkan kahak tu sebanyak-banyaknya. Tapi itu pada akulah,aku belum jadi doktor lagi. Korang jangan ikut sangat. Part yang air garam tu tak apa kalau nak tiru. TEEETTTT!
p/s:gambar-gambar macam biasa...semua pertolongan EncikGoogle
3 comments:
haha tambichi tambichi ni savadi
amma appa..sabar he..
kalau eny sakit, eny tak suka amek medicine pun.. biar baik sendiri :)
Post a Comment