Thursday, June 23, 2011

< 273 > Masak Lemak Cili Padi

Hai semua!!!! Chef Campak-Campak anda kembali lagi beraksi setelah lama menyepi selepas 2 siaran saja. HAHA. Tapi untuk tidak digelar semangat ala-ala hangat tahi ayam,hari ini,aku nak berkongsi satu lagi resepi mudah, Ayam Masak Lemak Cili Padi.Cili padi ke cili api ke suka hatilah korang nak panggil apa.

Tuh dia gambar sikit punya besar GoogleImages ni bagi.Orang Perak biasanya panggil cili---> cabai..Hari tu balik Malaysia sempat juga aku capai 2 pek dekat Tesco. Al-maklumlah,nak dapat kat India cili-cili merah ni...memang harapanlah!

Ok,tak payah nak mengomel benda yang tak ada kaitan. Kita terus pergi kepada cara-cara nak memasak ni. Bahan-bahan yang diperlukan untuk di-blend termasuklah bawang besar,bawang putih,bawang merah,kunyit dalam 3cm dan juga cili padi tadi. Terpulanglah nak banyak mana.Lagipun pakai blender je kan..Lainlah kalau korang nak menumbuk cili pakai lesung batu macam Mak Yang aku.(Kalau cili tumbuk memang pedas dia lain macam woooo!Best gila!) Kalau nak pedas terangkat khususnya untuk anak jati Perak macam aku,untuk sekilo ayam bolehlah guna dalam 15-20 batang cili padi.Tapi kalau nak memasak untuk orang-orang Pantai Timur kenalah kurangkan darjah kepedasan sikit ya.Aku cadangkan untuk setiap 100g ayam gunalah sebatang cili padi dah cukup,kot? 

Jadi...Macam biasalah,bahan yang dah dikisar tadi tu kita tumiskan sampai baik bau. Lepastu masukkanlah ayam. Kalau ada nak taruh serai,boleh letak sekali waktu ini. Gaulkan dan biar untuk 8-10 minit pada api perlahan.Biar rasa cili tu meresap sikit ke dalam isi ayam. Lepas tu tambahlah santan.Kacau dan kalau rasa nak kurangkan kepekatan santan/rasa lemak santan tu,bolehlah tambahkan air. Kalau aku,aku suka tambahkan air dalam blender yang digunakan untuk kisar bahan tumisan tadi. Kira kasi bersih semua sisa-sisa cili yang ada dalam blender tu. Di samping menambahkan darjah kepedasan ke tahap maksimum, nanti nak basuh blender pun senang.HEHE! Satu lagi,kalau nak tambahkan ubi kentang,bolehlah letak masa ini sekali.

Langkah seterusnya,tambahkan serbuk kunyit sikit demi sedikit. Jangan selonggok terus. Setiap kali tambah dalam setengah sudu kecil,kacau dulu bagi sebati warna barulah buat keputusan nak tambah lagi ke tak.Ok? Tambahkan garam secukup rasa. Dan akhir sekali....ini aku dapat lepas perhatikan Kak Wani masak...Dia perahkan limau nipis jugak. Semalam aku cubalah juga. Pandai-pandai agaklah ok.. Semalam untuk ayam dalam 800g tu aku guna satu suku (belah 4) saja pun dah cukup  untuk naikkan rasa sikit. Rasa apa tak tahulah nak gambarkan,tapi yang pastinya, lebih sedaplah!TEEETTT! 

Biarkan pada api sederhana untuk 15-20 minit..InsyaAllah,masakan anda akan kelihatan sebegini rupa.

Atau mungkin lebih hebat lagi dengan rasa yang lebih sedap!!!Selamat mencuba!

Oh,nak berkongsi petua untuk hilangkan rasa pijar/terbakar tangan sebab pegang cili api ni...Elok dah selesai semua kerja tu,ambil la garam secukup rasa dalam satu sudu kecil,dan rata-ratakan ke seluruh tapak tangan sambil kepal-kepal tangan tu. Buat dalam seminit dua,kemudian basuhlah dengan air. InsyaAllah,rasa terbakar semua tu akan hilang. TOINK!

4 comments:

MOMMY CGG said...

toink toink..

jom balik uma masak nie tuk hubby:P

cimöt said...

boleh kawen daaa ni..hahaha

HabHas said...

cam sangat sedappp.. :p kena cuba .. tq chef campak-campak

norfaridahanum said...

CGG mesti lebih pro

cimot,kalaulah hanya berbekalkan kebolehan memasak saja dan dibolehkan kahwin......kalaulah...=p

HabHas : helloooooo!!!! "macam" sangat sedap ek?macam je?