Monday, August 15, 2011

Hamba Ramadhan

Selesai Dhuha tadi aku mencapai Al-Quran pemberian kedua orang tuaku. Satu-satunya pemberian berharga yang aku mohon dari Mama semasa Mama dan Ayah berpergian ke Tanah Haram, Makkah al Mukarramah pada tahun 2007. Aku selak ke halaman bacaan yang aku tanda menggunakan business card Ayah. Mungkin penanda yang sama yang Ayah gunakan di sana sebab ada tulisan pen yang mencatit nombor halaman dalam Arab pada tarikh sekian-sekiannya. Entah bilalah akan sampai rezeki aku untuk mengaji Al-Quran di sana....Aku mahu,aku rindu.

Oh,sebenarnya aku bukanlah mahu bernuansa syahdu di pagi hari minggu ni. Eh,bukan hari minggu ya? Maaf, hari ini 15/8 merupakan cuti umum sempena Hari Kemerdekaan India. Bangun pagi tadi pun aku macam ingat masih Ahad.Sudah tahun ke64 India merdeka. Tahun ini aku tidak ambil pusing dengan sambutan di kolej dek kerana kepenatan menguruskan Majlis Sesi Ramah Mesra & Iftar untuk pelajar Malaysia semalam disambung terus dengan mesyuarat berkenaan sambutan Aidilfitri pula. Pulang saja sudah jam 9.30 malam, dan hampir ke pukul 10.30 malam aku berdiskusi bersama naqibah kesayanganku tentang...apa yang kami klasifikasikan sebagai masalah ummat. Sebelum tidur,aku gagahkan juga bertarawikh sebab kalau ikut nafsu rehat dan tidur tu memang confirm tak akan bangun dah sampai ke sahur. Rugilah aku macam tu!

Alamak,perenggan tadi melalut juga. Kita mula semula.

Oh,sebenarnya aku bukanlah mahu bernuansa syahdu di pagi Isnin ni. Cuma tadi, bila aku selak halaman Al-Quran..rupa-rupanya dah sampai ke juzuk 15 sudah, dan kebetulan juga hari ni sudah masuk hari ke15 Ramadhan. Alhamdulillah.....Tapi jangan salah sangka, aku bukannya baca Al-Quran satu hari satu juzuk. Oh,tidak sama sekali! Aku pegang pesan pembaca aku(Raja&Isteri),aku mahu jadi hamba Tuhan selama-lamanya, bukannya hamba Ramadhan semata-mata. Aku hanya meneruskan kelaziman sepanjang tahun  untuk membaca kata-kata Allah itu. Yang mengikuti blog ni sejak sekian lama pasti sudah mengetahui yang aku hanya khatam Quran setahun sekali, iaitu pada Maal Hijrah,hari permulaan tahun Islam serta juga hari di mana umur aku akan bertambah setahun mengikut kalendar Islam. Kalaupun ada amalan yang ditingkatkan di bulan mulia ni, mungkin dari segi pemahaman isi kandungannya. Itu target aku untuk Ramadhan kali ni. Biar aku faham segala apa yang aku baca dalam solat aku. Memang rasa nak lepuk kepala sendiri bila fikirkan yang himpunan surah-surah Juz 'Amma yang dah jadi lancar di lidah semenjak aku Tahun 3 sebenarnya punya banyak pesan dan nasihat yang penuh kasih sayang, malahan amaran dari Allah s.w.t. Selama ini,hanya hafaz lancar di mulut tapi langsung tak terkesan di hati. Habis kuat maksud surah Al-Asr (Demi masa.....) Itupun sebab dulu masa sekolah, itu memang surah yang popular kan. TOINK! 

Alhamdulillah...setakat separuh Ramadhan ni,dari Ad-Dhuha hingga ke An-Nas bukan hanya sekadar lancar di mulut. Ianya sudah sampai ke dalam jiwa. Begitu juga dengan beberapa potongan ayat dari surah Al-Baqarah, Al-Kahfi dan As-Sajdah. Surah-surah yang lain pun aku usahakan untuk fahamkan maknanya barulah akan aku bacakan dalam solat. Itu juga kunci untuk khusyuk dalam solat. Tambah pula bila teman kesayangan dah pulang bercuti dan akan beraya di Malaysia tahun ni. Ok,dah terlebih sudah.Itu sahajalah untuk cerita Ramadhan aku kali ni.Aku mengambil peluang atas keberkatan bulan ni sebagai satu batu loncatan untuk menjadi hambanya yang lebih baik. How to explain this lahhh? There's something about Ramadhan you know...Eh,you know or not?That sort of feelings that makes you feel like "menghambakan diri" to Him sebanyak-banyaknya.But like what I said before, jadilah hamba Tuhan,bukannya hamba Ramadhan...

Semoga setengah Ramadhan yang berbaki ni dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Ada masanya memang akan sibuk dengan urusan-urusan pelajaran dan urusan-urusan yang "agak" keduniaan. Tapi InsyaAllah, dalam setiap langkah dan kekosongan masa, aku cuba memperbaiki hafalan aku.Tapi dalam hati sajalah. Aku lebih selesa begitu. Lebih menjaga hati aku dari tersimpangnya niat dan timbulnya riak. Dan lebih menjaga diri dari jadi mangsa fitnah dan salah faham. Saya tak pernah salahkan orang kita(maksudnya orang Melayu) bila mereka cepat menuduh orang kita (maksudnya orang Melayu) ni menunjuk-nunjuk dalam perkara kebaikan, sebabnya memang orang kita (maksudnya orang Melayu) ni memang senang terpesong niat bila berbuat kebaikan. Dah tu saya menulis macam ni pulak untuk apa? HAHA. Terpulanglah pada yang membaca,tapi InsyaAllah, niat aku selama menulis ni pun, kalau bukan kerana nak berkongsi,pastinya sebab aku menganggapnya sebagai diari untuk aku semak-semak dan muhasabah diri di kemudian hari. Mungkin Ramadhan yang depan, atau mungkin 10 tahun lagi. Wallahua'lam

Penyelesaiannya? Tepuk dada..tanyalah Islam, Iman dan Ihsan =)

"Jadilah kamu menjadi orang-orang yang Rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab, dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya" - AliImran,79

2 comments:

cimOt said...

aja aja for the other half of ramadhan..jom kita pulun climax coming soon..

salam ramadhan akak norfa..hihihi..tetibe syahdu plak..

HabHas said...

moga berjaya istiqamah..tp pencapaian sgt memberansangkan..da kna speed lagi laju la nih.. :p moga setiap detik ramadan dapat di amik ibrahnya..moga allah mudahkn dlm beribadat dan jadi hambanya..