Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Raya Paling Glory

Man Utd lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,
Menandakan Raya sudah tiba

Rooney hatrick, Young dua,
Satu dari Welbeck, Park dan Nani,
Orang muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat De Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi

30Ramadhan di India bersamaan 1 Syawal di Malaysia.
Oh tapi esok kami akan sambut raya dan merdeka sekali. Bersejarah!
InsyaAllah.


Sibuk melenguhkan tangan buat kerisik untuk rendang daging 20kg!Shu poser saja di situ. Dia otai ayam masak merah.HAHA. 

Tapi inilah seorang teman aku beraya di India selama 4 tahun berturut-turut ni. Memang muka kitorang tak pernah hilang lagilah di bumi Mangalore ni. Bila sedih-sedih,saling pujuk memujuk sesama sendiri je. Mungkin sebab situasi kami sama. Bukannya tak nak balik, cuma keluarga sendiri pun tak menggalakkan kami balik.HAHAHA! Kitorang selalu berpendapat yang kami diasuh dan diberi pendekatan yang serupa oleh family masing-masing. Sekepala je selalu kitorang ni. Aku sayang ko Shu! Baik ko cakap ko sayang aku gak!LOL!

Tunggu lagi 2 tahun ya keluarga,InsyaAllah masa internship bolehlah apply cuti panjang sikit dan balik beraya. Ini semua pengorbanan,semoga dibalas dengan kejayaan di hari depannya. InsyaAllah 

P/S : Rasa nak hempuk laptop bila dia keluar lagu ..
"ANAK MUDA DI RANTAUAN, SEMUANYA PULANG KE DESA".
oh tapi,mungkin aku pun dah tua kot? LOL!

So,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA PEMBACA TOINK ! TOINK!
MAAF ZAHIR & BATIN ATAS SALAH SILAP SAYA SEPANJANG KITA KENAL-KENAL DI DUNIA MAYA NI. 

8 comments:

IMANSHAH said...

hambek kau ucapan raya gaya Man U..selamat hari raya ye

shusupian said...

Aku sayang kau jugak (tolong terharu skrg jgk)

Natasha Zainal said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Anum! ;)

udienjai said...

Selamat hari raya anum. maaf zahir batin :)

enyheartsdiamond said...

lol! penangan MU tu! dah hujung2 puasa, setan merah mula mengganas :)

salam AIDIL fitri kak anum~

maaf zahir batin <3

AJ Nismihan said...

untuk kamu, anum; seboleh mampu kamu, biarlah 2 tahun yang memipih datang ini berbaloi untuk kamu tempoh, dan berbalas penantian keluarga untuk setempoh itu.

bagaimana untuk begitu? anum lebih tahu.

*senyum*

untuk anum; ditanah mana pun kita bertakbir, asal tajwidnya sama, kita masih ber-eidulfitri kan anum.

dan selagi mana semuanya atas nama-Dia, untuk dia juga gumbira dan sedih kita kan.

maaf untuk salah silap perkongsian maya antara kita ya anum.

kalau ada terasa mahupun kecil hati, percayalah, aku dah sehabis baik menyusun bahasa untuk menegur tika perlu. dan terasa-lah andai itu yang terbaik; dan mana tahu itu yang aku hajatkan pun.

*senyum*

Salam

norfaridahanum said...

Salam AJ.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf juga dari aku AJ kalau (mesti ada punyalah) tulisan aku ni ada yang membuat kau terasa,tindakan aku ada yang membuat kau kecewa.

tapi yang pasti,aku mohon sekali untuk kau terus di sini dan tegar menasihati =)))

barangkali ada alamat emel baru yang boleh kau tinggalkan untuk aku hubungi? senang untuk aku hantar jemputan akhir tahun nanti. eh?

*senyum*

AJ Nismihan said...

*senyum*
dan biarlah aku terasapun; andai itu yang baik untuk aku berubah dan terkesan.

syukur sampai sini, kamu lebih baik dari dari yang aku 'kenal'; dan aku percaya itu lebih baik dari segalanya kan.

tapi; anum tetap anum, and nothing wrong for being one.

*senyum*

insya'Allah, selagi ada keperluan, aku bisa titipkan pesan; biarpun pada biasanya, aku yang mencari sesauk-dua pesan dari laman kamu ini Anum.

email aku?
untuk menjemput aku, melahung didalam entri kamu sudah terlalu cukup untuk aku hargai.
dan kalaupun tidak, pasti nanti kamu tahu mencari aku.
i believe that; and you should believe one too!

*senyum*