Saturday, September 10, 2011

Pre-Raya 1432H

Salam.
Aku ni selalu menanggguh-nangguhkan entri tentang sambutan hari raya.Bila disemak-semak dalam peti draf, entri raya tahun lepas pun elok lagi tersimpan.Adeyh! Jadi sebagai jalan selamat aku kongsikan sajalah gambar-gambar sambutan Aidilfitri aku di sini. Kali keempat aku beraya di perantauan. Kali keempat!!! Gilalah! Tahun depan memang tak akan baliklah sebab dah tahun akhir.Mungkin di zaman-zaman internship nanti baru boleh balik,InsyaAllah.

3 hari sebelum raya
Misi mencari bahan mentah. Tapi yang ini bukanlah aku yang pergi. Dah assign tugas kat orang lain.


2 hari sebelum Raya
Kami dah berkumpul untuk gotong-royong masak memasak. Lokasi tahun ini adalah di Penthouse Maharaja Residency. Senang,tak perlu nak asing-asing memasak macam selalu. Di awal Ramadhan katanya India bakal raya pada 31Ogos, tapi sekitar seminggu penghujung Ramadhan, khabar berlegar-legar pula yang 1 Syawal jatuhnya pada 30Ogos,sama dengan Malaysia. 
Adik-adik junior tahun pertama yang sangat teruja nak menolong.hehe. Budak-budak batch nih memang bagus!

Surgical gloves dipakai untuk mengelakkan tangan berpijar-pijar mengendalikan cili kering. HAHA!

Tengoklah banyak mana cili kering nak direbus. Ini baru satu periuk.

ini spek bukan sebarang spek. Spek khas yang dipinjam dari budak dentistry..tapi untuk apa?

Ya..perisai menangkis serangan gas pemedih mata oleh cik bawang sekeluarga. HAHAHA!

Sebagai orang yang dah berpengalaman 4 tahun beraya di India (eceyh), aku dan beberapa kawan dah bahagikan bahan mana yang perlu dipotong dan dikisar dahulu, yang mana perlu ditangguhkan hinggalah pengumuman lepas Isyak nanti. Sini memang tak adalah pak cik Penyimpan Mohor Besar keluar dekat TV ! Ah,rindu! (Ayah pernah kata kalau pak cik tu pakai baju biru maknanya raya esok. Kalau dia pakai baju ungu, maknanya akan ada ada satu hari untuk berpuasa. lebih kurang macam tu lah. Ke warna lain ke entah. Cuba korang perhati tengok lain kali.HEHE) 

Dan dukacitanya, raya kami disambut lewat sehari berbanding Malaysia =( Terpaksalah mengagih-agih segala daging dan ayam yang berpuluh-puluh kg ke beberapa peti ais sementara nak tunggu esok.TOINK! Tapi sebagai senior-senior yang prihatin,,kitorang dah pun siapkan makanan untuk berbuka puasa beramai-ramai. Hawa masakkan Bihun Sup yang sedap sedap sedap. Shu buat kek batik lagi. 

Adik-adik-kakak-kakak-kakak-adik-superkakak a.k.a DOKTOR! Generasi Mangalore pelbagai lapiasan turun padang ok!

 Chief untuk masakan berbuka puasa hari tu. Puan Hawa.

Tarawikh malam tu pun dalam pukul 10.30 kot baru mula. Dapatlah juga aku berjemaah pertama kali dan terakhir kali juga untuk kali ini dengan adik-adik junior yang  menumpang tidur di Lobo Prabhu. Kalau tak hujung-hujung Ramadhan memang aku tarawikh seorang diri sebab housemates dan jiran-jiran dah pulang ke Malaysia pun. Tak apa,janji Tarawikh,rugi kalau dilepaskan peluang. Alhamdulillah...tahun ini tarawikh penuh kecuali pada hari-hari yang ABC (Allah Bagi Cuti) tu memang tak dapatlah nak buat apa-apa kan.

Petang sebelum Raya

Sejam setengah aku cuba...dan hanya mampu buat dua ketupat riben sahaja?? Memang loser. Rozek yang memang ada bakat semulajadi dalam bidang seni kerja tangan ni setiap 5 minit selesai satu kot! Padahal dia pun baru je belajar dari YouTube minggu yang sebelumnya. Oh, Rozek juga ada mesin jahit mini dekat apartmen dia. Makanya,di samping sibuk memasak, dia ambil upah alter baju, jahit tudunglah, jahit maniklah dari pelajar Malaysia.HAHAHA! Siapa kata bakal-bakal doktor ni semua hidup menghafal buku je?Kami (kecuali si penulis)serba boleh tahu! 

Tudung turqoise Zehan tu Rozek yang jahitkan!

Baju Kak Kia yang Rozita Che Wan a.k.a Rozek tolong alter kan di Malam Raya.HEHE. Dr. Zakiah sibuk kerja sampai susut sangat dah badannya.

Yang mana satu Rozek? Oh yang tengah potong bawang tadi. Masih solo tapi tak payahlah minta aku tolong masuk line ye sebab dia awal-awal lagi dah cakap memang nak biar Mak dia je yang carikan. TEEETT!

Malam Raya
Basically, malam raya tu memang tinggal nak memasak je lah. Menu tradisi lah..Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Kuah Kacang, Kari Ayam, Roti Jala, Nasi Himpit/Ketupat, Lodeh. Tahun ni aku berbekalkan darah keturunan keling (DKK) dalam diri telah menugaskan diri sendiri untuk masak Kari Ayam. HOHOHO.





Tak ada pula gambar boys memasak roti jala dan nasi himpit sebab diorang memasak di rumah yang lain. Tapi aku assume keadaannya samalah macam tahun-tahun yang lalu. Ini gambar raya tahun lepas punya curi dari Facebook senior lelaki yang baju biru tuh (cough3!)


Memang sah gambar raya tahun lepas sebab Dr.Alimin ni dah selamat pulang bertugas di Malaysia pun.

Ini je gambar yang aku dapat dari FB junior aku..Eh tapi ni bukan roti jala ni...Aish,Boys kalau dah berkumpul banyak betul plan dalam kepala otak diorang ni. Padanlah kerja asyik lambat jalan.Opppsidebedoo!

Duduk bersimpuh lagi...Kau boleh??

Maka sekianlah sahaja cerita Pre-Raya aku. Nanti aku sambungkan dengan Raya in-situ dan Post-Raya pula ye.

HAHAHAHAHAHAHA..Ini kenangan rendang daging yang aku masak tahun lepas. Al-kisahnya, tahun lepas memang sedikit saja pelajar yang beraya di Mangalore. Batch aku tinggal 4 orang je!Maka haruslah menjadi bidan terjun memasak lauk-lauk tradisi kan. Sumpah aku tak pernah masak rendang pun sebelum tu. Tolong tengok je selalu.LOL. Nak jadikan cerita yang junior lagi 3 orang yang tolong pun tak reti juga. End-up kami korek-korek segala resepi lah kan. Dan sekali tu dah pukul 3 pagi kot dan one of them come out with petua melembutkan daging yakni kena taruh sudu. Aku kira agak logik di situ.. Ye lah..nak salurkan haba dengan lebih efisien kan? HAHA! Makanya kitorang pun hangguk bubuh bukan saja sudu malah garfu. LOL. Sekotak jugak kot! Padahal petua asalnya satu je sudu dah cukup. Manalah kitorang tahuuuuu! Tapi menjadi je rendang kitorang tu apa? Cuma adalah yang hangit sikit kat bawah-bawah tu. Tak apalah. Pengalaman! Lagipun berkhasiat..bak kata Kak Farah bila found out gambar ni kat FB.."Patutlah rasa bertenaga lepas makan rendang tadi,ada tambahan zat besi!" TEEEETTTT!

Gambar adalah koleksi peribadi dan curi-curi dari FB rakan taulan sekalian.Jangan saman saya ye!

3 comments:

oren said...

ANUM!!!!!!!!!!!!!thanks for the entry..arghhhhhhhhhh rindunyeee nak sambut raye kat india(mangalore) -LAHH PULAK KAN!!!..hehehe.. rindu nak masak n suspen kene sambut lambat sehari!hahaha... selamat hari raye anum..maaf zahir batin ye.. ok,seriusly bab pakai surg glove mmg lawak dan pakai spect dental tu adelah yg terbaek.kekekekek

kotak said...

haha..ini la gaye klu doktor y masak. abis sume kua. glove,spec..ni klu ko rajin tetiba baca blk n3 ni ble2 ko dh tua..haha..msti gelak sengeh sorg2.

gadisBunga™ said...

rendang daging ke rendang sudu tu dik??? hahaha!!!