Friday, September 30, 2011

Siri 39 : Raya In-Situ

Assalamualaikum..
Hari ini aku buat 2 in 1. Jurnal Jumaat dan entri tentang 1 Syawal 1432 H yang dah dijanjikan lama sangat dah. Sorrylah Mama & Ayah ye.


Dalam hadis Ummul Mukmimin Aisyah r.a,
..bahawa pada Hari Raya Eidul Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya(rumah 'Aisyah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggan Ansar pada Hari Bu'ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata "Suara syaitan!" sebanyak dua kali. Nabi s.a.w bersabda " Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguhnya ini adalah hari raya kita"

baca di sini untuk penjelasan lebih lanjut tentang nyanyian/hiburan dalam Islam.





Daripada Ibn' Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , "Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana ia adalah sebaik-baik pakaianmu dan kafanilah mayat-mayat kamu dengan kain yang berwarna putih" [Al-Tirmizi]





Daripada Umayyah ibn Makhsyiy al-Shahabi r.a, dia berkata., "Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk ada seorang lelaki yang makan tanpa menyebut nama Allah (Bismillah) sehingga makanannya tinggal hanya satu suapan sahaja. Tatkala dia mengangkat makanannya ke mulut dia berkata," Bismillahi Awwalahu Waakhirahu(Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya" Maka Nabi s.a.w tersenyum kemudian bersabda "Tidak henti-hentinya syaitan itu makan bersamanya, namun ketika dia menyebut nama Allah syaitan terus memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya" [Abu Dawud & al-Nasa'i]

Akan berpergian selama 3hari2malam untuk program Shifting Each Muslim's Paradigm tOwards Islam. Ada Ustaz Hasrizal @ Saifulislam! Mestilah aku teruja wehhh!

6 comments:

AJ Nismihan said...

Ringkas.
Tapi lekas, lekat semat pada dinding hati yang paling mati.

*senyum*

cuma.

barangkali ada teguran untuk muslimah yang berselimut dengan kilau dan terang-terang warna barangkali.

oh.
mungkin dengar-dengar aku tak cukup kuat.

*senyum*

norfaridahanum said...

tabarruj maksud kamu?

itulah...aq pun masih lagi berbincang sama teman dan merujuk sana sini... kerana larangan kilau-kilau dan terang warna itu wujud untuk melindungi hawa dari jadi bahan tarikan. tp keadaannya di Malaysia, rata-rata memilih warna yang sebegitu hinggakan ia jadi satu kebiasaan yang tak adalah pula menarik perhatian kan?

AJ Nismihan said...

betulkanlah yang selalu, agar esok kita bisa selalukan yang betul.

tak semestinya bilamana 'ramai' beranggapan dan berpelakuan 'memberontak' di sana sini, maka di harus pandang 'memberontak' itu benar.

dan aku tak lebih dari mencarik satu dua ilmu yang bersisa untuk kita cuba lerai fikir; dan mana tahu, fahaman aku sendiri salah untuk sudut yang ini kan?

*senyum*

norfaridahanum said...

bukan sengaja membantah...cuma mahu mendasari dari praktikaliti dan tujuan turunnya larangan itu.

maaf kalau aku tanya, kalau di KLCC, antara yang berbaju kurung warna warni atau berjubah hitam siap berpurdah yang mana lebih menarik perhatian kamu?

akupun..kalau menghadiri program keagamaan anjuran komuniti muslim di India ini,aku tidak pantas memilih baju kurung.yang selalu aku sarungkan jubah hitam ataupun sepasang baju kurung hitam kerana itu yang jadi pakaian "rasmi" muslimah di sini =)

aku terima apa saja pandangan dan hujahan..kerana aku juga mahu tahu.

AJ Nismihan said...

ya, barangkali ada 'point' disitu.
dan tak perlu difikirkan ini satu pertelingkahan untuk kamu rasa terhumban ditepi oleh tulisan ini ya.
Anggap lah ini perbincangan telus dua beradik yang cuba mencari sinar keluar dari lorong yang sedikit samar.

*senyum*

berkurunglah kamu.
berjubahlah kamu.
pandangan yang memerhati masih tetap sama.
ya, barangkali dia yang berjubah akan dikilas pandang berkali oleh passerby di KLCC, tapi aku anggap itu bukan untuk dia menunjuk-nunjuk; tapi biar kita anggap ia tarbiah bahawa dimana pun kita, berjubah itu tidak salah; dan berhitam tutup pun tidak salah, insya'Allah.

dan pada aku yang kebanyakan barangkali berfikir begini;
"Oh, ada yer orang berjubah di KLCC nih. Rilek betul!"
atau mungkin
"Aha, berkurung dekat KLCC tuh. Tapi lawa gak kan!"

dan mungkin lain-lain.

dan menjadi yang berbeda itu ada dua.
satunya, kamu menjadi yang lebih baik dari khalayak; dan yang kedua
kamu menjadi yang lebih buruk dari khalayak.
kedua-duanya memenuhi konsep "Being a different", but you decide you being the better side of the bad one.

dan aku tak bercakap atas kapasiti orang yang benar layak.
ini atas dasar pandangan.
dan Islam bukan berdasarkan pandangan; pada Islam itu Hitamnya jelas, dan Putihnya jelas.

Barangkali, kita harus pimpin isu ini kepada yang lebih arif.

ah.
aku ini kan, bicarakan hal-hal ranting saja. sedangkan akhir zaman ini penuh dengan hal-hal pokok yang tak tersentuh dek manusia.
kan itu lebih baik untuk kita utamakan.


cuma, barangkali sebagai saudara yang lebih tua, tak salah aku menyampaikan sedikit yang aku 'rasa'kan untuk seorang adik yang aku yakin mahu memikirkannya sejenak benar salah kata ku kan?

*senyum*

and i always believe, anum being anum, she want a clear answer for any doubt.

*senyum*

norfaridahanum said...

and anum being anum..dia tak pernah gusar pada penghujahan debat ilmiah. jadi aku terima juga kata kau tu AJ. lagipun ada benarnya pada beberapa baris ayat kau itu.

aku tak kira persoalan ini ranting..kerana islam itu sungguh2 menjaga para muslimahnya. tambah pula bila aku sendiri masih mahu mencuba yang jadi lebih baik...cuma mungkin aku perlukan lebih sedikit pencerahan dan kekuatan. moga diberi limpah taufik dariNYA untuk kita semua.

terima kasih AJ. maaf lewat.ah,kau pun tahu aku sibuk sekali lewat kebelakangan ini =p esok (12/10) ada exam LAGIIIII