Eh,macam baru semalam je kata nak pen off dari dunia blog..Kononnnn!
Assalamualaikum...petang-petang macam nih jarang-jarang aku ulangkaji. Exam akhir semester dijadualkan akan bermula pada 16/07/2012.. Lebih kurang seminggu saja lagi. Dan bila menjelang exam nih la macam-macam kata-kata kawan-kawan yang terhinggap ke telinga dan terngiang-ngiang di minda. Eceyh!
"Kau tak apalah...kau special case"
"Faridah ni baca sambil tersengguk-sengguk pun masuk.Tension saya"
"Kau lainlah...baca laju-laju pun faham"
Erksss..motif?
Aku senyum seorang diri mengenangkan gelagat kawan-kawan. Kadang-kadang kita pun tak terfikir yang ada lagi orang sempat meneliti sifat study(study habit) kita di musim exam. Ye lah,aku masa tu memang dah tak hirau sekeliling dah...Apa lagi nak tengok orang tu orang ni study macam mana.Yang aku pasti,sebelum masuk dewan exam kena pastikan semua topik dah cover.
Jadi apa tujuan menulis entri up-kan diri sendiri ni? Nauzubillah...jauh sekali. Aku tulis ni sekadar untuk berkongsi (ayat standard bloggers seMalaya) sedikit pengalaman dan pengetahuan lah.Disebabkan aku berkeyakinan tinggi yang akulah satu-satunya manusia yang sangat memahami diri aku, maka aku nak bagitahu sikitlah apa yang aku rasa boleh untuk kau orang contohi ikut buat kalau nak jadi macam aku.LOL. Gila ketaksuban sungguh entri ini.
Mula-mula aku kena bagitahu ye..Aku ni jenis main-main tapi serius waktu belajar. Eh camne? Entah..akupun tak tahu nak explain. Aku jarang-jarang ulangkaji secara tawadduk dan formal yakni duduk atas meja study, tutup handphone,tutup laptop,pasang lampu meja sikit punya terang sakit mata oiiii.
Persiapan aku untuk duduk atas meja study akan lebih memakan masa yakni kena pergi buat nescafe segelas dulu. Itu maknanya,kena panaskan air dulu. Sambil panaskan air,pilih-pilih and plan topik apa nak baca. Siapkan alat tulis segala beserta nota-nota kelas dan fotostat etc.Nescafe dah siap kena cari snack bar and munchies. Kena pilih pakaian yang sesuai juga sebab tak mahu separuh masa study tiba-tiba kena bangun cari selimut sebab tak tahan bila bias-bias angin kena kat kaki. Tak boleh fokus!Tapi masa nak pilih pakaian tu mulalah selongkar cari baju-baju yang dah lama tak pakai,mix 'n' match dulu, lepas tu nanti duduk depan cermin cuba style kan rambut cara A cara B yang mana paling selesa,kononnya tak nak nanti kalau angin tiup rambut kacau mata etc.Kita kan nak fokus..Hihi
Makna katanya,bila aku dah mula je duduk dekat meja study,aku tak nak ada gangguan dan semua benda yang aku nak must be reachable tanpa perlu bangun dah dari kerusi. Dan persiapan untuk tu je dah setengah jam.Duduk study tak sampai sejam pun sebenarnya sebab seronok mengunyah dan minum nescafe je lebih.Lepas tu rasa lapar dah.Makanya berhenti study sebab kesihatan kita perlu dijaga juga.LOL.
Menyedari kekurangan aku yang satu ni lah aku sebenarnya lagi selesa study secara santai.Aku selalu study depan TV.Nak-nak sekarang ni sambil tengok Masterchef Australia Season 4 kan. Tak cukup TV, laptop pun ada kat sebelah sebab nanti nak kena tweet jugak sambil-sambil.Hihi.Seronoknya sebab dah set awal-awal,sebelum cerita ni habis,aku kena baca sampai sini..Jadi dia ada satu booster di situ. Sebab nanti masa waktu iklan terakhir tiba-tiba baru perasan YaAllah banyaknya tak habis lagi,maka kau terus buat bacaan kilat penuh perhatian sebab dah rasa bersalah tengok TV lebih. Hasilnya, topik habis baca dan kau masih tak tahu siapa pembunuh dalam cerita Criminal Mind tadi.Terus pujuk diri dan berkata,tak apa Criminal Mind ni tak keluar exam pun kan?HAHAHA.
Dan perkara penting yang aku teringin sangat nak kongsikan sejak lama dulu(tapi risau orang kata riak) ialah.. biasakanlah bangun untuk solat malam. Bangunlah hatta sekadar untuk satu rakaat solat witir pun...InsyaAllah...dengan cara ni,tak kiralah cara apapun korang study,tumpuan dan ingatan tu ditajamkan dan dikekalkan Allah s.w.t.
Bila bangun solat malam dan perasaan berdua je dengan Allah memang menjemput rasa khusyuk dan tunduk. Percayalah...kita mudah mencari masa untuk berdoa pada Allah tapi susah untuk mendapat hati yang khusyuk untuk berdoa padaNya. Dan doa dari hati-hati yang khusyuk adalah doa-doa yang dimakbulkan,InsyaAllah.
Lebih dari itu,dengan solat malam juga InsyaAllah Dia akan anugerahkan ketenangan baik sebelum exam, semasa exam hinggalah selepas habis exam pun.. Aku tak adalah pandai pun. Ada juda benda yang aku baca dan lupa. Ada juga soalan yang aku jumpa dan terus rasa macam nak menyumpah sebab langsung tak pernah baca, ada masa aku perform, gagal pun ada juga.Rasa kecewa? Biasalah...
Tapi inikan hidup...ada peraturan, ada pilihan..Selagi mana tidak menyelewengi Islam,pasti akan beroleh kejayaan. Kalau bukan di sini, di sana nanti.
Salam sayang untuk kawan-kawan stalker sekalian. Aku doakan kejayaan kita bersama, InsyaAllah.