Friday, April 26, 2013

Sebenarnya

Saya okay okat aje. Memanglah ada sakit sikit. Tak apalah Allah nak bagi gugur dosa la tu. InsyaAllah.
Kena kuat,kena senyum.

Cuma bertimbun-timbun pulak hal nak jadi minggu lepas.

Auliya diagnosed with inflamed Bartholin cyst. So,she's currently on antibitiocs. Sedih. Sangat sedih bilamana kau dah bertekad nak anak kau exclusively breastfed for 6 months,dah pulak kena amik ubat.She's too small for that. Sigh!

And and and. Entah macam mana tetiba ada bengkak pulak dekat dada kanan dia.Kalau dua-dua belah tu aku tak risau sangat sebab itu normallah dia ''minum" hormon aku sekali. So,dada dia membesar sikit itu memang biasa. Tapi ini dah macam bernanah pulak. Sigh!

And aku pulak tetiba lah nak kena bengkak susu. Sakit dia kalau nak cakap,baik bersalin lagik kot? Walaupun bersalin tuh kesakitannnya diibaratkan seperti 20tulang dipatahkan serentak,tapi seriously,at this point of time,I would like to re-consider my decision not to go through labour again.Ok suami,anda mungkin boleh bergembira sebab ada peluang lah Auliya nak ada adik.(2-3 tahun lagi lah tapi) And aku pun sekarang dok telan antibiotics 2-3 jugak.Sigh!

Dan ada possibility jugak aku kena surgery sebab bengkak susu ni. Apapun kita doa yang terbaiklah. Isnin ni baru tau.Sigh!

Ayah dah balik. Tinggal dengan Mama je sekarang. Habib dah balik lama dah.Sigh!

Babysitter tak dapat lagi. Sigh!

Rabu depan dah nak mula kerja semula.Sigh!

Aku tak pernah rasa salah untuk kita mengeluh sebab itu lambang kekerdilan kita. Betapa kita ni sebenarnya tak kuat kalau tak dibantu Dia.

Maka atas semua kekucaran perasaan dan gelombang dugaan (bukan gelombang PRU-13.eceyh!) yang melanda aku sekarang ni,terhasillah "Akulah Perempuan Itu".....Bukannya satu tulisan mendabik dada. Sekadar melepaskan lelah-lelah yang bersarang di dalam sana. Supaya bila orang bertanya,aku masih mampu angkat kepala dan berkata "Aku okay!" Smile!


Saturday, April 20, 2013

Akulah Perempuan Itu



Akulah perempuan itu
Yang azamnya sedalam Mariana, sabarnya seluas Pasifik, kurdatnya sekental Kilimanjaro,
Lewat kebelakangan ini digelar uar sebagai potret seorang seorang hero

Akulah perempuan itu
Yang adiknya bangga-banggakan selalu
Kerana dalam gila-gila pun punya naluri survival dan kematangan yang jitu



Akulah perempuan itu
Yang buat sang suami senyum ke telinga
Bila sahabatnya datang berkata "aku dengki kau ada isteri sekuat dia"


Akulah perempuan itu
Yang diherdik rakan,diperli saudara kerana tidak berpantang
Walhal dalam hatinya dah jenuh mengeluh "aku teringin..tapi tak kupunya waktu dan ruang"

Akulah perempuan itu
Yang usai mandi mengurut badan sendiri, berbengkung sendiri,bertuam panas sendiri
Sambil mencemburui update rakan-rakan FB yang saban 40 harinya dilayan bagai puteri

Akulah perempuan itu,
Yang saat gembiranya mahu dia kongsi ke satu dunia,
Tapi sedih dan gusarnya biar lebih elok disorok sahaja


Akulah perempuan itu
Yang sedang menulis dalam tangis yang menderu
Kerana galau hati ini kepada siapa tak tahu nak diadu

20April2013
Kunil Park,Kaprigudda,Mangalore






                      "Bukan semudah senyum yang aku ukirkan, tapi kerana iman aku gagahkan"

Monday, April 15, 2013

290313 #1

14 April 2013 - Kalau ikut perkiraan asalnya, hari ini adalah harinya aku bakal menimang cahaya mata pertama. Tapi perancangan Allah yang terbaik itu telah menetapkan tarikh 29 Mac 2013 sebagai hari pertama untuk puteri sulung kami itu menjenguk dunia. Alhamdulillah, anak perempuan kami seberat 2.65kg selamat dilahirkan di Vijaya Clinic, Kadri,Mangalore pada pukul 10.55malam.

Banyak yang hendak diceritakan..Perancangan asalnya, pastilah banyak entri yang akan dapat ditulis memandangkan aku sekarang bercuti selama sebulan. Tapi ini sudah 2 minggu dan ini baru entri yang kedua. Masih bersilat menyesuaikan diri dengan title baru sebagai seorang ibu.

29 Mac 2013 - Mengimbau kembali rentetan peristiwa pada salah satu hari yang bermakna dalam hidup aku. Pagi itu,aku bangun lewat kira-kira pukul 7.30pagi,payah sungguh untuk bangun dari katil,bahagian pusat dan ke bawah memang rasa berat sangat. Aku keluar bilik mencari Ayah untuk mengadu "Rasanya macam tak boleh nak pergi kerja ni". Tapi aku masih berpendapat yang sakit aku ini diakibatkan oleh kerja berat pada hari sebelumnya. Malah,malam sebelumnya,aku berjalan kaki kira-kira 1km bersama Ayah untuk makan malam bersama kawan-kawan. Kasihan juga dekat Ayah yang asyik duduk di rumah saja semenjak sampai ke bumi India seminggu sebelum itu. Oh,jangan salahkan aku berjalan kaki tak sedar diri,salahkan auto yang tak kunjung mari.

Usai mandi air panas pagi itu,aku rasa kembali bertenaga lantas aku putuskan untuk pergi bekerja. Lagipun tak sampai hati nak biarkan rakan-rakan sekerja yang lagi bertiga itu untuk uruskan dewan bersalin (LT=Labour theatre) yang sentiasa penuh dengan kejutan. Aku telahpun putuskan yang selesai saja posting LT ni aku akan mula bercuti . Tinggal 3 hari saja pun lagi di wad bersalin ni.Posting wad bersalin adalah antara yang paling mencabar sebenarnya.Kerja 12 jam sehari, seminggu malam,seminggu siang.Ah Faridahanum,alah bisa, tegal biasa!

Tengah hari itu aku sempat buat antenatal check-up macam biasa..Bila ma'am tanya ada apa-apa masalah ke tak cepat je aku cakap tak. Tak terfikir pun nak cerita pasal sakit pagi tu sebab dah dua minggu pun macam tu jugak sakitnya. Aku fikir tu sebab kerja kuat sangat,berjalan banyak, berlari pun ada,terkejar sana sini,stress kena marah dengan tasan lagi.HUHU.Lagipun,madam doctor ni cikgu aku sendiri kot,tak naklah beria-ia cakap sakit tapi nanti diagnosis dia 'false labour pain' je. Malu ah!

Balik dari check-up,aku sambung kerja macam biasa. Tepat pukul 4 petang,masa aku tengah tukarkan catheter seorang makcik nih,tiba-tiba rasa contraction lain macam. Sekali contract,dia tarik sampai ke belakang sakitnya. Rileks lagi sambung kerja. Tapi mata tak lepas tengok jam,nak kira contractions.Masa tu dalam masa 10minit ada 2-3 contractions,setiap satu sakitnya dalam 15-20saat.Aku cuba duduk,sakit juga. Masuk duty doctor's room baring pulak,masih sama jugak sakit dia. Tak boleh jadi nih.Terus SMS Asma'. Sempat jugak tweet yang tak tahan tu. 


Kononnya nak buat livestreaming lah update pasal pengalaman bersalin. Tapi wassalam je lah...Tak termampu dah. Yang aku ingat orang pesan zikir "La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntum minazzolimin" setiap kali rasa sakit. Battery phone pun KO. Plus,wad bersalin tu sterile kot..selamba tok kaduk je nak bawak phone masuk eh?

Bila telefon Habib dia pun cool lagi. "False labour pain kot?Sayang B kan primi" Cehhhhh! Pergilah sambung shopping dengan Mama kat Mydin tu..Fine fine fine. Aku pun tak ada masa nak merajuk sebab dah sakit sangat. Lagipun,Habib bukan pergi shopping untuk diri sendiri, dia sibuk beli barang yang aku pesan juga sebab Mama nak datang India minggu depannya.   

Masa Asma' dengan Dian sampai dekat LT pulak kitorang boleh gaduh-gaduh lagi nak pergi klinik ke nak balik rumah dulu. Aku bertegas jugak nak balik mandi dan solat Asar dulu. Kau tahu tak banyak benda dalam kepala masa tu?? Kalau Allah takdirkan aku syahid malam tu acamne? Mana tahu itu sajalah peluang untuk aku solat untuk kali terakhir kan?At last memang diorang kena ikutkan jugaklah kedegilan aku bila aku bagi hujah "aku primi(1st timer),nih baru mula sakit ni.Ada 5-6 jam lagi kalau baby nak keluar pun"

ex-housemate kuuuuuu

Lepas tu gaduh lagi(gaduh main-main lah) sebab diorang nak aku naik wheelchair. Aku pula rasa ok je kalau nak berjalan lagi. Jenuh aku cakap,masa contraction je yang sakit.Dan sebab tak nak orang sakit nak bersalin stress banyak-banyak,diorang ikutkan jugak la sebab aku cakap "gilalah...aku tak nak jadi perhatian orang lah.malu dowh"...So,aku pun berjalanlah dengan Asma' sementara Dian pergi carikkan auto. Bila contraction je berhenti la sekejap.. Yang paling aku ingat bila aku cakap dekat Asma' aku sakit sangat,dia pujuk cakap "memang Num..sakit tu penghapus dosa. Haaa..ko ingat senang-senang ke nak gugur dosa?" HIHIHI.Asma' punya cara pujuk memang bunyi cam kasar tapi jujurnya,sepanjang aku berjuang nak lahirkan si comel ni, ada 3 je benda yang aku fikir - zikir La ila hailla anta, surah Maryam & kata-kata Asma' ni.

Bersambung.....


Wednesday, April 03, 2013

Labour Pain

What doesn't kill you, will only make you stronger.

Gave birth to a 2.65kg female baby on 29.3.2013 at 10.55pm

And now is still adapting with motherhood.

Will update in details soon.

Loads of love,
Mama Faridahanum.