Wednesday, September 02, 2009

< 117 > 2000 rupees

MALANG ITU TIDAK BERBAU

Ada masanya aku meluat gila dengan budak-budak kecil depan Bharath Mall yang suka tarik-tarik baju mintak duit.Kadang-kadang aku kesian.Hulurlah serupees dua.Hina sangat ke kerja mereka tu? [Kalau itu boleh dibilang sebagai kerja la]Korang rasa?
Macam mana pula dengan malaun-malaun yang curi duit orang???Jangan fikir dua kali. SUMPAH DIORANG NIH HINA,BANGSA TIADA HATI PERUT,MEMANG TERLAKNAT lah...Aku stress!! Aku hilang duit dekat OPD hari ni.Duit yang sangatlah penting untuk aku survive sampai habis Ramadhan nih. [Duit rakyat,kata Ayah.]

Berapalah sangat yang hilang sampai aku nak histeria tahap moksya ni?Mesti masing-masing sedang monolog "2000rupees r tuh,kalo tak watpe letak tajuk camtuh" Ye,tepat,1rupees untuk anda.[tuntut bila aku balik M'sia nanti ye.kidding!]Sebenarnya,jumlah tu mungkin tak berapa nak besar kot.Jujur aku cakaplah,kalau nak bandingkan dengan 700USD=RM2500=32,000rps sebulan yang aku dapat.Tapi masalahnya sekarang,bukannya aku ada 32,000rps pun untuk bulan ni.Elaun JPA yang masuk 3 bulan sekali nih,kalau tak pandai bajet,memang sakit.Last sekali masuk masa aku kat Malaysia hari itu dan aku telahpun melaburkan wang-wang tersebut untuk beberapa perkara.Kiranya,aku balik ke India dengan wang yang cukup-cukup untuk aku survive sampai hujung Oktober [sepatutnyalah]
Pelaburan masa kini...

Pelaburan masa hadapan...

Pelaburan masa "lagi satu"...

Peruntukan dalam akaun "kecemasan dan lain-lain hal" pun sudah kering gara-gara tindakan berani menjelajah Hyderabad baru-baru ini.Bajet kelengkapan rumah pula setelah ditolak tambah dibahagi darab,menjadi nilai terkumpul 10,000rps lebih dari bajet asal.Lari banyak owh!!!
Cop,jangan salahkan aku yang suka shopping tak ingat.Kalau tak kenal aku baiklah diam.Sebab seboros manapun aku di mata korang [dan juga Mama],aku tetap pekakkan telinga bila orang cakap aku boros..Ces,apa aku cakap nih?MySpacemaaf,stress mode has been activated!!

Aku rasalah dari kecil aku bukan jenis yang mintak itu mintak ini OK,ayat tadi kena potong sebab aku tak ingatpun masa kecil aku macam mana.Ayah cakap sama je macam Ipah.Maknanya,suka mintak itu mintak inilah..HEHE!Sori Genit,Kak
Anum always loves you=) Tapi, setakat mana yang aku ingat,disebabkan sejak zaman belum bergelar anak dara (-_-"),aku dah duduk asrama,aku jadi lagi selesa kalau dapat benda dengan cara sendiri.Kalau aku aim satu barang,aku sanggup cut belanja makan minggu tu.Masa kat sekolah dulu,kira takkan miss makan kat dewan makanlah kiranya.Tiadalah muka aku kat kantin waktu rehat,ataupun berbaris lepas prep malam beli Burger Abang Halim ataupun Nasi Ayam Merah Tok Wan ataupun Nasi Lemak Pak Ya.Masuk zaman kolej,selalunya bila tarikan barangan itu dah tak boleh ditolak-tolak lagik,memang aku akan come out dengan resipi bukan2 la..Macam kentang rebus lenyek2 pastuh makan dengan serunding. Takpun rebus sahaja bendi ratah dengan sambal belacan.WAAAAHHH!*droolings*

Akan tetapi,cara yang paling efektif tanpa aku sedari sebenarnya ialah anda kena tunjukkan minat mendalam terhadap sesuatu entiti itu dan akhirnya anda akan dapatlah entiti tersebut sebagai hadiah hari jadi daripada cinta hati anda.Itupun kalau cinta hati anda itu seorang yang prihatin macam cinta hati saya..err,maksud saya,bekas cinta hati saya..... MySpaceok,lupakan gundah gulana,muka riang gumbira semula.HEHEHE!MySpace

Puaslah aku memaki hamun dalam hati [dah kurang pahala puasa],bila dapat cakap dengan Mama&Ayah tadi barulah rasa lega.Mama dengan ugutan lembut dia berjaya buatkan sedu sedan aku terjemti serta-merta.
"Anum janganlah nangis macam nih...Mama susah hatilah"
Mengugut tu Ma..Akan tetapi,sila angkat tangan sikit siapa yang suka bikin mak dia susah hati,mari aku kasi potong itu tangan!ngeheehehehe!

Ayah pula tenang seperti kebiasaannya.Walaupun aku tahu dia takkan marah punyalah,aku tetap merangka segala hujah nak bela diri macam..

Kawan Anum pun tinggal kat situ jugak wallet dia,tak kena curi pun!
Beg Anum paling lawa la tu..orang tu tengok beg tu macam mahal je,mesti banyak duit dalam tuh...
HAHAAHAHAHA![sambil mula mencongak-congak dalam minda.Ok,harga beg tu dua kali ganda duit yang hilang.Juga mencongak-congak,sejak bila Ayah aku beroleh criminal's mind nih?].Tapi Ayah,kalau dah bukan harta kita..letak tengah jalan pun,mana boleh ambil.
Kamu kena fikir macam ni.Diorang tu terdesak
Anum pun tengah terdesak ni.Anum dah jimat duit elok-elok nak makan.Bukannya banyak duit sangat sekarang ni.
Kamu ada Mama & Ayah lagi.Janji kamu cakap dengan Mama & Ayah.InsyaAllah..takde masalah..
Mana boleh Yah..tak sukalah macam ni
Sudah la tu sayang..Bulan-bulan puasa nih,Anum niat sedekah je,lagi besar pahalanya sayang.Dugaan je semua ni.OK?Tak usah la nak marah2 sedih2 ni.Berapa kali Ayah cakap kan,duit tu semua boleh cari..

Haish..dah start panggil sayang yang aku cair nih...Jadinya,aku pun ikutlah cakap Ayah tu.Ces,macam tu je ending cerita nih.Sebenarnya,kalu ikutkan kepala otak senget aku nih,nak je aku tulis surat kiriman tak rasmi kat sini[dengan harapan si pencuri itu membaca blog ni dan juga memahami bahasa ini,which is agak impossible lah kan] Apelah ko Anum,baru je tadi jadi anak yang taat,nak ikhlas je sedekahkan duit tu,sekarang apa kes?

Bukanlah...aku nak suruh pencuri tu pergi buat CT Scan ke,Barium swallow ke.Kasihanlah..Aku rasa dia tidak memiliki hati dan perut..Atau mungkin dua-dua organnya had undergone degenerative changes???Anyone????TEETTTTTT!

inilah gambaran stomach @ perut selepas barium swallow

6 comments:

Dzul Helmi said...

hu..
sdih nyer bc

norfaridahanum said...

sgt kan..huhuhuhu!
PDA baru pe cer???anum nye share 15% ok dlm tuh.haha!syg along =)

lel said...

aku pun tengah jimat ni
bulan posa makan makin banyak
semua benda nak makan

sedih dowh kalau tengah jimat2 ni
hilang pulak
xpe
ada hikmah tu!

udienjai said...

urm anum.. kena catu lagi la makan buka ko ek? ish3.. kesiannye *sila terharu ok*

be strong k.. kalo agak2 mmg xde duit sgt2, try la pancing ikan depan ARABIAN SEA tu.. hehe' *peace no war* ^.^/

Dzul Helmi said...

ces..
xde mkna nyer ade share anum
duit anum ade dlm cimb
ritu along bli kuar duit dr bank islam
haha....

norfaridahanum said...

laila:haha!semua benda nk mkn tuh semuanya ada kt msia =( tapi betul,hikamh dia dtg pada hari esoknya..nnt aq cerita..ces,saje je wat suspen =p

sudin:waaa~~br nk trharu tapi ayat pedas di hujung tuh wat air mata dan hingus aq nek balik.cis punya sudin.haha!

along:owh ye ke..xpe,nnt kem duit utk beli buku2 tuh lebih2 sket ok =p