Friday, October 09, 2009

< 133 > Rasa-Cuba-Buat-Jadi

INI BUKAN SATU RESEPI PERPADUAN,INI KISAH AKU DI PERANTAUAN



Aku jumpa dia lagi hari ini
Tubuhnya padat
Bajunya sendat
Seluarnya singkat
Tudungnya bulat

Sama arah kami nak pergi
Langkahnya tak ligat
Walau
Matanya tak liat
Mungkin,
Beg itu yang berat?
Atau,
Otaknya yang sarat?
Tapi....
Ah,banyak tanya aku yang penat

Esok lusa kau teruskanlah perhati
Ada manusia rasa hebat
Ada manusia cuba hormat
Ada manusia buat kuat
Ada manusia jadi meluat

Matanya dah ada empat
Takkanlah tak dapat lihat?
Aku yakin dia tak cacat
Sungguh cukup sifat
Aku pelik amat
Aku nak tahu sangat

Kenapa bila aku senyum,dia asyik buat muka ketat?

********************
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

5 prinsip rukunegara.Patutnya untuk semua rakyat Malaysia.Bukan segelintir sahaja.Ini bukan fardhu kifayah.Seorang buat semua lepas.Ini untuk setiap masa.Bukan bila ada di Malaysia sahaja.Ini aku punya pendapat.Kau pula bagaimana?Dia?

Aku pun selalu tutup kepala.Bukankah kami bersaudara?



Oh,aku rindu nak kembali ke pentas!

12 comments:

Hamidi Yusoff said...

idie likes this!!! =)

Unknown said...

hanum hanum hanum. selamat hari raya. maaf zahir batin. :)

lel said...

kamu anak malaysia!
menjunjung rukun negara~

norfaridahanum said...

thanks midie=)

ah ke plak?selamat hari raya maaf segala juga =)

owh lela!sgt r..tp syg x semua sedar yg tuh..*sigh*

enyheartsdiamond said...

<3<3<3

kita pon bersaudara;)

norfaridahanum said...

ye syg =)

Unknown said...

saya hafal tau rukun negara..jangan memain..lalala~ ;)

norfaridahanum said...

hahaha! tabik spring kat cik epal =)

lel said...

eh aku pun hafal
tapi mcm xberapa lancar
kena bg klu dulu sikit
haha

norfaridahanum said...

bahawasanya kami.rakyat m'sia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami.....ha sambung2,nnt kalo aq tulih abes semua kang,ade je bangsa tak puas hati ckp aq tunjuk terer n main copy2 je..HAHAHAHA! rindu sggh private blog
=)

rashiD said...

(ini kasar)
abang saya pernah cakap, yg rupa muka manusia tapi tak senyum balik bila org senyum kat dia tu, tu, yg duduk atas pokok tu..
(ini kasar, sebab alasan ni pun dah melangar bab KESOPANAN & KESUSILAAN)

norfaridahanum said...

hahaha!kasar tu owh...lalalalala~

takpelah,teruskan senyum..sbb nak sedekah kat tempe2 depan bharath mall tu,kang berduyun-duyun pulak serang. aiya,itu orang la,saya senyum special untuk "dia" seorang je.boleh tak layan..bukan kecewa cuma,kesallah tengok spesies homo-sapien yang macam ni