Monday, November 30, 2009

< 134b > Heroes [season:summer] = Dzulhafiz

TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG,INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN

Ini sepatutnya kesinambungan dari kisah Along aku itu hari.Lambat pula entry ni tersiar.Sikit lagi nak bersawang dalam draft tuh. Okay,bayangkan kalau BlackWidow or Tarantula yang buat sarang dalam draft tuh,pastuh merebak sampai laptop semua,rosak r kan.ces,apa motif karutan ini??haha! *hint untuk mama:rasa cam nak beli laptop baru r,Alpine nih Anum hantar balik boleh?* Toink,eyh,mama ok? =p


SEkolahRAjaTunAzlanShah 2009

Gambar ini diambil masa aku liburan Julai lalu.Masa tu,pergi lawat Ariz sebab dia dah rindu bangat sama kakak dia yang seorang ni.Kakak pun baik,siap bagi hadiah.Mahu bukti?Tuh,yang tersangkut kat bahu dia tuh!lalalalala~

Haish..lagi setahun kot nak dapat kumpul balik camnih. Oh,siapa2 yang kurang familiar,yang sebelah kanan tu,dah selalu sangat muka dia bersidai kat sinih tapi muka aku haram sekali pun tak pernah dia promote kat blog dia.Baju nak YONEX sesaje,handalan lah katakan.hurm..Sebelah Along tu,dia pandang atas sebab nak check kalau-kalau ada burung yang nak buat proses penyahtinjaan secara strategik.LOL!Aku berani jamin 94.53% generasi PPSMI mesti tak faham apa itu penyahtinjaan.haha!statistik tuh direka-reka je ye.

Adoi,kembali ke landasan yang benar,yakni bercakap pasal hero seterusnya.Hero kepala dongak ke atas itu [sambil tarik nafas untuk kempiskan perut],nama ala-ala manjanya Apis.Ataupun masa kecil-kecil dulu Ayah panggil Pangnam. Motif? "Ini kalau mengamuk nih,buasnya mengalahkan Panglima,so kita panggil dia Pangnam la",Ayah berkata sedemikian kira-kira 12 tahun yang lalu.HAHAHAHAHA!Sian Apis,padahal al-kisah 1001 satu malamnya,dia mengamuk sebab aku panggil dia Apis Badak!!TOINK!Tapi,masalahnya memang dulu dia gemuk macam err....



ini muka "Errrr" aku.haha!KLIA 2008

Pada aku itu takdelah kejam mana. Sebab aku pernah buat satu lagi benda yang sangat kejam kat adik aku yang seorang ni. Sampai sekarang aku rasa bersalah kot kat dia. Begini ceritanya.[Waah,teruja tak?]

Korang ingat masa Malaysia sibuk nak melobi untuk Sukan Asia 2006?Masa tu ada program "Berjalan Untuk Negara".Tahun seterusnya "Larian Rakyat".Weyyy!ingat tak?
Masa tu,aku dengan Along terpilih untuk wakil sekolah pergi program tu.Sebab?Betul nak tahu?Oh,kami agak atlet kot!TEEETTT!haha!siapa suruh nak tahu sangat!
Pagi tu,pergilah berkumpul kat stadium.Dan Mama dan Ayah pun datanglah bagi sokongan. Dua insan ni memang penyokong fanatik dan pengkritik terbaik kami enam beradik.[See,it rhymes!!!!] Sayang Mama & Ayah.OK,habis dah iklan Nespray.


Dan ditakdirkan pula Mama usung Apis sekali.




Apis masa tu,siap dengan baju & shorts yang buatkan aku terus je bermonolog seperti ini "Haish,Badak nih apahal lak nih,takkan nak lari gak kot,pergi balik je lah,takde guna pun datang sinih" Kejam kan statement aku?Dan lebih kejam bilamana sebenarnya aku bermonolog secara lisan,yakni semburan kata-kata aku tuh tepat meluru ke telinga dia,menggetarkan gegendang telinga,mengocak bendalir koklea,lantas menyebabkan isyarat terhantar ke otak.Minda menafsir kata-kata.Pedih.Pedih yang berpinar-pinar,mungkin ibarat gas pemedih mata yang dibebaskan untuk meleraikan demonstrasi jalanan. Okay,itu hiperbola mungkin,tiada sebab untuk aku join tindakan pemusnah tanpa alasan munasabah dan kesan berfaedah [it rhymes again!] macam tu. Aku ingat Mama marah aku,tapi marah yang biasalah,sebab rasanya dah tak tahu nak kata apa dah,sebab mulut aku dulu pakai speed Soyuz. Sekarang ni je dah kurang sikit.Macam speed bas-bas kat India nih je.HAHAHAHA!Oh,bas-bas di India adalah rollercoaster paling murah,mencabar dan terpantas pernah wujud atas dunia ye pembaca sekalian.Melambung!!!

Dan aku pun berlalu dengan muka kering dan selamba. Kebetulan,dah mula panggil semua peserta untuk ke tempat permulaan. Habis berjalan-jalan untuk negara tu,ada acara cabutan bertuah dan kebudayaan etc. Macam biasalah kan.Aku dengan Along memang tak berenggang la.Tunggu.Entah-entah dapat basikal ke ape ke.Tapi cam biasalah,aku memang tak pernah bertuah pun.padan muka,mulut laju sangat @ "ghelabaih" cakap orang Perak,siapa nak bagi tuah kan.Allah pun marah tau!(*~*)

Dalam masa yang sama,Mama dan Ayah rupanya dah mati akal cari Apis yang hilang!!!
Hoi!risau kot aku bila dapat tahu tu masa dalam kereta,eh tak,masa tu still pakai Econovan ACB 3030.haha!
Mama masa tu memang dah sedih gila,tambah pula masa tu kan memang kes-kes culik memang menjadi-jadi. [oh,lain kali aku kalau aku rajin aku cerita how I managed to escape an attempt to kidnap me when I was 8!]
Mama dan Ayah rasa lagi baik hantar kitorang balik rumah dulu,lepas tu pergi balik stadium untuk cari masa orang dah mula bersurai.

Sampai je kat rumah...JENG JENG JENG!!!!!

Apis terbaring dekat bawah porch! Masih bernafas,jangan risau.Aku nampak perut dia turun naik lagi.HAHAHA!Ampun Pis.Rupa-rupanya,Apis balik jalan kaki dari stadium tuh sampai rumah!Ya Allahurabbi.Gila ke pe????? 3 kilometer kot jarak rumah dengan stadium tu.Dan dia masa tu baru umur 9 tahun kot!Aku dengan Along berjalan untuk negara pun dalam kategori 1.8km je kot.

"Dah tu,tadi Anum halau Apis balik" DingDong!!!Sekejap,apa aku cakap tadik ek?

"Haish,Badak nih apahal lak nih,takkan nak lari gak kot,PERGI BALIK je lah,takde guna pun datang sinih" 

Mahu tak merembes air mata aku kat situ?Even sampai sekarang pun,bila cerita tuh kitorang ungkit-ungkit,dalam gelak tawa pun,aku still menangis dan cakap sorry to him.Tambah pulak bila dia cerita apa yang dia jumpa sepanjang jalan. Jalan depan rumah kitorang dah lah jalan persekutuan[?],kereta banyak gila kot.Apis cakap ada orang naik motor yang tunjuk isyarat potong kepalalah. Apis,again,sorry sangat.Tapi,semua yang berlaku kan ada hikmahnya. Ada yang aku belajar. Menjadi kakak yang lebih baik,mungkin?Anum baik tak Pis?hehe!dan antara kami semua memang Apis la yang paling patriotik,memang betul-betul berjalan untuk negara tu.HAHAHAHAHAAH!bukan Anum cakap,Mama yang cakap ok=p

Tapi Pis,Apis mesti kena cakap Anum baik jugak.Sebab,ingat tak,masa kat Ho Seng Ong dulu,Apis tak tahu nak buat kerja sekolah English.Anum tolong buatkan.Lepas tu,Anum kena panggil dengan Teacher Rozita yang rambut kerinting tu,and dia marah Anum depan kelas Apis tu.WAAAA!!!Anum dah try tiru tulisan Apis elok-elok dah,macam mana dia tahu gak ek?Musykil betul!!!

So,Anum baik kan?HAHAHA!
I guess this picture explains how much he loves me...lalalalala~~~


UiTM Dungun ,2008

And when you're turning 19 today,HAPPY BIRTHDAY DZULHAFIZ. Let me tell you that you will never walk alone through your journey of life. Never again.You'll be having me beside you.Because,as time passes by,and I grow up,I learn that you've been among my invisible backbones.Supporting me endlessly. Through thick and thin.Through blood and tears. Through cries and joys.

I'll hold you so that you won't fall,because I've been holding you since the day you started walking.
Want a proof?



P/S:Apis ialah kawan untuk aku "speaking London" di rumah, cikgu bahasa Perancis di bilik tidur serta musuh aku di dapur. Menyampah gila duduk dapur dengan bakal Chef!!!!!

P/S I Love You:Hoi! mama baru update yang Apis masak Bihun Singapore + Spaghetti. Tak mencabar langsung lah!!HAHAHAHA!

13 comments:

enyheartsdiamond said...

alololo..chomelnya..

kak anumm..eny tawu kak anum atlet handalan..dan eny juga tau la penyahtinjaan tu apa..

hehehe ;)))))

norfaridahanum said...

hahaha!
x leyh blah kan..penyahtinjaan.LOL!
ala,kamu pun bukan satu team gak ke dlu? =) ala..rindu soksek

NAZ said...

wahh tak sangka. u masa muda2 power puff girls haha. happy birthday yawww bro.

Fauzzan Helmy Anuar said...

Faridah
Thanx sebab sudi lawat blog Mie ye
Mana tau lepas ni kita ley jadi kawan pulak
Berkongsi macam-macam
Hehehehehe

Tu dugaan Faridah
Mie cuma cuba menjalani setiap yang berlaku dengan baik
Sama ada dari sudut transisi ataupun tidak
Biarlah...
Keep in touch ok

norfaridahanum said...

naz: mulut power badan macam currypuff ade r.

mie: sure,keep in touch and be strong =)

Anonymous said...

sengal r anum...
sumer cerita kuar...
kwang3!!
anyway, x kesah pon..
bez gak per.. nanti kita jalan ramai plak!! =P

n.. terima kaseh r..
apis alwayz love you!!

p/s..: gi istanbul bli hadiah erk!! muahahahaaa :)

norfaridahanum said...

HEY HEY HEY

ini baru 7.43% punya cerita kot.
nway,asal pki anonymous lak nih?blogger acc dah kna suspend?

owh..souvenir,semestinya r =)

Anonymous said...

bile nk buat cite pasal abang amad jd hero plak? die kacak weh..

norfaridahanum said...

kacak bukan kriteria-nya di sinih =p

ain said...

aku suka post ni! :)
gelak utk stp ayat..*haha,over!*
jahat!,tapi sweet..
hubungan adik beradik mmg mcm tu kan> kite boleh buli adik beradik kita,sbb kite kakak/abang/adik diorang, tapi kalo orang laen nak buli, langkah mayat aku dulu?! punya sentences akan kuar..hoho
serius,comel! (terlalu banyak pujian dalam satu komen) :P

norfaridahanum said...

haha!
sgt setuju dgn ayat yang "over my dead body" tuh.sgt r..besa r gado2 ngan diorang nih.tp dlm hati syg.

alamk,kalo adik anum baca nih.haish,larik dulu.huhu!

thanks ain thanks thanks thanks.
kena ckp thanks byk kali gak =)

Unknown said...

wow!!
bgus la apis neh kn..
blik umah sowg2.
hehe..
terharu gila bila bc entry neh..haha;)

kak anum atlet yg besh..
hehe;)
soksek da best!;)

norfaridahanum said...

=)