Sunday, December 13, 2009

< 154 > Muka Surat Sulit Naz

HAPPY BIRTHDAY NAZ

oh,siapakah Naz?
dia penulis blog bertajuk Muka Surat Sulit Naz

apa kepentingan mengucapkan ucapan ini?
entah!dia tunggu ucapan aku kot!

kau orang ada apa-apa ke nih?
Hotak lu!maharani dia nak campak mana?

yiipieee Naz.sebab U banyak kali tuntut I wish birthday U kan. Dari blogspot ke Facebook. Nasib baik U tak  ada kunci nak masuk kotak mimpi I,kalau tak harulah malam 13 Disember I dengan lembaga hitam tanpa kepala yang asyik mengilai-ngilai Norfa,Norfa.haha!

I doakan U panjang umur supaya dapat terus menghasilkan karya-karya yang pelik tapi terbaik (*-*)
serta berterusan dan ber-peningkatan dalam menjadi seorang hamba, seorang anakanda, kakanda & pencinta. Kalau ada masalah pening bertingkat-tingkat,I sedia berkhidmat, I boleh tolong cadangkan ubat bersama nota tambahan ditulis penuh hemat, "Janganlah terjerat dengan apa yang Doc ni bermuslihat, dia hanya mahu duit lebat" hahaha!

sempena birthday U ni juga,penat-penat I belajar macam mana nak link kan page U dari entry I ni ok. Penting ni. Setelah setahun setengah I tulis blog,hari ni baru I reti. dah r I ni GapTek [Gagap Teknologi] sikit. Ok tipu. GapTek tahap dewa moksya langit ketujuh kot! Tapi I dah belajar hari ni. Sekarang I tengah bayangkan kalaulah U link kan page I from your page yang ada 495 pengikut tu kan..wow!glamour I. Eyh eyh, I ikhlas je tulis entry ni.Ikhlas oh,tak harapkan balasan punya.Sila hantuk dinding kalau siapa-siapa tak percaya keikhlasan I. Yang percaya,sila potong kepala sekarang.haha!

owh,I jugak link kan page U dekat status YM I untuk satu hari ini..ala,camne nak tunjuk bukti ek? I tak belajar lagi camne nak letak YM or facebook page kat dalam post ni. Ada siapa-siapa nak bagi ilmu secara free kat aku tak?Boleh gak kurangkan percentage GapTek aku nih. Macam kritikal je GapTek aku ni. Kalau Ultraman,mesti dah blink-blink lampu kat dada dia.haha!

dah2, aku dah nak mula karutan pula. Entry nih siap ditaip pukul 11.58 waktu India.nanti I tekan "Publish Post"  je, mengambil kira kondisi internet malam ni yang macam trafik menghala ke utara masa malam raya, by the time it appears in my blog, dah genap pukul 12 lah. I'm very the punctual I tell you! [ceyh,padahal boleh je schedule time to publish this entry at chosen time] Tapi,tak thrill la pulak camtuh kan. ok,TEEEETTT!

notakaki : sumpah bila baca balik,rasa gila gedik,macam anak itik

4 comments:

lel said...

aku jeles
nak gak wat entri untuk naz la

norfaridahanum said...

haha!
ko ngan naz dah sama level pro dlm blogspot nih.watpe nk jeles2?haha!

NAZ said...

hahahahaha norfa. thanks yawww. susah susah aje. tapi u confirm ker mimpi itu takkan kembali? lembaga hitam tanpa kepala macam bst jer hahaha

norfaridahanum said...

owh pls!tak ade susah mana. i mmg ske duk dpn lappy nih.dr duk atas katil, takut dgn lembaga hitam tnpa kepala.haha!