Sesi kita diteruskan lagi. Ya, terima kasih kepada yang menunggu. HAHA! padahal aku rasa Cat seorang je yang excited nak baca ni. Oh, Cat pun nk pergi Turki nanti. InsyaAllah. Opps! terbocor pula rahsia. Abaikan. Aku potong balik ayat tadi ok Cat Kitty Kitty?
- Kami berdua menapak di bumi Turki untuk pertama kalinya tatkala malam hampir menjengah. Hujan lebat. Sejuk. Belum menggeletar lagi. Tapi kaki macam dah kena frostbite. Ya, extremities aku memang sangat sensitif dengan penurunan suhu. Semua manusia normal pun macam tu sebenarnya. Cuma,badan aku memang suka exaggerate[dan allergic tak tentu pasal]. Alhamdulillah jua macam manapun sebab aku dilahirkan cukup sifat. Alhamdulillah sekali lagi sebab kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah,syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat. Apakah? Secepat mungkinlah kami mencari stesen [apsal aku rasa ejaan betul dia stesyen?aiyok!] tram. Tahniah kepada saudari Dian yang dengan bangganya mengusung buku catitannya ke sana ke mari. "Ada aku tulis ni..dalam internet cakap macam tu." Makanya, setiap kali dia cakap macam itu, aku menurut sajalah. Sambil dalam hati cakap "Damn you internet,I'm losing the thrill of travelling already" [ok,jangan bagitahu Dian]Dalam tram, semua orang tengok kami dengan pandangan yang pelik. Baguslah,daripada jelik kan? Mungkin sebab diorang keliru tentang kewarganegaraan kami. Yelah, Dian mata sepet. Aku mata dah macam serombong[?] trumpet. Seorang cerah,seorang kurang cerah sikit je.HAHA! Malaysia memang truly Asia la wa cakap lu. Akhirnya,kami buat kesimpulan yang khalayak di dalam tram tu mungkin rasa cemburu tengok kami selamba pakai pengalas kaki warna merah jambu meredah suhu yang hampir ke takat beku itu sedangkan mereka sibuk berkasut kulit lembu, berlapis-lapis baju, kot siap berbulu-bulu. Walhal, aku dah gelabah congak berapa kilojoule tenaga lagi yang tinggal untuk bekalkan haba sebelum badan aku vibrate ala-ala Nokia3310.Aku dah la jenis self-conscious tahap awan komulunimbus, bila orang tengok macam tu tambahlah gelabah aku lagi. Dian pun dengan lagak seorang kaunselor, tenangkan aku sepanjang jalan dengan mantera "Kita memang nampak macam foreigner kan. Kita mana tahu. Mesti diorang pikir kita tak tahu punyalah". HAHA! Ulang kali jugaklah Dian cakap macam tu. Dia pun gelabah gak sebenarnya. TEEETT!
- Hari pertama di Istanbul,kitorang semangat bangun pagi nak tengok-tengok sekeliling. Hari pertama di Istanbul, kitorang still tak reti-reti nak tukar pakai kasut. Sebab belum cukup sejuk. Sebab CROCS dan iPANEMA itu sangat comel. Perempuan dan nak nampak lawa. Mutual. Simbiosis. Cliche. Golongan hawa yang tak habis-habis ulang cakap korang sempoi dan pakai ikut keselesaan je. Main belasah,janji selesa. Berhentilah! Sebab ayat tu buat aku nak muntah. Dah lewat petang baru aku sarung sneakers sebab langit muntahkan hujan macam nak berperang. Sejuk menggigit sampai tulang-temulang. Hari pertama di Istanbul,aku dah bikin kacau satu wilayah. HAHA! Seriously,sangat memalukan. Ternganga sangat tengok Hagia Sophia dengan Blue Mosque sampai aku tak sedar tram lalu. Padahal dia dah bunyi loceng amaran banyak kali. Aku dengar tapi apasal entah otak aku tak proses langsung. Arakian terjadilah sebuah kisah yang mana tram terpaksa berhenti mengejut lantas menyebabkan semua orang memandang tepat kepada aku. Sultanahmet merupakan kawasan tumpuan pelancong kau tahu. Berbaris-baris lot-lot kedai. Berbagai-bagai warna,rupa dan ragam manusia. Aku punya ragam bimbo pun termasuklah juga.Yang dalam tram dah sibuk-sibuk tengok kat tingkap kaca. Pemandu tram jangan cakaplah. Tepat je kat sebelah aku dah,sambil buat muka yang sentap wa cakap lu. Ampun Ayah Mama. Anakmu yang seorang memang suka bikin kecoh tanpa niat. Ampun dunia. Salam dunia. Salam hari raya. Apakah?Sakit pinggul kena hempuk dengan tram tu boleh tahan lagi. Tapi sakit muka sebab kena hempuk dengan tembok lantas menjadilah si muka tembok, siapa nak tolong????Adoi!!! Faridahanum boleh tak jangan bimbo sangat????Olallalalaa~ "Tak apa tak apa. Kita foreigners." Mantera ajaib diucapkan lagi. HAHA!
Bersambung lagi. Nak buat post pasal tahun baru dululah.
Ada siapa-siapa boleh terangkan peribahasa berpatah arang,berkerat rotan tu tak? Macam sesuai je dengan penulisan kali ni. Macam pernah baca atau dengarlah,di mana-mana.Aku dah ingat-ingat lupa. Naz? err...Ayah?
7 comments:
woah..napak mcm sejuk..comel pix kak anum :)
ye sejuk.mmg sejuk. thanks!
gambar (sket..)
satu,penulis suka membebel
dua,gmbr penulis tak lawa mcm gmbr2 enche rashid
tiga,malu plak r nk taruh gmbr byk2=p
hahahah anum!
lawak la!
=p
Pergi Turki?Amin~=) Lol..tuela, mmg excited habisla ak nk baca.... terasa cam ko buat khas utk ak plak..terharu=P..hehe..rase2nye, thrill meluaskan pengetahuan tu still ada even maklumat tu ada dalam internet skalipun..info tu dapat buat kita lebih menghayati dan menghargai peluang berjalan2 di merata tempat..huhu
anith..memalukan kot.haish =(
cat:cat,ko side blah mane nih? mrajuk r cmnih.ok,xpe,aq leyh je redah uk tuh sorg2 =p HAHAH!jk
Post a Comment