Saturday, February 27, 2010

< 179 > Ke Garisan..Sedia.. Mula!!!

SELAGI JASAD TAK SAMA, JANGAN KAU KATA KITA SERUPA

Situasi 1
"Aku hilang RM30 kat hospital tadi"
"Kat hospital tu? Aku lagilah, RM300 kot!"

Situasi 2
"Aku gagal la paper kali ni"
"Rilekslah...bukan kau seorang saja yang gagal. Senior pun cakap diorang gagal dulu"

Situasi 3
"Aku kena rogol tadi"
"Aku dah pernah kena berkali-kali pun"

Situasi 4
"Injap jantung kawan aku rosak satu"
"Injap jantung kawan aku empat-empat kena ganti!"

Situasi 5"
"Atok aku meninggal pagi tadi"
"Atok aku dah meninggal dua kali dah pun"


Kenapa pelik?
Bukankah hidup ini satu perlumbaan??Perlumbaan merebut takhta "RAJA MALANG".


Aku lebih malang, kau perlu tahu itu.
Aku lebih malang, kasihanilah aku!
Aku lebih malang, kau patut bersyukur tahu?

Sungguh,aku bukan tak diajar, tak mahu atau tak tahu bersyukur. AsmaulHusna bukan sekadar nyanyian ringkas selepas solat. Sifat20 Allah s.w.t bukan untuk dapat markah tinggi peperiksaan tauhid sekolah agama.
Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Itu intipati iman. Iman seorang hamba. Seorang hamba biasa.

Seorang hamba biasa.

Yang ada masanya hanya mahu didengari.

Yang ada masanya hanya mahu difahami.

Yang setiap ketikanya pasti tahu berkata "Aku bukan di tempat kau, yang remeh pada aku, mungkin tidak pada engkau. Yang besar pada kau, mungkin kecil pada aku. Tapi percayalah, dalam doa aku sentiasa ada tempat untuk kau".

Susah sangatkah?

Atau hidup yang aku impikan terlampau indah?

25 comments:

Anonymous said...

It's a form of test from Allah dear. May all the taufiq and hidayah be with you. May the strength be your bestfriend. InsyaAllah. Bit by bit,little by little. May god bless you.

Regards, Raja Khairul.

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

awk!!!!!!!!!!!!!!!!!

my prayers always there..
moga kita tergolong dalam golong beriman serta berjaya dunia akhirat.. Amin insyaAllah..

sila jaga diri.. <3

udienjai said...

anum, tolong jgn cakap situasi no 3 tu okay. aku sgt takut beb! *yg lain jgk*

be strong :)

zuld said...

wooohhh! relax! luv u! =)

naz said...

terlampau indah tak salah tapi nak realisasi segala nya. buat kita tak tentu arah

anith said...

=]
manusia berbeza
pemahaman n akal nye jge berbeza..
xpe la anum,
anum sure knl spe lawan n spe kawan, yg boleh dgr 'sore' anum..
=]

Husna Hadzarami said...

apa yang jadi anggaplah sebagai ujian k :)
masa ni lah kita nak kenal siapa kawan sejati yang sentiasa sudi mendengar dan mendoakan yang terbaik untuk kita..
cheer up!

norfaridahanum said...

TQ untuk kata-kata yang baik itu kawan-kawan =)

sudien,ko tahu aq kuat ke x =(

apis,love u 2..nak baliklah camnih.

naz,payah bila semua nak ikut ego..i blah saja!!

anith,thanks for reminding me of that..yeah..differences that we should celebrate..tapi ramai orang lupa tuh =(

norfaridahanum said...

kak husna! thanks!itu point saya..kadang2 yang kita perlu lakukan, layak lakukan..hanya meminjamkan telinga..hentikan semua kata-kata yang disuarakan oleh ego. kita tak tahu perit getir seseorang melainkan tuan punya badan itu jugak..

larasephia said...

May u always b blessed with strengths in dealing with HIS obstacles and blessings :)

embun d tengah malam said...

best nya entri ni

larasephia said...

Hello again faridah. A couple minutes after I posted a comment on this, a tragedy happened.

By now Chamber of Larasephia was ashes of history.

I(accidentally) deleted it right after I posted the last entry 1 hour ago. Now I was too dumbfounded I didnt know should I cried or laugh. Tragic huh? hahaha

now be a doll and send me a few lines of condolence.

I might as well making a comeback someday. But until then, I'll keep coming and holla you.

norfaridahanum said...

Lara!!!no wonder when i clicked your name,it reads "profile not available"

but hey,i think i read it somewhere that you can retrieve it within 3 months.i'll get back to you if i know any other way.yours was one kind of a blog ok.you better come back into the arena ASAP!!!

hehe!dolly enough?

p/s:what if i say, "it happens to me also before" it helps,no?

norfaridahanum said...

embun:thanks =)

AJ Nismihan said...

Bukan.
Bukan Raja Malang.
Memang bukan Raja Malang.
Sebab yang memberi malang atau bencana itu yang sebenarnya tujuan kita.
Menjadi raja di hati Allah.
Perlumbaan merebut takhta "hamba Allah yang terpuji".
Pasti saja kita takkan menang menjadi raja.
Tapi menjadi serendah-rendah hamba yang MASIH dipuji ALLAH Sudah cukup agaknya.

Hukum hamba itu sendiri perlu menurut perintah.
Dan mala petaka itu bukan satu BENCANA yang berdiri sendiri.
Ia sebenarnya satu perintah untuk kita bersabar.
Bukankah perintah itu mudah?
Tidak.
Tidak sama sekali.
Ia tidak mudah.
Ia sebenarnya paling sukar.

Allah uji kita sedaya mana yang kita mampu; pada tafsiran ilmu Allah.
Sudah semestinya ilmu itu tak terkira Maha Hebatnya berbanding semua kalian kita kan?
Jadi tentu pasti Allah Maha Mengetahui.
Dan Maha Mengetahui inilah yang tahu siapa lebih tabah berbanding yang lain dalam ujian dunia.
Dan yang tabah itu bukan Raja Malang; tapi yang tinggi darjatnya disisi Allah.

dan tentunya takkan sama darjat satu dari yang lain.

jelas kan yang itu?

Qada' dan Qadar itu sudah tentu. Beriman dengan-nya lah yang kita kena tentukan!

Hakikat hidup, kita mahu didengari dan difahami.
Aku pun begitu. Mahu ditemani dalam susah senang dan mahu didalami hati dan perasaan.
Untuk itu, aku sendiri yang mula mendengar dan memahami; semoga nanti; insya'Allah; yang lain pula mendengar dan memahami.
Macam sekarang.
Aku cuba mendengar dan memahami abjad-abjad perasaan dan runtun hati disini.
Mana tau, esok lusa giliran aku pulak.
Hidup ini kan bagai menanti giliran. Giliran menjadi roda berputar atas aturan-Nya.

Semoga susah itu tidak datang tanpa hati kita yang kuat kan!

dan indah itu sendiri hadir bila susah itu berjaya di tangani kita.

susah sangatkah? ya memang susah; paling-paling tidak, untuk aku; memang susah.

norfaridahanum said...

Bro AJ,kau tahu tak berapa lama aku menunggu untuk melihat komen kau tentang hal ini?
thanks,kau buat aku banyak berfikir. sungguh,aku rasa memang Allah takdirkan aku untuk belajar banyak perkara dari ketabahan kau.

norfaridahanum said...

tapi AJ,
entri ini sebenarnya ada cerita si sebaliknnya.ah memang bukankah semua entri pun haruslah begitu kan?

aku hanya mohon sedikit pengertian dari sisi yang aku lihat, bukan paksaan untuk aku melihat dari kacamata siapa-siapa. itu saja.

AJ Nismihan said...

sudah semestinya setiap entry itu wujud dari satu alunan fikir yang bergetar dalam akal fikir.

dan semestinya juga; aku tak seharusnya memaksa si penulis mengikut canai pemikiran aku yang tak sebetul mana ini. engkau juga tak mungkin betul sepenuhnya. kita kan manusia yang mana mungkin sempurna!

maaf kalau aku masih kelihatan tidak seiringan dengan mood entri ini.

tapi;

aku sendiri tau bahawa kita perlu kan pendengar, dan pendengar itu fungsinya bukan untuk bertelagah dengan idealogi kita. kalau itu yang terjadi, pasti saja aku mahukan pen-debat dan bukannya pen-dengar!

dan aku juga setuju bahawa situasi insan dan insan yang lain mana mungkin akan sama. hidup kita dari susur sejarah yang berbeza (sekali lagi engkau buat aku setuju bahawa history sheet itu penting) maka aras penting dan tidak-nya sesuatu perkara itu tentu saja berbeza susunya. Untuk itu, seriuslah dalam sedihmu andai itu kelihatan besar bagimu. Sebab itu sudah jadi hukum hidup yang engkau lalui.
namun, andai arasmu terlalu tinggi, dan kelihatan ‘penting’-nya orang lain itu cukup remeh, cuba lah dalami mereka, dan titip kan sedikit pengertian hidup dalam kata-kata mu pada mereka. Kan semua kita masih perantau yang gersangkan pelajaran, bukan?

Maaf kalau saja aku masih membelok ketimur dalam hala kamu yang ke utara itu.

AJ Nismihan said...

Hidup ini tuntutkan pengertian.

Dan aku tau hang perlu kan pengertian dan pemahaman yang jujur dari sekelilingmu.

Sabarlah. Sedar yang satu ini. Hidup kita ini akan lebih di hargai dan di ambil tahu jika kita sendiri yang ambil tahu dan hargai akan wujudnya kita. Kemudian, panjangkan itu untuk sekeliling kita. Insya’Allah; terbuka hati2 kudus insan lain untuk mendalami dan memahami hati kita yang satu ini.

Bila? Aku sendiri tak pernah tahu. Tapi ia macam mati. Bilanya kita tidak tahu, tapi datangnya sudah pasti; kerana itu sendiri janji Illahi padi kita!

dan hidup ini akan indah berikutnya. Lebih indah dari apa yang pernah hang terlintaskan. Percaya aku untuk sekali ini!

Kan indah semua ini!

footnote:
aiseh, dah tiga komen aku. nak kena delete nih.kang orang kata aku gila. gila kuasa.

norfaridahanum said...

ah,pedulikan AJ.bukan mereka yang bayar bil letrik mahupun bil broadband kau.haha!tapi kalo memikirkan bil2 ini boleh merunsingkan kau memikirkan perbelanjaan untuk Sofiatun Nur,kau harus peduli sebab aku juga peduli=)

oh,jangan risau,sepertinya kemudi kau elok mengikut arah tuju tulisan aku.tamabh bil akau kata, susur galur sejarah kita semua berbeza. ya,sebab itulah pengamatan dan pengalaman [yang dikata orang bakal mematangkan].

ada perkara-perkara yang berlaku yang kita panggil "sejarah hidup aku" yang buat perspektif setiap insan berbeda.

dan tak pernah sekali aku sindir Yang Di Atas Sana.aku tahu perencanaannya sentiasa yang terbaik.cuma dalam keterbatasan ilmu aku,bingung itu kadang-kadang masih berbisik menghasut.dan entri ini lahir setelah aku cuba untaikan satu persatu tali-tali kusut=)

tapi,penjelasan demi penjelasan yang agak gila kuasa dari kau,haha, menyingkap tabir pada keindahan itu.atau mungkin saja,entry 180 punya kerja =)

honeym said...

wat ape last foto. cam ngendap aje. nmpak ke ngan hitam itu. Luv n mis u

norfaridahanum said...

tgh siap sedia nak buat paragliding =)

now i'm wondering.mama ke nih? jarang mama ckp "mis u"..hurmmm

jejaka anggun said...

bak kata uncle aku albert einstein,

"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle"

so renung2kan la eh...

norfaridahanum said...

pedas tuh JA. i choose the latter =)

Anonymous said...

Do you mind if I quotе a feω of your poѕts
аs long aѕ I providе credіt anԁ sourcеs back to your
sitе? My webѕite is in the exасt sаme aгea оf inteгeѕt as yоurs and my visitогs would trulу bеnefit from a lot of thе
information you preѕent here. Pleasе let me κnoω if this аlright with yοu.
Thanκѕ!

Αlso νiѕit mу web page: personal loans
Also see my page - personal loans