Friday, February 05, 2010

Siri 1:Rahsia Solat Di Awal Waktu

*Al-kisahnya,petang tadi masa YM dengan family, Ayah terkeluar cakap yang entri kali ini banyak sangat istilah saintifik yang tak terjangkau oleh beliau. Makanya,aku mengambil inisiatif untuk menerangkan serba sedikitlah apa yang aku tahu dalam keterbatasan ilmu. Yang mana aku tambah,aku guna warna ini. Untuk manfaat kita bersama juga. InsyaAllah*

Aku rasa aku nak mulakan satu sesi baru lah kat blog ini. Apa kata tiap-tiap hari Jumaat aku letak satu entri untuk santapan rohani kita sama-sama? Tak banyak,sikit, dapat juga kita saling mengingatkan,ye tak? Dengan keadaan kesihatan aku yang agak "mengejutkan" sejak kebelakangan ini [cis,ayat nak minta simpati je selalu] sekurang-kurangnya, ada jugalah bekalan aku di kemudian hari kan..Ok,teruskan. Tak perlu nak fikir lebih-lebih. Aku memang suka buat ayat drama.

Untuk sesi pertama ini, aku copy paste note kawan aku dekat Facebook. Menakjubkan! Tak dinafikan, aku suka baca artikel-artikel begini. Islam dan Sains sebenarnya tak boleh dipisahkan. Tambah pula bila kita dah singgah ke alaf yang makin menjadi-jadi teknologi dia,nak tak nak, penjelasan-penjelasan macam ini punya kuasa magnet yang kuat untuk menarik minat dan membuka minda banyak pihak tentang keistimewaan Islam.

Assalamualaikum w.b.t


Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
-Tiroid merupakan kelenjar yang terletak di bahagian tengkuk yang selalu menjadi punca beguk[goitre]. Ada orang tak tahu apa itu beguk ke?Aku rasa,semua orang pernah kena beguk. Beguk terjadi disebabkan kekurangan iodin dalam badan. Masa aku kecil dulu,ayah sapukan nila dekat tempat beguk tu.
-Metabolisma tubuh bermaksud proses penghasilan dan penggunaan tenaga oleh badan. Keseimbangan kedua-dua proses ini penting untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga dan sihat! Hari baru,tenaga baru. Subhanallah!
-Konsep resonan,kalau mengikut ilmu fizik aku yang takat buku lali merujuk kepada konsep yang semua benda hidup atas muka bumi ini mengeluarkan tenaga dalam bentuk getaran pada kuantiti tertentu. Kalau ikut Sains Tingkatan 3 [kot!] tenaga tidak dicipta atau dimusnahkan.Ingat tak?Tapi dia boleh berpindah dan bertukar. Macam tenaga elektrik dalam wayar---->tenaga kinetik kipas yang berpusing-pusing.Rasulullah dulu..sujud atas tanah.... bayangkanlah...

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Bagus,tengah hari sewajarnya kita isi perut untuk bekalan tenaga separuh hari lagi. Dan sistem penghadaman yang baik amatlah diperlukan saat ini supaya makanan yang kita makan itu tercerna secara efisien dan diserap oleh sel-sel dalam badan dan digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Organ-organ reproduktif merujuk kepada organ-organ untuk memastikan kemandirian spesies. Ada faham? Errr..menghasilkan zuriat lantas meneruskan kelangsungan generasi.Prostat dan testis adalah organ laki-laki. Uterus dan ovari perempuan punya!Agaknya,kenapa waktu ini dipilih?Fikir-fikirlah sendiri kot...

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
-Kelenjar pineal merembes hormon yang bertanggungjawab mengawal kitaran tidur-jaga[sleep wake cycle] kita
-Kelenjar pituitari kalau dalam perubatan digelar "master of endocrine orchestra" iaitu pemimpin sistem hormon badan.Kira macam kebanyakan kelenjar-kelenjar seluruh badan termasuk kelenjar tiroid dan kelenjar-kelenjar pada organ reproduktif tadi, kena tunggu signal/hormon dari kelenjar pituitari untuk hasilkan hormon sendiri. Kelenjar pituitari sangat kecil,tapi tugasnya besar,Ya Allah. Kalau kita bangun sebentar untuk tahajjud dua rakaat,insyaAllah cukup untuk recaj tenaga kelenjar pituitari ini.
-Talamus merupakan salah satu komponen otak manusia yang mengawal sleep-wake cycle dan juga emosi! Tapi yang utama,thalamus digelar "gateway to the brain".Tak silap akulah.Tapi perkataan gateway to confirm ada.HAHA!Semua rangsangan yang diterima oleh pancaindera kita kalau nak sampai ke otak kena lalu thalamus dulu.Waktu kita tidurlah merupakan waktu kita terima rangsangan paling minima. Dan waktu ini,thalamus..recaj!
-Hipotalamus pun satu lagi komponen otak yang kawal macam-macam. Tidur,jaga,peluh,suhu badan,lapar,dahaga,memori waima "pergi toilet" sekalipun.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...

Source: Al-Muttaqin


Isi penting di sini, istilah menjaga solat itu bukan sekadar pada cukup 5 waktunya sahaja. Manfaat solat di awal waktu itu sangat besar. Peringatan untuk kita bersama. Sampaikanlah walau pada seorang hamba. 

Kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua
Lapang sebelum sempit
Sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati

Siapa-siapa yang berkeinginan untuk sebarkan artikel ini,silakanlah. Tiada istilah hakcipta dalam Islam,apatah lagi usaha murni menyebarkan ilmu dan kebenaran. [Aku pun ambil dari orang kan?].

Sebenarnya,dalam pada aku mengulas ini,banyak juga yang aku tersedar dan ter-temu. InsyaAllah,suatu hari aku kongsikan. Masih perlu dikaji-kaji.

Jazakallah..

11 comments:

i'msosupernotcool said...

gud..
pasni pagi jumaat gua akan lebih bermakna..

NAZ said...

ALLAHUAKBAR. kuasa nya sering di luar dugaan :) tapi tepat ke sasaran

faiq said...

bgs..pasni bdk2 perempuan yg x pegi smyg jumaat boleh kumpl pahala gak..

norfaridahanum said...

SupernotCool: =)

naz:mmg tepat..dan kita sama sekali x layak dan x mampu nak persoalkan..

faiq:kan?? nway,kwn wa yg post note nih nama FAIQAH.haha!

Lola MK said...

hoho..aku x smpat post..ko da post dlu..tangkas,pantas dan sepintas sahaja tindakan ko.hua3..

marilah saling mengingatkan kerana aku juge seorang pelupa yang bisa lalai dengan dunia..

"bersekutu bertambah mutu"

sekian,terima kasih.

yang benar,
aku yang sengal.

KecHiQuE oLiGoS said...

yeeeyyy.. ade santapan nurani pasni.. make sure kk... saya akn tunggu next jumaat.. wt lar pasal kelebihan surah Khafi ke ape ke.. =)

teruskan usaha dang anum :P

Allah bless and protect u always, Faridahanum Mad Norizan

norfaridahanum said...

haha!Lola..xpe ah..blog ko ada org lain baca.lagik rmi lagik bagus kan?perkataan tangkas tu mmbuatkan aq teringatkan netball sekejap =)




izyan,semoga dlm rahmat Allah selalu.
insyaAllah,hrp2 berterusan lah benda nih.n n dang anum tuh nama timangtimangan sy kot dulu.haha!mkin besar nih,mkin besar tanggungjawab kita=)
p/s:ape kes smlm?kata nk bincang psl migraine?haha!dimaafkan ah.sbb jogja ngan sinih beza gak waktu dia. nnt bila2 free gtau ah=)

kawie2020 said...

hehehhehehe... solat kan tiang agama.. so kenalah jaga betul2 ek.. kalau x kita seperti musuh islam yg mahu meruntuhkan agama kita sendiri kan... hehhehehhee...

norfaridahanum said...

one of the 5 pillars of Islam =)

JAGA betul-betul..

ini blog wirdah said...

cool. ayah kamoo baca blog ekk?

norfaridahanum said...

yups yups!
senang sket nk tau perkembangan sy kat sinih.n plus,tiada apa nk dirahsiakan pun.dia tahu semua =)