Monday, February 01, 2010

< 170 > Siang Jangan Datang

PESIMISTIK BUKAN,OPTIMISTIK LAGILAH BUKAN, REALISTIK SAJALAH REDAH KEHIDUPAN

Siang jangan datang,
Aku mahu suasana yang bisu
Temani aku duduk berteleku
Tunduk mengadu, sebak merayu, pohon ampunMu,
Walau sedar diri tak pernah jadi yang terbaik
Aku mahu terus usaha

Siang jangan datang,
Aku suka melihat Biduk dan Belantik
Bukannya matahari yang bercambah terik
Bikin tubuhku capik, emosiku tercarik, langkahanku ditakik,
Pelangi pula terus-terusan sembunyi di balik awan
Aku tak mahu terus kecewa

Siang jangan datang,
Aku mahu dibalut pekat yang nyaman
Mendakap mimpi sebuah angan jadi kenyataan
Mungkin petunjuk Tuhan, Ke mainan syaitan? atau aku yang perasan?
Rasa yang halus tak bisa terlintas mulus di bibir
Aku mahu terus lena

Siang,
Walau aku suka neon menyinar parkir,
Esok pagi tetap ada kuliah, aku perlu hadir
Siang,
Walau saat ini indah, rahsia alam terzahir,
Aku tetap perlukan satu jawapan mampir

Kisah ini perlu ada babak akhir

Oh siang, janganlah merajuk, 
Kau tetap akan datang kan esok???



2.57am.
Satu lagi penulisan sia-sia usai melukis diagram jantung serta "blood supply"nya. Maaf,otak gagal mengenalpasti gantinama "supply" yang paling sesuai untuk digunakan.



UTP,Perak-080708

~aku rindukan pentas~

15 comments:

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

Bintang teruskan berkedipan..
Bulan jangan biarkan sang mentari menyinar..
bukan mahukan diri dalam kegelapan..
tapi membenarkan ia dalam ketenangan..
Malam jangan biarkan siang..
bukan kerana takut akan hari mendatang..
ttpi masih belum cukup kekuatan.....


anum puisi tu awk buat ke.. nah saya bagi saya punya ilham dari awk punya puisi :)

Allah bless u =)

ini blog wirdah said...

menarik :)
suke bersastera ke?

anith said...

terbaek!
anum, i misz the stage too..
=]

naz said...

ah norfa kamu sangat puitis umpama perisa perisa twisties beraneka rasa masam masin dan manis. nice norfa!

Frodo Baggins said...

ekekekkekeke

>>___<<

ganti jer jadik supplier .. hohohoho
x pown pengedar DARAH not DADAH .. agagagagaga

luckyme_june13 said...

"pembekal"
hehehe..

norfaridahanum said...

nurulizyanrahmat : haha!x perlukan apa yg saya tulis nih untuk awk dpt ilham.semua tuh ada pada alam,cuma kita perlu berfikir dalam2=)

wirdah:kalau awak kata ini sastera,maka benarlah ia kesukaan saya!

norfaridahanum said...

anith:stage itu lagik satu lah yg anum rindu..i miss my trumpet!!!now nk start blaja men piano lak.tnggu duit masuk daftar klas.hoho!

naz:i nak smarties r..semua manis je.mane de masam2 mcm u x mndi pagik =p

norfaridahanum said...

frodo:cis,x mmbantu..gelak je ko ek?

kak jas:bukan apa yg heart supply but, arterial supply to the heart tuh,x tau dlm bm nak kata apa."bekalan darah ke jantung"?

anith said...

hehe all the best dear! chaiyookkk hehe.. anith xsuka music notes except drum's.!
hahahhhahahahha

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

sobsob.. terharu ade orang panggil nama penuh saya.. hukhuk.. ari ni nk tukar lar nama kat facebook.. hehe.. btw.. ilham mmg akan lahir bila lihat alam sekitar.. eh.. nk bli smarties bebyk lar blk malaysia nnt :P

Ms.Independant said...

sedap je bace!

:)

norfaridahanum said...

hey hey anith,itu dah dikira racism dlm orchestra tu.mana leyh suka percussion punya notes je!one band one sound!!!=p

izyan,bagus,langkah yang bijak..hoi hoi,jgn sebut psl nk blk msia ah =(

ms,independant:sedap mcm durian x?(*~*)

hanismalik said...

Sangat hebat. Geram!!! hehe...

Akan ku siang dirimu,
Mengambil sisa-sisa cairan otakmu,
Agar menjadi sebatian dalam otakku,
Lalu ku tinggalkan malam untuk mu,
Dan aku,
Menjadi raja di siang hari...
Kau,
Sungguh kasihan....

Hahahahaha....tah apa2 tah...

norfaridahanum said...

ok,yg awal2 tuh mmg ntah apa2 ntah.
tp,part "kau,sungguh kasihan" mmg terbaiklah!