Sunday, March 07, 2010

Contest 1 : Baju Kurung Menawan


*updated : yeay!aku dah berjaya letak banner nih. mula-mula dah buntu sangat,aku siap tangkap gambar banner ni ok, sebab blog cik honeybee fungsi "right click" telah dinyahfungsikan. Tiba-tiba ada mentol menyala terang,aku pun cuba "right click kat blog Eny. Dapat! Thanks Eny!

*************************************

Cis,sebenarnya aku banyak kerja. Tapi nak juga melepaskan segala kesesakan di dada ni. 
Sekali jalan-jalan pergi blog junior aku yang sangat terkenal, Eny, terjumpa pula pasal contest ni. 
Kelakar gila ok. Sebab aku tak pernah pula berkeinginan meluap-luap nak masuk segala barang contest ni.
Tapi sebab contest ni macam ringkas saja aku pun redah je.
Aku main tempek gambar dari facebook je.

BAJU KURUNG MENAWAN



Cik Honeybee, saya tahu pasal contest ni dari blog Eny. Aish,kan dah cakap tadi. Suka je main cakap ulang-ulang ni. Jujurnya kan Cik Honeybee, saya nak masuk contest ni sebab saya sendiri tak tahu apa nak tulis kat blog. Saya sangat sibuk sekarang dan blog saya dah terabai untuk jangkamasa seminggu [Cis,kenapa ayat macam Jejak Kasih ni?] Tak adalah,macam saya cakap tadi, sebab contest ni ringkas =)
Ini kali pertama saya sertai contest anjuran blogger ni [jadi sila pastikan saya menang,kalau tak saya tak akan sertai apa-apa contest dah lepas ni. Berjaya tak ugutan ni?] Oh,lupa, saya mula rajin pakai baju kurung semenjak menjejakkan tapak kaki ke bumi India ni. Sebabnya? Jeng Jeng Jeng.
Di suatu pagi yang tenang,sedang saya menuju ke pintu utama sebuah hospital, saya disapa dengan panggilan " Malaysian Doctor"...Berbunga-bunga sungguh hati. Sungguh tak terbayang ok kegembiraan itu sebab saya dilihat sebagai seorang Malaysia. Seronok! Tak adalah kalau saya pakai baju kurung pahang orang panggil saya orang Pahang. Kalau pakai baju kurung Teluk Belanga orang ingat saya semangat Johor pula. Kalau pakai kurung Kedah,mungkin orang akan mula cakap "Amboi lawa,hang nak pi mana tuh?" kepada saya. Tak gitu? Sejak hari tu, saya memilih untuk memakai baju kurung sebab saya sangat suka di"adress" sebagai seorang Malaysia, bukannya sebagai Orang Utara India, Melayu celup Pakistan,Singapura dan sebagainya.

Ini adalah salah satu baju kurung kegemaran saya sebab warna dia ada banyak merah jambu! Oh,pink memang warna kegemaran saya walaupun ianya nampak sedikit bimbo dan err....kebudak-budakan?Entah,pada saya individu berkeyakinan tinggi saja yang akan memakai warna ini.Ececece!Baju kebaya memang dah lama saya tak pakai, sebab err...bahaya!AHHAHAHA!  Baju kurung ini menggunakan material sari India dan warna dia memang sangat meriah lagi comel ala-ala solekan opera Cina oh! [Sebenarnya,macam aiskrim paddlepop.haha!]                                                      


Menawan ke masalahnya?TEEEEEEEEEEET!
Ah,itu tak penting. Sekarang ni,korang dapat tak mesej muhibah aku untuk hari ni? Toink!

p/s:Actually,ruang kosong kat atas tu untuk letak banner, tapi sebab aku Gaptek[Gagap Teknologi] sangat, tak terletak lah banner tu kat situ. Kesimpulannya, di"reject" serta-merta penyertaan aku. Dah la tarikh tutup lagi 12jam. HELP!!

20 comments:

NAZ said...

hahahhaha! agak terkejut u masuk contest. memang amat terdesak. takpe benda halal hahaha

udienjai said...

aku nak jadi org 1st yg komen. YES! hahaha' anum, blog honeybee tu meriah giler babs r. poning kepalo eden nengok. HAHA' ops~ (honeybee, tolong bagi kawan saya ni menang okay? dan abaikan komen saya yg jahat di atas tu, sebab saya rasa, contestant yg laen tu tak menarik langsung, setakat baju satu colour pastu take pic dari belakang apa barang kan?) lol tengok tengok! baju yg kawan saya pakai ni sgt 1Malaysia dan anggun kan? <--ceit, bodek!

ps: anum, kau menang belanja aku makan okay?

udienjai said...

fine~ no 2 yg komen T_T

lel said...

aku nak yg sebijikkkkkkkkkkkk mcm ni pleasee

enyheartsdiamond said...

ka anum comel!!! <3

HOn3YB33 said...

NOTED..!!

GUD LUCK N THANK U..

PICTURE YANG PERTAMA SAHAJA DIAMBIL...

THANK,...

N

UTK BANNER JUZ KLIK JER...THEN RIGHT KLIK N SAVE AS...

HOPE DPT AMIK...

HOn3YB33 said...

UNTUK PERHATIAN SEMUA YANG MENYERTAI CONTEST BAJU KURUNG MENAWAN...

contest ini telah ditutup penyertaanya..
semua peserta adalah seramai 52 orang..
dan ianya akan dipilih sehingga mendapat top 10...
nantikan to 10 iaitu 3 hari dari sekarang...
sekiranya anda terpilih sebagai top 10...
pastikan anda membuat sesuatu untuk menraih undi daripada blogger lain kerana 30% undi berada di tangan blogger...

itu sajork...

anda tidak akan diberitahu samaada anda adalah top 10 atau pemenang...so rerajin ler..mengklik kat blog honeybee...sekiranya masa sudah tutup tetapi anda tidak menghubungi honeybee maka akan ada backup winner disitu...harap maklum...

last..thanks coz join this contest..gud luck..!!

husnayaacob said...

hahahahaha
chantek itu baju kurung
K ANUMM!!!!!
bangga kan pki bju krung?
usna pun skrg mmg selesa pkai baju kurung
hihihihi

KecHiQuE oLiGoS said...

superb model lar.. mmg layak menjadi pemenang ni.. tolong lar honeybee buka mata... dan menjadi jiwa yang lebih berhalus dan seni.. ternyata Toink Toink writer mmg mantap lar baju kurung dia..

ok anum... jangan lupa.. kalo menang dapat share jangan bagi udien sorg ok.. saya juga jangan di lupkan :P

KecHiQuE oLiGoS said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz Yusof said...

cantik

ini blog wirdah said...

phewiiiit..cantiknye baju pink tuh !

norfaridahanum said...

hahah!sian ko sudien...anyway,thanks atas segala doa ko tuh.terharu aq.toink!tapi bila pikir balik,baju banyak kaler nih,mcm tempe la plak! adoi!

naz,ala kalo i x update u gak yang histeria kat facebook sbb rindu i.lalalalal~

thanks eny,husna,wirdah and embun =)husna, berusaha!

norfaridahanum said...

lela,tunggu aq balik msia ujung tahun ye syg =)

izyan,wahwahwahwah...nih pakat dgn sudien ke ape nih?kopak saya!haha! thanks ek tlg promo.even saya yakin juri dia bebas rasuah.oppps!

norfaridahanum said...

cik honeybee, i dah update =)
and since dah tamat tarikh,xpe kan kalo x bubuh banner tu kat sidebar? huhuhu! and selamat kenal2 ye=)

KecHiQuE oLiGoS said...

oh kitorg mmg sehati dan sejiwa... sb tu kne dapt menda yang sama...

*sila jangan salah faham mksd di atas*

norfaridahanum said...

oppsss.dah tersalah faham pun. TEEETT!

Anonymous said...

baju kurung tuh ala2menarik tetarik kau memang debom dah; tapi kesengalan dalam gambar tuh mungkin menyebabkan si pengusaha pertandingan nakal-nakal untuk tidak memberi kemenangan pada hang.
ala tak pa;' setidaknya hang dah back up dengan ugutan giler mauthang tuh. wakaka!!

patut la senyap semenjak dua nih; sibuk bagai. bagus la, nak jadi doktor kan. kalau nak jadi doktor hewan mungkin tak sesibuk nih. kampung aku ada banyak durian. eh releban tak? wakaka

errkk

aku suka gambar seken las. candid

norfaridahanum said...

AJ!!!maaflah hanya sempat singgah menjenguk tanpa meninggalkan jejak kat blog kau. aku risau nanti jejak kasihan pulak kan.HAHA! apa kaitan entah!menang kalah belakang kira.janji ada juga entry bertaip di sinih =)

sangat sibuk AJ.banyak kerja2 tergendala.yang tertangguh.yang tertimbun.ah!

faiq said...

adiah kasi aku