Sunday, March 21, 2010

< 187 > Kerdil

Pernah tak kau rasa kau berada di tempat yang salah pada waktu yang salah?

Aku pernah. Ah,ini bukan kali yang pertama pun.Tapi tadi buat aku rasa sangat KERDIL.Ah,kalau diteruskan,barangkali akan kedengaran / ke"baca"an sangat emosi.Aku perlukan pendingin hati.Jenaka barangkali.

Sejak balik dari situ,di depan inilah aku berteleku. Mengarang laju tanpa hala tuju, tapi akhirnya aku tak tekan pun butang "publish" itu. Simpan saja.

KERDIL.Mungkin lebih elok aku menulis yang lebih sejuk di pandangan mata. Yang lebih santai di terjemahan minda.

KERDIL.Kalau diikutkan kali pertama aku menggunakan perkataan ini pada sajak yang aku deklamasikan masa zaman tadika.Itu 15 tahun lalu.Yang baitnya masih terakam tegap dalam kotak minda.Entah,mungkin kerana nilai sentimental sangat tinggi kot!

Nah aku kongsikan,mungkin dapat kurangkan kerutan-kerutan di dahi kita semua.Ah,emosi juga di situ.

SUASANA DI TAMAN

Suasana di taman pada waktu pagi,
Sungguh tenang dan nyaman.
Dari jauh kedengaran,
Suara kicauan burung
Yang terbang ke sana ke mari
Mencari makan.

Nun di sana, sang mentari berdiri megah
Memancarkan sinarnya yang gilang-gemilang
Mentari oh mentari,
Cahayamu yang terang menyinari seluruh alam ini.
Tanpamu alam akan menjadi suram.

Mak Usu tersenyum bangga
Melihat pokok bunga yang ditanamnya
Bunga melur, bunga matahari, bunga mawar dan bunga kekwa
Mekar berkembang

Mak Usu berdoa
"Oh tuhanku!Betapa KERDILnya aku di sisi-Mu,
Kau menciptakan burung-burung, matahari, bunga-bunga dan rama-rama,
Untuk menghiasi keindahan alam ini."

Wahai manusia!
Jangan kau cemarkan bumi Allah ini dengan ketamakan dan keangkuhanmu.
Pokok-pokok jangan kau cabut, gunung-gunung jangan kau ratakan,
Atas nama pembangunan.
Peliharalah ia. Kerna ia. Harta generasi kita. Di masa hadapan.



1)tajuk tak ada yang lagi komersial ke faridah,oi?
2)tiba-tiba Mak Usu menjelma.apakah?
3)segala nama bunga nak taruh. Kalau boleh bunga tahi ayam rumah Pak Cik Mail pun nak letak jugaklah kot!
4)sekejap mentari,sekejap matahari.Rasanya,lepas tu nak letak sang suria pulak kot. Janji perbendaharaan kata nampak gah!haha!
5)Mana mai rama-rama tiba-tiba?
6)Ini paling aku pelik. Whatttt larrrrr?Badang ke nak main cabut-cabut pokok?

Apa-apalah. Tapi seronok pula. Masa kecil dulu kita selalu redah saja buat semua benda. Kita tak kisah betul salah. Kalau betul,orang tepuk tangan. Kalau salah,orang mudah saja maafkan[dan lupakan].

Hakikatnya,masa kecil kita menjadi diri kita. Masa remaja,kita mencari diri kita. Masa dewasa,kita jadi diri kita yang kita cari.Hidup yang mudah waktu kecil,hidup yang payah waktu remaja,hidup yang indah waktu dewasa.

Betulkah?Atau keberantakan emosi ini buat aku tampil dengan garisan kerutan,ribuan karutan?

*melepaskan lelah*

9 comments:

Anonymous said...

jom habiskan duit dekat br.haish

zuldmn said...

hahahaahahaha...
sajak tu dah boleh kategori prasejarah gak r...

biler lagik r nak keluar cerita pasal kura2 sakti erk!! (btol erk??)
rindu plak tetiba... =)

norfaridahanum said...

muni:aq dah pokai dah nih =((((

apis:it's Si Halus Kura-Kura. cerita dia dengan batu geliga sakti =))))) cerita Nabi Ibrahim & Raja Namrud x nk tahu? atau Kisah Ketabahan Nabi Ayub? huhuhuhuh!
OMG,nk jadik bdak2 balik pls?

anith said...

childhood!
best kn...
aaa doraemon pnjm kotak masa n pintu suka hati plzzz!!! =[

zuldmn said...

hahahahaaha...
doraemon dan pintu suka hati tebaek!

norfaridahanum said...

hhahaa!tengok pis.nak wat cmne..kwn anum pun semua satu geng je.semua rs comeyl mcm sizuka n bulma =)))))

Anonymous said...

da folo ko balik

hans said...

doremon
ekekke

hans said...

tq follow blog aku yg meraban nih