Wednesday, April 14, 2010

< 192 > Mimpi

Awak percaya pada mimpi tak?Ada orang kata ianya khurafatkan? Berdosa percaya mimpi. Tapi entah,bagi orang macam saya yang sangat jarang bermimpi, tak banyak,sikit saya sangat percaya pada mimpi. Saya lihat mimpi macam petanda. Sungguh,saya tak ada mimpi jumpa hantu atau dinasour segala macam benda. Apa lagi mimpi jumpa Prince Charming whatsoever kan.Eyh,mungkin pernah.HUHU! Tak tahulah petua basuh kaki sebelum tidur tu sangat berkesan atau tidak. Tapi,itu memang salah satu amalan sejak dulu.

Saya pernah baca,mimpi pada waktu tertentu merupakan mimpi yang boleh diperpanjangkan untuk tafsiran. Makna kata, mimpi itu mungkin satu petunjuk lah. Pada sesetengan waktu yang lain juga, dikatakan mimpi itu adalah permainan syaitan. Tapi,saya tak ingat secara khusus pulalah waktu-waktunya.

Berbalik pada cerita mimpi saya. Disebabkan hampir semua mimpi saya jadi kenyataan, saya selalu ambil serius mimpi-mimpi saya. Silap haribulan, boleh rosak mood satu hari. Kalau nak diceritakan, banyaklah mimpi saya yang jadi betul-betul. Tapi yang paling impak tahap tertiarap punya haruslah masa mimpi ditinggalkan kekasih hati. LOL! Meraung aku bagitahu encik kekasih hati masa itu. Sungguh-sungguh jugaklah aku dipujuk-pujuk.Ala-ala "Why the hell on Earth la I'm going to leave you baby?" TEEETTT! Alih-alih,2 minggu lepas itu terjadilah perpisahan-terasing-luka antara kami. HAHA!Aku buat lawak tu.Kau orang jangan nak sememeh sedih-sedih pulak ye.Cerita tu dah bertahun pun.

Dah dah. Panjang intro je lebih. Sebenarnya, nak cerita pasal mimpi pagi tadi la. Aku mimpi adalah seorang member aku ni hantar SMS berbunyi "Kelas Surgery pagi ni cancel". Biasalah, atas dasar semangat setiakawan, haruslah aku mem"forward" kan SMS tu pada rakan-rakan yang lain. Jadi akupun bukalah mata,gegas cari mobil aku yang entah mana-mana je aku campak. Aku cubalah cari balik SMS kawan aku tadi. Tak ada. Tak ada. SMS good night dari eyh eyh eyh adalah.LOL![jangan percayalah,aku suka buat kontroversi] Jadi,akupun buatlah kesimpulan yang aku bermimpi saja.Mungkin mimpi itu berlaku atas dorongan yang kuat untuk pontang kelas surgery pagi ni. Percalah,secara saintifiknya, perkara-perkara macam ini boleh berlaku. Minda bawah sedar orang kata.

Aku pun pergilah kelas dengan hati yang berat dan separuh ikhlas. Sampai-sampai saja dekat kelas, "CLASS HAS BEEN CANCELLED"

What larrrrrr weyhhhhh? Sekarang mesti awak semua teringin menjadi macam saya kan? Oh tak,jangan. Sebab nanti akan rasa geram sebab masa-masa nak peperiksaan, tak ada pula mimpi soalan-soalan apa nak keluar. TOINK!

Sekian,penulisan mengarut kali ini.

Dan...saya masih mempercayai mimpi dan gerak hati.Saya tahu saya bukan Yusuf a.s. cuma saya yakin,itu petunjuk Allah kepada hamba-hamba yang merujuk selalu kepadaNya, insyaAllah...

Comel tak aku tulis guna "saya"? Ok,tak. TEEETTTT!

6 comments:

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

haha.. tak perasan lak pasal penggunaan "saya".. rasa tak de lar comel sb tu biasa kot.. hehe.. erm.. saya pon percaya kata hati dan mimpi.. sb ade mimpi yg jadi kenyataan.. tapi saya harap tolong lar buat masa ni jangan jadi kenyataan sb skrg ni sll je mimpi mengarut T___T

maCy said...

mimpi ley jd nyate ke? maCy ade entry sal mimpi..humm

gooseberries said...

heheh.. if kuar soalan exam ok gak kan..hehe
tp if berlaku bnda best ok r.. =)

anith said...

hahahahahahha
byk sgt mnde lawak!!!!
hahahahahhhahhaha

gne anum lg comel kot!
hahaha

AJ Nismihan said...

hidup ini sendiri satu mimpi. esok lusa kita bangun dari mimpi baru kita jumpa jalan hidup yang sebenarnya.

aku doakan dr anum nih mimpi gak la tips2akhir nak pekse. tak pun ada instinct kuat bab apa yang nak kuar. kan itu semua dorongan dari yang Maha Esa.

nak tengok hang tersenyum manis lepas paper exam nanti ye anum :)

udienjai said...

anum, aku pernah mimpi jumpa siti. Beberapa bulan lepas tu, aku jumpa siti kat sydney! TEET!! :D