Friday, April 09, 2010

< 191 > Untuk Ayah




Untuk Ayah yang tak kisah Anum baring dekat riba dia sepanjang Buletin Utama. Siap boleh ayun-ayunkan peha dia macam nak bagi baby tidur..huhu![ok,abaikan]

Untuk Ayah yang panjat pokok manggis belakang rumah Atok supaya Anum boleh makan manggis setiap kali musim. Anum tunggu je kat bawah jaring tu. Bila Ayah campak 5,Anum kutip 2 masuk guni. 3 Anum makan.HAHAHAHA!

Untuk Ayah yang mendisiplinkan anak-anak dia dengan cara tulis nama setiap seorang pada setiap botol [sebab semua reti minum air je tapi tak reti isi balik.Ambik ko,minumlah dari botol masing-masing ye]

Untuk Ayah yang masa anak-anak dia kecil dulu, sebelum mereka tidur, dia pastikan semua berbaris depan peti ais dan disuapkan satu sudu Scott Emulsions perisa oren. [Kalau yang natural warna putih tu,semua berebut nak baris paling belakang sebab rasa dia macam weekkkkk sangat!ahahah!]

Untuk Ayah yang bila out-station selalu suruh kitorang ambil duit dari Tabung Yeop kat rumah kalau nak beli apa-apa. Tapi lepas itu rasa menyesal pulak cakap kan?? Sebab balik-balik tabung jadi ringan nak mati.

Untuk Ayah yang tak makan aiskrim sebab trauma masa kecik dulu arwah Atok cakap Benggali jual aiskrim tu letak kepala orang dalam tong aiskrim. Aiskrim tu satu nikmat dunia Ayah.Silalah cuba makan!

Untuk Ayah yang tabah je tahan telinga dengar Anum bebel pasal Kata Kerja, Kata Nama bla bla bla setiap kali Ayah sebut pisang goreng sebagai “goreng pisang”.

Untuk Ayah yang setiap kali Anum nak buat benda-benda buang tabiat [contoh,tak nak pakai tudung dah], Ayah hanya kata “Suka hati,Ayah tahu kamu dah boleh fikir sendiri.Fikir elok-elok. Esok cakap lagi sekali”. Hasilnya,esok buat-buat macam tak pernah cakaplah.Weeee~

Untuk Ayah yang sangat Anum kagumi sampai bila cikgu suruh isi kad biru masa Darjah Satu, dekat ruang cita-cita, Anum tulis “KERANI” dekat ruang nombor satu.

Untuk Ayah yang akan hantarkan Anum kalau Anum nak keluar pergi dating, jumpa kawan-kawan dekat JJ atau Parade atau GM atau mana-manalah. Hasilnya, tak reti nak naik bas dekat Ipoh sampai sekarang. Jalan dekat Ipoh pun Anum tak pernah hafal!Adoi!

Untuk Ayah yang tak bagi Anum tengok cerita Titanic tapi,boleh tengok wrestling sebab gusti itu kan sukan.LOL![kawan Anum baru download cerita tu,hujung minggu ni Anum nak tengok,boleh?]

Untuk Ayah yang akan lompat-lompat secara tiba-tiba setiap kali lepas minum ubat bertulis “GONCANG SEBELUM MINUM” ..hahahahahahha!

Untuk Ayah yang tak pernah jemu ajar Anum macam mana nak kenal jenis-jenis ikan setiap kali pergi Tesco atau Pasar Tani walaupun setiap kali tu jugak Anum boleh cam Ikan Kembong, Bawal, Keli dan ikan bilis sahaja.

Untuk Ayah yang kalau datang tengok Anum lawan bahas atau bercerita ke apa-apa ke, berusaha keras sorokkan muka sebab Anum cakap kalau nampak muka Ayah, nanti Anum blur. Tapi bila atas pentas, gelabah jugaklah aku cari muka Ayah,memang tak pernah jumpa!.weeeee~

Untuk Ayah yang seingat Anum pernah marah Along sekali je[sebab Along tak bawak Apis pergi pasar malam,itupun 8tahun sudah kot], tak pernah marah Ariz, tapi marah Apis banyak kali. Anum? Err...TEETTTTT! Penyabar tak penyabar Ayah aku ni. Ke memang kitorang anak-anak yang baik?

Untuk Ayah yang mulakan perbualan telefon dengan soalan “Dah mandi?” [kantoi aku malas mandi] dan sebelum letak telefon mesti akan cakap “jaga diri” ulang-ulang kali.

Untuk Ayah yang suka bagi nickname dekat kawan-kawan lelaki Anum macam Arif jadi Maghrib, Tahir jadi MataAir.Apakah?

Untuk Ayah yang jarang nak ingat tarikh hari jadi kitorang. Tapi kitorang tak kisah. Sebab Ayah ada Mama yang ingat IC setiap orang, IC lama Ayah pun Mama juga yang ingat, nombor surat beranak pun Mama ingat. Belum kira nombor-nombor telefon lagi. Mama memang gila nombor. HAHAHA! Aish,apsal cakap pasal Mama pulak ni?

OK,memang tak cukup sampai sini. Kalau ikutkan hati nak tulis 54 “Untuk Ayah” ..tapi itulah..idea tarak daaahhh!Ada setengah tu nak put into words yang agak bersesuaian untuk tatapan pembaca blog yang lain tapi malangnya, tak jumpa. Apa-apapun Ayah,SELAMAT MERAIKAN TAHUN KE-54 MENITI KEHIDUPAN.

Aish, mata Ayah berair tu...hehe!Anum rindu Ayah..Jaga kesihatan ye. Jangan lupa jumpa Dr.Victor sebulan sekali untuk routine check-up. Kalau tak main badminton,pergilah kebun bagi keluar peluh sikit. Jangan selalu sangat minum 100Plus,memang bagus untuk tenaga tapi air berkarbonat antara penyebab sakit batu karang. YadaYada..huhu! Anum sayang Ayah!

13 comments:

malinaramlan said...

Serious i nak nangis dow rindu my dad juga wuuuwuuu
Happy birthday juga to your dad!
Anum, i tak tahu pula u malas mandi (ceyh stress yang tu je dlm comment) wakaka. Miss u!

psenk said...

okay, the kerani part is hilarious-ly cute (?)
mamat mane name mateair tu? HAHA. gle awesome dapat name tuh!

KecHiQuE oLiGoS said...

uncle Mad Norizan.. happy birthday.. without you i will never ever got this great friend like ur daughter.. =) may Allah bless you and ur family..

ehem2.. anum, mata saya dah berkaca sb awak dah ingatkan saya pada ayah saya ok... huaaa :(( saya rindu ayah juga.. rindu nk p memancing ngn ayah zaman dia sihat dulu..

semoga Allah merahmati ayah2 kita =)

anith said...

happy birthday uncle..


n yes anum, anith suke baring ats ribe ayh jgk~ =]

Lola MK said...

oh oh oh..suke3!!!happy birthday pakcik!!!semoga pnjang umo murah rezeki dan cepat2 dapat cucu..hehe~~

teringat dulu sit on my dad's lap and he moved his leg up and down so i felt like riding a horse.huhu.

and almost everyday he bought new stuff for me.hmm..time kcik2 wktu tade adik hidup aku heaven la..haha!(padan muke sape suro mntak adik.)

ohh..part ambition tu sgt cute!!!!i like it =)huhu

p/s:singgah la blog sy..jgn malu2~~hehe (aku da bg hint tu.tak gheti2 nk jengah ke??hehehe)

husnayaacob said...

Untuk Ayah yang jarang nak ingat tarikh hari jadi kitorang. Tapi kitorang tak kisah. Sebab Ayah ada Mama yang ingat IC setiap orang, IC lama Ayah pun Mama juga yang ingat, nombor surat beranak pun Mama ingat. Belum kira nombor-nombor telefon lagi. Mama memang gila nombor. HAHAHA! Aish,apsal cakap pasal Mama pulak ni?

kak anum!!!!
this part mmg same mcm ayah usna
jarang ingt besday kitaorg
tp ic kita org adik bradik ayah hafal

NAZ said...

hahaha norfa ayah u pelik. tapi terbaik :) semoga dia sentiasa ada di sisi u selamat hari lahir pakcik

zuldmn said...

hahaha.
part yang apis slaloo kena marah tu terbaek.. nak tahu pesal pa, baca blog apis erk!!

ayah owh ayah!! =)

udienjai said...

untuk ayah anum, selamat hari jadi! :)

norfaridahanum said...

mal,i nk gelak ok[dh gelakpun] baca u tulih "dowwww"..haha!kalo kt msia dulu mmg i mls mndi sket.dok india nih terpaksalah rajin...tak tahan dowh tido dlm peluh sndrik.panas gila!miss u 2

psenk,haha!mane2 skandal gua semua dpt nama.toink!yups,gua mmg cute =p

izyan,ayah sy pun gila pancing gak...lepastuh nnt dia bwk balik n msk. especially bila hari ahad cmnih.dapur mmg dia punya.mama sy rehat je..wuuuuu~

norfaridahanum said...

anith..hehe!ingat2..anith pnah letak gmbr anith baring kat dia.anum nk letak gak arituh tp mls nk edit2.LOL. thanks!

lola.asal wish ko tuh lain sket ek?
cepat2 dpt cucu?x tahan!!along aq lambat lagik nk kawin..TEEEETT.wink,sgt happy sbb berjaya wat ko terknangkan those good times with your dad.ape2 pun lola,parents kita tetap parents kita.no matter how bad we think they are.they must be having a good reason benenth that.
aish,ive been telling u that again n again kan?rmmbr,i care for u.n i wan u 2 b the best hamb,the best wife,the best daughter.ok?slowly but surely.belajarlah memaafkan =) dunia akan jadi lebih aman.yg penting,kita pun jadi lebih tenteram.n n n n n thanks for dat sweet post on your blog.OMG

norfaridahanum said...

husna,thanksss!sep sket =)

thanks naz.lambat!

apis,sori.anum br tukar link tuh.asik lengah2 je.

sudien,thanksssssssssss.even aq tau ko sbnarnya x tau nk komen ape dah kan.haha

Nurul Athifah said...

part x ingat besday tuh mmg plg syok ,sbb ayah ingat besday ipah yer..
tahun x ingat r , ipah lg r ksian ,ayah selalu silap nama ipah yg sedap nyh
atHifah