Tuesday, June 15, 2010

< 203 > Bonda

Akhirnya...ada nyawa baru yang bernafas dalam kamar ini. Baru semalaman bersama, dah buat aku tenang lena. Bahagia dan ceria ini memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya boleh dirasa,oleh kami saja.Awwwww~~

Waaaa..intro tak boleh blah. Siapa-siapa yang dah melalut fikir yang aku dah punya teman sekatil sebantal,HAIYARKKKK!KITA KARATE DIA! Gila ke apa?

Oh,ini juga bukan tentang nyawa paranormal yang hari itu ya. Lepas kena "tindih" itu hari,kami dah runding bincang baik-baik. Nak menumpang tak apa. Cumanya,aku lebih selesa kalau ada hijab antara aku dan dia,kerana nyatanya,dunia kami tetap berbeza.

Ok,ada yang seram sejuk pula kan?HAHAHAHA!Dah,Aku nak cerita pasal anak-anak aku ikan akulahhh.

TAAARRRRRAAAAA!



Ada 3 pasang kembar.6 lah makna katanya. Impian nak ada pasangan kembar sendiri tak dapat,makanya dapat bela kembar dalam bentuk rupa haiwan yang comel ini pun jadilah. oH,ikan!Teringat pula aku pada Juan&Joanna sepasang keli albino di rumah tu.huhu.

oh ikan!Aku lupa dah spesies apa kau ni.Padahal dah ulang-ulang tanya sama orang kedai. Yang aku ingat,spesies serupalahh,cuma ada beza di pangkal nama. Blue, Honey dan Gold.Yang Honey dan Gold dua-dua kuning,tapi, Honey punya badan tak ada tompok-tompok.

Aku cubalah nak tangkap gambar sepasang-sepasang. Tapi bersimpang siur diorang ni berenang. Yang kembar biru je selalu berpimpin tangan,berganding bahu,tolong-menolong,bantu-membantu. [ah sudah,lagu mana pula sesat ni]

Kapal siap ada bendera bonda pertiwi lagi wa cakap lu.


Boleh larut dalam keasyikan saja tengok mereka-mereka ini.OWH! Nama tak pilih-pilih lagi. Mungkin kena buat contest antara bloggers untuk bagi nama. Ok tak? Tapi nak nama melayu je,macam Tuah&Teja ke..apakah?

Dan ini otai laga,si Ariel yang super duper comel macam aku =)


Nanti besar mesti jadi cantik macam Ariel,the Little Mermaid.Itulah harapan bonda pada kamu Ariel..TOINKTOINKTOINK.huhu(^-^)~~~



Dan ini tanda mata untuk bonda di Malaysia Tanda bahawa sesungguhnya,anak gadisnya yang jauh di mata,masih kekal serupa.Anum sayang Mama.



notakaki:kalau ada rezeki,aku nak anak kurang-kurangnya 2 orang.seorang lelaki,seorang perempuan.Anak sulung perempuan. Yang lelaki panggil Ummi,yang perempuan panggil Bonda. Demand-kah aku Tuhan?

Oh ye,sila komen yang berkenaan dengan isi kandungan cerita saja ya. Yang notakaki tak payah.itu khas untuk Faridahanum-10-tahun-akan-datang belek-belek semula.haha!TEEEETTTTT!

21 comments:

MomoN said...

anum,di umur2 begini, org lebih tertarik nak komen yg nota kaki tu :P

houseboat kerala tu awak letak dalam aquarium ke?

norfaridahanum said...

jadi apa komen anda,kak zimah syg?haha!xdelah,boat tuh luarlah.saje letak as latar.kecik ati bob kalo dia tahu anum x jaga leklok bot 10rps tuh.huhu

NAZ said...

ok memang padan u belajar doktor sambil sambil cari formula untuk kembar. moga tercapai hahaha lawa sepat harimau u norfa

MomoN said...

akak xnak komen apa2.. nanti kena kat diri sendri balik :P
anyway.. tu bukan demand, tapi cita2 :)

psenk said...

bonda? yang laki lah panggil bonda. baru kool. bile tengah lepak, mak call

member tanye, " saper tu bro?"

anak menjawab, "bonda"

mak aih classique!

Anonymous said...

Juan&Joanna?
macam nama watak novel jer hang ni la. ni sapa la bagi nama keli hang ni anum?

hmm kembar yer?
apa nama nak bagi yer?
gold tompok :suri, seri
gold biasa :kasih, sayang
bukan gold :ain, ein

cadang jer lah

ariel tu ikan hang kan?
nasib baik la. aku ingat ariel peterpan yang skandal dengan luna tuh. kot2la tiba hang jadi luna pulak, kan masak mengamuk mak hang nanti.

almari. suke jer tangkap gambar almari.ada dua benda yang aku suka nak bagi tau. aku pun baca buku RAM; "Mikail", lepas tuh nih tengah baca "Hatiku di Harajuku". dan kalau hang betul suka buku dia, boleh lawat fan site dia dekat http://www.kelabram.com/.
second, pasal banting what is a friend dekat belakang tuh. jangan gantung jer, tapi kena hayati tasrip tau! hehe

then nota kaki...
ops, hang tak bagi sentuh kan, so leave it for the future :)

honeem said...

cntik ikan tu. hai hobi kat umah dah bwe ke India ke. Mama tau anak gadis mama ni seorg yg rajin mngemas. Hrp maintain

norfaridahanum said...

@naz :mungkin ada teknik la kot=p x tau i.dr segi sains,kalo xde gene kembar tuh,mmg x r.

@kak zimah
awwww~~jgn ckp cita2...byk longgokan yg x tercapai dah=(((


@senk.
antara anak laki yg cool ngan anak pompuan yg gemalai,kita prefer yg no 2 tuh.sbb kecewa diri sndirik x gemalai.haha

@AJ
ala...nak nama laki pompuan lah.huhu!ariel nih ariel baik lah,x mcm tuan dia slalu skandal..eyh eyh eyh.haha!

oh,RAM nih abg aq la yg ajar baca. semua aq dh baca termasuk yg plg latest 9 nyawa.best!hatiku di harajuku best.mikhail pujn best.ah,semualah best.hoho.

bila lagik aq xtngkp gmbr lemari nih?
banting tuh mmbr kasik.1st baca aq dah nangis,itu tandanya dh smpi ke hati aq.bila dh smpi ke hati,tandanya aq igt smpi mati =)

n thanks sbb menghormati permintaan.haahah

norfaridahanum said...

@MAMA SYG.mama komen skema lahhh.haha.tapi mama cute selamanyalah..syg mama!

Anonymous said...

latest CINTA SUFI lah...
baru kuar masa PWTC book fair hari tuh tak salahnya
sequal laksamana sunan :)

Anonymous said...

nama laki yer?
maybe these?
gold tompok: Is, Ash (Ashraf)
gold biasa : Rian, Rangga
bukan gold : Alur (jalur), Along

agh tak reti lah..

norfaridahanum said...

semangat ko bg nama ye AJ.sunggguh2.terharu aq.haha!rangga mcm oldskool gila.tringt zmn skolah time AADC tgh top.

aiseyh,CINTA SUFI tuh dah kuar?sequel laksamana sunan lagik ke? x silap aq,RAM kata cerita menyerupai kisah sunan tuh adelah. lebih kurang macam terperangkap dalam dimensi zaman lagi.toink!

erm,ape kata ko pos novel tu je kat aq?haha![demand lagik!]

zuldmn said...

erkkk...??!!!

utk makluman, Juan& Joanna dah x der.. ayah dah lepaskan demi kesejahteraan Belontok katanya..
owh, eli pulak semalam menggelarkan belontok sebagai 'ikan yg x bergerak'..sebab katanya masa dier datang dulu dengan semalam, ikan tu masih berada di tempat yg sama... belontok pemalas!!! hahaha
makan nak demand plak anak2 ikan.. adeyyyy!! =)

p/s: sila rajin cuci aquarium itu!! hahaha

norfaridahanum said...

weyyyyyyyyyyyyyy!mama xde plak ckp. WEYYYYYYYYYYYY!alasan ayah x kuat!Belontok tuh bukan nak space sgt pun.cmpk masuk duduk sama Boh&Ong je lah cmtuh.ke Boh&Ong pun dah takde???? weyyyy ape nih weyyyyy.tp eli mmg sengal bagik nama cmtuh kt Belontok ok.

n apis,akuarium kecil ok.sminggu skalik cuci pun bleyh.hahaha!akuarium2 kat rumah tuh lainlah cerita.itupun half dr keje apis Belontok dah tolong buatkan.so x yah nak perli2 k.weeekk!

honeem said...

soriii mama x prasan anum tulis pasal keli tu. mmng sedih ayah kate dah lepas kat kolam. x bg tau pun bilepun. tau2 dah x ade dlm akuarium. kena minte ayah cari balik. ipah frust psal keli 2

norfaridahanum said...

cmne la x perasan pulak mama nih. ma,x yah r sori2..x ada apa pun.tp ayah kna cakap sori kat anum.sekarang jugak!!!mane leyh,penat tau anum bg keli putih tuh makan sampai diorang jadi gebu..=((((((

dah xde keli dah.terpaksalah mama termenung menghadap belontok je tiap2 petang.x best lah!

zuldmn said...

ehhh.. terasa ker..??! hahaha
belontok tu tahu makan ngan dok diam ader r...dier bukan ikan DBI.. =p
apis pun dah malas r nak cuci selalu... gila r dah bertahun buat benda tu..

nanti r... kena upgrade siket aquarium umah nie.. dah lama sangat dah.. *mama, sila amek perhatian.* =)

ms. mac said...

tgk ikan u bg i rase lapa la anum =p hehehehe

anum! i nk 6 kids! xkan u nk 2 je? seyezly??? huhu

norfaridahanum said...

apis,mama trus x komen.konon2 di x tahu ape2.haha.simpan rumah chemor lah.kita wat kolam bawah lantai rumah..wakakakaka


fa,i nk at least 3 lah.huhu!masuk ke4 i rs i dh nk mntk epidural. x thrill lah cmtuh.hoho

Siti Syazwan said...

dua je????

norfaridahanum said...

esok2 i tanya suami i ok?hoho.
i dh ckp,jgn komen footnote.degil!