Sunday, June 13, 2010

< 202 > Sekali Air Bah

Sekali itu jugakah pantai berubah?





2008






2009




2010 - Ke Sutan Battery Beach lagi hari ini. Tapi sayang sekali tiada hasil lensa. Ketinggalan mesinnya saat aku gesa-gesa.


"Asal jadi memori sudahlah"
"Eh,itu haruslah!"


Kanvas hari ini basah seribu warna,lecah dek cerita.
Pada renung mata dan pada tenung hati.
Yakin saja kukatakan ia masih ada isi.
Yang dirancang awal dan sepertinya teliti,tak menjadi.
Yang entah dari mana ideanya luncur,tidak pula hancur.
Hari ini,satu melodi.
Hari ini,dua puisi.
Ada segerombolan langkah kaki yang mengejut.
Aku peluk-peluk,gembira!
Ada sebatang tubuh yang berhenjut-henjut.
Aku peluk,nestapa...
Risau anak rantau di sana harapnya melepuh.
Saat kita khabarkan ada sokong tampung dari jauh
Sasau anak rantau di sini pula kian mencengkam.
Mulalah aku belek satu-satu gambar family
Segalak itu jugalah cengkam di dada kembali
Gagahkan juga menelan biji putih suci
Tapi ah,pahit sekali!

Biarlah..apa saja lalui dengan redha.
Rimba kamu mudah kalau kamu yang redah.
Citra kamu indah kalau kamu yang tabah.


Oh Faridah,walau seringkalinya kau bikin aku rasa klasik,tapi sungguh,kau memang unik.

SELAMAT MALAM AHAD YANG INDAH!

7 comments:

hazimah said...

:( esok dah isnin! waaa.. xmo :(

AJ Nismihan said...

yang menjamah hati itu bukan yang lain; selain dari kita sendiri
mengusik tenteram jiwa yang tentu saja rapuh dalam selimut rindu dan kabus-kabus kegusaran jiwa

sesekali dapat kita lampiaskan risau pada gemersik yang membayu di pipi; moga rindu kita sampai pada yang perlu

dan untuk ruang yang detiknya berjalan ini; sujud kita redho

kalau pun ini bukan ruang detik yang kita runtuh pohonkan; paling tidak, inilah yang teragung baik untuk kita.

belajarlah kita wahai hati, untuk menerima :)

p/s: kalau berbicara dengan getar hati, tentu saja halnya cukup terus dan tidak dijangka. tak ada perkara yang boleh dirancang; kerana rancangan hidup ini milik Tuhan yang Maha Esa. jadi menulis ini sendiri main keluar jer. jeles tengok hang pandai mengeletek ayat2tuh menjadi si jelitawan yang anggun di mata lensa, jadi aku pun menulis ikut suka dan suka jiwa. hua ha ha

habib said...

bloggers memang mantap ah.. x paham gue ngan bahse2 korg.. nk kna belaja nih.. neway anum...quote 2010 mmg mantap..

norfaridahanum said...

@kak zimah,biar tenang2 saja.itu semua di minda cuma =)


@bro AJ,percaya atau tidak,masa aq ke sana,dalam gerimis pagi ada bayu yang menampar lembut mengkhabar lanjut.aku tahu,mereka juga rindu tak surut.

ini pilihan hamba,rencana Pencipta.pasti ada natijah tersembunyi.kalau hari ni tak aku dapati,esok pasti akan ku temui. janji,aku terus mencari dan mengamati.

oiiiiiiiiiiiiii!kau memang kalo tulis semedang yang indah saja. menyampah.[sebenarnya hasad=p] haha

norfaridahanum said...

@habib,
ABAIKAN APA SAJA PERKATAAN YANG TERTULIS.ITU ORG LAIN TULIS TUH..
ala..semua org ade skill bina ayat ni.cumanya,ramai x nak asah sbb skill ni x macho n x cool.haha!
*eyh,quote sape ek tuh?*

AJ Nismihan said...

Maha Suci Allah itu sukakan yang indah-indah.
dan manusia seperti kita juga cintakan yang indah-indah.
cumanya; kalau lah peribadi kita boleh seindah huruf-huruf yang bergelek tari di pentas kanvas, pasti saja syurga tiada pintu; menjemput kita tanpa jemu kan :)

ops sudah. balik dari kemaman sudah. tunggu masuk gaji nanti baru aku mintak alamat hang yer. still remember my promise? oh sudah pasti bukan janji nak pi India jemput hang balik yer Dr.

norfaridahanum said...

Subhanallah,indah susunan abjad ko AJ =))))))))))) aq suka "syurga tiada pintu,menjemput kita tanpa jemu" ..sangat mendalam,tengahari tadi aq baca tak faham.haha.

eh pastilah aq ingat oi!!cumanya x tahu nak susun ayat macammana nak tanya kat ko.mahu mahu!aku juga punya sesuatu utk sufia kamu.tapi mungkin boleh tunggu sampai si kecil itu kenal abjad dulu.apa khabar si jelita itu ya?kalo ikut perkiraan medikal,kurang-kurang pasti dia sudah mampu menutur 'MA' bukan?